assalamualaikum dan salam sayang.
bagaimana harus ku luahkan? bagaimana harus ku lepaskan? bagaimana harus ku berdepan dengan kenyataan? ahhhhh. hanya alasan. bosan.
apa kau tak pernah serik? entah. lantas ku biarkan semua pesanan ringkas kau tanpa sebarang balasan. ku biarkan lewat-lewat panggilan kau tanpa sebarang perkhabaran. aku tiada hati lagi untuk sebarang respon. pada ku kau sudah menjadi sejarah. ya sejarah. sejarah yang sudah terkubur. cukuplah untuk aku ingat yang baik-baik saja. tapi untuk sambung kembali mungkin tidak. aku sepertinya sudah serik. ya serik. sepertinya sukar untuk aku terima sebarang perhubungan walau sebagai kawan. biarlah kau nak hamburkan apa saja. aku yang tak setia. aku yang itu. aku yang ini. aku dah tak kisah. sebab aku dah penat. penat dengan kisah kita yang tiada kesudahan. penat segalanya. dan sekarang ni yang penting asalkan aku dan kau tiada apa-apa lagi untuk diperkatakan. sudahlah. kau cari lah orang yang selayaknya dan pastinya lebih baik daripada aku.
untuk pengetahuan kau, mak dan abah tak setuju andai kau masih mahu teruskan. berhenti dari terus mengharap. biarlah aku kejam sekarang. jangan kejam di kemudian hari takut merana selamanya. sejujurnya aku kecewa. tapi usah kau bimbang sebab aku yakin aku mampu untuk hadapinya. dan aku yakin ada cinta baru bakal menjemputku.
p/s: ku tunggu cinta datang lagi.
cinta idaman.
No comments:
Post a Comment