Saturday, December 29, 2012

miss samurai

assalamualaikum dan salam sayang.

sumber: en google

dengan gaya samurai ni gua rasa lagi bersemangat nak study.. haiyakkkkk. pekena plak ngan Paramore! sedap ngat!





p/s: gudlak exam kawan-kawan.



Friday, December 28, 2012

jangan...


assalamualaikum dan salam sayang.


tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah



terbaca kat wall Kak Ruksana,

Jangan hanya ada komitmen untuk mulakan cinta, tetapi lebih penting kena ada komitmen untuk kekalkan rasa cinta.
Jangan harapkan cinta itu memberi keajaiban kepada hidup kita, tetapi binalah keajaiban dalam hidup dengan kehadiran cinta.
Jangan hidup dalam kehidupan orang lain, tetapi hiduplah dalam kehidupan diri sendiri.
Jangan hidup dalam masa silam, tetapi hiduplah dalam masa sekarang.
Jangan berhenti berlari kerana merasakan kejayaan masih jauh, tetapi teruslah berlari dengan optimis bahawa kejayaan sudah semakin dekat.


rasa bersemangat untuk terus berlari. ayoh kita berlari dan teruskan berlari.




p/s: sometimes you might fall.
but not all the time.




Thursday, December 27, 2012

bekal nasi lemak untuk mak dan abah


assalamualaikum dan salam sayang.

2 hari lepas ada laa gua ajak mak gua masak nasi lemak. bukan apa, gua ni pesen tak makan nasi lemak beli yang ade kat area rumah gua ni. sebab takde yang sedap boleh challenge mak gua punya nasi lemak yang terhebakkkk tu! nak taknak setiap kali teringin nak makan nasi lemak kena laaa masak sendiri. gua sanggup buat apa saja demi nasi lemak mak! fuhhhhhh.

so, pagi tadi tak sangka plak impian jadi kenyataan dapat masak nasi lemak. pagi-pagi lagi adek gua dah ajak masak nasi lemak. tepat laaaaa plak gua tahap malas nak mapuih. tapi gua gagahi jugak. gua pon decide work deviation yang macam ni lebih kurang;

"adek, ko mesin kelapa and sediakan nasik. aku plak macam biasa buat sambal ikan bilis and so on." gua memberi command.

keletang-keletung gua ngan adek berhempas pulas kat dapur. abah gua dah ke hulu ke hilir kat dapur. dalam hati "dah lapor ni!". lastly, dia bancuh air teh dan pekena roti ngan kuah doyan mak gua masak semalam. tak sabar sangat dah sebab dia nak pi mancing. mak gua plak tak larat plak nak makan lagi. masing-masing kuar rumah without jamah nasi lemak gua ngan adek. adoiiiiii.

pahtu end up gua, adek ngan abang gua laaa yang balun nasi lemak tu. tapi tak sampai hati plak. gua and adek pon tapau nasi lemak untuk mak dan abah comey-comey dalam Tupperware and pi anta kat depa. hihihihi. how sweet?



mak punye sebelah kiri, abah sebelah kanan.






p/s: teringin nak meniaga nasi lemak.





Wednesday, December 26, 2012

my sweet classmates


assalamualaikum dan salam sayang.


Manufacturing Lab 2, Semester 1 2012/2013
Tuesday; 2-5 pm

member gua: woiii cimot! ko group lab ngan sape?

gua: ngan Ainul dan entah laaaa. yang pasti gua satu group ngan Puloh ngan Butep lagi laaa nampaknya. the remaining gua tak tau sapa. hahaha. gua panggil weyhhh je laaa. tapi gua kenal laaaa dorang. ko pon kenal punya. kenal laaa kenal muka. alaaaa budak kelas kita jugak. ko?

member gua: sama laaaa. gua tau dorang but without names! hahaha. adesssss

that is the situation we just gone throughout the years. jadahnya kan? terok bebenor. tiap-tiap hari jumpa kat kelas dan kekadang tu duduk sebelah menyebelah je tapi nama sepatah haromm pon taktau. tu yang gua taktau langsung. yang paling best gua tau nama FB je. takkan laaa gua nak panggil guna nama FB plak. klakor bebenor tu. contoh cam Puloh nama FB dia Saifullah Sulong and Butep nama FB dia Mohd Aidzul Fadzli, sumpah mula-mula tu gua gelar dorang nama FB je. hahaha. eh jadahnya gua cerita pasal Puloh ngan Butep??? ok sebab gua dah mention nama depa awal-awal tadi. no harm okeyhhh. but better late than never. so, we just try to figure out and break the ice among us.

after knowing each other, at least we can smile as a gesture "i know you, cimot" ecehhhhhh. but really it is amazing. macam satu beban yang kian lama digalas akhirnya dapat dilontar jauh-jauh. nowhere, still awkward. it's okay. tak kenal maka ta'aruf laaa. banyak lagi masa.


cube carik mane satu gua?



what i'm gonna do, when the best part me was always you?

-The Script-






p/s: thank you Allah for giving them in my life.
they are wonderful people!




Sunday, December 23, 2012

gua terharu laaaaa 'awak' !!

assalamualaikum dan salam sayang.


macam-macam yang mendatang. buat gua ni kekadang cepat je nak melatah. pastu kekadang tak boleh nak berfikiran waras. lagi parah kalau bab-bab hati dan perasaan. memang gua surrender angkat tangan. sebab gua agak kurang arif laaaa. emmmm kurang arif? emmmmmm. tapi gua boleh plak nak nasihat orang lain kan? hahaha. kompius dengan diri gua sendiri. senang cerita, kita memang tak boleh nak judge diri sendiri, sebab orang sekeliling yang tengok kita ni macam mana.

so, gua suka tanya kat bff gua iaitu adek gua. agak pelik laaa kakak mintak adek yang judge. tapi aku tak rase pelik sebab adek gua lagi matang daripada gua. kalu tengok gua ngan adek gua; memang semua orang cakap gua ni adek dan adek gua tu kakak gua. haaaaa. maksudnya? hahahaha. perasan baby face! puihhhhh.

ape yang serabutkan gua sekarang ni bila gua keep in questioning what does 'it' mean? haishhhhh. guane nak cerita ea?



one day,

tit tit tit tit tit
"tak pakai stokin kaki ye?"

gua terkejut dapat mesej camtu. first time oh lelaki tegur gua macam tu. before ni lelaki tegur gua kasar, gua tak kisah mane pon sebab memang gua agak kasar jugak. tapi bilategur gaya gini, gua tak tau nak rasa apa sebenarnya. nak marah ke? nak suka ke? nak geram ke? nak malu ke? bercampur semuanya. tapi gua lebih kepada malu laaa. menggelabah jugak gua dibuatnya. gua taktau nak reply macam mana. sepuluh kali gua tulih sepuluh kali jugak gua delete and at last, gua pon reply macam ni:

"nanti gua pakai ye. hiiiiiii"
" : ) "
"thanks tolong ingatkan."
"welcome ^^"

gulllpppppp


yang menjadi tanda tanya kat gua ni bukan pasal tu je. tapi gua kompius, kenapa 'dia' care sangat kat gua? adakah orang lain tu dia tegur jugak? sebabnya tak pasal-pasal gua dah syok sendiri ni. adehhhhh.

pastu gua pon tanya pendapat adek gua. what does it mean? adek gua cakap:

"maybe dia cuba train ko untuk jadi seorang muslimah yang baik sebab dia ade rasa kasih kat ko. why not? tak salah untuk dia tegur ko pon. dan melalui firasat aku, maybe dia suka kat ko. sebelum pape, dia nak sama-sama perbaiki diri masing-masing. so, the way is reminds each other. kan nice tu?"


terpempan gua dengan jawapan adek gua. gua boleh cakap gua terharu laaaaa 'awak' !! terima kasih. dan sila tegur kalau ade something tak elok. dengan hati yang terbuka gua terima.



ya, mungkin mula-mula ni gua buat sebab 'awak' yang tegur, tapi insyaAllah i train myself to be a better-man lillahi taala. aminnnnn.



adussssss. before this gua jatuh cintun ngan 'awak' main-main je. tapi kali ni gua betul-betul jatuh bedebab ke tanah ngan 'awak' sebab perkara macam tu bukan perkara main-main. tapi gayenya macam syiok sendiri je laaaaa sebab 'awak' dah berpunya mungkin? sobzzzzzzzzzzz.





p/s: tak suka laa feeling gini!!






Saturday, December 22, 2012

VP


assalamualaikum dan salam sayang.





i try my best
but how the other can have rest?
so?
nothing can be improved while the other just mind their own business.
kat takuk lama jugak laaa.



yeah i know who am i compared to you; got a lot of experiences and etc..
but
what kind of appreciation when you did for yourself?
ohhhhh
macam syok sendiri je.


again maybe you don't feel it, but i did.


takyah susah-susah laa gitu.
so, thanks to myself! hahaha. that's it!




p/s: terasa hati.



Thursday, December 20, 2012

memang gua tak suka bowling!


assalamualaikum dan salam sayang.


ade satu perkara yang gua memang takde alahan langsung; SUKAN. memang gua hantu berSUKAN. alamak cam hape je bila gua cakap SUKAN. tak best! sebenarnya gua suka sangat dengan SPORT! ni baru cun. walau pon bakat gua pada sport takde laaa seberapa, tapi gua suka sport sebab sihat lagi menyihatkan. ajak laaa gua main sport ape pon gua layan KECUALI sport yang tak berapa nak sport umpama golf dan bowling. ade laaa minggu bile entah, nak tak nak gua kena pi jugak gara-gara kelas skill  digantikan ngan bowling tournament. ceytttttt. so, gua main dengan hentam keromo je laaa.

hakikatnya orang yang tak suka maen bowling memang camni ye! hahaha.


hahahaha. hebat tak?

cimot, syana, cidot, enot


p/s: lama gila gua tak pi jogging.




Wednesday, December 19, 2012

tak tinggi mana pon. kita tetap di bawah.


assalamualaikum dan salam sayang.


15/12/12; 7.28pm - Mahallah Halimatus Sa'diah

aku dongak ke langit
tak tercapai akal ku sejauh mana tingginya langit ni sebenarnya.
sama juga dengan diri kita sebagai hamba
sudah semestinya kita dan Maha Pencipta tu jauh sekali bedanya.
tinggi macam mana pon kedudukan kita
ketua hatta raja
kita masih di bawah
tiada yang lebih berkuasa melainkan yang di atas sana
Allah Yang Maha Esa!




Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!






tetibe hati rasa sayu.





p/s: syukur Allah kau masih sudi limpahkan rasa sedih untukku
agar masih dan akan sentiasa mengingatMu!





Tuesday, December 18, 2012

hey, i'm serious laaa!

assalamualaikum dan salam sayang.



penjelasan pasal surat MC gua tu..

gua tau gua selalu main-main ja. gua tau gua suka gelak kuat-kuat. gua tau gua ni tak matang macam budak tak cukup umur. gua tau tu semua. tapi gua juga manusia. ya manusia sama macam hampa semua. Allah kurnia cukup jasad dan rasa sama.

so, awat bila gua cakap gua sakit, hampa tak percaya? awat hampa ragu-ragu? tau tak bab-bab sakit ni bukan benda yang boleh buat main-main? ianya sesuatu yang serius tahu tak? ada tak sapa-sapa yang mintak nak jatuh sakit? ade? ade? nauzubillah weyhhhhhh.

tak pasai-pasai gua emosional. maaf. gua tak suka emo-emo ni. tapi hati gua tersentuh bila dapat spekulasi macam ni. dah laa memang tak berapa nak strong, pahtu hampa buat macam ni.



situasi 1:
A: aku tengok elok je ko naik moto tadi.

ye gua naik moto tadi tu sebab nak pergi klinik. hanya Allah saja yang tahu apa gua rasa. tahu tak gua tak boleh gerak nak bangun pagi tadi. sebenarnya, gua dah start sakit dari malam tadi. tiba-tiba je pinggang gua cramp macam tersentap. sakit dia fuhhh terus menular sampai tulang belakang dan tulang punggung. tapi gua positif je. gua agak dah tido ok laaa kot. tapi sebaliknya lagi teruk plak. ade laaaa gua mesej-mesej orang tertentu nak mintak  tolong tapi no one appear. sedih. gua nangis gila-gila. gua gagahkan bangun. gua pergi mandi. siap-siap start moto terus pergi klinik sorang-sorang. gua nangis tau tak bawak moto tu. sebab sakit yang tak tau nak describe macam mana. sampai klinik gua cuba berlagak slumber tak nangis. sampai kat doktor gua dah tak tahan. gua nangis jap. doktor cakap takpe. dia kasi ubat dan gel untuk sapu dan jugak MC untuk rehat.

so, i don't know how deserved i got that MC? gua berlakon ke nak dapat MC tu? tau tak gua dah miss satu quiz pagi tu? gua sedih lagi!

terlepas satu Quiz tak bermakna gua terlepas Final Test Lab. gua gagahkan lagi sekali. gua pergi jugak test tu. sakit tetap sakit. tapi gua tak nangis dah. sampai dah balik

situasi 2:
B: free tak? nak mintak tolong tampal notis.
gua: sori kak, saya exam tadi dan saya tak sihat sebenarnya. harini pon saya MC.
B: oh yeke. tapi kalau esok free datang mai amik notis ni dan kasi laaa kat anak buah.
gua tak reply sebab sentap.

the problem is...sori kak. eh taktau nak cakap caner. seems my statement tak sihat tu cam tak membekas di hati dan beri rasa kasihan ke? dahtu why not try mintak tolong orang lain plak ke? why still me?



sumpah, gua sensitip  sangat sekarang ni.


p/s: i know you read this. sorry to those i'd mentioned. 



p/s: sesungguhnya gua ketawa dalam tangis.




MC is medical certificate


assalamualaikum dan salam sayang.


bukan gua nak cakap gua dapat MC harini.. tapi gua nak cakap doktor pon dah tak ingat tarikh ke hape..
p/s: doktor, harini 18hb yek.. huhu

cimot, jangan banyak bunyi..doktor soh ko duk diam2 harini.. jangan nak nakal2.. haishhhhh..




WHEN I'M ILL
IT IS HE WHO CURES ME



p/s gudnite. hik hik.



Sunday, December 16, 2012

boring is killing me

assalamualaikum dan salam sayang.



korang pernah tengok kan kalau dalam cerita omputih ke, cine ke, melayu gua tak pasan plak kalo ade amek gambar dalam box tu. bayar entah bape hengget, snap beberapa shot and pastu terus dapat gambar on the dot. so, semalam gua try buat sendiri sebab my boring just killing me.

pas balik dari melantak, gua set sikit macam kat kedai gambar. pastu gune self timer je laaa pon kan. sape plak nak tolong snap gambar syok sendiri gua. and makanya tadaaaaaaa....

ni laaaa budak giler tu!

and agak-agaknya boleh tak buat jadi gambar pasport kegemilangan??
errrrrrr.






p/s: nak jenjalan laaaaa.
lama giler tak pi travel cam dulu-dulu masa kat PJ.




Le Pirate Ranggi Contest


assalamualaikum dan salam sayang.

Le Lanun Ranggi Contest
sila klik banner untuk join kontes ni.

hamboihhhhhhh. lama sungguh gua tak join kontes montes ni. kecewa ahhhhh. teringin jugak laaa nak menang dapat adiah. tapi sokmo je laaa kecundang. kalu lucky draw pon aku tak pernah nye dapat. memang tak lucky laa gua ni. tapi nampak kontes si Aujinz terus berkobar-kobar "eh, nak join laa kontes pakcik lanun ni." ahhhh. tetibe je kan gua TER-rajin-kan diri ni. so, ni laaa hasil rompakan gua seharian merentas Lautan Pasifik.

haaaa. ade makna tu!

p/s Aujinz: lu make sure at least gua menang sagu hati ea. kalau tak, gua panggil Jack Sparrow serang lu nanti!! hahahaha.






p/s: tak rajin dah join kontes montes cam dulu2.
almaklum saja busy memanjang.



Saturday, December 15, 2012

cimot ade boyfriend ea?

assalamualaikum dan salam sayang.

adoiiiiiii. cam hape je kan dapat soalan cepu emas camni tiba-tiba.


kak yan: cimot ade boyfriend ea?
kak ain: aah. betol ke?
gua: hah?
kak yan: yelaaaa. senyap-senyap je. bukan nak bagitau.
gua: kena gitau ke?
kak yan: mestilaaaa.
gua: ade laaaa. takkan nak gitau kat orang.
kak yan: eh. mestilaaa supaya orang laen tau dan tak kena kebas.
gua: ohhh gitu ea? tapi orang tu taktau pon yang saye suke dia.
kak yan: emmmmm. tu laaa masalahnya.




dah lama tu.......



baru  gua terpikir. jadahnya? sape ke plak boyfriend gua? gua pon taktau. takpon pasai BUAH HATI ni kotttt. hik hik hik. kontroversi betoi kan.





p/s: nampak tak ade bunga-bunga cinta di situ?




Friday, December 14, 2012

biarlah kau jadi sejarah dalam love story ni


assalamualaikum dan salam sayang.


bagaimana harus ku luahkan? bagaimana harus ku lepaskan? bagaimana harus ku berdepan dengan kenyataan? ahhhhh. hanya alasan. bosan.

apa kau tak pernah  serik? entah. lantas ku biarkan semua pesanan ringkas kau tanpa sebarang balasan. ku biarkan lewat-lewat panggilan kau tanpa sebarang perkhabaran. aku tiada hati lagi untuk sebarang respon. pada ku kau sudah menjadi sejarah. ya sejarah. sejarah yang sudah terkubur. cukuplah untuk aku ingat yang baik-baik saja. tapi untuk sambung kembali mungkin tidak. aku sepertinya sudah serik. ya serik. sepertinya sukar untuk aku terima sebarang perhubungan walau sebagai kawan. biarlah kau nak hamburkan apa saja. aku yang tak setia. aku yang itu. aku yang ini. aku dah tak kisah. sebab aku dah penat. penat dengan kisah kita yang tiada kesudahan. penat segalanya. dan sekarang ni yang penting asalkan aku dan kau tiada apa-apa lagi untuk diperkatakan. sudahlah. kau cari lah orang yang selayaknya dan pastinya lebih baik daripada aku.


untuk pengetahuan kau, mak dan abah tak setuju andai kau masih mahu teruskan. berhenti dari terus mengharap. biarlah aku kejam sekarang. jangan kejam di kemudian hari takut merana selamanya. sejujurnya aku kecewa. tapi usah kau bimbang sebab aku yakin aku mampu untuk hadapinya. dan aku yakin ada cinta baru bakal menjemputku.









p/s: ku tunggu cinta datang lagi.
cinta idaman.






Thursday, December 13, 2012

gua dan nescafe ais


assalamulaikum dan salam sayang.

nescafe ais Mahallah Ameenah paling umphhh!

gua berkeluh kesah setiap kali menyedut air nescafe ais. memang sedap memang manis dan tak pernah tak habis. tapi satu je laaa yang gua risau, sebab pastu gua akan mula sakit kepala dan insomnia for a very long duration. sigh. tapi gua tak dapat nak kawal pada saat setiap kali diri ini meronta-ronta nak memuaskan ketagih dek penangan dadah nescafe tu. cis! tak boleh nak tepis apatah lagi nak kuis. lantas gua kotakan saja permintaan teragung si tekak dan gua nantikan penangannya kelak.

sekali-sekala gua curang sama nescafe. gua pekena milo ais. pastu gua pekena plak neslo=nescafe+milo. see! tak boleh nak pisah. neslo tu hanya penyamaran. zarah-zarah nescafe tetap ada tetapi dalam bentuk couple. hahaha. takde maknanya nak curang!

go! go! nescafe!


eh boleh laa kot gua geng ngan JIJI???



p/s: sedap laaaa nescafe.




Wednesday, December 12, 2012

makteh, saya minta maaf tadi ya!


assalamualaikum dan salam sayang.



gua buat muka kerek.
gua buat tak layan.
pastu gua ngantuk, terus tido.
tup tup nak pi semayang....




gua tak mintak pon!

; )



p/s: i know Deena!
love you too!



Thursday, December 6, 2012

i thought cotton candy from the cloud?


assalamualaikum dan salam sayang.

3:45 pm, 25 November 2012; Mahallah Ruqayyah IIUM

subhanallah! allahuakbar! cantek sangat! ok ni gambar saja tapi in real usah cakap laaaa nikmatnya! sampai pada satu tahap rasa nak duduk tengah-tengah jalan tu sampai awan tu hilang. pakcik teksi lalu-lalang tak abes-abes tegur aku,

"dik, tangkap gambar ape tu? nak buat ape?"

ahhhhhh. lantak laaaaa.





p/s: dah lama tak menikmati kecantikan alam.
sibuk mengejar kesibukan dunia.






Tuesday, December 4, 2012

typical thinking


gua kekadang tak faham laaa dengan segelintir manusia yang berfikiran entah pape. suka berfikir di zon yang negatif. ya, tak dinafikan untuk ade sedikit bibit-bibit negatif sebagai safety precautions. but why not always positive first! husnu zhon! bersangka baik itu kan lebih baik. sebabnya supaya segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

peringatan untuk diri sendiri jugak.

contoh:

in term of attire

ade laaa yang cakap lagu ni:

"ko ni dah macam indon laaa pakai baju ni"
"nape pakai baju macam orang pregnant?"

instead of saying like these:

"cantik laaa ko pakai jubah"

"kat mana ko beli tudung ni?"

actually, tak kisah laaa baju negara mana sekalipun seseorang tu pakai dan selagi ianya menutup aurat kenapa nak persoal dan pertikaikan? sungguh aku tak faham dengan orang yang kritik tu. kritik laaa orang yang pakai baju tak cukup kain tu. dedah sana dedah sini. tegur laaaa depa yang sudah terang lagi bersuluh salah.

in term of chat

"seronoknya dapat anak. nak anak jugak.""amboiiiiii. gatalnya ko. dah tak sabar sangat nak kahwin?"

instead of saying like these:

"seronoknya dapat anak. nak anak jugak.""ape tunggu lagi kalau dah ade calon. kahwin laaa. boleh meramaikan umat."

dengar lah apa yang nak dijelaskan dulu. cuba optimistik dan rasional. belum apa-apa lagi sudah tuduh melulu. cepat sangat nak melatah tanpa belum sempat orang tu nak terangkan semuanya biar jelas lagi nyata. tidak pon, cuba beri komen yang membangun dan positif ye dak?

ape yang aku boleh simpulkan, memang tak semua orang boleh berfikiran macam kita. sekurang-kurangnya hormat pandangan orang lain. tapi aku kesal jugak bila ade yang mempertikan sesuatu yang baik dan sememangnya tidak bertentangan dengan agama pon. why? you already good enough? ask yourselves.


based on experiences. bukan cakap membabi buta saja.



p/s: just do as it is not opposed with Islam.



i'm melting...

assalamualaikum dan salam sayang.


I don't mean to be so awkward, it's just that you are really cute.
memang betoi pon. you are just really cute. kekadang tu rasa malu sangat. walau dah bersua di depan mata, tapi tak tau nak kata apa, yang pasti hati dup dap dup dap bagai nak gila. dahsyat sungguh penangan kamu  ya arjuna.

setiap bait ku ambil serius. pada ku ianya membawa makna yang bisa membius.

ada saja, kenapa adinda?

auwwwwww. sudah bikin aku senyum sorang-sorang seharian.

ada orang nak ngorat mu ke?

aku anggap itu satu penyataan kau rasa tergugat?

weyhhh. jerman kalah! stress!

senang akan diriku untuk kau meluahkan sesuatu.

tak kiut laaa tudung tadi. kalu tudung biasa baru kiut ^^

kantoi kau perhatikan setiap sesuatu. setiap gerak-geri ku kau ambil pusing.



namun, semuanya adalah satu ketika dahulu di mana adakah tika ini ianya masih pada rasa yang sama? kerana ianya seperti hilang entah ke mana. aku tidak pasti lagi. adakalanya aku sangsi ianya realiti atau fantasi. dan akhirnya aku kuburkan saja hasrat ku untuk menggapai pelangi yang beberapa saat itu cuma. jika ada tidak ke mana. aku tetap menunggu. tapi jangan lama sangat untuk kau khabarkan kepastian. aku takut aku sudah beralih arah di mana ada pelangi lagi cantik yang melorongkan jalan kebahagiaan ku.


sekian luahan sang pencinta.




p/s: i just can't keep it.



Monday, December 3, 2012

The Wanted - I Found You

assalamualaikum dan salam sayang.




emangnya  kalau mahu kelihatan macho harus berjalan seperti ini gayanya?

bukan sekadar langkah yang dihayun,
tapi bahu juga harus turut serta.
kepala tu kena macam tu ea?


ooooooh be gi tuuuuuu.
angguk-angguk.






p/s: jatuh cinta plak ngan mamat-mamat The Wanted ni.





Saturday, December 1, 2012

Nadia Khan; penulis novel bestseller Kelabu tu..

assalamualaikum dan salam sayang.


abaikan. ini bukan Nadia Khan.
memandangkan gua dah berzanzi (baca berjanji) masa lalu, janji harus ditetapati jangan sesekali 'dicapati'. hahaha. opsssss. tiada sebarang maksud tersirat di situ. entry giler FIXI dah membuktikan gua sekarang ni memang giler arrrrr. habis gua marathon 2 novel hasil Nadia Khan. so, gua nak cerita laaa serba ringkas for both of these awesome novels! 

KELABU. tiada hitam tiada putih. tapi kelabu. cukuplah tengok kaver dia pon aku dah rasa kagum. UNIK. memang title iye KELABU, tapi kaver tak kelabu pon. hahaha. memang satu story line yang tak pernah gua duga. baru separuh gua bace,  tak lama pastu dah bikin gua tersedak-sedak. hadoihhhh. boleh laa gua nak cakap macam standard international writer. fuhhhh. sila kembang ye Nadia!

KELABU mengisahkan siapakah Amir dan Amira. Amir seorang talented photographer, anak orang kaya, metroseksual, awek keliling pinggang, pernah putus cinta dan gua rasa mamat kat kaver tu laa Amir. dan macam biasa, almost gegirl ni suka bad boy. so, Amir ni termasuklah dalam kategori tu sebabnya dia playboy. tapi satu je Amir ni, walau dia playboy tapi dia seorang yang setia ngan cinta pertamanya. di sebalik Amir rupa-rupanya tersingkap pula Amira; anak tunggal yang terlalu disayangi ayahnya dan duduk dengan ayahnya since parents dia divorce. gua suka jalan cerita yang digarap Nadia sebab dia lepaskan saja. takde nak kaver2. just let all out loud how the reality is. then, bahasa dia plak sempoi and memang bahasa brader-brader yang sangat memenuhi citarasa gua! then, there is also sense of humor, sense of romance, sense of friendship and family. ahhhhhh. it is so lovely describable.

pehhhhhhhh. tak guna gua nak merepek. namanya pon review. mana boleh cerita lebih-lebih. rugi laaa FIXI nanti sebab orang tak jadi beli sebab dah baca kat blog gua kan. makanya, it is highly recommended to all of you to purchase this KELABU!

ok next! the new masterpiece by Nadia!

CERPEN yang memaparkan kompilasi cerpen. ye kompilasi cerpen bukan kompilasi album Love Song bagai tu ye. gua pon pada mulanya ingat novel biasa-biasa tu. sekali lagi, rupa-rupanya kompilasi atau himpunan cerpen-cerpen yang dikumpul. ade jugak skrip pendek yang kalau ko baca macam terasa dekat set penggambaran plak. ecehhhhh. kompilasi cerpen; alaaa macam masa kat sekolah menengah dulu kan ade antologi cerpen Bahasa Melayu. kompom kalo buku ni jadi antologi memang aku score habes laaa. hahaha. walau macam mana pun, iye tidak menghampakan sebab semua cerpen dalam kompilasi tu memang tiptop belaka. macam lagu juga, cerpen yang dipesembahkan semuanya dari pelbagai genre. sekejap buat gua nak menangis. sekejap buat gua tersengeh kambing. sekejap lagi buat gua saspens. haishhhhhh. memang bikin gua tak senang duduk bila baca.

antara cerpen yang menarik perhatian gua Kopi Tiga Suku, Mana dia pergi? dan Cili.

sekali lagi, takde guna gua sok sek sok sek. you all pi beli-masuk-bilik-kunci-pintu-baca-sorang-sorang-dan-layanlah-sepenuh-hati-ye!

zasssssssssssssssss.


congats FIXI for publishing undiscovered writers!



ok ni laaa NADIA KHAN!!




p/s: agak-agak aku ade bakat tak nak jadi penulis?





Friday, November 30, 2012

ingat, cinta pada Yang Esa


assalamualaikum dan salam sayang.




p/s: lamanya aku tinggalkan santapan rohani.
tolong ingatkan aku.




Thursday, November 29, 2012

WHAT A VERY BRAVE MAN?

assalamualaikum dan salam sayang.





oh! how lucky she is.


from a long time ago entry, i just hope too!


guy: i'm not looking for a girlfriend but i'm looking for a wife..
ok. but..
girl: i'm not looking for a boyfriend but i'm looking for a husband..
errrrrr.. weird.. but saidatina khatijah did.. and no istilah perigi cari timba dlm Islam..


p/s: special for Nurhanim Best.
hihihi




Wednesday, November 28, 2012

the definition of KAKAK

assalamualaikum dan salam sayang.


sambungan dari the definition of ABANG....

[cimot's point of view]
what is the definition of KAKAK?

kakak ni pada pendapat aku sangat meluas. macam tak terhad jika dibandingkan dengan abang. entah laaaa. hanya pada pandangan tak berasas aku je laaa. kakak ni sememangnya spesifik untuk kakak kandung. tapi ianya tidak terbatas untuk semua wanita yang usianya atas aku even beza setahun saja. aku lagi selesa untuk memanggil mereka kakak berbanding nama saja.

kenapa ye?
dan aku rasa bukan aku sorang je yang berpendapat seperti ni tapi almost the girls would thought the same. pada pendapat berhemah aku laaaaa; these are because of the same gender and kind of girly thing. hmmmmm. pendapat giler-giler aku ni bukanlah lontaran gas semata tapi hasil selidik aku sendiri dan agak berasas jugak laaa pada sudut pemikiran aku. 

the same gender.
bila sama jantina, status atau tahap kehormatan atau repect tu lain sikit. susah laaa nak explain. tapi memang macam tu laaaa. it is about of seniority. tua je setahun, mesti panggil kakak unless she insist to be called as sister. that is her choice. tu ape yang aku dapat risik laaa. dan pada aku plak, aku tak kisah kalo junior  yang muda setahun or 2 tahun panggil aku nama je tapi aku kisah untuk panggil senior yang atas aku tua setahun or dua tahun dengan nama. then, i'll call them sister no matter what. means i care what i'm doing, but not others on me. eh boleh tak? hahahaha.
girly thing.
undeniable  girl always do or think something complicatedly. why? it is nature of girl. so, same goes to this situation. rasenya lebih kurang sama je macam yang kat atas ni. lebih kurang laaaaa.

tapi aku tak tahu kalian fikir yang macam mana kan! setiap orang ade interpretasi masing-masing.kalau tak kisah, why not share yours?? what do you think?








p/s: i love you all my kakaks!



Sunday, November 25, 2012

jangan lah bermain tarik tali, jika kau tak pasti


assalamualaikum dan salam sayang.

gambar separa kaitan

bilamana kau tak pasti, jangan memberi harapan palsu yang akhirnya buat aku kecewa. bilamana kau rasa sangsi, cepat-cepatlah khabarkan agar rasa itu sama. bilamana kau yakin, aku juga tanpa ragu terus terima serta-merta.

apa lagi?

namun, semua itu tak pernah wujud. sebab rasa itu hanya aku yang tahu. sebab rasa itu hanya ada padaku. sebab rasa itu tak pernah bersatu. sebab rasa itu malu. YA, KUNCINYA MALU! 

adakah aku yang mulakan dulu?

lagi lah malu.

sudah laaaa. cukup-cukup sudah.

mungkin belum tiba masanya. doa saja agar kelak sama-sama ada rasa yang sama.






p/s: haishhhhh. lama plak tak berpuitis ikan bilis.





Saturday, November 24, 2012

to have a guy as your bestfriend


assalamualaikum dan salam sayang.



nice day! nice mood! yezzzzza. rase cam nak feeling santai je. sambil-sambil blogwalking, tertarik dengan kisah Guy Bestfriend daripada Kak Nis membuat aku nak luah secebis kisah.

a long long time ago,

masa kecik-kecik dulu, memang takde anak jiran aku yang pompuan. semua anak jiran yang pompuan sebelah-menyebelah dan depan rumah aku sudah dewasa sebaya dengan akak-akak dan abang-abang aku. yang tinggal hanya 3 orang beradik anak jiran depan rumah aku tu. dan semuanya adalah lelaki dan muda daripada aku. dapat plak mak aku tak kasi aku ngan adek merayap jauh-jauh setakat nak main waktu petang. cukuplah main dengan depa. senang aku namakan mereka; Nasrul, Salam dan Safwan (sulung, kedua dan bongsu). hampir setiap  petang kitorang akan main sama-sama. apa taknya, mak depa pon tak kasi pi main mana-mana melainkan ngan aku dan adek jugak. hahahaha. macam berjodoh je kan. adehhhhhh. so, cakap ape yang tak pernah kitorang main sama-sama? main nyorok-nyorok, main kejar-kejar, main polis-pencuri, main masak-masak, main mancing ikan, main racing basikal eh tak ingat laaaa ape lagi. tapi sumpah memang kitorang tibai je main ape pon. sampai kekadang tu kitorang reka mainan sendiri sebab dah tak tau nak main ape. bayangkan saja laaaa setiap hari balik sekolah petang-tukar baju-terus berambus pergi main. YE! tiap-tiap hari. boring jugak sometimes. tapi jadi budak, boring tu kejap je. dapat main tak hengat dunia. dah maghrib pon nak kena tunggu mak-mak terjerit panggil balik baru laa terkedek-kedek nak balik rumah. dasar budak-budak yang aku jugak tidak terkecuali!

tapi cerita kitorang tak kekal lama. sengketa yang melanda telah memusnahkan first boyfriends relationship antara kami. setelah bertahun-tahun main-main, gaduh-gaduh, gelak-gelak, jerit-jerit dan macam-macam lagi sama-sama, tak sangka berakhir macam tu je. dan sampai laaa ni kalo jumpa, jangan harap laaa nak tegur. apatah lagi nak tegur, kalo aku senyum sepatah haram nak senyum balik. padahal, dorang yang buat sengketa. cisssssss! lantak korang laaa! noktah.

so, that was the first and wont be forgotten boyfriends i ever had. yeahhh one of my childhood colors!

masuk ke alam persekolahan,

nak start dengan tadika dulu laaa. aku ingat lagi masa first time abah hantar nak masuk tadika, aku takde uniform lagi. aku pakai baju kurung je. memang sangat pelik laaaaa. dah laaa tak pakai tudung. fuhhhhh. almaklum masa kecik-kecik. pastu, kelas masa tu dah almost penuh. and at last aku duduk kat sebelah sorang budak lelaki. he is my first friend yang aku kenal kat tadika tu. kalau tak silap aku nama dia Pian. pastu aku rapat plak ngan budak belakang aku nama dia Khalil. ade je budak pompuan tapi tempat aku tu banyak budak laki. aku rapat tau dengan Khalil ni. tapi masa darjah tiga dia pindah dan tak pernah jumpa. so, he is one of my best boyfriend mase kecik. again i lost it.

macam tu laaa. alam persekolahan aku takde laaa menarik sangat untuk dikongsi. masa kat sekolah rendah, aku ni pendiam orangnya. tersangatlah pendiam. haishhhhh. entah berapa je word yang akan keluar dari mulut aku ni. orang cakap macam ade emas dalam mulut? kalau lah betul, memang den kayoooo! hahaha. so, sebagai seorang yang pendiam, orang expect aku budak baik, lemah lembut, sopan-santun bagai. tapi.........malas laaa nak kabor. then, member aku dari kalangan pompuan je yang ramai. ade member lelaki tapi tak rapat.

masuk sekolah menengah aku dah terpisah dengan semua member-member sekolah rendah. semuanya member baru, environment baru, dan segala-galanya asing buat aku. tapi aku cuba sesuaikan diri and i just manage and survive till the end. nak dijadikan cerita jugak, aku ni memang dah ditakdirkan kelas yang banyak boys dan almost dominated by boys. ape taknya? dari tadika sampai sekolah. masa form one sampai form three still balance. tapi masuk je form four, bayangkanlah mula-mula dalam kelas tu cuma ade 3 girls and 27 boys!!!! what the?? apa boleh buat aku yang pilih untuk ambik aliran teknikal. sah-sah laaa conquered by boys. but never mind as long as  i got my best friends there. hmmmm bukan best friends aku rasa. aku prefer panggil diorang sifu. yuppp i just got one best girl friend and best boy friends too. aku anggap dorang best friends sebab dorang banyak tolong aku. yelaaaaaa. sama-sama struggle nak excel. alhamdulillah aku dan best friends merupakan among the highest achievers in SPM that year! straight As!! tapi tu laaaaa. salah sorang pon tak dapat further tempat yang sama. kitorang semua terpisah. tapi alhamdulillah still keep in touch till now even one of them just engaged with my friend too. rindu plak kelas 4TE and 5TE. sempoiiii jer!

masuk pula ke alam remaja,

menapak ke tangga menara gading, melayakkan aku untuk merasa lebih banyak asam garam. aku susuri jalan liku-liku itu. ade surut ade pasang. biasa laaaa. itu dunia menara gading. tapi pada masa yang sama dunia yang lagi satu tu adakah mampu untuk aku kunci kejap-kejap. jawapannya TIDAK. dunia hati dan perasaan. dunia yang lagi penuh cabaran sebenarnya. kena betul-betul kuat agar tidak kecundang. walau macam mana aku tetapkan hati sepatutnya berjatuh cinta selepas habis belajar, tapi siapa yang dapat menghalang kalau dah nak datang. masa kat PJ dulu, ade laaaa jugak aku crush ngan jejaka-jejaka. just crush and some of them are gossips. alahaiiiiii crush je laaa. boy tu pon tak tau. aku just suka-suka. tak serius. pastu masa tu baru je start friendster, myspace bagai. facebook pon masa dah nak habis kat PJ baru nak start hot. masa tu aku giler myspace sebab boleh hias-hias. hahaha. masa tu laa aku kenal dengan my best boyfriend nama dia Husni. serius kenal kat myspace je. kitorang suka band indie masa tu. aku memang die hard fan of HUJAN and MEET UNCLE HUSSEIN masa tu. pastu kitorang keep contact each other just not because of indie band. sometimes boring suka la borak bodoh-bodoh. dari satu topik ke satu topik. kekadang tu kitorang boleh bergayut satu jam borak. bukan borak ape pon. sebab dia suka berbahas ngan aku. aku plak pantang kalau benda tu aku rasa tak betul memang aku pon bangkang. lama-kelamaan, aku dah anggap dia macam best friend aku but best boyfriend. sampai ade satu-satu perkara aku akan share dengan dia. dia plak lebih tua dari aku. so, aku anggap he could give me some advises. tapi tu laaaaa kan orang dah selalu cakap yang GUY CANNOT BE YOUR BEST FRIEND FOREVER. it is exactly true! after a year like that he just not my best friend anymore but my lover. ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. lama tak lama jugak laaaa lastly, kitorang break up. can't move on any further. it is different!

masa terus berlalu,

Husni tu dah jadi sejarah dalam kronologi hidup aku. sudah laaaaaa. biarlah masa terus menjadi pengubat segala sendu. biarlah masa membawa aku ke dunia baru. lets bygone be bygone orang putih cakap camtu. dalam arus peredaran waktu, aku terus berjumpa dengan kawan baru. ada yang datang dan tak kurang juga yang pergi. tapi nak jumpa best boyfriend tu macam mustahil dan agak serik. i would prefer girlfriends mingle around. even aku ade best boyfriend sekarang ni, but he really really my best boyfriend. not more than that. i know he already with someone else. so, aku dah ade border line di situ.

after all in all, to have a guy as your bestfriend is nothing wrong. seriously, you need him one day. boyfriend and girlfriend is so much different. certain things boy good at some part. aku bukan nak mengagungkan supaya korang ade bestfriend lelaki. TAK. just nak kasi tau yang it is different. apa yang penting jaga laaaa diri. tahu batas-batas pergaulan.



just figure out.....
It's always nice to have someone in your life that makes you smile even when they're not around.

is it true??



p/s: tak sangka aku dapat menulis sepanjang ni!



Thursday, November 22, 2012

siri STOKIN and babies #15: pet potrait




assalamualaikum dan salam sayang.

AMARAN BERBAUR ANCAMAN
tidak digalakkan meneruskan pembacaan kepada sesiapa yang bukan penggemar kucing. maafkan saya! heeeeeeee

saksikanlah gelagat anak-anak stokin yang sememangnya bukan lagi amatur, tetapi cukup professional tatkala beraksi di hadapan lensa kamera. mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. bagaimana acuan begitu jugalah kuihnya. mak borek anak pun rintik. tidak asing lagi; Si Ciki, Si Ciku, Si Comot, Si Kecik dan Si Kenit. Stokin pula selaku sifu cukuplah sekadar memerhati dan dalam hati cukuplah bongkak! puihhhhhhh.

"pandai posing laaa dia ni.. hidung comot, kucing cimot laa katakan" kak long said.

memang sedap laaaa tidoq kalau musim hujan ni.

Si Ciki; satu-satunya kucing mata sepet.

Si Kenit sedikit sebanyak merawat rindu kat late Si Cikoi. 

tak tau nak ghoyak gapo. COMEY NAR!

you should be a model laaa Kenit oiiii!

tu diaaaa Stokin and the family.
tak dinafikan ko sememangnya SEPET ye Ciki! kena kenan ngan apek mana laaa dulu si Stokin ni agaknya. kui kui kui.

last but not least,
walau aku tak suka ko Comot, tapi watak lu gangster tu yang gua jatuh suka. hahaha.









p/s: just miss them damn much!



Wednesday, November 21, 2012

my first shot


assalamualaikum dan salam sayang.

DSC_0001

just got new baby!
alhamdulillah one of my wishlist came true!
thanks Sadek for supporting my hobby!
nanti kite maen shoot same-same ea.
laaa ni gua shoot sensorang je laaaa.








p/s: saye budak baru belajar.




Tuesday, November 20, 2012

hampir saja merajuk


assalamualaikum dan salam sayang.

gambar separa kaitan.

mengeluh lagi. tak pernah rasa cukup. ade saje yang tak kena. normal laaa aku ni manusia. tu laaaa. hampir saja aku nak merajuk dengan blog sendiri. tetibe saja nak meragam plak kan. tak boleh nak komen laaa. entah ape-ape lagi setting yang membuat aku serabut. aku sendiri pon tak tahu macam mana nak solve sebab aku ni bukan la programmer. setakat coding bodoh-bodoh aku tau laaa. tapi ni coding maha giler.

terus sabar dan sabar. TING! dan tetibe aku teringat kat sorang ni, terus aku mintak tolong kat dia; Ayeem. alhamdulillah semua masalah dah selesai. baru laaa rasa berkobar-kobar nak menulis semula. banyak nak cerita. banyak nak kabor. banyak yang nak diluahkan. haishhhhh. rindu laaaa ngan blog tercomot aku ni.





p/s: ke mari kau ke mari wahai mood blogging.




Saturday, November 10, 2012

the definition of ABANG

assalamualaikum dan salam sayang.


[cimot's point of view]
what is the definition of abang?

abang is only for abang kandung, kazen, sedara, husband and really2 jauh beza umurnya ngan diri ini. so, kalau setakat senior beberapa tahun, sori laa der. mmg gua panggil nama je. rase tergeliat lidah ni nak memanggil kamu abang. pastu rase awkward. pastu gua rase malu sendiri. pastu nanti gua tak lalu plak nak makan. amboiii. dah lebih-lebih plak aku interpretasi. boleh tak? eh boleh tak boleh, tak kire ahhhh. gua tetap ngan keputusan gua. muktamad.

makanya, dalam life gua takde banyak mane laaa abangnya kan. senior dah tolak tepi. member tua sekentut je pon gua dah tolak tepi tak masuk dalam list abang. hahaha. so, abang yang ade...emmmm yang mane aku ingat je laaa.

sekitar family:

abang dino@anbang cho
abang jimy@anjang
abang bad
abang faiz
abang fadil
abang abu

sekitar rumah jiran:

abang awie
abang azri
abang anip
abang sofi

sekolah:

takde laa kan. senior kan.

uni:

abang idho
abang jali
abang lutfi
abang najib

rumah tangga:

abang sayang>> eh eh yang ni belom lagi. hik hik hik


kemesraan dalam konteks ke-abang-an itu agak terbatas pada interpretasi gua. tak tahu laa kenapa. apa ianya kolot? terpulang pada diri masing-masing untuk meletakkannya pada sudut yang bagaimana. atas dasar hormat atau sebagainya. tapi gua meletakkannya pada sudut hormat dan selesa. selesa dalam perhubungan.


abang botak takpe! hamboihhh gatai!




so, what is the definition of KAKAK?
will be continued.......



p/s: errr abang or oppa?
same jelaaa. geli.
puihhhhh





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...