Friday, December 23, 2011

Islam is True

tazkirah hari Jumaat: sampaikan walau sepatah.



assalamualaikum.
masih ingat cerita ini?? alhamdulillah. setelah sekian lama juga baru ada semangat nak tulis cerita di sebalik seorang paderi ni. itu pon atas permintaan kak Nis dan adek Amy. taknak menghampakan permintaan mereka dan yang lain.

baiklah. cerita ni dah lama juga laaa. masa duduk hostel kat sekolah dulu-dulu, ada satu sesi tazkirah setiap kali selepas solat Maghrib. so, kakak senior aku laaaa yang story "behind the Father". cerita ni memang sampai sekarang aku tak boleh lupa. masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni haaa. 



........ada satu perjumpaan paderi terbesar berlangsung di lokasi yang dirahsiakan. semua bakal paderi baru dikehendaki menghadirkan diri untuk diberi taklimat. dan pada masa yang sama semua paderi-paderi yang berpangkat besar juga turut serta. rupa-rupanya bukan senang nak jadi paderi ni. kiranya, bakal paderi yang baru tu semua kira hebat laaaaa sebab mereka berjaya hingga ke tahap ini. boleh dikatakan ini adalah final stage tuk confirm yang mereka adalah truly paderi-to-be.

so, dalam stage terakhir ni mereka dikehendari melaksanakan satu tugasan di mana mereka perlu membuat banyak rujukan dan penyelidikan. maka mereka diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menggunankan pusat sumber, perpustakaan dan sebagainya yang ada di dalam tempat tu sahaja.

ye KEBEBASAN SEPENUHNYA. tapi bebas macam mana sekalipun, di mana-mana tempat pasti ada pantang larang atau peraturan yang perlu dipatuhi. tempat itu sebenarnya sudah serbi lengkap. tak perlu untuk dapat akses maklumat dari luar. more than enough. dalam kawasan tersebut ada satu bilik rahsia yang tiada sesiapa pun boleh masuk kecuali ketua paderi sahaja. maka, mereka telah diberi amaran agar tidak sesekali cuba mendekati bilik tersebut apatah lagi untuk memasukinya. barang siapa yang melanggar peraturan, nyawa laaa jadi galang gantinya. mereka tidak akan teragak-agak untuk menembak yang ingkar.

almaklum, paderi ni boleh dikategorikan sebagai orang kuat agama laaaaa. so, mesti laaaa orang yang baik-baik. jadi pada mereka taat pada ketua itu sudah semestinya. membantah itu tiada dalam kamus. berdosa kan? akan tetapi masih ada yang belum suci hatinya. tambahan pula, umur pun baru setahun jagung. dan menjadi lumrah anak-anak remaja mempunyai daya ingin mencuba sesuatu yang baru itu amat lah tinggi.

so, dalam banyak-banyak bakal paderi tersebut, ada la seorang yang bernama Joe yang sangat pandai dan dia among the top. daya pemikiran dia juga sangat berbeza dengan yang lain. yang lain ni jenis stok lembu cucuk hidung je. tapi Joe ni lain sikit. suka menentang dan berhujah. tapi kerana sikapnya itu laaa yang menyebabkan dia berjaya dan digemari para paderi yang lain.

walau bagaimanapun, sikap rebellious yang tiada kesudahan tu terbawa-bawa hingga dia betul-betul ingin tahu apakah gerangan yang ada dalam bilik rahsia tu. dalam dia melaksanakan tugasan yang diberi pada masa yang sama otaknya ligat berfikir bagaimana dia boleh dapat masuk ke bilik itu. pernah juga dia mengajak rakan yang lain untuk berkomplot. tapi tiada seorang pon yang berani. berdosa laaa katakan mengingkari arahan.

hari demi hari, setiap kali melintasi bilik itu membuak-buak rasanya hati Joe untuk menceroboh masuk. tapi tiada waktu yang sesuai. paderi-paderi senior sentiasa belegar-legar untuk memastikan bakal paderi menjalankan tugasan masing-masing. sudahnya dipendam sahaja niatnya itu.

seperti tikus jatuh ke dalam balang beras. pagi itu, ketua paderi telah mengumumkan yang mereka semua dikehendari menghadiri satu majlis di bandar. maka beliau berpesan agar semua bakal paderi dapat meneruskan apa sahaja yang masih tidak lengkap dan tidak lupa juga larangan tetap larangan iaitu bilik rahsia. namun, itu lah saat dan ketikanya yang amat dinanti-nantikan oleh Joe. dia sudah berkira-kira sebaik sahaja semua paderi pergi dia akan membuat tinjauan terlebih dahulu di sekitar bilik rahsia bagi memastikan line clear.

CLEAR! terus Joe memecah masuk ke bilik rahsia yang menjadi kawasan larangan. terkejut dia melihat bilik itu sangat cantik. dan di tengah-tengah bilik itu ada satu kolam yang sang indah dan di tengah-tengahnya terletak satu kitab yang tidak diketahui. dalam hatinya mengagak kitab itulah puncanya mengapa bilik itu menjadi bilik rahsia.

tanpa membuang masa terus dia meredah kolam itu dan mengambil kitab itu untuk dibaca. dibelek helaian demi helaian kitab itu sambil duduk santai bersandarkan rak buku. alangkah terkejutnya dia membaca isi kandungan kitab tersebut. kitab itu menerang pasal agama Islam. terpempan dia membaca setiap bait kitab itu. dan tanpa Joe sedari dia telah bertapa di bilik itu setengah hari sejak dari pagi tadi. dia terus leka dengan membaca kitab tersebut.

tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. si Joe terkejut bukan kepalang. semua paderi berdiri di hadapan pintu yang diketuai oleh ketua paderi itu sendiri. di tangan paderi tersemat sepucuk pistol. seperti amaran yang telah diberitahu terdahulu. Joe rebah di di situ juga. kitab lurut dari tangannya.

ketika masih nyawa-nyawa ikan, datang ketua paderi mendekatinya. lalu dibisikkan oleh ketua paderi itu

"Islam itulah agama yang benar lagi nyata."

terbeliak mata Joe saat ketua paderi itu mengucapkan kalimat itu pada telinganya. tapi tiada apa yang dapt dilakukan oleh Joe. semua bersurai sesudah itu dan sekali lagi ketua paderi memberi amaran kepada yang lain sekiranya tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Joe.

selepas itu ketua paderi terpaksa mencari helah lain untuk menyimpan kitab tersebut.

sudah terang lagi nyata Islam itu benar. tapi masih mahu disesatkan umat manusia di atas muka bumi ini. itulah tipu helah syaitan yang lagi menyesatkan. nauzubillah.


p/s: so, now what do u think ??



2 comments:

Amy Syahirah said...

kakakkkkk , sekarang dah tau!!
owwhh, so org kafir pon mmg dah tau yg islam adalah agama yg bnar dan nyata . tpi masih lgi nak sembunyikn kebenaran!! dajjal gile . terima kasih atas info !! <3 =)

cimöt said...

@amy syahirah
yupppp..be careful..sometimes kite tak realize certain things nowadays..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...