10 hari tu macam lama je bunyi nye. hari pertama tu memang gelisah mengenang tempoh 10 hari tu terlalu panjang. dan masa itu jugaklah tetibe rase rindu kat rumah dan kucing. haishhhhhh. memang jiwa kacau laa. tapi bila dah nak masuk seminggu, rasa macam tak nak balik la plak. 10 hari tu rase terlalu singkat sangat jadinya. macam makan cekedis tak lepas pon nak menempek tahi gigi. sayang plak nak tinggalkan kampung tu. kalau boleh nak spend lebih kurang seminggu lagi baru puas kottt. wah wah wah. iyeke cimot oiiii?
macam-macam ada. suka duka semua kita rasa bersama. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. acewahhhh. tapi itulah yang kami lakukan demi mengekalkan keharmonian bersama. yelah. dah duduk dalam satu keluarga mestilah saling tolong-menolong antara satu sama lain.
riadah pagi pembuka tirai hari-hari kami di sini. sangat penting tuk memberi stamina yang berpanjangan. taknak la jalan sikit dah lembik, main ngan budak sikit dah lembik(hahaha. macam aku je tu...), buat kerja sikit dah tak larat. yang ni exercise macam mana nak terbang. hahaha. siyes aku rasa nak terberak time buat benda ni. adoyyyy.
basuh pinggan tanpa giliran. aktiviti wajib setiap kali lepas makan. dah makan sedap-sedap kena la tolong basuh pinggan. memang la banyak. tapi kalau dah bekerjasama kejap je jadinya.
arghhhhhh. stress giler time ni tak dapat mandi air terjun. kaki ku sakit. masa nak pergi tu aku rasa macam nak nangis je. tapi kena berlagak cool laaa kan. tengok je la adik-adik dan member-member yang lain mandi dengan penuh suka ria. tak apa lah. dah begitu adatnya. huhuhu.
projek taman lanskap. ade buaian dan bangku mini untuk bersantai. sangat menarik dan mengujakan adik-adik. tapi bukan setakat adik-adik yang teruja, kakak-abang pon sama. hahaha.
pemindahan kubur lama. ini aktiviti lelaki sahaja.
sukaneka Kg Teji & Kg Abu. sangat meriah dan tak terkata meriahnya. semua penduduk kampung turun padang untuk memberi sokongan dan menyertai segala bagai games yang kami sediakan. bukan setakat adik-adik sahaja yang boleh join sukaneka tu, amek-abe pon boleh. sebab games yang kami sediakan bukan satu tapi banyak. dari pagi sampai ke petang. main lah sepuas-puasnya.
sumpit jangan tak sumpit ye abe oiiii. berhati-hati sesape yang lalu-lalang tu. takut ade punggong yang berdarah. hahahaha.
malam dan hari berinai. haishhhh. nasib baik la aku tak suka. kalau tak mahu la tak cukup inai kat pokok tu kot. aku bukan la anti ke ape. cuma aku tak suka bau dia kat tangan nanti. kalau setakat menumbuk inai tu small the pieces. ade ke patut si Faiz tak puas hati ngan aku cakap yang aku ni tak macam pompuan sebab tak berinai. adoyaiiiii. macam-macam persepsi orang kat aku.
haaaaa. ade satu benda aku tak habaq. aku ngan tikah pada mulanya kan biro prep and tech. akan tetapi kami berdua telah di-transfer ke biro module atas alasan tidak cukup kakitangan dan tak berapa berfungsi kat biro prep and tech tu. hahaha. tapi kitorang tak kisah pon sebab tak tahu nak buat ape kat biro prep and tech tu. mostly, semua kerja lelaki. so, biro module ni banyak la kena berinteraksi dengan adik-adik. melayan mereka, menghiburkan mereka dan di samping tu, mengajar mereka. senang citer jadi macam babysitter. so, ade la satu hari tu biro module kena pergi sekolah untuk menjadi fasilitator kepada adik-adik Darjah 6. namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi aku untuk pergi dek kerana kaki aku membengkak dengan dahsyatnya dan demam. huhuhuhu. sedih sangat sebab tak dapat join.
inilah pelajar Darjah 6 SK Telanok.
Loq plak yang aku tengok macam adik-adik perangainya. hahaha.
kelas Fardhu Ain. masa ni adalah demonstrasi cara-cara samak dan tayamum.
pertandingan hafazan. terbuka kepada amek-abe. senang sahaja. surah al-fatihah, 3 Qul dan bonus kalau hafal surah lain. tujuannya agar memberi semangat kepada semua penduduk untuk terus mempelajari dan membaca al-Quran. tidak dinafikan ade yang membaca al-Quran dengan lancar sekali. ada juga yang tak tahu membaca tapi boleh mengalunkannya kerana dek selalu dengar. subhanallah. sungguh terang hati dia.
sewang. ini pula merupakan salah satu adat turun temurun masyarakat asli. ia merupakan satu tarian dan nyanyian. selalunya sewang ni diadakan apabila ada yang sakit atau kematian. muzik dialunkan menggunakan buluh yang pelabagai laras panjang beserta nyanyian. kemudian beberapa orang akan menari di tengah-tengah mengikut alunan muzik.
buluh dihentak pada sebatang kayu yang menghasilkan satu bunyian yang sangat unik dan disertakan alunan nyanyian yang mendayu-dayu. kalau yang sebenar-benarnya, sewang ni dibuat di dalam rumah. tapi memandangkan kami ramai buat kat tanah lapang saja lah.
puteri-puteri Kg Abu.
lastly, memang penat dan lalu terbongkang. adoyyyyy. walau macam mana pun, tetap puas hati dan tak terkata la perasaan ni. banyak lagi aktiviti sepanjang kami berada di situ. tapi tidak cukup untuk aku ceritakan di satu ruangan mini ini. aku harap serba sedikit kalian enjoy dan dapat sesuatu daripadanya.
sapa yang tak tahu pokok pangkal boleh la bace
2 comments:
10 hari tu lama wooo..haha
@H.J
sekejap je..tak terasa pon!
Post a Comment