Wednesday, August 3, 2011

ISLAMIC PRACTICAL TEACHING FOR ORANG ASLI (IPTA) - Part 6 (The Last Part)

 PERSPISAHAN TITIK MULANYA PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN



Ecah: shima, amek panggil.
amek: ini untuk Aisyah dan yang ni untuk Shima.
(sambil hulurkan satu bungkusan berbalut surat khabar kepada kami berdua setiap seorang)
aku: ape ni amek?
amek: tak ada apa-apa. cuma sebagai kenangan dari amek bila anak-anak dah balik rumah nanti.
aku & Ecah: terima kasih amek.
sobbbbbbbbbbbbssssssssss.....terus pecah empangan air mata aku ngan Ecah. tak mampu nak dibendung lagi. terharu sangat. tak sangka amek betul-betul buat kami terharu. baru plan nak save tuk esok pagi. hancussss. tetibe..
Faiz: amek datang sewang? eh, apasal nangis sekarang? betol ke ko nangis ni?
hampagas tong gas la si Faiz ni. memang spoil orang ngah feeling so sad badly ni. haishhhhh.

setiap permulaan pasti ada pengakhiran. setiap detik perjalanan itulah yang akan menjadi kenangan. tiada kata-kata yang mampu menggambarkan rasa. hanya pengalaman dan kenangan ku kejap ku sisip kemas erat dalam kotak simpanan memori di kepala.

pelbagai dugaan, cabaran dan halangan dalam sepanjang perjalanan. namun, semua itu telah memberi aku apa makna kehidupan dan mengajar aku bagaimana untuk bersyukur. sesusah manapun kita, mereka lagi susah daripada kita. dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu. tambahan pula mereka rata-ratanya saudara baru yang memerlukan bimbingan dan dorongan. ya! bukanlah seorang yang berpengatahuan luas tentang agama apatah pula alim. tapi sedikit sebanyak aku cuba berkongsi sesuatu biarpun sepatah kata. menjadi kewajipan sesama kita saling sampai-menyampaikan dan ingat-mengingatkan. di samping itu, aku juga dapat belajar melalui rakan-rakan yang lebih arif.

malahan, kat sini laa aku kenali diri aku ni macam mana. aku sungguh malu ngan diri aku sendiri. aku sedar betapa kerdilnya diri ini di sisi-Mu ya Allah. aku ini umpama semut yang dilihat dari angkasa. tak nampak pon! ya! aku dilahirkan ke dunia sudah sedia dalam nikmat Islam. kemudian diberi didikan agama sepenuhnya oleh mak dan abah, dihantar ke sekolah agama seawal usia mengenal huruf dan duduk dalam suasana ajaran Islam. tapi, apa yang aku ada sekarang? alhamdulillah tudung aku masih pakai. tapi perkara lain seperti solat yang terkontang-kanting kadang-kadang tu, lalai dengan hal ehwal dunia, mengaji Quran entah ke mana, pakaian pun tidak berapa nak lengkap sangat dan macam-macam lagi yang aku tak tahu. dan secara jujurnya aku katakan, Cameron telah membuka jendela hati aku yang di sebelah sana. sejak aku pulang dari sana, aku telah mengharapkan Ramadhan ini adalah masa yang sangat sesuai untuk menjadi titik permulaan aku meng-transformkan diri ke arah yang diredhai Allah. tak ada laaa sekali gus. tapi kayuh perlahan-perlahan.

ya Allah
kau permudahkan lah niat ku ini
sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
aminnn.
sebelum itu, aku nak tinggalkan sedikit ilmu untuk dikongsi. mana lah tahu nanti kalau dapat pergi lagi boleh la sembang ngan amek-abe guna bahasa diorang plak. bertambah lagi kasih sayang mereka untuk kita. ecewahhhhhh.

KAMUS BAHASA SEMAI
  • pak cik=abe
  • mak cik=amek
  • atuk=atak
  • nenek=ajak
  • abang/kakak=tenet
  • adik=menang
  • anak=kenan
  • kucing=kucik
  • ayam=pok
  • anjing=chu
  • makan=cak
  • minum air=nyuk teh tiu
  • mandi=mamoh
  • tidur=bedbed
  • apa khabar?=mak igah gah bor?
  • selamat tinggal=abor
  • buat apa?=bejalok?
  • mari=bei madeh
  • sejuk=senget
  • hari ini=hari deh
sungguh perit untuk aku luahkan. tapi inilah yang dikatakan perjuangan. bukan setakat di sini saja. perjuangan kita masih belum berakhir wahai rakan-rakan sekalian. masih banyak lagi yang kita belum habiskan. andainya kali ini amek-abe baru tahu apa itu syahadah, make sure pada masa akan datang mereka sudah boleh melafazkannya berserta maknanya sekali. insyallah.

sebelum balik, sempat jugak si Mia menconteng kata tulus ikhlasnya di fon aku.
I  love you too, Mia. muahxx.

kaki masih belum pulih sepenuhnya. dan disebabkan keuzuran kaki aku itulah, pendakian ketika pulang telah memaksa aku untuk singgah di beberapa perhentian dan meneruskan perjalanan dengan bertongkatkan kayu apa entah si John kasi kat aku. adoyyyyyyaiii. itu lah "ole-ole" yang paling berharga aku dapat bawak balik dan tunjuk kat mak. hahahaha.

selamat tinggal amek-amek, abe-abe, adik-adik dan seluruh warga Kg Teji & Kg Abu.

tidak lupa juga kepada kawan-kawan seangkatan, terima kasih dan sehingga berjumpa lagi pada IPTA yang akan datang.

kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
insyallah kita berjumpa lagi.

~THE END~


sapa yang tak tahu pokok pangkal boleh la bace
PART 1 kat sini
PART 2 kat sini
PART 3 kat sini
PART 4 kat sini
PART 5 kat sini


p/s: aku galakkan korang tuk join aktiviti yang macam ni!
inilah cara kita nak berbakti pada agama, bangsa dan negara.


4 comments:

jules said...

'transform'er mesti ade ye...kih kih kih..

fsam said...

bestnye,,,sronok la bace pengalamn shima..

cimöt said...

@Julie Suhana
mesti la!!

cimöt said...

@fasiihahsamsudin
thanx ma dear...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...