Thursday, July 28, 2011

ISLAMIC PRACTICAL TEACHING FOR ORANG ASLI (IPTA) - Part 3

MY FAMILY ANGKAT yang macam family sendiri


walau jauh daripada family, kami masih diberi kesempatan menikmati nikmat keluarga atas nama keluarga angkat. namanya sahaja keluarga angkat. tapi aku tak rasa macam tu pon. namun sebaliknya, aku dah anggap mereka macam keluarga aku sendiri plak. syukur alhamdulillah aku mendapat adek-beradik angkat yang best dan family angkat yang best. kami 4 bersaudara; aku, Ecah, Kak Dell dan Faiz. kami dapat dua family angkat (rumah no 5 & 6) di Kg Senangkar. rumah mereka agak jauh jugak la dari Kg Abu, lebih kurang 15 minit jalan kaki.

tertanya-tanya jugak aku apakah penerimaan mereka akan kehadiran kami pada pertama kalinya. almaklum saja lah aku ni baru pertama kali menyertai program ni. tapi nasib baiklah Faiz dan Ecah orang yang berpengalaman. Kak Dell plak tak dapat nak join. kasihan dia. tak henti-henti memasak. bermula dari peringkat penyediaan, memasak, mengemas dan get ready for the next makan-makan session. sumpah penat! OK takpe Kak Dell!


** mak cik=amek
     pak ck=abe
     nenek=ajak

kunjungan pertama sungguh mendebarkan aku. kami pergi rumah no 5 dahulu. bagi Salam. OK! salam bersambut. penerimaan yang sungguh baik. kita berta'aruf la dulu ea. meh sini aku perkenalkan family angkat aku yang first ni. abe Dahlan & amek Suriati. dua-dua sangat baik-baik. pastu emak abe pon tinggal sekali. ajak Noriah. she's such a wonderful grandma for me. dia layan kami ni macam cucu-cucu sendiri. siap boleh bertepuk tampar, berlawak jenaka ngan dia. macam-macam cerita dia story mory. hahahaha. sangaaaatttt sporting la wa cakap. abe dan amek ade 4 orang anak; Suhada, Suhayati, Suhadawati dan Mazlan. Suhayati dan Suhadawati ni pasangan kembar. tapi kasihan sangat sebab Suhadawati ni kena demam panas masa kecik dan tak berapa sihat sekarang. tak boleh bercakap, berjalan dan segala keperluan perlu dijaga. sebak setiap kali melihat keadaan Suhadawati. takpe amek. dugaan itu lah yang menunjukkan Allah sayang akan hambanya. besar pahalanya menjaga anak istimewa ni. jangan risau. itu sahja yang mampu aku katakan pada amek.


Ecah Ecah Ecah.

the next house >no 6. oh tidak! sampai depan umah dah nampak anjing dalam rumah. terkejut kitorang. tapi buat cool je la kan. bagi salam. dan datang seorang budak kecik bukak pintu sambil menjawab salam kami. kitorang pon tanya la amek ade? sekali lagi kitorang terkejut! itulah amek Laila; mak angkat kitorang. omaigod. serius kitorang masih terkejut. sekali lagi sesi ta'aruf. amek Laila & abe ??? sampai ke sudah kitorang pon tahu sape abe kitorang sebab tak pernah jumpa langsung. amek kate abe sangat pemalu orangnya. hahahaha. sambil amek tergelak bagitahu kitorang. amek Laila ni memang suka sangat gelak. dah la memang comel. bila gelak, apa lagi bertambah comel la dia. amek dan abe ni ade 5 orang anak; Noli, Mila, Julian, Akmal dan Hakimi. anak-anak amek semua first time malu-malu laaaa. tapi bila nak kitorang dah nak balik, semua susah nak renggang. aku ingat lagi masa last day tu, Suhada, Noli dan yang lain tu boleh dikatakan tak nak lepas tangan masa berjalan. nak berkepit je ke sana sini. baru rasa macam nak kehilangan kan. huhuhuhu. tetibe aku nak menangis tulis cerita ni. haishhhhh. lagi satu, adek amek yang bongsu pon duduk sekali. amek Pia dah kahwin dan ade anak 2 orang; Wadiya dan Baya. 2-2 anak amek comel sangat. Wadiya la yang aku paling suka. nanti next part aku tunjukkkan Wadiya. jeng jeng jeng.


amek Laila yang kecik molek ni. first time jumpa aku assume dia la anak. cissss! Tipah tertipu.

ni amek Pia bukan nama penuh. nama sebenar Piadora. macam artis gitu. umur dia sebaya dengan aku. tapi dah ade anak 2 orang oh. comel-comel plak tu.
aku??
ada anak tekak je la..hahaha


ok sekarang aku nak cerita ape yang kitorang buat dengan family angkat sepanjang 10 hari tu. mengikut objektif program, kitorang kena ajar mereka kitorang kena terangkan kepada mereka mengenai tauhid dan ibadah yang sebenar. sepatutnya lah. tapi secara jujurnya aku cakap, 10 hari tu tidak cukup nak buat semua tu. memang nampak 10 hari tu nampak dah lebih daripada cukup tetapi TAK! dalam 10 hari tu, aku rasa 50% pon tak mencapai objektif. bukan senang nak berdakwah ni. pertama sekali kita kena mendekati mereka melalui perkenalan yang bukan sahaja mengambil masa yang lama malah memerlukan kesabaran dan penghayatan untuk menyelami cara hidup dan pegangan mereka. apabila kita dah berada pada zon selesa, barulah kita boleh nak selitkan sedikit demi sedikit mengenai agama. selidik serba sedikit latar belakang dan tahap penghayatan mereka terhadap Islam.

aku tak berapa pandai nak bebicara mengenai agama. aku pon bukan lah arif sangat. sikit-sikit tu tahu lah. tambahan aku plak budak baru. terima kasih Faiz dan Ecah yang banyak membantu. tapi ada satu hari tu, aku dapat bersembang dengan amek Suriati personally mengenai Islam ni. ini antara conversation kitorang:-
  • aku: amek dah lama ke peluk Islam ni?
  • amek: baru lagi. lebih kurang 2 tahun yang lepas. masa tu ada orang dari Johor ramai-ramai datang kalau tak silap amek la. amek pon tak berapa ingat.
  • aku: ohhhhhh. macam mana amek boleh terbukak hati nak peluk Islam? ada orang yang ajak ke?
  • amek: ya pertama sekali, Allah la yang bukak pintu hati ni. tapi selepas tengok keadaan Suhadawati yang sakit ni. amek kasihan sangat kat dia. pastu ada plak orang yang cakap kasihan anak tu. insyallah, bila dalam Islam anak itu bahagia dan pasti Allah permudahkan segalanya. amek sayang sangat dia walaupun dia sakit. amek tahu bukan dia yang nak jadi macam tu. tambahan pulak, kalau dalam adat resam orang kami, anak yang sakit macam ni tak bolah tinggal serumah. kena duduk asing-asing. takkan nak buat macam tu plak? dah lah dia sakit pastu kena asingkan plak. kasihan lah kat dia. tu yang bila amek tahu pasal Islam yang mementingkan keharmonian dan persaudaraan, amek tak teragak-agak lagi untuk peluk Islam. amek nak Suhadawati hidupnya terjamin. insyallah hingga ke syurga.
  • aku: sekarang apa perasaan amek setelah peluk Islam?
  • amek: alhamdulillah. amek rasa tenang sangat. tapi amek banyak yang tak tahu. sembahyang pon setakat tahu baca al-fatihah, Qul huallah, bacaan rukuk dan sujud je.
  • aku: tak apa amek. belajar sikit-sikit. insyallah niat amek untuk terus belajar Allah permudahkan. amek, suka ke kami datang macam ni? maksud saya, bercerita dan bertanya itu ini mengenai agama?
  • amek: eh, amek suka sangat! tambahan pula amek banyak lagi yang tak tahu. tapi tu laaa, kejap sangat. banyak mana lah yang dapat. hmmmmm
itulah sedikit sebanyak yang aku dapat habaq mai kat angpa. panjang lagi perbualan aku ngan amek sebenarnya. hari tu aku ngan Faiz sehari suntuk duduk rumah amek sebab berpuasa. tapi sayangnya amek dan abe tak puasa sebab diorang tak tahu niat puasa sunat. alahai. aku rasa bersalah pulak. sepatutnya aku ajar mereka semalam. Ecah dah petang baru dia datang. Kak Dell macam biasa uruskan dapur. tak buat papepon, just tolong amek sidai kain, tolong tidurkan Suhadawati, borak-borak dan layan anak-anak amek. tapi nasib baik tengah hari tu, Kak Eja dan Kak Fifi datang. ada la kawan aku. petang tu sebab dah terlampau boring, kitorang soh amek bawak kami pegi hutan ke, kebun ke atau mana-mana saja lah. so, amek bawak kami jalan ke sungai dan ke sekolah.

itu sajalah rutin yang luar biasa. tiap-tiap hari kalau tak ada aktiviti lain pada waktu petang, memang menjadi kewajipan pergi ziarah family angkat. time ziarah tu la kita cuba selitkan sesuatu. dan kalau sudah masuk waktu Asar, selalunya kami akan solat berjemaah di rumah amek sebelum pulang. pernah sekali tu, kami lambat solat Asar sebab abe sibuk ajak kami tengok cerita ESTET. bukan kitorang je yang tengok, bebudak dari rumah lain pon join sekali. sempoi betol abe aku. dan pernah la waktu ziarah sampai malam. maka, kami pon solat Maghrib di situ. dan tidak semena-mena amek jemput makan malam di situ. tapi kali ni di rumah amek Laila. ya Allah sedap sungguh mereka masak walau hanya berlaukkan ikan goreng, sardin dan sayur goreng. memang best!


ada lagi seorang yang  aku nak perkenalkan. yang begitu bermakna dalam hidup aku kat sana. Yes! really meant to me! ni ajak si Nuyu. aku sayang sangat kat ajak ni. even, she's not my family angkat tapi dia sangat baik ngan aku. bila malam je mesti carik aku. "mana anak yang sakit kaki tu?" dia lah yang urut kaki aku. tettttttt. aku tak story lagi kan pasal kaki aku. next part! tungguuuuuuu. tapi aku sedih sangat sebab time balik tu aku tak dapat jumpa ajak ni. tak sempat nak ucap terima kasih, nak peluk cium dan say good bye. sungguh aku terkilan. dan aku baru je terbaca belog si Mira yang alkisahnya begini...
 sweetnya nuyu bersama ajak nye (ajak = nenek) nak dengar cerita sweet pasal nenek nuyu ni tak? nenek dia ni sporting sangat-sangat! sporting tak terkata lah kan. ajak ni rockers habis wa cakap lu! tapi korang nak dengar tak cerita yang sebak gile? time kami nak balik hari sabtu hari tuh, nenek ni takde. mula-mula sedih jugak lah nenek takde kan, rupa-rupanye, awal-awal lagi nenek ni dah cakap,
"nanti masa kamu nak balik ajak taknak datang sbb ajak taknak tengok kamu semua pergi... ajak taknak nangis depan kamu semua.."
sampai nuyu tanya anak ajak ni, iaitu mak angkat nuyu lah kan, ajak kat mana? anak ajak tu sendiri pon tak tahu ke mana ajak pergi. dari awal pagi lagi ajak dah takde kat rumah, menghilangkan diri. betapa ajak taknak tengoknye pemergian kami... even kami bersiap-siap untuk balik pon ajak tak sanggup nak tengok... sebak gile time aku dengar nuyu bercerita =') 

oh! patutlah. sekali lagi aku terkilan sebab tak dapt jumpa ajak!


last but not least, i just wanna say...
i am very very happy. because we are happy family.
acewahhhhhhh.


macam biasa, manyak luahan yang tak terluah dengan kata-kata.
hope you all enjoy and get something.

sapa yang tak tahu pokok pangkal boleh la bace
PART 1 kat sini dan PART 2 kat sini.



p/s: bila agaknya kita dapat bertemu wahai amek2 dan  abe2?? 
ok next part aku story pasal bebudak kat sana.

6 comments:

chiLleD...!! said...

seronoknya join program camni..bukan ahaja bolh tambah pngetahuan, malah boleh mengenal cara hidup masyarakat asli dengan lebih dekat.

adrinaqamarina said...

tgk gambar je, yang sorang tu hensem, kirim salam~ :P

cimöt said...

@ chiLleD...!!
betol2!!
tp yg paling penting dapat muhasabah diri..

cimöt said...

@adrinaqamarina
amboi2 rina..berani kau! hahaha

A.I said...

amek aku best gak!
tapi susah nak selit bab agama, pasal depaa suka tuka topik. fuh!

tak join kaa depa pi bulan posa nih?

cimöt said...

@AISHA INANI
aku tak dapatlah nak pergi..ade kije kontrak kena complete before raya ni..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...