Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 28, 2012

the winner is...................

drum roll

the WINNERS of MIMIK MOMOK CONTEST go to....

PEMENANG UTAMA

akan memenangi sebuah buku nota contengconteng tajaan contengconteng


nida


TOP 3
3 pemenang akan mendapat TOPAP RM10 + special design stickers setiap seorang

cik puan muda umi
maisharah
aimie diyanna


SAGUHATI
pemenang saguhati akan dapat satu sticker comel lote




kepada pemenang-pemenang sekalian, sila emel butiran anda secepat mungkin ye. due date next week!

cimotcute13@yahoo.com


TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang.



p/s: jangan lupe untuk terus support my blog.
hehehehe.



Sunday, February 26, 2012

You Da Man!



You Da Man!

Ever since my life began,
I realized that "You da man!"
I saw your wisdom, your courage too,
And I learned I could rely on you.

Your tolerant nature was really great;
Nevertheless, you'd not hesitate
To let me know when I'd been bad;
It must have been hard, but that's being a dad.

You're strong and smart and filled with love--
A gift to me from up above,
So here's a greeting from your biggest fan:
Happy Birthday, Abah, 'cause "You da man!"

you are my best and ever man..my HERO!!
i ♥ you so much!!
happy 63rd birthday ABAH!!
may Allah bless you always my dear ABAH!!!




Saturday, February 25, 2012

NAMA vs MUKA

assalamualaikum semua.


dah lama tak berceritaceriti. terasa mengidam plak. dan tetibe plak idea ni seperti mencurah-curah ke ladang gandum. cehhhh. ladang apa pon aku tak ada. enough merepek-ing. insyaAllah hari ni kita belajar anatomi dari perspektif nama dan sifatnya. FAIL! subjek biologi pon aku tak belajar kat sekolah. toksah pecayo hok aku kecek ni. merepek-ing lagi. alkisahnya gini. aku nak tanya laaa dulu, 
"muka dan nama tu memang kena sesuai or matching ea? ea? ea?  kalo muka gitu kena nama gitu laa, muka gini kena nama gini??"
ape pandangan korang? pernah tak ade orang cakap lagu tu kat korang atau sesapa member korang yang kata gitu kat sesape? ok ada satu cerita.

si temah: weyhhhhh wani! alahaiii aku lupa nak bawak buku ko.
atikah: bila masa plak aku jadik wani ni?
si temah: alahaiiii..muka ko sesuai nama wani laaa. aku rase dekat sepuluh kali dah aku terpanggil nama ko wani.hahaha.
atikah: abes tu nama tikah kena muka lagu mana?
si temah: errrrrr. entah laaaa plak. hehehe.

begitu lah ceritanya. and same goes around me. semalam ade yang cakap nama gua cam tak kena dengan gua.



weyyhhh. beb, abes tu ape nama yang sesuai dengan gua? ce bagi cadangan sikit.

p/s: cimot tu nama artis gua, nama comel gua, nama kiut gua, nama timang2 ala sayang gua je. but the most important, nama panggilan in family. hehehe.




Friday, February 24, 2012

oh! Shima gadis Palembang.......ohlalala


pergi menyelam dekat google.
tetibe jumpe laaaaa awek bernama.....







p/s: baru laaa aku tahu what behind those 5 letters.
tapi macam tak sesuai je ngan aku.
kontra bebenor.


Wednesday, February 22, 2012

nak masa lapang


i do miss my leisure time.
i want to laugh loudly and freely.
duduk lepak-lepak.
sambil lunjur kaki ke depan.
pastu layan keropok super ring.
alahaiiiiii.
buat masa terdekat ni tak sempat laaa kot.
tunggu la sedikit masa lagi.
akan ku kecap nikmat itu.





p/s: terus bersemangat.



Tuesday, February 21, 2012

mimik MOMOK contest is OVER!!!!



bismillahirrahmanirrahim.
dengan ini, saya ingin mengisytiharkan mimik MOMOK contest is OVER!!!

generally,
thanks to everyone yang support my contest secara langsung atau tidak langsung.
THANK YOU SO MUCH !!

then, specifically,
a big thanks to those really sporting to join my contest. serius you all memang sport rim laaa. eh eh eh. sporting laaaa. sebab apa? sebab ramai yang segan-segan nak masuk sebab control ayu and macho. cehhhh. ok fine. korang memang ayu and macho kan.

not forget,
a great honor to my sponsors. YOUsof and contengconteng. may Allah bless both of you and insyaAllah makin bertambah rezeki lepas ni.

and last but not least,
my inspiration tak lain tak bukan si budak Ayie muka retard gile tu. keh keh keh. (aku tak cakap weyhhh. ko yang cakap kat komen tu.) thanks to be my angle. acewahhhhh. takde masa ehhh. but really thanks a lot dude.


so,
tunggu laaa next week i'll announce the winner.


p/s:thanks again.



arrange married


suke cerita ni. sebab cerita ni ade mesej positif yang disampaikan sebenarnya. tak dinafikan, ade negative side nya juga. i'm not telling the negative one. but i wanna extract the positive one only that i really do agree.

i love the way of their parents. mereka taknak lebih banyak kerenah pada masa akan datang, maka mereka satukan anak-anak mereka. means mereka kahwinkan anak mereka. yuppp. tak dinafikan ada yang cakap macam zaman dulu-dulu plak. arrange married. but for me, that's the best one. because, this is the only way to control from maksiat to spread away. daripada mereka berfoya-foya tak tentu hala, it's better for them to have halal relationship and insyAllah akan dilimpahkan rezeki yang wallahu'alam.

QS 24. An Nur ayat 32 : Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.



and this is one of the example.

ce korang baca SINI dan SINI.

tahniah kepada member aku yang baru je kahwin sabtu lepas.
semoga bahagia hingga anak cucu.




p/s:  aku?
belum sampai jodoh lagi kottt.


mimik MOMOK contest

ENTRY MELEKAT!! GO TO THE NEXT POST FOR THE NEW UPDATE !!


ATTENTION ! ATTENTION ! ATTENTION !
please pay attention!


(update)
tarikh tutup:
21-02-2012


(latest update)
sponsor



PEMENANG HADIAH UTAMA
akan memenangi sebuah buku nota contengconteng tajaan contengconteng



so, tunggu ape lagi?? jangan berlengah lagi, jangan nak cakap kejap lagi kejap lagi tapi bertindak sekarang. kalau tidak anda akan melepas laaaaaa. ingat senang ke nak dapat peluang macam ni?

syarat-syaratnya ialah:

Saturday, February 18, 2012

perpisahan yang mendamaikan

kisah lalu....
genap 4 bulan aku berpisah dengan si dia.
aku gembira.
sebab aku bukan lagi milik dia.
tapi aku mak dan abah yang punya.
dan hanya hamba-Nya.

serius aku katakan.
jiwa lebih tenang.
hati lebih tenteram.
akal rasa lapang.
tiada lagi serabut yang menyesakkan.
no more rasa terkongkong.
tak payah nak fikir mesej or calling.
semua benda nak kena lapor.
tak payah nak fikir pasal nak jaga hati takut cemburu.
kawan pon terus kena hambur.
tak payah nak fikir jumpa ke hape.
zero.

aku tekad kali ni.
kalau ada lelaki yang cuba mendekati.
memang aku terus tolak tepi.
kawan boleh tapi bukan kekasih hati.
aku dah janji.
diri dan hati ini hanya untuk bakal suami.

siapa bakal suami?
hanya lelaki yang berani.
berani berjumpa emak dan abah.
bagitahu dia nak kahwin sama empunya diri.

simple je kan.
tapi ready ke bakal suami?
dah lengkap ke segala bagai?
aset nak sara anak bini?
nak jadi imam setiap waktu solat.
nak jadi ketua keluarga.
didik diri ini si bakal isteri.

simple tak simple.
itulah yang menentukan tahap keberanian.
dah lengkap jumpa lah.
takde?
sorry lahhh.
abah dah cakap takkan bertolak ansur untuk anaknya yang ini.
dia nak yang terbaik.






Kita berkenalan secara tak sengaja

adalah perancangan Allah...

Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun

Allah yang rancang..
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga
... Allah yang beri..
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana
Allah sayang pada kita..
kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga
Dia yang rancang...
kita berdoa untuk kebahagiaan masing2 juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥









p/s: sekarang ni aku dah taknak fikir siapa dia.
kalau ada yang cuba nak mengurat,
tak susah.
aku suruh jumpa mak dan abah.
biar mak dan abah yang decide.
they said OK, i'm gonna be OK too.

i believe, their choice always the best for me.







Friday, February 17, 2012

wahai wanita, rambutmu terlalu cantik untuk tatapan

tazkirah hari Jumaat: sampaikan walau sepatah


kilaunya memukau si jejaka
lembutnya saja bisa luruh dibuatnya
bau wanginya menggugat jiwa
ya kaulah mahkota wanita

mengapa dipamer jika ia berharga?
mahkota wanita katanya
sembunyikanlah ia
cukuplah untuk tatapan tercinta sahaja



by,
cimot
i'm a girl.
i'm proud being a muslim.
and i'm proud to wear hijab.




Thursday, February 16, 2012

my baby MOKMOK

gua malas nak bersandiwara kali ni. just let pictures tell you everything.











p/s: gebush shangat MOKMOK ni.
grrrrrrrrrrrrr.


Tuesday, February 14, 2012

CAMERON HIGHLAND: menawan puncak Gunung Berembun


assalamualaikum dan salam sejahtera warga Malaysia sekalian.

dah macam gaya penyampai berita pula ye dak? kita teruskan saja dengan sari berita penting. pertama sekali nak habaq yang pendakian ini benar-benar mencabar fizikal, mental dan rohani. tak tahu nak describe perasaan ni. yang pasti, tak rugi kalo sesapa yang hendak mencuba. Gunung Berembun ni terletak dekat dengan Brinchang jugak sebenarnya. tak dinafikan gunung ni memang tinggi walau tak setinggi Gunung Kinabalu. tinggi tak tinggi, puncak dia mencecah 1386m dari aras laut.

tumpang lalu sat.
pendakian bermula di ladang teh.
belom penat lagi masa ni. baru je start. boleh laaa nak tersenyum lebar.
tunggu laa pasni.
terjatuh laaa plak.
agak-agak kaki tu kalau boleh nak seret je.
tak mampu rasanya nak melangkah lagi.
nak taknak kaki tetap terus dihayun untuk meneruskan pendakian.
tetap bangun semula tanpa kenal putus asa.
take 5 untuk yang ke entah berapa kalinya.
sungguh penat. tak mampu nak kata laaaa.
bakal meneruskan perjalanan semula. lebih berliku, lebih mencabar yang pasti.
memang meredah hutan belantara kau!
terkesima tatkala pemandangan hutan sebegini di depan mata.
subhanallah! memang chantek sangat.
tidak mampu untuk tersenyum lagi. tersangat lah penat.
segalanya mesti diredah.
memanjat, merangkak, bergayut.
terbayekkkkkk.
testing testing micro. hehehe
alhamdulillah.
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. akhirnya sampai jugak kami ke puncak Gunung Berembun.
memori tercipta mesti lah di-capture dengan camera. itu bukti sesudahnya tiba ke sana.
berbaloi-baloi setelah hampir 3 jam mendaki.
and the best experience won't be forgotten.
seronok tu memang seronok. tapi tak bermakna tak dapat satu manfaat pon dari aktiviti ni. sebenarnya berjalan atas bumi Allah ni membuatkan kita menjadi lebih bersyukur. kata mudahnya men-tadabbur alam. subhanallah! subhanallah! subhanallah! cantek sungguh ciptaan-Mu. bumi hijau, langit biru berserakan awan putih, angin bertiup lembut menyejukkan, matahari bersinar menerangi bumi dan sebagainya. Allahuakbar!


Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan, ar-rahman : 25~ 

ambil lah iktibar atas nikmat-Nya, bukan cemari dengan sikap angkuh mengejar bahagia dunia semata yang tidak ke mana. bukan aku katakan aku kejar akhirat sentiasa, diri sudah cukup sempurna. TIDAK! tapi aku cuba mengingatkan diri ini cuma yang sering kali alpa. sekian.


boleh jugak refer kat SINI kalau nak tau mencabar ke tak Gunung Berembun ni.



akhir kata,
terima kasih laaa kepada pihak penganjur program;
agak-agak next program boleh ka nak join lagi?




p/s: serius aku nak cuba Gunung Kinabalu plak 1 day.
ritu pi sana tak berkesempatan.



Monday, February 13, 2012

CAMERON HIGHLAND: Program Anak Angkat


assalamualaikum.

masihkah kau ingat?? ingat janji ku pada mu wahai kekasihku? ya janji ku INI. cettttt. tetiba dagu aku gatal-gatal seperti ada janggut. kononnya ala-ala A. Samad Said. ok laaaa. bukan janji ape pon. just last time tak sempat nak cerita pasai aku travel pi cameron join program luar dari UIA. 

aku tak sangka sebenarnya dapat join Program Anak Angkat ni sebab aku bukan budak Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). hari tu aku pon main-main saja cakap kat adek yang aku pon nak join jugak. then, rupa-rupanya depa kasi je. dan paling aku tak sangka, tarikh program tu dekat plak dengan tarikh program aku;  UIA ke Sabah. nasib baik tak clash je. fuhhhhhh. alhamdulillah. so, taknak laa merepek panjang. layannnnnn kan saja cerita dengan gambar.

our new home sweet home.
pembahagian keluarga angkat sudah ditetapkan oleh pihak homestay Kampung Taman Sedia itu sendiri. so, probability aku ngan adek untuk berpisah tu sememangnya ada laaaa. aku pada mulanya taknak jugak pisah ngan adek, tapi bila aku pikir-pikir tak kisah laaa dapat dengan sesapa pon sebab kalau tak macam tu pon aku sememangnya dah student luar kot.

bilik nya pon selesa.
tak ada air-cond pon, tapi sejuknya usah cakap laaa.

walau bagaimanapun, nasib menyebelahi aku dan adek sebab tidak dipisahkan. itu pon kelakar jugak sebab pakcik tu kata kitorang sepatutnya tak boleh bersama. hahaha. saje je kan pakcik oiiii. so, dapat laaa kami berdua dan dua lagi kawan dia satu bilik. memang senang cerita laaa kami. aku ngan adek pon, memang dah pakat share je barang2 mcm sabun dan sebagainya.

reka bentuk rumah yang pelbagai dan unik belaka.
yang ni sangat nice. nampak ciri-ciri ke-kampung-an nyaaaa. best kan?
merah mak kami!
and mak kami ni awet muda laaa jugak.
dah duduk skali macam ni nampak macam kawan kamceng je kan?
jom cerita pasal mak and abah plak. nama abah Zainun dan mak plak nama Salmah. mak dan abah tersangat laaa sporting pada aku. for the first time we met, we already can get along with both of them. malam pertama lagi mak dah jamu kami makan nasi dengan lauk yang bermacam-macam. serba-serbi ada. teluk dadar, udang, ikan pekasam, ikan masin, sayur tumis, ikan masak asam pedas, sotong dan macam-macam lagi laaa aku pon tak ingat. dan paling sweet abah sendiri tolong mak masak. kami tolong sikit-sikit je gitu sebab mak ngan abah tak kasi sangat. kami baru saja samapai, masih penat lagi. alahaiiii. mereka berdua terlalu baik pada kami.

abah je tak dapat join. dia tak berapa sihat.
sebenarnya mak dengan abah bukak gerai makan jual nasi campur kat bandar. tu pasal mak terer masak macam-macam. dan sebab tu laaa kitorang ni makan sokmo je. hahaha. ade saje mak nak jamu kami. apatah pula kami ni jenis "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".




GOTONG-ROYONG KEMAS RUMAH
the last day activity is housekeeping and housecleaning. sepatutnya aktiviti start pukul 8 gitu, tapi kitorang terlajak tidur after solat Subuh. semuanya gara-gara sengal-sengal badan dek penat mendaki gunung hari lepas. usah cakap laaa. kitorang berjalan pon dah gaya robot Transformers tu. haishhhh. mak pon biar je kami tidur. katanya tak sampai hati nak kejut. dia tahu kami cukup penat semalam. dah pukul 9 gitu baru mak datang jenguk kami dah bangun ke belum sebab suruh breakfirst. mak sangat-sangat memahami kami.

kemas-kemas.
dah siap makan, kami pon mula berkemas. pada mulanya, mak dan abah tak bagi kami buat apa-apa pon. katanya tak ada apa yang nak di-gotong-royong-kan. semua dah ok. dia suruh kami pergi berjalan bersiar-siar di sekeliling kampung. tapi kami ni tak sedap hati laaa plak. kawan-kawan lain semua gotong -royong di rumah keluarga angkat masing-masing. takkan kami tak buat apa-apa langsung??

main cak-cak ngan mak.
sudahnya, kami pi cari penyapu lidi dan plastik sampah. pastu apa lagi, kami pon sapu dan buang daun-daun kering dekat kolam ikan depan rumah tu. bising jugak mak dan abah masa nampak kami menyapu pada mulanya. tapi lama-kelamaan mak pon turun padang juga selaku tuan rumah. lepas tu, sempat aku dan adek berborak dengan mak cerita macam-macam. tatkala itu, aku rindu dekat mak kandung aku di rumah. balik dari Sabah hari tu tak sampai sehari pon aku dapat melekat dengan mak. tak sempat cerita papepon aku dah ke Cameron plak. bising mak aku dengan aku yang tak reti duduk diam. jauh aje langkah aku katanya.

anak kesayangan mak tauuuuuuu.
mana satu emak ea? hehehe. jangan marah ea dik oiiii.
mak kita comelkan? sebijik macam mak kandung aku.
mak dan cucunya; Aida tengak buat housekeeping bilik chalet.
dah kepenatan akhirnya.
dah setel semua baru laaa dapat nak bersiar-siar dengan tenang dan isi perut yang kian pudar kenyangnya. hehehe.





SAYUR BUAH YANG FRESH

kebun kubis kat belakang rumah mak.
belum boleh dituai. kalo tak merasa laaa kami makan berlauk sayur kubis fresh petik sendiri.
kebun tomato.
seronoknya boleh dapat makan tomato segar tiap-tiap hari. my feveret oh tomato.
ni betol-betol depan rumah mak.
rasa nak pindah duduk ngan mak je. tiap-tiap hari boleh makan strawberri.
sape yang taknak kalo dapat makan strawberi fresh?
ce habaq mai kat chek! memang nak kena penampaq.
yang ni kat sebelah YZ je. macam-macam ade.

jom laaa menjamu selera pula.
>
>
>
tak sah kalau tak makan strawberri coklat kalau pergi cameron ye dak?
homemade strawberry ice cream. yummy!!




DI MANA ADA PERTEMUAN DI SITU ADA PERPISAHAN

kalau lah ade strawberri sebesar tu.... amboi puas hati dapat melantaknya.
mereka adik-beradik betul dan angkat aku. hehehe.
abah dan mak yang sangat laaa sporting.
sudah menjadi adat pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan. diharapkan ukhwah yang terjalin walaupun singkat, semoga ianya berkekalan dan berterusan pada masa akan datang. telefon ada, masih boleh bertukar khabar berita walau jauh di mata. sedih sangat sebenarnya sebab tak dapat mengenali keluarga angkat dengan lebih dekat lagi. apa yang paling penting, semoga mak dan abah sihat walafiat senantiasa. terutamanaya abah, semoga cepat sembuh. abah sebenarnya mengidap kanser tulang. kasihan kat abah. dia tak boleh sejuk-sejuk sangat. ubat kena makan tepat masa. syafakallah abah.

sedihhhh. sob sob sob. baru je jumpa dah nak kena berpisah.


kalau ade sumur di ladang,
boleh anak menumpang mandi,
kalau ade umur yang panjang,
boleh lah kita berjumpa lagi.

insyaAllah kalau ade rezeki nak pergi dengan family pulak pasni or maybe ngan hubby ka? hahaha. gataiii naa. and mak siap pesan lagi kalau kahwin jangan lupa jemput dia ngan abah mai.




p/s: tunggu cerita daki gunung plak pasni.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...