Tuesday, December 18, 2012

hey, i'm serious laaa!

assalamualaikum dan salam sayang.



penjelasan pasal surat MC gua tu..

gua tau gua selalu main-main ja. gua tau gua suka gelak kuat-kuat. gua tau gua ni tak matang macam budak tak cukup umur. gua tau tu semua. tapi gua juga manusia. ya manusia sama macam hampa semua. Allah kurnia cukup jasad dan rasa sama.

so, awat bila gua cakap gua sakit, hampa tak percaya? awat hampa ragu-ragu? tau tak bab-bab sakit ni bukan benda yang boleh buat main-main? ianya sesuatu yang serius tahu tak? ada tak sapa-sapa yang mintak nak jatuh sakit? ade? ade? nauzubillah weyhhhhhh.

tak pasai-pasai gua emosional. maaf. gua tak suka emo-emo ni. tapi hati gua tersentuh bila dapat spekulasi macam ni. dah laa memang tak berapa nak strong, pahtu hampa buat macam ni.



situasi 1:
A: aku tengok elok je ko naik moto tadi.

ye gua naik moto tadi tu sebab nak pergi klinik. hanya Allah saja yang tahu apa gua rasa. tahu tak gua tak boleh gerak nak bangun pagi tadi. sebenarnya, gua dah start sakit dari malam tadi. tiba-tiba je pinggang gua cramp macam tersentap. sakit dia fuhhh terus menular sampai tulang belakang dan tulang punggung. tapi gua positif je. gua agak dah tido ok laaa kot. tapi sebaliknya lagi teruk plak. ade laaaa gua mesej-mesej orang tertentu nak mintak  tolong tapi no one appear. sedih. gua nangis gila-gila. gua gagahkan bangun. gua pergi mandi. siap-siap start moto terus pergi klinik sorang-sorang. gua nangis tau tak bawak moto tu. sebab sakit yang tak tau nak describe macam mana. sampai klinik gua cuba berlagak slumber tak nangis. sampai kat doktor gua dah tak tahan. gua nangis jap. doktor cakap takpe. dia kasi ubat dan gel untuk sapu dan jugak MC untuk rehat.

so, i don't know how deserved i got that MC? gua berlakon ke nak dapat MC tu? tau tak gua dah miss satu quiz pagi tu? gua sedih lagi!

terlepas satu Quiz tak bermakna gua terlepas Final Test Lab. gua gagahkan lagi sekali. gua pergi jugak test tu. sakit tetap sakit. tapi gua tak nangis dah. sampai dah balik

situasi 2:
B: free tak? nak mintak tolong tampal notis.
gua: sori kak, saya exam tadi dan saya tak sihat sebenarnya. harini pon saya MC.
B: oh yeke. tapi kalau esok free datang mai amik notis ni dan kasi laaa kat anak buah.
gua tak reply sebab sentap.

the problem is...sori kak. eh taktau nak cakap caner. seems my statement tak sihat tu cam tak membekas di hati dan beri rasa kasihan ke? dahtu why not try mintak tolong orang lain plak ke? why still me?



sumpah, gua sensitip  sangat sekarang ni.


p/s: i know you read this. sorry to those i'd mentioned. 



p/s: sesungguhnya gua ketawa dalam tangis.




3 comments:

KorN said...

persepsi luaran memang orang nampak okei... biasalah... kita sakit, kita tau lah cemana kan...

kiera'sakura said...

sabar ye dear. itu je saya blh cakap. mlut org mmg mcm tue depa kata sbb depa tak paham dan tak rasa. hurm sabar jela kn

kak siti said...

sabar ea cimot...byk kan berehat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...