Saturday, November 24, 2012

to have a guy as your bestfriend


assalamualaikum dan salam sayang.



nice day! nice mood! yezzzzza. rase cam nak feeling santai je. sambil-sambil blogwalking, tertarik dengan kisah Guy Bestfriend daripada Kak Nis membuat aku nak luah secebis kisah.

a long long time ago,

masa kecik-kecik dulu, memang takde anak jiran aku yang pompuan. semua anak jiran yang pompuan sebelah-menyebelah dan depan rumah aku sudah dewasa sebaya dengan akak-akak dan abang-abang aku. yang tinggal hanya 3 orang beradik anak jiran depan rumah aku tu. dan semuanya adalah lelaki dan muda daripada aku. dapat plak mak aku tak kasi aku ngan adek merayap jauh-jauh setakat nak main waktu petang. cukuplah main dengan depa. senang aku namakan mereka; Nasrul, Salam dan Safwan (sulung, kedua dan bongsu). hampir setiap  petang kitorang akan main sama-sama. apa taknya, mak depa pon tak kasi pi main mana-mana melainkan ngan aku dan adek jugak. hahahaha. macam berjodoh je kan. adehhhhhh. so, cakap ape yang tak pernah kitorang main sama-sama? main nyorok-nyorok, main kejar-kejar, main polis-pencuri, main masak-masak, main mancing ikan, main racing basikal eh tak ingat laaaa ape lagi. tapi sumpah memang kitorang tibai je main ape pon. sampai kekadang tu kitorang reka mainan sendiri sebab dah tak tau nak main ape. bayangkan saja laaaa setiap hari balik sekolah petang-tukar baju-terus berambus pergi main. YE! tiap-tiap hari. boring jugak sometimes. tapi jadi budak, boring tu kejap je. dapat main tak hengat dunia. dah maghrib pon nak kena tunggu mak-mak terjerit panggil balik baru laa terkedek-kedek nak balik rumah. dasar budak-budak yang aku jugak tidak terkecuali!

tapi cerita kitorang tak kekal lama. sengketa yang melanda telah memusnahkan first boyfriends relationship antara kami. setelah bertahun-tahun main-main, gaduh-gaduh, gelak-gelak, jerit-jerit dan macam-macam lagi sama-sama, tak sangka berakhir macam tu je. dan sampai laaa ni kalo jumpa, jangan harap laaa nak tegur. apatah lagi nak tegur, kalo aku senyum sepatah haram nak senyum balik. padahal, dorang yang buat sengketa. cisssssss! lantak korang laaa! noktah.

so, that was the first and wont be forgotten boyfriends i ever had. yeahhh one of my childhood colors!

masuk ke alam persekolahan,

nak start dengan tadika dulu laaa. aku ingat lagi masa first time abah hantar nak masuk tadika, aku takde uniform lagi. aku pakai baju kurung je. memang sangat pelik laaaaa. dah laaa tak pakai tudung. fuhhhhh. almaklum masa kecik-kecik. pastu, kelas masa tu dah almost penuh. and at last aku duduk kat sebelah sorang budak lelaki. he is my first friend yang aku kenal kat tadika tu. kalau tak silap aku nama dia Pian. pastu aku rapat plak ngan budak belakang aku nama dia Khalil. ade je budak pompuan tapi tempat aku tu banyak budak laki. aku rapat tau dengan Khalil ni. tapi masa darjah tiga dia pindah dan tak pernah jumpa. so, he is one of my best boyfriend mase kecik. again i lost it.

macam tu laaa. alam persekolahan aku takde laaa menarik sangat untuk dikongsi. masa kat sekolah rendah, aku ni pendiam orangnya. tersangatlah pendiam. haishhhhh. entah berapa je word yang akan keluar dari mulut aku ni. orang cakap macam ade emas dalam mulut? kalau lah betul, memang den kayoooo! hahaha. so, sebagai seorang yang pendiam, orang expect aku budak baik, lemah lembut, sopan-santun bagai. tapi.........malas laaa nak kabor. then, member aku dari kalangan pompuan je yang ramai. ade member lelaki tapi tak rapat.

masuk sekolah menengah aku dah terpisah dengan semua member-member sekolah rendah. semuanya member baru, environment baru, dan segala-galanya asing buat aku. tapi aku cuba sesuaikan diri and i just manage and survive till the end. nak dijadikan cerita jugak, aku ni memang dah ditakdirkan kelas yang banyak boys dan almost dominated by boys. ape taknya? dari tadika sampai sekolah. masa form one sampai form three still balance. tapi masuk je form four, bayangkanlah mula-mula dalam kelas tu cuma ade 3 girls and 27 boys!!!! what the?? apa boleh buat aku yang pilih untuk ambik aliran teknikal. sah-sah laaa conquered by boys. but never mind as long as  i got my best friends there. hmmmm bukan best friends aku rasa. aku prefer panggil diorang sifu. yuppp i just got one best girl friend and best boy friends too. aku anggap dorang best friends sebab dorang banyak tolong aku. yelaaaaaa. sama-sama struggle nak excel. alhamdulillah aku dan best friends merupakan among the highest achievers in SPM that year! straight As!! tapi tu laaaaa. salah sorang pon tak dapat further tempat yang sama. kitorang semua terpisah. tapi alhamdulillah still keep in touch till now even one of them just engaged with my friend too. rindu plak kelas 4TE and 5TE. sempoiiii jer!

masuk pula ke alam remaja,

menapak ke tangga menara gading, melayakkan aku untuk merasa lebih banyak asam garam. aku susuri jalan liku-liku itu. ade surut ade pasang. biasa laaaa. itu dunia menara gading. tapi pada masa yang sama dunia yang lagi satu tu adakah mampu untuk aku kunci kejap-kejap. jawapannya TIDAK. dunia hati dan perasaan. dunia yang lagi penuh cabaran sebenarnya. kena betul-betul kuat agar tidak kecundang. walau macam mana aku tetapkan hati sepatutnya berjatuh cinta selepas habis belajar, tapi siapa yang dapat menghalang kalau dah nak datang. masa kat PJ dulu, ade laaaa jugak aku crush ngan jejaka-jejaka. just crush and some of them are gossips. alahaiiiiii crush je laaa. boy tu pon tak tau. aku just suka-suka. tak serius. pastu masa tu baru je start friendster, myspace bagai. facebook pon masa dah nak habis kat PJ baru nak start hot. masa tu aku giler myspace sebab boleh hias-hias. hahaha. masa tu laa aku kenal dengan my best boyfriend nama dia Husni. serius kenal kat myspace je. kitorang suka band indie masa tu. aku memang die hard fan of HUJAN and MEET UNCLE HUSSEIN masa tu. pastu kitorang keep contact each other just not because of indie band. sometimes boring suka la borak bodoh-bodoh. dari satu topik ke satu topik. kekadang tu kitorang boleh bergayut satu jam borak. bukan borak ape pon. sebab dia suka berbahas ngan aku. aku plak pantang kalau benda tu aku rasa tak betul memang aku pon bangkang. lama-kelamaan, aku dah anggap dia macam best friend aku but best boyfriend. sampai ade satu-satu perkara aku akan share dengan dia. dia plak lebih tua dari aku. so, aku anggap he could give me some advises. tapi tu laaaaa kan orang dah selalu cakap yang GUY CANNOT BE YOUR BEST FRIEND FOREVER. it is exactly true! after a year like that he just not my best friend anymore but my lover. ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. lama tak lama jugak laaaa lastly, kitorang break up. can't move on any further. it is different!

masa terus berlalu,

Husni tu dah jadi sejarah dalam kronologi hidup aku. sudah laaaaaa. biarlah masa terus menjadi pengubat segala sendu. biarlah masa membawa aku ke dunia baru. lets bygone be bygone orang putih cakap camtu. dalam arus peredaran waktu, aku terus berjumpa dengan kawan baru. ada yang datang dan tak kurang juga yang pergi. tapi nak jumpa best boyfriend tu macam mustahil dan agak serik. i would prefer girlfriends mingle around. even aku ade best boyfriend sekarang ni, but he really really my best boyfriend. not more than that. i know he already with someone else. so, aku dah ade border line di situ.

after all in all, to have a guy as your bestfriend is nothing wrong. seriously, you need him one day. boyfriend and girlfriend is so much different. certain things boy good at some part. aku bukan nak mengagungkan supaya korang ade bestfriend lelaki. TAK. just nak kasi tau yang it is different. apa yang penting jaga laaaa diri. tahu batas-batas pergaulan.



just figure out.....
It's always nice to have someone in your life that makes you smile even when they're not around.

is it true??



p/s: tak sangka aku dapat menulis sepanjang ni!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...