Sunday, September 18, 2011

siri mimpi #2: CHARLIE'S ANGLES in UIA


sunyi sepi je pagi ni. pergi kelas pon seperti mati segan tak mahu je. adoyyyyai. lemau macam biskut semuanya. apa pasal ea? apa yang telah terjadi dengan UIA ni? apasal macam baru lepas habis perang dunia ke-2 je rasanya. elehhhh. macam la aku ade masa perang dunia tu. haishhhhh.

gagahkan jugak la kaki ni melangkah ke kelas. walau malas yang teramat sangat. kelas dah la jauh plak tu. kat E1 level 5. hoishhhh. nasib baik la ade lif. bukan setakat lemau je pasni. tapi terus cair macam ais gamaknya.

sampai je kelas, ade Tikah ngan Teha je? aikkk. mana yang lain? aku mati-mati la ingat aku orang yang terlambat. haaaaa. lecturer pon tak masuk lagi.

aku: weyhhhhh. mane yang lain ni? kelas cancel ke plak ke?

teha: entah la weyhhhh. aku pon kehairanan sehhhh. aku sampai-sampai tadi pon tikah sorang je ade dalam kelas.

tikah: aku takut overslept. sementara aku dah bangun tu, cepat-cepat aku bersiap terus lepak kat kelas.

aku: korang tak rasa pelik ke? aku rasa sunyi sepi giler kot time otw datang sini tadi. aku nampak beberapa lecturer je yang lalu. student pon camtu gak. UIA cuti peristiwa ke?

tikah: aku tak pasan plak tadi. sebab aku berjalan sambil pejam mata. huuuuuu. ngantuknya.

teha: ha'ah laaaa. aku pon rasa camtu gak. tapi aku sedapkan hati je la time datang tadi.

aku pegi kat tingkap cube usha sekeliling dari atas. sunyi dengan deruan angin menyerbu ke muka. fuhhhhhhh. meremang plak bulu roma aku. macam ada hantu! tetibe masa aku nak pi kat meja aku ternampak ada orang atas bumbung E0 pakai baju serba hitam, bertopeng muka dan BERSENJATA> MACHINE GUN!! aku tengok plak kat building sebelah lagi. pon ade. bukan seorang, tapi dua! omaigod!! what happened? UIA has been attacked by terrorist? berderau darah aku rasakan. cepat-cepat aku menuju ke meja sambil memberi isyarat kepada Teha dan Tikah. mereka turut beriak kersauan melihat reaksi muka aku yang kalut dan gelabah semacam tu.

teha: apasal weyhhhh? kenapa? kenapa? 

aku: weyhhhhh. aku nampak orang pegang machine gun atas building E0! ape cer sebenarnya ni? takut laaaaa.

tikah ngan teha pon cube usha kat tingkap.

teha: ha'ah laaaa. kita sebenarnya kena attacked or security?

aku: entah laaa. aku pon tak ada idea ngan situasi sekarang ni.

sedang kitorang terusha-usha kat tingkat, tetibe nampak dr hadi lalu seberang E0 ke E1. POMMM! satu das tembakan kedengaran yang teramat lah kuat!! nak luruh jantung aku dibuatnya. dan kelihatan dr hadi jatuh rebah. ya Allah! dr hadi kena tembak. POMMM! sekali lagi. tak nampak siapa pula yang kena tembak.

tikah: aaaaah sudah. ini bukan security namanya. kita dah kena serang sebenarnya. cuba contact sesape?

aku cuba dail no IIUM security. tapi tak dapat. cuba pula dail IIUM clinic. pon tak dapat. cuba dail member lain plak. SAH! memang kena attack sekarang ni. tapi start from kuliyyah of engineering. serius seram dan takut yang teramat sangat. diorang suruh kami escape dari engin building secepat mungkin. sebab pintu utama keluar masuk masih selamat. mereka semua sudah menyelamatkan diri masing-masing sekarang ni. mereka ingatkan kami jangan lalu kaed dan engin sahaja sekarang ni. sangat bahaya. tapi cuba daptkan transport sekurang-kurangnya naik saha bas. aku, tikah dan teha mula gelabah dan panik.

aku: macam mana ni kita nak escape?

teha: ok2. tarik nafas dulu. tenang tenang supaya kita boleh berfikir. ya Allah, apakah dugaan ini sebenarnya?

tikah: papepon sekarang ni kita tak boleh turun guna lif. tangga pon berisiko jugak sebenarnya. aku rasa cara yang ada cuma kita kena turun guna tali ikut tingkap sebelah sana. sebab belah sana aku dah tengok clear.

teha: cop2. aku ada tali panjang dalam beg. tali tu aku nak pulangkan kat tuan dia sebenarnya. tali tuk hiking gitu. memang kuat laaa.

aku: hah cantek. cepat cepat kita kena bergerak pantas sekarang ni.

tanpa membuang masa, kami bersiap sedia untuk turun dari tingkat 5 tu guna tali ikut tingkap secara bergilir-gilir. mula-mula sekali teha, pastu aku dan last sekali tikah. masa tu tetibe je semua pandai buat abseiling ala-ala tentera. cepat pantas dan tangkas. sesampai saja tikah kami cepat berlari-lari ke arah bus station depan engin tu. akan tetapi tanpa diduga pergerakan kami telah dapat dikesan oleh salah seorang pengganas tersebut dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kami. lintang pukang kami menyelamatkan diri dan secara kebetulan pula bas rapid kL lalu. bertambah laju kami berlari ke arah bas.

aku: Allahuakbar!

tetapi malang tidak berbau. salah satu das tembakan yang dilepaskan telah mengena pada betis kanan aku. sekuat hati aku meraung kesakitan. terjelepok aku di tengah-tengah jalan raya. cepat-cepat teha dan tikah memimpin aku untuk mengejar agar dapat naik bas. 

teha: pak cik cepat jalan! kita kena cepat keluar dari kawasan UIA ni. sekarang pengganas sedang menyerang! ni kawan kami kakinya sudah terkena tembak!

pak cik terus panik dan tanpa berlengah-lengah terus memecut basnya dengan laju.




mak: bangun bangun. tolong hantar Ayee pergi sekolah jap.

damn! tak sempat habis lagi. alahaiiii. kacau daun la! at least kasi la layan sampai ending. aku selamat ke tak? yang lain macam mana? entah laaaaa. aku sendiri pon tak tahu. damn damn damn. seriously damn!

namanya pon mimpi. memang agak tak logik laaa. tetibe je ade tali hiking. tetibe je pandai abseiling. fuuuuuuuuuuuhlamak. tapi aku cam excited gak time terjaga tu kalau-kalau aku berubah. rambut kaler kuning jagung cam dalam gambar tu. arghhhhhhhh. harapan saja laaaa. hahahaha



p/s: serius mimpi ni macam real je.

4 comments:

JIJI YU said...

mimpia basah ke ni ek

chiLleD...!! said...

ni mesti terfikir sal zman sebelum merdeka dulu..hehe

cimOt said...

@JIJI YU
ko ye mmg mimpi basah..aku tak..

cimOt said...

@chiLleD...!!
boleh jadi jugak la kotttt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...