Friday, September 30, 2011

bila Allah nak tunjukkan jalan, tidak kira sesiapapun dan bagaimana

tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


layan youtube berjam-jam tengok citer Nora Elena dan sebagainya. apa kata layan video ilmiah plak. setakat 20 minit apalah sangat. iklan kat tv pon lagi lama ye. ayohhhhh rakan budiman buka mata buka hati buka minda. cuba hayati, ambil iktibar dan cermin diri kita ni macam mana sebenarnya. sudah cukupkah?

Wardina: "kalau kita berubah untuk jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk bersama kita."

Catriona Ross: "rasa sebak bila selongkar almari tapi satu tudung pon tak ada kat rumah. malu nak keluar rumah bila tak pakai tudung. rasa macam telanjang."

Sham: "satu perubahan yang merupakan satu rantaian manusia-manusia yang berubah dalam sejarah."


hina sungguh diri ini jika dibandingkan dengan mereka. ya Allah tak henti-henti air mata ni nak mencurah. sudah laaaa. aku tak tahan la macam ni.

adakah Allah beri aku peluang macam tu untuk kecapi nikmat di jalan-Nya. semoga kita sebagai hamba-Nya sentiasa di bawah rahmat-Nya dan diberi taufik dan hidayah-Nya senantiasa. aminnnnnn.


p/s: doakan aku wahai teman
berikan aku kekuatan.
berikan aku ketabahan.


Thursday, September 29, 2011

ALHAMDULILLAH


syukur alhamdulillah kerana dengan izin-Nya
semuanya terlaksana.

 sekian.

Wednesday, September 28, 2011

INTER-RELIGIOUS FORUM: The Importance of Muslim Christian Dialogue

assalamualaikum dan salam sejahtera.

satu kelas je hari ni. haishhhhh. kalau ikutkan si syaitan memang aku malas nak pergi kelas laaa. lebih baik aku terus berbalut selimut tidur nyenyak sampai ke tengah hari. tapi syaitan kalah dengan aku. hahaha. aku tetap pergi ke kelas ku nan satu itu.

macam aku selalu "gegak gempita"kan yang setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. tak rugi pon, malah ada yang lebih elok aku perolehi. after kelas aku dan hanim terus sahaja pergi ke rectory building sebab nak join forum between Christian and Muslim. tak perlu aku terangkan any info of the event, since everything had been stated on the banner.

the program just begin about half an hour. tapi tak rugi pon sebab yang penting still dapat gak join and listen to something. ramai jugak yang datang. not just Malaysians but foreigners too. tak dapat la nak duduk or ber'selesa'an dengar forum tu. all seats are full. fuhhhhhh.

ok laaaa. aku tak berapa nak dapat tangkap sangat dengan Father tu cakap. sebab dia punya accent dia yang pekat nak mampuih tu, berbelit-belit telinga aku nak tangkap apa dia dok gebang. almaklum spain punya accent. tapi apa yang aku dapat serba sedikit, dia tak habis-habis la cakap agama dia jugak baik. "universal religion" "peace and love". ohlalalala. what ever laaaa. pastu bila kena balas sikit, dia mula la jawab pon terketar-ketar at the last session. see! kau dah tak tau nak jawab ape sebenarnya kan Father??

ok kat belakang aku tu semua orang yang hebat-hebat belaka. mereka behujah dengan begitu lantang sekali.
tapi Abdullah Badawi tak behujah pon. dia menjadi perasmi majlis forum tu je.

my left side view

my front view

and my right side view

all in all, i just can say that Father dishonest in what he is saying. clearly, he just playing with words. not confident at all. for me he is hypocrite.!!


walau macam mana pon Father tu ketegaq, dia tetap kafir; golongan yang dilaknat Allah.


and
Islam always true.

p/s: aku ade satu cerita di sebalik seorang paderi.
haaaaaa.
nak tau tak??



COMRADE RAYA LAGI!


selagi tak cukup 30 syawal, selagi itu laaa yang dikatakan hari raya ye dak? open house sana sini. makang-makang sana sini. memang raya sakan laaaa. adoyyyyyai. menternak lemak besar-besaran la kita semua. eh2 aku sorang je kot. heeeee. every weekend ade saja la majlis beraya, gathering raya dan raya bersama-sama. hahaha. sama maksud je semua tu. 

aku pon sama jugak laaaa. busy bebenor ngan jemputan raya sana sini. acewahhhh. nampak benor nipunye. hahaha. lagi sekali ni cerita hujung minggu aku yang lalu. sebelum itu, adakah korang masih ingat kisah IPTA aku di Cameron Highland selama 10 hari tu?

ok the last time we'd met was on July. now at the end of September already. berkapok jugak laaa tak jumpa. cuma baru-baru start sem ritu ada la jugak jumpa beberapa orang macam John, Kak Ruk, Feni, Kak Najwa, Amzar, Kak Aisha dan sape lagi entah. so, Gathering Raya kali ni adalah khas untuk ahli-ahli COMRADE IIUM baru dan lama serta ALUMNI COMRADE berkumpul semula. waaaaaa. sonok sesangat sebab dapat kecoh-kecoh, gosip-gosip dan peluk cium rindu semua. hahaha. almaklum saja la lama dah tak jumpa. dan serius aku cakap kitorang ni dah macam satu family. dah lama tak jumpa pon, tapi bila berjumpa macam dah kenal bertahun-tahun pula. bak kata kak aisha OHSEM! hahaha.

bab makanan pula memang terbaik. sedap-sedap belaka. tapi aku rasa lagi sedap kot kalo John ngan kak Dell yang masak. pastu Amzar yang bancuh air. lagi tiptop aku rasa. tapi semua itu tak mungkin terjadi. sebab everything is ready. hahaha. sate, nasi impit, puding jagung, kek pisang, ayam masak merah, nasi minyak, kuih raya yang sedap gilerrrr. fuhhhhh. muncit la perot aku makan je koje nyer.

btw, perasan jugak ada yang tak datang. macam Eton, Nuyu (my kembar), Kak Fifi, Anis, Faiz(abang angkat aku), Abang Idho dan ramai jugak rasanya yang tak datang. mungkin ada hal yang tak dapat nak dielakkan. walau macam mana pon, majlis tetap meriah dengan adanya si Johan Faris selaku PM majlis kali ini. almalum saja lah dia memang cakap tanpa henti dan dapat plak microphone kat dia. hahaha. habis kecoh satu dewan dibuatnya.

welcome to the new comers and let rock the party.
amboi amboi ko cimot.
hahaha.


p/s: saya tunggu gambar dari encik Hadi.
dalam  tu ada banyak gambar saya.
kononnya laaa.
hahaha

Tuesday, September 27, 2011

kongsi raya UIA GOMBAK+UIA KUANTAN

ooooooo balik kampung. oooooooo balik kampung. oooooooooo balik kampung. hati girang.
perjalanan jauh tak ku rasa.
kerna hati ku melonjak sama.
ingin berjumpa korang semua.
yang sememangnya jauh di mata.

semuanya last minit punya plan by Hadi. btw, awesome sebab berjaya jugak menjejakkan kaki ke UIA Kuantan. semua gara-gara nak gathering raya ex-PEERS CFS PJ. macam-macam halangan dan dugaan yang aku dan Hanim hadapi sepanjang perjalanan. serius, satu pengalaman yang sangat manis bagi kami sebenarnya.

Rentetan perjalanan aku dan Hanim yang penuh liku-liku

at the beginning of plan, tumpang Radhi balik Kuantan petang Khamis. tapi tak jadi sebab aku habis kelas lambat. so, proceed to plan B, tumpang dengan Hadi pulak on the next day(Hari Malaysia). tapi dalam tempoh yang singkat tu sampai 4 perubahan sekaligus. bertolak pagi>bertolak after solat Jumaat>bertolak petang dan last sekali, Hadi hantar kat stesen bas dan naik bas kat Pekeliling. setel!

sampai sana ape cer? ok Radhi yang uruskan sepatutnya. dan last minit sekali lagi, Radhi ada family outing. kitorang berdua buntu jap. ting ting ting! idea is coming. mintak tolong kat bebudak Kuantan yang ambil kat stesen bas. yes, Che dan Nadia akan merempit ambil kitorang after maghrib gitu. setel!

around 8 macam tu kitorang sampai kat Kuantan. wowwwww. 3.5 hours?? naik kematu punggung aku duduk dalam bas. mulut pon penat dok berborak je. boring kotttt kat dalam bas tu. sampai je pi toilet pi solat dan carik ape-ape yang boleh dilantak sebagai alas perut. tak lama lepas tu Che dan Nadia pon sampai bersama motor rempit. yahoooooooooo.

malam yang sejuk lepas hujan, dapat pulak membonceng motor memang best laaaa. sejuk yang teramat sampai ke tulang hitam rasanya. ewahhhhh. sempat aku berpujangga. NAK MAKAN!! LAPAR!! hahaha. tambahan dah sejuk-sejuk memang lapar laa + lama duduk dalam bas. Che siap belanja aku dan Hanim makan kat Benteng. nice view with delicious foods. alhamdulillah. pastu jalan-jalan kat tepi sungai, tangkap gambar, makan-makan lagi dan jalan-jalan lagi. oH fun sangat. thanx Che dan Nadia.





tidur kat bilik Che beramai-ramai. sebelum tidur, sempat kami layan satu movie sama-sama. entah bilanya gol, aku pon tak sedar. penat sangat laaa katakan.

next day, everything is begin. plan beraya ke rumah Radhi dan bbq in the night. sedar-sedar je sudah pukul 11 pagi?? oh damn! semua dah tak ada. tinggal aku berdua dengan Hanim je. where are they? dan celik-celik je breakfast is ready. rupanya diorang pi prepare all sorts of thing for bbq. terharu gilerrr aku dengan Hanim. speechless. sanggup diorang bersussah payah untuk kitorang. layanan plak dah macam anak raja plak. semua sudah tersedia. heheheh.

tengah hari gitu, pergi beraya ke rumah Radhi as our plan. supposedly, Radhi's open house. tapi terpaksa postponed esoknya. tak kisah laaa. yang penting dapat beraya. one incident happened that really really make me shocked!
aku: kakak kau ke Radhi?
radhi: mak aku la tu.
aku: hah?

siyes aku cakap, mak dia awet muda! cantek sangat. dan semua pon bersangka macam aku. hahaha. lepak-lepak, makan-makan sambil layan cerita hindustan. tup tup dah petang pon. maka, beransur la kami dengan aktiviti seterusnya iaitu bbq. yeayyyyy. dan lagi best oooo oooo. dapat duit raya lagi tuuu. sonoknya kami mengalahkan kanak-kanak kecik. hehehe.

plan sseterusnya bbq di Teluk Cempedak or famously known as TC. TC ngan TS ala-ala sedara gitu. hahaha.  pastu, dah get ready semua, tetibe saje hujan turun dengan selebat-lebatnya. gundah-gulana kami dibuatnya. nak bbq di mana kalo hujan begini? adoyaiiii. tapi kami harung jugak pegi TC tu sambil masing-masing berharap dan berdoa semoga hujan berhenti tak lama lagi. dan alhamdulillah sampai sana hujan mula reda sekadar rintik-rintik halus sahaja. lastly, hujan berhenti terus. syukur yang teramat sangat lah.

tapi masih diuji. pasir pantai basah lagi. macam mana nak hidupkan api? haaaaa. itulah tugas kami yang paling berat. fuhhhhh. macam-macam cara dan ketika inilah nak praktik segala macam yang telah dipelajari. hahaha. kalau ikutkan entah pukul berapa la dapat makan. tapi dalam pukul 10, kitorang dah boleh menikamati kelazatan semua hasil jerih perih kami. alhamdulillah.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa
>
>
>
ayam bakar,  ikan bakar, sosej bakar, roti bakar pon ade?
marvelous laaa. buntang perot aku makan semua tu.

tu diaaaaaaaaaa chef kami.

dessert paling awesome abad ini.
pisang bakar, jambu bakar, keropok CORNTOS bakar dan kacang NGAN YIN bakar.
by, Hanim.

we're a team from Gombak.
Radhi, Hadi, aku, Hanim

and they are representing Kuantan.
Pikah, Nadia, Che, Elyn

after all and all, kami saja laa yang jadi bergathering. banyak jugak yang sudah dijemput. malangnya, masing-masing ada hal. so, tak boleh nak cakap apa laa. but, our all day out still awesome.

will miss you all damn much. jemputlah datang ke Gombak plak pasni ye. tapi tak tahu laaa kalau kitorang boleh serve korang camtu. huhuhu. anyhow, we'll try our best laaa. hehehe. yang penting korang kena datang dulu baru tau.


sempat jugak pergi open house Radhi before balik Gombak. yummmmm. mak Radhi masak sedap sangat.

sekalung penghargaan
>
>
>
hoyeahhhhhh. thanks banyak-banyak kat bebudak UIA Kuantan yang sudi menerima kunjungan kami dari jauh. dan tak lupa jugak kepada Hadi dan Radhi yang menjadi unofficial guardian, selamat pergi dan selamat kembali ke Gombak. pasni boleh la jadi yearly event kan? kan? kan? yeayyyy. tapi pasni harapnya lebih ramai lagi laaa yang boleh join. John, Kama, Pijol, Alfi, Azah, Mun, Aby, Ogi dan semua ex-PEERS CFS PJ dolu laaaa.


p/s: Hadi, nak gambar open house rumah Radhi!

Monday, September 26, 2011

KNOWING YOU KNOWING ME

assalamualikum dan selamat sejahtera. ok ni cerita hujung minggu aku. hujung minggu aku yang berfaedah. tidak ku biarkan kosong tapi diisi dengan aktiviti. acewahhhh. selama ni aku berlagha je laaa ye? oh NO! ye aku tak tidur lagi sesudah subuh di hujung minggu yang indahh permai ni. walau tilam kata mari sekali pon aku tetap tidak hiraukan. acewahhhhh. belagak nak mapuih aku. padahal punya la liat nak pisah ngan tilam empuk terchenta tu. adoyyyyyyaii. 

sepatutnya aku balik ye this weekend. tapi atas sebab guardian aku ade hal plak last minit. maka hujung minggu di rumah terpaksa di cancel. dan memang betol laaaa setiap sesuatu itu ada hikmahnya. tetiba malam tu aku dilamar oleh Azani untuk menjadi committee program untuk Mahallah Ruqayyah. jadi bidan terjun laaa aku. haishhhhhh. aku ON saja laaa. alang-alang aku dah tak balik ni dan tak ada nak buat ape sangat pon, why not to join?  

program apa sebenarnya? lupa plak nak bagi tahu. nama program ni KNOWING YOU KNOWING ME. objektif utama program ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kenal-mengenali sesama pelajar tahun satu yang baru sahaja mendaftar tiga minggu yang lalu. ye laaa. tak kenal maka tak cinta ye tak? secara unofficial nya aku dilantik menjadi back up committee sebab ada committe yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. so, apa sahaja pertolongan yang diperlukan memang menjadi tugas kami la untuk membantu dari segala aspek sekali pon. tapi secara official nya aku dilantik untuk menjaga check point   aktiviti explorace. yeayyyyy aku suka! apa-apa pasal explorace memang aku suka sangat. sama ada menjadi peserta ataupun committee. hehehe.

adik-adik semua berkumpul mengikut group yang telah ditetapkan. 
breakfast, opening ceremony by principal of mahallah, dan a few taklimat by committee.

ok aku kena jaga checkpoint 6. terpacak la sorang-sorang kat parking lot tu sementara tunggu group pertama sampai. tu aku tengah conduct bebudak tu cara-cara nak main slip of the tongue atau dalam bahasa bukan omputihnya "lembut lidah". dan secara tidak langsung lidah aku pon terus menjadi lembut bak sutera. hahaha. aku sebenarnya tak tahu apa-apa pon. tapi nasib baik aku penah la jugak main game tu. so, nothing to worry la akak. hahaha. dan aku adalah first check point yang siap. see! aku dah cakap nothing to worry. 

mission accomplished! everyone can smile. fuhhhhhh penat tetap penat laaa.
ok jap jap aku nak cakap aku suka akak 2 dari kanan tu. siyes dia sangat kelakar giler. cukup la aku tengok muka dia aku dah rasa nak gelak guling-guling. kalo dia buat lawak?? hahaha

lega tak lega tapi lain plak ending nya. well, everything is settled right? apa lagi, aku dan azani rilek-rilek la sambil borak kosong. tetibe datang dua orang kakak committee (but actually sorang tu sebenarnya vice president) ke arah kitorang berdua. cadang nak blah laaa konon sebab takut macam amek port diorang. tetibe dia cakap tak apa and nak cakap something sebenarnya. jeng jeng jeng. suspens laaaa plak kitorang dibuatnya. ok apa hal plak ni? kitorang ada sakitkan hati dia ke? haishhhhh. tak ada idea laaa. lastly, barulah tahu rupa-rupanya dia telah melamar kitorang untuk join MRC. omaigod. terkojut boruk den ngan azani. tak ada angin tak ada ribut tetibe je guruh berdentum. pooommmmm! and kalau kitorang setuju, kitorang akan di hantar ke Sabah untuk join satu program under mahallah. pergi SABAH??? Sabah tuuuuu!! aku speechless. tak tahu nak cakap apa kat kakak tu sebab masih tak percaya. tambahan pula, aku dan azani dah la jadi bidan terjun je plak tu. dia bagi tempoh kitorang untuk pikir sampai hari Selasa. entah laaaaa.


p/s: aku dilema.

Saturday, September 24, 2011

kisah beg merah

pen merah pen biru,
you marah i hate you,
tapi kalo you suka baru i love you.
fair and square~~

tak kisah la pen merah ka, pen biru ka, pen hijau ka, pen kaler rainbow ka. sebabnya tak ada kaitan langsung ngan pen atau segala jadah pen. sebab ini cerita fasal beg merah. ye aku suka kaler merah atas desakan dan paksaan. tak pernah suka kaler merah sebelum ni. feveret kaler always black because man in black is handsome. cehhhhh. tak releven hipotesis aku. bukan paksaan apa-apa pon. tapi keadaan sekeliling telah mempengaruhi minat dan tabiaat, kesukaan dan kegemaran.

>spek jahanam. buat baru cina tukata kaler merah sangat sesuai ngan aku. buatlah spek merah.
>purse dah uzur. kakak kasi kaler merah.
>takde beg tuk pegi kelas mula-mula masuk CFS dolu. kakak kasi kaler merah jugak.
>belek-belek baju kat mana-mana. orang kata kaler merah sesuai and cantek sangat ngan aku.


yes! this is my lovely red sling beg.

OK FINE!! memang merah itu untuk aku. dan aku ditakdirkan bersama si merah. dan sampai laaa ni, merah always make sense! dan aku ada beli satu sling beg merah. aku berkenan sangat sebab ianya very very simple. bukan aku je yang suka. adek aku suka. mak aku suka. kakak aku pon suka. yang lagi best oo oo oo. haziq pon suka beg merah maateh iye. kalo pegi memana aku selalu je tak sempat nak bergaya ngan beg tu. haziq dah angkut dolu. dia yang gayakan beg merah aku tu. cesssss. haziq haziq.

ni beg merah orang lain plak. peniru laaaa orang tu.

alkisah ni tak sampai ke penghujungnya lagi. masih kisah beg merah tapi situasi yang berbeza pada suatu ketika. pergi beraya ke rumah mak saudara. beray saje kot. malsa la nak pakai beg besar macam pergi kelas. cukup la pakai sling beg je. aku mana ada sling beg lain except red sling beg kesayangan hamba tu. matching ngan baju belakang kira. tetibe kat sana tengah makan-makan minum-minum gelak-gelak, tiba pula satu rombongan cousins dan aunty yang lain. ohlamak! BEG MERAH ITU!! sejibik sejibon seh. exactly the same red! siyes spoil gua nak makan lemang ngan rendang. aku, kakak aku dan adek aku saling berpandangan tanpa terluah sepatah kata pon. nak senyum or nak gelak. tapi diam is the best choice. habis makan gua cepat-cepat masuk bilik dan rembat beg merah tu skali sebab nak solat plak. fuhhhhh. selamat satu. nak balik tu haziq plak bawak beg merah. tak sempat aku pesan kat haziq soh letak dalam keta. aku ngah make up sikit-sikit. tetibe aku dengar haziq dah buat announcement kat luar sambil tayang beg kat cousin aku yang pakai beg merah sama tu. damn!! siyes spoil lagi skali.

haziqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq. gua jerit dlam hati saja laaaa. aku memang tak suka kalo ade barang yang sama dengan orang lain melainkan beli sama-sama sebab sehati sejiwa. dan akak aku ada jugak cakap dia ade jumpa member dia pon pakai exactly the same red beg as mine.

hmmmmmmmm. tak best laaaa.

sekian, THE END~



p/s: ade sesape yang nak ngaku sama beg merah ngan aku?


dari PJ sampai ke GOMBAK

FRIENDSHIP EVERLASTING. memang betol laaa tu. dua tahun bertapuk duk kat CFS PJ dan muka-muka ini laaa yang menjadi rakan kelas. kelas math, kelas fizik, kelas chemistry, kelas programming dan hampir semua kelas laaa kitorang satu kelas. dan tak terkejut laaa jugak even dah masuk Gombak pon, kitorang still ade yang TERsama kelas masa first year dolu. alhamdulillah persahabatan yang terjalin antara kami semua baik dan isyaAllah hingga ke akhirnya. sekarang ni masing-masing dah masuk majoring. so, memang susah la jugak nak jumpa melainkan yang sama majoring la. macam aku, masih la dengan Hanim my partner tu. hahaha. so, atas keprihatinan ex-ketua kelas laaa kami telah bertemu semula dalam satu suasana yang sangat meriah. yeaaaayeahhhh. GATHERING RAYA!! seronok sangat sebab dah lama tak kumpul ramai-ramai camni. last sekali jumpa ramai camni masa farewell party kat PJ dolu. lama la jugak. about a year ago. hahahaha. setahun je pon kan. tapi bagi kitorang yang duduk setempat ni rasa cam lama la jugak. hihihi. ok ok ok. aku tak ada nak cakap pape. just nak cakap, sayang korang sangat!


kali ni aku malas nak merepek banyak-banyak. layan gambar saja laaa. gambar candid yang paling aku suka. sebab ada gambar aku dalam tu. hahaha.

jap jap aku nak request kat korang. ce korang teka yang mana satu aku??


aku laaaa budak paling baik dalam gambar ni.!!








p/s: banyak betol gathering aku raya kali ni.
next  part  citer raya la aku story.

Friday, September 23, 2011

special entry untuk budak yang bernama HAZIQ!

first of all, nak wish HAPPY BIRTHDAY to HAZIQ my beloved nephew. hari  ni genaplah 5 tahun anak terchenta maateh ni. semoga menjadi anak yang soleh ye. dengar cakap ibu and abah. jangan nakal-nakal sangat. dan yang paling penting jangan malas pergi sekolah. asyik nak cuti je kojenye tiap-tiap hari. school is fun ok!


secondly, nak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY to HAZIQ jugak one of my adek badek kat kg abu dolu dan merangkap member tak kenal kat UIA (as you wished). hahaha. hmmmmmm. semoga panjang umor murah rezeki dan dirahmati Allah selalu. ok aku dah laksanakan one special entry untuk ko ye Haziq. aku tak maen-maen or cakap kosong je. so, ko nak bagi ape ni? hahahaha.




any request??


p/s: sape yang birthday nya bulan ni?
aku just nak wish Happyy Birthday to  you laaa..

bertudung tapi bertelanjang

segmen: Tazkirah Hari Jumaat; sampaikanlah walau sepatah.

i don't know why. sometimes people take this things very very easy and simple. i mean about dressing up. makin moden makin melatah pulak pompuan-pompuan zaman sekarang berpakaian. konon-kononnya mengikut fesyen dan trend terkini. ye lah nak ikut fesyen. tapi sampai kena melanggar hukum plak ke? boleh ye kalo macam tu? makin moden cara berpakaian juga harus moden sehingga hilang tamadun? masyaAllah. astaghfirullah. terkojut berok aku dengar tafsiran orang macam tu. tak kisah pon kalau nak ikut trend selagi tidak bertentangan dengan tatacara pemakaian mengikut syariat.

>>ko ni ustazah ke tetibe nak sebut pasal hukum-hakam?

aku manusia biasa. full time slave to Allah. insyaAllah. aku pon pakai tak ada la macam stok ustazah pakai jubah pakai tudung hok labuh tu. tapi pakai baju yang sepatutnya. bukan hok jarang. bukan hok ketat metat. bukan hok seksi meksi. yang sedang sedang saja. ya! tak lengkap. sebab stokin on and off. hand socks pon belum praktik lagi. sedang kayuh pelan-pelan macam mana nak mendidik diri jaga tatatertib pemakaian. bukan senang ye. aku pon macam kalian yang pakai aci redah. hentam keromo saja kalo nak keluar tanpa hirau apa yang sepatutnya. saya boleh, korang pon pasti boleh. sikit-sikit dulu, lama-lama lengkaplah. insyaAllah.

fikir-fikirkanlah. sudah besar panjang kottt. tak payah laaa aku nak membebel macam mak-mak plak.

ada satu benda yang membuat aku betul-betul sering berjaga-jaga ialah...

kalau kita nak orang yang cantik dan baik,
kita pon kena lah jadi yang cantik dan baik.
betul tak?

p/s: selamat beramal.


Wednesday, September 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #5

GARFILED my feveret kucing

ce usha betoi-betoi.

 garfield lagi.

 dan lagi.

jumpe member baru  kat http://contengconteng.com

my profile picture pon!!


since baby lagi dah minat ngan garfield ni. sebab ape? sebab dia budak gemok yang malas ala-ala manja gitu. suke sangatlah ngan garfield ni! sebab dia kucing. kucing kucing kucing. ye! saya sangat  sangat sangat suke akan kucing!


p/s: korang suke ape plak?

Tuesday, September 20, 2011

One in a million




i don't have much time. justtttttt.... aku nak merepek yang cara Emily main gitar sangat cool and smart. ce tengok. Emily dan gitarnya penuh bergaya. i love the way you are. siyes wa cakap sama lu.

ok tak lupa jugak this song pon sangat cool. tengok la sape yang nyanyi kalo bukan abang cu aku ni kan!! hahahaha. ok jom layan abang cu aku plak yang nyanyi. ni ori from him special dedicated to his adek. hehehehe. zassssssss..



p/s: thanx abang cu..


Monday, September 19, 2011

seems sorry and thanks to be the hardest word

salam.
apakah perkara yang paling susah dalam dunia ni? aku rasa menepati satu perkara yang memerlukan kekuatan dalaman. ianya merupakan satu perkara yang terlalu perit untuk dilaksanakan sebenarnya. sebab itulah orang ada cakap berjanji jangan sekali-kali, buruk padahnya nanti jika tidak ditepati.

so, apa ada pada sorry dan thank you atau dalam bahasa terjemahannya 'maaf' dan 'terima kasih'? susah sangatkah untuk diucapkan? adakah ianya terlalu panjang atau terlalu berbelit-belit? ataupun, dalam mulut ada seketul emas? ataupun takut mulut meletop bila melafazkan kata keramat itu?

apalah susah sangat untuk mengucapkan 'maaf' dan 'terima kasih' jika dibandingkan dengan menepati janji. very very small the pieces laaaa. ni yang aku tak faham dengan mentaliti orang zaman sekarang. cara berfikiran gaya hidup serba-serbi nak moden, tapi sayangnyatiada adab dan tatasusila.

ingat! menyenangkan hati orang lain bermakna menyenangkan hati sendiri. bukankah apabila seseorang itu tersenyum kerana kita, insyaAllah dalam masa yang sama dia turut mendoakan kebaikan untuk diri kita.

apa kata, bermula detik dan tika ini cuba sama-sama kita ringankan mulut untuk memmohon maaf sekiranya ada berbuat salah atau menyakiti hati seseorang itu. dan ucapkan terima kasih di atas setiap pemberian orang ataupun penerimaan sesuatu perkara.

sangat mudah bukannya payah!

I'M TOP 30 NEXT TOP MODEL??OFF COURSE NOT!!


 but seriously yes! i'm top 30 Malaysia's Next Top Female Blogger by Sandra Azwan!!
bukak je emel cimotcute13@yahoo.com sambil gosok-gosok mata tujuh kali takut tersalah perhati. tapi memang sah tak salah lagi ternampak ni
>
>
>
Dear Cimot,



Congratulations! You have made it to the TOP30 and you are almost
halfway towards winning the title! Good Luck.

--
With Love, Sandra Azwan

tak percaya lagi ka?
ya daku percaya?
ini bukan lagi cobaan atau rekaan semata.
tapi dunia yang nyata.
daku terkesima atau takasima?
ya daku terharu dan tersebak dek kiriman emel dari si dia
Sandra Azwan si pereka busana muda yang bermacam fesyen dan gaya. 
asalnya sekadar beronok-ronok sahaja. 
eh2. berseronok-seronok bagi memeriahkan suasana. 
usha sini sana si dara yang cantik bak puteri kayangan di atas singgahsana.
jumpa teman baru yang mesra.
kongsi cerita dan citarasa.
macam-macam laaaa.
tapi tak sangka pula dipilih menjadi salah seorang daripada 30 yang bakal menduduki tempat pertama dan kedua. 
atau pun mungkin yang teristimewa??  ada can ka? hahaha.

kalah menang adat pertandingan,
jangan lah cepat mengalah atau nak lepas tangan,
sebab
kalau kalah tak bermakna lemah,
tapi kalau menang tak bermakna pula senang.
thus,
ENJOY FOR YOUR JOY!!

ok that's all from me. my appreciation for your attention.
p/s: thanx Sandra!!


Sunday, September 18, 2011

siri mimpi #2: CHARLIE'S ANGLES in UIA


sunyi sepi je pagi ni. pergi kelas pon seperti mati segan tak mahu je. adoyyyyai. lemau macam biskut semuanya. apa pasal ea? apa yang telah terjadi dengan UIA ni? apasal macam baru lepas habis perang dunia ke-2 je rasanya. elehhhh. macam la aku ade masa perang dunia tu. haishhhhh.

gagahkan jugak la kaki ni melangkah ke kelas. walau malas yang teramat sangat. kelas dah la jauh plak tu. kat E1 level 5. hoishhhh. nasib baik la ade lif. bukan setakat lemau je pasni. tapi terus cair macam ais gamaknya.

sampai je kelas, ade Tikah ngan Teha je? aikkk. mana yang lain? aku mati-mati la ingat aku orang yang terlambat. haaaaa. lecturer pon tak masuk lagi.

aku: weyhhhhh. mane yang lain ni? kelas cancel ke plak ke?

teha: entah la weyhhhh. aku pon kehairanan sehhhh. aku sampai-sampai tadi pon tikah sorang je ade dalam kelas.

tikah: aku takut overslept. sementara aku dah bangun tu, cepat-cepat aku bersiap terus lepak kat kelas.

aku: korang tak rasa pelik ke? aku rasa sunyi sepi giler kot time otw datang sini tadi. aku nampak beberapa lecturer je yang lalu. student pon camtu gak. UIA cuti peristiwa ke?

tikah: aku tak pasan plak tadi. sebab aku berjalan sambil pejam mata. huuuuuu. ngantuknya.

teha: ha'ah laaaa. aku pon rasa camtu gak. tapi aku sedapkan hati je la time datang tadi.

aku pegi kat tingkap cube usha sekeliling dari atas. sunyi dengan deruan angin menyerbu ke muka. fuhhhhhhh. meremang plak bulu roma aku. macam ada hantu! tetibe masa aku nak pi kat meja aku ternampak ada orang atas bumbung E0 pakai baju serba hitam, bertopeng muka dan BERSENJATA> MACHINE GUN!! aku tengok plak kat building sebelah lagi. pon ade. bukan seorang, tapi dua! omaigod!! what happened? UIA has been attacked by terrorist? berderau darah aku rasakan. cepat-cepat aku menuju ke meja sambil memberi isyarat kepada Teha dan Tikah. mereka turut beriak kersauan melihat reaksi muka aku yang kalut dan gelabah semacam tu.

teha: apasal weyhhhh? kenapa? kenapa? 

aku: weyhhhhh. aku nampak orang pegang machine gun atas building E0! ape cer sebenarnya ni? takut laaaaa.

tikah ngan teha pon cube usha kat tingkap.

teha: ha'ah laaaa. kita sebenarnya kena attacked or security?

aku: entah laaa. aku pon tak ada idea ngan situasi sekarang ni.

sedang kitorang terusha-usha kat tingkat, tetibe nampak dr hadi lalu seberang E0 ke E1. POMMM! satu das tembakan kedengaran yang teramat lah kuat!! nak luruh jantung aku dibuatnya. dan kelihatan dr hadi jatuh rebah. ya Allah! dr hadi kena tembak. POMMM! sekali lagi. tak nampak siapa pula yang kena tembak.

tikah: aaaaah sudah. ini bukan security namanya. kita dah kena serang sebenarnya. cuba contact sesape?

aku cuba dail no IIUM security. tapi tak dapat. cuba pula dail IIUM clinic. pon tak dapat. cuba dail member lain plak. SAH! memang kena attack sekarang ni. tapi start from kuliyyah of engineering. serius seram dan takut yang teramat sangat. diorang suruh kami escape dari engin building secepat mungkin. sebab pintu utama keluar masuk masih selamat. mereka semua sudah menyelamatkan diri masing-masing sekarang ni. mereka ingatkan kami jangan lalu kaed dan engin sahaja sekarang ni. sangat bahaya. tapi cuba daptkan transport sekurang-kurangnya naik saha bas. aku, tikah dan teha mula gelabah dan panik.

aku: macam mana ni kita nak escape?

teha: ok2. tarik nafas dulu. tenang tenang supaya kita boleh berfikir. ya Allah, apakah dugaan ini sebenarnya?

tikah: papepon sekarang ni kita tak boleh turun guna lif. tangga pon berisiko jugak sebenarnya. aku rasa cara yang ada cuma kita kena turun guna tali ikut tingkap sebelah sana. sebab belah sana aku dah tengok clear.

teha: cop2. aku ada tali panjang dalam beg. tali tu aku nak pulangkan kat tuan dia sebenarnya. tali tuk hiking gitu. memang kuat laaa.

aku: hah cantek. cepat cepat kita kena bergerak pantas sekarang ni.

tanpa membuang masa, kami bersiap sedia untuk turun dari tingkat 5 tu guna tali ikut tingkap secara bergilir-gilir. mula-mula sekali teha, pastu aku dan last sekali tikah. masa tu tetibe je semua pandai buat abseiling ala-ala tentera. cepat pantas dan tangkas. sesampai saja tikah kami cepat berlari-lari ke arah bus station depan engin tu. akan tetapi tanpa diduga pergerakan kami telah dapat dikesan oleh salah seorang pengganas tersebut dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kami. lintang pukang kami menyelamatkan diri dan secara kebetulan pula bas rapid kL lalu. bertambah laju kami berlari ke arah bas.

aku: Allahuakbar!

tetapi malang tidak berbau. salah satu das tembakan yang dilepaskan telah mengena pada betis kanan aku. sekuat hati aku meraung kesakitan. terjelepok aku di tengah-tengah jalan raya. cepat-cepat teha dan tikah memimpin aku untuk mengejar agar dapat naik bas. 

teha: pak cik cepat jalan! kita kena cepat keluar dari kawasan UIA ni. sekarang pengganas sedang menyerang! ni kawan kami kakinya sudah terkena tembak!

pak cik terus panik dan tanpa berlengah-lengah terus memecut basnya dengan laju.




mak: bangun bangun. tolong hantar Ayee pergi sekolah jap.

damn! tak sempat habis lagi. alahaiiii. kacau daun la! at least kasi la layan sampai ending. aku selamat ke tak? yang lain macam mana? entah laaaaa. aku sendiri pon tak tahu. damn damn damn. seriously damn!

namanya pon mimpi. memang agak tak logik laaa. tetibe je ade tali hiking. tetibe je pandai abseiling. fuuuuuuuuuuuhlamak. tapi aku cam excited gak time terjaga tu kalau-kalau aku berubah. rambut kaler kuning jagung cam dalam gambar tu. arghhhhhhhh. harapan saja laaaa. hahahaha



p/s: serius mimpi ni macam real je.

Friday, September 16, 2011

siri STOKIN and babies #6: mengharapkan kepulangan KOKOBU di pagi raya..


seminggu lagi nak raya,

aku: mak, lama giler si Koko dah tak balik. ni mesti betina keliling pinggang.

mak: hmmmmmmm. rasanya dah dekat setengah tahun jugak laaaaa. hari tu ade si pekerja indon si Imam namanya tu cakap nampak Koko kat masjid ngan kedai makan Hj Salim sana tu.

aku: makaihhhhhh. jauhnya dia melalak. pastu?

mak: pastu ada la orang kat situ tu cakap comel laaa cantik laaa. datang Imam dia cakap kat orang tu kucing kita. siap bagi tahu namanya si Koko lagi kat orang tu. orang tu pon pelik laaa sebab mana Imam tu tahu. pastu Imam pon cakap laaa yang dia dah lama kerja ngan abah. semua kucing kita dia dah kenal.

aku: woahhhhh. caya lah Imam! eeeeeee. tapi rindu giler ngan Koko. nak peluk-peluk nak gomol-gomol. eeeeeeeeeee.

mak: banyak kali dah mak suruh Ayee pegi carik Koko kat sana. tapi haram jadah la dia nak pegi. tapi kalo ade si Koko tu tak henti dia main kucing je.

aku: mintak-mintak laaaa dekat nak raya atau pon pagi raya nanti si Koko balik. boleh laaaa ala-ala jejak kasih kan. mesti syahdu je kan mak?

mak: ye la tuuu. macam menunggu anak pulang dari perantauan.

aku: hah? anak? apa la mak ni...haishhhhh.

tunggu punya tunggu sampai hari ni si Koko tak balik pon. sedih ohhhh. punya lama aku cuti tapi ak dapat jumpa koko. tapi nasib baik laaa ada si Cikoi pengarang jantung aku yang baru. hehehe 

*nama penuh: Koko Gebu
*nama manja: Kokobu
*nama panggilan: Koko

*Koko abang ngah kepada Cikoi.
p/s: rindu all my kucing bucuk.
huuuuuuuuuuu.

RAYA+REUNION=MERIAHHHHHH KO JAH!!

assalamualaikum. kami datang nak nak beraya. air ape?
RIBENA!!
woaaaaaaaahhhhh. kelas ko Jah!!

hahahaha. ini lah akibatnya apabila cuti sudah selaras. ape? laaaaaa. tak tahu lagi ke? semua IPTA di Malaysia ni kan sudah diselaraskan cuti semester nya. nak kasi nampak sistematik la katanya. tapi pada aku, sistem cuti selaras ni sepatutnya sudah dilaksanakan dari dahulu kala lagi. bukan nak memburukkan atau memperlekehkan tapi menyampah laaaa sebab UIA punya cuti satu-satunya yang tidak sama dengan uni lain. apa pasal jangan tanya aku ye! aku bukan Menteri Pengajian Tinggi. agak stress laaa setiap kali cuti semester. tak pernah nya sama walau sedikit pun. kalau tak awal>lambat laaa. kalau tak lambat>awal sangat la plak. adoyaiiiiiii. itu tak cukup stress lagi! dapat plak time raya. harapan saja lah nak dapt beraya ala-ala reunion. aku selalu je la tak dapat join. hari raya ke berapa entah aku dah kena pulang ke kampus! hoishhhhh. mengalahkan orang bekerja kat pelantar minyak.

maka dengan kuasa bulan....eh2 maka dengan sistem ini, aku dapat lah beraya bersama teman-teman lama sebermula aku tadika lagi. fuhhhhhhh. memang seronok. ada yang paling lama aku tak jumpa 8 tahun yang lalu. after habis sekolah rendah tak pernah jumpa langsung. kira macam jejak kasih jugak laaaaa. best sangat!! masing-masing sudah berjaya. ada yang masih belajar macam aku. ada yang sudah bekerjaya. dan ada yang sudah berkahwin dan ada anak??? aku still bujang lagi. huhuhu. ok2. tak guna cakap banyak. bukan korang rajen membacanya pon. layan je gambor cantek ni. tak cukup sehari, kena berhari-hari baru cukup syarat.

~MERONGGENG RAYA SATU KAMPUNG~

first rumah diterjah. rumah Farah!

ala-ala pemain bola sepak katanya. hahaha.
girls at the back: Ema, Shyima, Tikah Mat Noor, Farah, Wani, Cimot(aku laaa tu), Tikah Ali.
boys front: Faiz, Judin, Hazri, Haikal, Hakim, Idzuan.

Shyima member aku since tadika lagi. sama tadika sama nama sama pompuan tapi still lain rupa. hahaha

rumah kedua kami serang. rumah Atiyah! tapi kat sekolah dulu kitorang panggil Intan.

tadi agak ramai. sekarang ini sahaja yang masih bertahan.

rumah ketiga kami serang dengan paksaan. rumah Hazri!
beria tak kasi datang sebab tak ada orang kat rumah. maka tak ada orang nak bancuh air. lawak betul. kami tak kisah laaaa Hazri. nak datang beraya je. apa yang ada saja laaa. kitorang pon boleh tolong buatkan. hehehe.

haaaaaaaaaaa. beria tak kasi datang! amek ko ! ais krim dihidang sebagai juadah raya!
tak ponah lagi aku beraya makan ais krim weyhhhhh.
kelas kau Hazriiii!

rumah aku plak!!

huhuhu. sori guys. tak sempat nak buat ape pon. air ngan kuih raya ngan kek lapis je laaaa. hehehe.

sudah bertiga saja..tahniah! kerana anda berjaya mara ke pusingan terakhir. anda hebat ye!!

rumah last! rumah Shyima! eh ade lagi sebelum tu. rumah Afiq dan rumah Faiz. tapi gambornye Parkinson ohhhh.

~BBQ UMAH HAIKAL~

tu dia tuan rumah bertungkus lumus menhidupkan api. disebabkan hari tu tak kasi beraya rumah dia, makanya bbq sebagai galang ganti. perghhhhh. tapi memang terbaek laaaa tuan rumah!! makan sakan sehhh!!

api! api! api!

fuhhhhhhhh. bahan-bahan bakar.
woiii cimot! bahan bakar?? apa ko ingat petrol diesel ke??
oppppsssss. sori. hik hik hik.
sotong, udang, kerang, sosej dan ayam sedang terbakar.

ok aku sedang gigih membakar.

makan time!!! makan sampai pecah perut.

macam-macam ada. cakap saja nak apa..
pizza, ais krim, mee kari..
TAPI mak Haikal punye pizza terbaek weyhhhh. kalah Domino or Pizza Hut!!

banyak lagi mee kari. serius tak larat weyhhhhh nak makan. banyak giler!!

baham jangan tak baham.

 candid!

 candid lagi!

sekali lagi candid!

last sekali candid!

~LAKSA JOHOR UMAH NIZA~

rumah Niza sebagai penutup konvoi raya! untung laaaa orang belajar Johor. dah pandai masak laksa johor.

yes! Haikal tak dapat conquer!!

Farah! adik beradik kembar aku. aku lahir 13/3, dia lahir 14/3. senang je nak ingat besday.
ohhhhhh. baru perasan si tukang karut(Shyima) tak ade.

tuuuuuu dia. tak cukup tanah kitorang meronggeng. actually ada 3 ke 4 lagi gathering yang aku tak dapat join masa tu. pi umah cikgu, open house Wanie, makan-makan umah Shahrizat and karaoke.

hopefully the next gathering, more friend can join. the more the merrier.
: P

p/s: will miss you all damn much.
lets friends everlasting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...