Saturday, July 23, 2011

ISLAMIC PRACTICAL TEACHING FOR ORANG ASLI (IPTA) - Part 1

assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada anda semua.
first of all, wanna say sorry to my lovely readers. hahaha. sekian lama aku menyepi. dah berhabuk blog ni macam tak ada tuan empunya. kasihan sekali. sebenarnya terkial-kial jugak jari ni nak menaip entry ni. almaklum saja setelah beberapa minggu tak mengadap laptop. putus connection ngan orang sekeliling. even handphone pon tak ON for 10 days because no coverage. seperti aku janjikan, entry yang akan datang aku akan sajikan dengan experience aku selama 10 hari di perkampungan orang asli. insyallah akan ada 6 part semuanya. wait and see. selamat membaca dan harap korang dapat sesuatu dari  pengalaman aku ni.


PENGENALAN MEMBUATKAN AKU TERPEMPAN

Tarikh: 6-16 Julai 2011
Tempat: Kg Teji & Kg Abu, Cameron Highland
Anjuran: COMRADE UIA
Tujuan: mendekati masyarakat orang asli dari segi konteks agama. simply said as "Dakwah". sememangnya mereka boleh dikatakan 99% sudah Islam, tapi kita cuba untuk membawa mereka ke arah yang lebih jelas dan pegangan yang lebih mantap. insyallah.
Galakan/sokongan: invitation from Aishah Shahiruddin dan inspiration tengok gambar-gambar program sebelum itu di Lebir oleh Wan Norhashimah

terima kasih ya Allah atas petunjuk-Mu. Kau gerakkan hati hamba-Mu ini untuk join program seperti ini. sepatutnya daripada awal lagi sudah aku usir jauh-jauh perasaan waswas dan ragu-ragu dek bisikan-bisikan nakal si syaitan. "lama sangat la 10 hari tu. banyak benda lain ko boleh buat", "ape yang ade kat kampung orang asli tu? ishhhhk. boleh ke ko hidup kat situ?", "dah laa takde letrik dan kemudahan plak tak selesa. ishkkk. hitam wehhh nanti.". arghhhhhh. itu semua dusta belaka. persetankan si syaitan. aku tetapkan hati untuk pergi dengan harapan untuk perbaiki diri dan membantu saudara sesama Islam.

sediakan payung sebelum hujan. takkan nak aci redah saja kan? setelah yakin dan pasti, aku pon sudah disahkan untuk menyertai IPTA ni, maka bermulalah sesi preparation. 2 hari sebelum bertolak ke lokasi para peserta diminta menghadiri 2 sesi meeting gitu. BUKAN ARAHAN TAPI TANGGUNGJAWAB. arghhhhhh. siyes aku suka bebenor ngan quote ni!

first meeting: WORKSHOP
dapat tau sub-committee biro preparation and technical bersama-sama Atikah Sharikh, Muiz, Moja dan diketuai oleh Abg Idho. yeayyyyyyy. ???? aku pon tak tahu apasal aku happy. adoyyyyyy. excited nak pegi kotttt. adoyyyyy.

second meeting: FINAL TOUCH
taklimat dan beberapa peringatan sebelum bertolak. macam rules and regulations atau terms and conditions.

  1. jangan berjanji sebab orang asli ni jenis kuat ingatan and pegang janji punye olang. contoh: saya suka la kampung ni. nanti kami datang lagi. OH! jangan cakap macam ni sekali pon untuk sedapkan hati mereka.
  2. jangan masuk ke dalam rumah yang ade tergantung sesuatu seperti tangkal di depan rumahnya. unless, mintak lah izin dahulu sebelum masuk. hal ini adalah kerana terdapat salah seorang ahli keluarga yang sakit atau baru lepas bersalin dan sedang berpantang.
  3. belajar la bahasa mereka. yang basic pon dah kira olrite sangat.
  4. jangan panggil mereka 'orang asli'! sensitif depa ni oiiiiii. tapi panggil la mereka dengan panggilan 'orang kampung' atau 'masyarakat asli'.
  5. pastu kalo bersembang ngan depa, toksah la dok pi guna words yang bombastik seperti 'anjakan paradigma'. dok pahe demo nanti. cakap bahasa melayu standard je.
  6. jangan tolak sebarang hidangan yang mereka jamu. kenyang macam mana sekali pon, jamah la walau sedikit. tunjuk la yang kita hargai. pada aku, cuba letak diri kita kat tempat depa. sakit hati tak? jawab sendiri la ye.
  7. jangan gelabah bile anjing or kucing datang kat kita. aku ok je ngan kucing. kalau ade yang comel nak bawak balik boleh?
  8. jangan lonely pi mana-mana. pastikan berteman. bertiga paling ideal.
  9. budak kat sana memang hyperactive. tapi normal la budak-budak. sayangilah mereka.(cakap dengan nada keibuan.hihii)
  10. jaga attitude sepanjang kat sana. bawak nama UIA. tunjuk contoh as Islamic students. pakai molek tutup aurat. insyallah.

 yeahhhhh. ai ai kapten. saya sudah bersedia.
macam melenggang kangkung plak aku nak pi 10 hari ni.

**************************************************
sesampainya di sebatang jalan di lereng bukit. bas berhenti. sudah sampai? mana kampung tak nampak pon? no idea. tengah mamai baru lepas membuta. rupa-rupanya kampung itu berada di kawah bukit. tengok ke bawah...................huishhhhhhhhhh. sayup mata memandang dan pikir lagu mana la nak turun. walau macam mana sekali pon, turun tetap kena turun. ayohhhhhhhhhhhhhh  kalian.

tuuuuuuuu kat bawah tuuuuuuuuuuuu kena turun.
fuhhhhhhhh..

bagasi-bagasi lagi. adoyyyyy. cane ni?
tapi truck yang angkut turun. hihihihi

 mine: kampung Abu.
teruskan berjalan.

ni la scenary perkampungan orang asli yang damai lagi tenang.
nature surrounding. no asap-asap or wasap bagai.

 ni plak dapuq kitorang. segala penyediaan juadah berlangsung di sini ye.

one of their houses. made of  bamboo and wood. made in Malaysia.
tapi siyes rumah ni sangat yang teramat sejuk ye. sejuk yang semulajadi.
tak payah dok sibuk kipas atau air-cond.

**************************************************
secara jujurnya, sehingga saat dan tika ini, aku tak dan tak akan pernah menyesal menyertai program seperti ini. insyaAllah, aku nak join IPTA ni lagi pada masa akan datang sekiranya umur masih panjang. aminnnnn.


manyak lagi mau cerita. ni kira briefing saja lah.

p/s: sampai sini je dulu ye.
ok tunggu part 2 plak.


4 comments:

Mizz ErMa said...

10 ari, lama jgk tuh..hehe

A.I said...

ape takder gambaa aku nih?

aku dah setel 5 part dah..

tapi wajib aku malas nak taip panjang cam nih. grr.


eh aku-kau pulak. lupa kita bahasa akak2 eh? sorry ;)

cimöt said...

@Mizz ErMa
tak terasa mana pon 10 hari tu..

cimöt said...

@AISHA INANI
alahaiiii..aku takde camera pon.. gambar2 ni pon aku cilok2 dari sesape yg upload kat fb..

wowww..cepat giler update..aku tunggu ade mood laaa..hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...