Friday, June 15, 2012

gempar UIA ! : seorang lelaki negro cuba menceroboh masuk bilik gua!


 assalamualaikum dan salam sayang.


hari kejadian: Rabu, 13 Jun 2012
tempat: bilik gua; Mahallah Ruqayyah bilik D2.4

balik dari pasar malam, gua terus pi mandi and bersiap-siap sebab kejap lagi nak makan hasil tangkapan dari pasar malam. mula-mula plan nak pi makan kat cafe sambil tengok tv. tetapi memandangkan seperti formal dan tak dapat nak bersenang lenang, maka gua tukar plan B. gua ajak Kak Fatin makan kat bilik gua. boleh borak kencang sambil makan. lagi satu kitorang nak melantak buah nenas beli kat pasar malam tadi. kalo makan kat cafe caner? susah laaa nak mengadap kat situ. so, memang plan baik makan kat bilik gua.

makan-makan, kenyang-kenyang, kemas-kemas, kitorang pon buat lah hal masing-masing. gua nak pi bilik Hanim sebab memang rutin gua pi tido bilik dia. Kak Fatin pon nak balik bilik dia. gua pon takde laaaa nak gegas pi bilik Hanim. almaklum saja lah perut baru lepas kebuntangan kekenyangan. then, gua pon lepak-lepak jap sambil pekena facebook sebarang 3-4-5 like status orang. hahaha. pastu, kemas barang apa yang patut nak bawak. masa ni, memang gua tinggal sensorang. dua akak bilik aku dah kuar sebelum tu. pi kuar makan laaa tu. gua pon beraksi seperti kebiasaan di dalam bilik. tiada yang luar biasa.

dah siap, gua pon blah laaaa pi bilik Hanim. duk sana layan movie laaaaa. takkan nak study pulak masa cuti gini? study apekejadahnya kan? hahaha. tetibe tergerak hati nak pi usha fon dalam beg tadi. lupa nak kuar kan plak. tengok-tengok ada banyak miskol dari Kak Fatin. pastu ade mesej dari Kak Nurul dan Kak Fatin; "tanya gua ok ke tak? gua katne?" gua dah pelik. apasal plak ni? siap suruh kol lagi tu. adessssss. saspens gua! hoiii saspen laaa weyhhhh! mana tak saspens nya.

gua tanpa lengah, terus kol Kak Fatin. suara dia usah cakap laaa risau tahap memggegarkan sanubari gua.

kak fatin: cimot, katne?
gua: kat Asiah laaa. nape?
kak fatin: tau tak ade negro datang bilik ko?
gua: haaaa? bila? buat ape?

gua dah tak keruan. macam-macam persoalan yang ada sebahagiannya tak mampu nak luahkan.

kak fatin: tadi kak tiqah cuba nak kol ko. tapi dia takde no ko. dia nak soh ko jangan keluar bilik. lelaki negro tu macam gila.
gua: biar betul ni kak!! betul ke bilik saya?
kak fatin: ye betul. kak tiqah yang tengok. siap makcik security naik atas. tapi negro tu takmo turun. lastly, pakcik security terpaksa heret dia turun. itu pon, macam dah nak gaduh. pape cuba ko tanya kak tiqah. akak pon tak berapa nak jelas
gua: ya Allah! saya baru je kuar ni.

gua dah nangis sebab takut punya pasal. mana taknya. gua punya bilik kottttt!

gua: so, akak duduk ngan sape kat bilik?
kak fatin: sensorang laaaa.
gua: akak siap-siap. satgi saya amek akak. tido kat bilik member saya.

gua dah kalut. sarung je apa yang sempat.

sampai je. gua terus serbu bilik kak tiqah dulu. takde laaaa nak terus masuk bilik. nak tau cerita sebenar dulu. takut pon satu jugak sebenarnya. huuuuuuu.

maka ceritanya bermula gini laaaa.......

kak tiqah tengah iron baju. pintu bilik biar je terbukak. out of sudden tetibe je ade seorang lelaki negro muncul dan menuju ke arah bilik gua. kak tiqah cepat-cepat laaa tutup pintu. takut. pastu dengar laaaa negro tu ketuk pintu bilik gua dengan begitu kuat dan kencang. macam orang gila saja gayanya. seperti sedia maklum tiada sesiapa laaa kat dalam bilik gua tu. semua sudah keluar. lama-kelamaan, sabar sudah melebihi batasan setelah tiada sebarang respon. negro tu tendang pintu bilik gua sekuat hatinya. kuat tak kuat, gegarnya sampai ke bilik kak tiqah. then, kak tiqah and roomates bagi tahu dia yang tak boleh masuk kawasan sisters. masa ini laaa mereka cuba untuk hubungi aku, tapi tak dapat. dia tak peduli. pastu, kak tiqah report laaaa kat security. makcik guard naik atas soh dia turun, dia takmau. dia habaq mai yang itu bilik dia tahun 2008 yang lalu dan kedatangannya adalah untuk mengambil barangnya yang tertinggal. jadahnya barang tertinggal tahun 2008, baru nak ambil? gila ka hape? agak barang sem lepas pon, kalau tertinggal cleaner akan clear out semuanya. adehhhhhh. negro tu ketegaq jugak taknak blah dari situ. terpaksa laaaaa panggil pakcik guard naik atas. dia masih tidak hiraukan arahan daripada pakcik guard. akhirnya, terpaksa laaaa pakcik guard heret dia turun.

begitu laaa alkisahnya. masa gua on the way balik Mahallah Ruqayyah, memang ramai laaa security berkumpul dekat depan post guard. gua syak ni kes bilik gua tu laaaa. setelah dapat cerita tu pon, gua terus laaa pi bilik. sesampai bilik gua tengok Kak Ajun ade kat bilik duduk relax buat FYP. gua pon tanya laaa dia dengar kaaa? pastu beria laaa dia cerita pasal negro kena heret kat bawah tu. adehhhhhh. gua menjerit kat dia. "KAK AJUN, NEGRO TU MAI BILIK KITA!!" terkejut beruk Kak Ajun.sebab dia siap rakam aksi negro dan pakcik guard tu. aduhaiiii. Kak Ajun ooo Kak Ajun. pastu gua cakap laa tadi gua nak masuk rasa saspens je sebab kunci susah nak bukak. pastu kitorang berdua cek pintu and tengok daun pintu tu retak dan kunci tu macam berpusing sikit dan longgar. macam dalam gambar bawah ni.

habis pintu bilik gua.

ape lagi! rasa insecured laaa. kunci tak berapa nak sihat. gua pon pergi laaaa report kat post guard depan tu ngan Kak Fatin. pastu, tak pasal-pasal laaaa pulak kena pergi buat report kat main security kat main gate. aduhaiiiiii. katanya dah jadi kes polis pulak. memang ye laaa pon sebab masa gua samapai situ, ade dua buah kereta polis. dan masa gua nak cari tempat buat report ramai gila security guard kat situ. gua baru je nak tanya, pastu semua security tu dah tembak gua "dari Mahallah Ruqayyah ye?". gua ape lagi."ha'ah. bilik tu bilik saye". ahhhhhhhh sudah kecoh satu security tu. semua nak tau cerita. sepuluh orang tanya gua, sepuluh kali jugak laaaaaa gua terpaksa explain ape yang jadi. adehhhhhhh. macam-macam laaaa depa cakap.

"nasib baik laaa kamu takde dalam bilik tu. kalo tak tak tahu laaaaa."

"kamu ade affair apa-apa ke dengan negro tu?"

"mana kamu kenal negro tu?"

gua naik lemas daaaaa. ada laaa jugak gua balas macam ni. "masalahnya pakcik, tahun 2008 pon saya tak masuk UIA ni lagi. aduhaiiiii." geleng-geleng pakcik-pakcik dan makcik-makcik security tu. gua pon tulis laaa report. tapi report tak cukup strong sebab gua just the owner of the room. tapi diorang nak saksi kejadian. walau aku dah cerita apa yang berlaku, tapi report dari saksi itu penting. so, tunggu laaa akak jiran bilik gua tu mai tuk buat report.

lama jugak gua dan akak-akak tu menunggu keputusan kes tu. dekat pukul 12 malam jugak laaaa. lastly, diorang kata biarlah polis yang uruskan dulu macam mana. diorang suruh kitorang balik dulu. if anything diorang akan hubungi untuk tindakan lanjut. negro tu pon dah kena heret ke balai polis. katanya teruk jugak laa negro tu meroyan. sampai cam separuh mati jugak katanya. pakcik security cakap dia tu dari Mahallah Ali dan ade rekod mencuri laptop sebelum ni. 

alhamdulillah sehingga kini tiada apa-apa berita yang tidak senang sampai ke telinga. maksudnya semua sudah setel. harap sangat perkara macam ni tak berlaku lagi. dan cukup laaaa ianya terjadi pada bilik gua. jangan laaa orang lain pulak yang kena lepas ni. dan harapnya pihak security lebih peka dan melaksanakan pengawalan yang lebih ketat. dan sekali lagi syukur alhamdulillah kami semua selamat. tiada apa-apa yang berlaku ke atas kami dan tiada sebarang kerugian.


akhir kata,
memang bilik gua ye! bukan tipu ok! ada plak yang tak percaya plak kan.
buat apa gua nak tipu kan?



p/s:  entry ni memang khas untuk pengetahuan kalian.
sebab gua tak sanggup nak cerita banyak kali.


34 comments:

Anisa Hang Tuah said...

huii bahaya sumgguh

Iffah Afeefah said...

scary gile

nak mampus kalo die ngn cimot

eee xdpt bayangkn

siap affair lg tu wakakaka

kawen jemput ye =P

Aien Alien said...

cimot nasiblah ko tak berlama-lamaan dalam bilik tu sesudah kekenyangan kan kan cimot...ishhhh apa2 jelah barang tahun 2008 baru ingat nak ambil...

Anonymous said...

bole print citer ni bg kat pakcik guard baca...

negro mmg kuang ajaq la kan...

Macy Humaira said...

peh. hilang harta nauzubillah.

hilang lain nauzubillah nauzubillah.

tc syg

ABU said...

Wah. Even panjang gigih aku baca.. Lawak lak ajun ko yg tak tahu apa2 yg berlaku, siap rakam lagi.. Hahaha sib baik tak de apa apa yg berlaku.. Cam mana negro tu blh masuk kat kawasan tu.. Tak tahu nak cakap apa.. Tapi kebnyakan negro ni kurang ajar.. Tak sensitip dang tak hormat budaya kkita..

tomatokering :) said...

erkkkkk bahayanya... jgn lupa baca doa pelindung sebelum tido.. insyaAllah jauh dari bahaya.. :))

khairul said...

tu la gomen kita ...mudah sgt terima orang asing masuk negara kita ....sekarang tgk apa dh jadi

cimöt said...

@Anisa Hang Tuah
memang bahaya laa kak nis..nasib baik laaa..

cimöt said...

@Iffah Afeefah
taknak affair ngan negro!! euwwwww

cimöt said...

@Aien Alien
tu laaa syukur sgt! mmg kuat sgt ati mase tu nak kuar..

cimöt said...

@anon
hoishhhhh..tak pasal2 plak gua kena compound.. no no no

cimöt said...

@Macy Humaira
nauzubillah..

thanx syg..

cimöt said...

@ABU
tahniah laaa sebab ko berjaya habiskan.. hahaha

negro tu gila!

cimöt said...

@tomatokering :)
ye.. insyaAllah takkan lupa tu..

cimöt said...

@khairul
entahnya.. byk sgt orang asing kat negara kita niii..

aleen aiden said...

luckily u were not in da r0om n u're ok. :)

Shawn Razaleigh said...

dah mcm cerita seram org minyak. awrrr

syafiqakarim said...

gila serious......
kena sentiasa berhati beb.

oranglidi said...

bapak laaa. dah la siap ade kes mncuri bagai. silap2 dia datang nak wat sesuatu yang lebih dahsyat. hm, seb bek smpat kantoi.

Yousof said...

Mengerikan.. Aku yang lelaki ni pun kalau tengok negro ada rasa cuak²..


Sampai retak pintu kau dia hentam ek. Syukurlah tak ada benda buruk jadi..

Lebih berjaga-jaga okeh. Pakgad dan makgad pun kena gandakan kawalan la kan..

Telor Power said...

pergh...bahaya ni.

hati2 ya


salam kenal2. Thanks kerana dtg jengah dan jenguk ke blog yg tak seberapa tu

cimöt said...

@aleen aiden
yup! i'm just too lucky!!

cimöt said...

@Shawn Razaleigh
mentang2 laa negro tu gelap..ko pon dh bayangkan org minyak.. haishhhhh..

cimöt said...

@syafiqakarim
ye.. akn dan sentiasa lebih berhati2 pasni...

cimöt said...

@oranglidi
entahnya.. mental laaaa negro tu aku rase...

cimöt said...

@Yousof
ko takut negro apsal??
dia pernah apa2 kan ko ke?

cimöt said...

@Telor Power
salam kenal juga...


:)

Hafizin Jamil said...

hahaha..negor memang macam tu..tak nak mengalah..dah la barang tahun 2008..dia tetap yakin barang dia masih ada..kah3

Yumida said...

bahaya nya...seram nengok...nasib baik xde pa pe yg berlaku...security kena lbh ketat nih
FOLLOWER KE 411

Cik Aqilah Wardah said...

errrr.. friday, 15 june, watpe kt uia?? master ek?? hehehe...

btw, alhamdulillah dh grad..

n, tke cre... ;)

cimöt said...

@Hafizin Jamil
tu laaa pasalnya.. yakin sgt brg dia ade lg..

cimöt said...

@Yumida
seram nengok? ko nengok ape?? aku x tunjuk papepon.. hihihi

cimöt said...

@Cik Aqilah Wardah
kije part time kt mahallah ofis..

sonok aaaah dh grad..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...