Monday, December 19, 2011

laaaaa kembar ke??

kak Syafiqah dan kak Tiqah

beberapa minggu lepas, macam-macam ada, macam-macam rupa, macam-macam gaya, macam-macam suasana. serabut tak serabutnya aku rasa masa tu, tapi aku tetap enjoy. enjoy gaining a lot of experiences. mana boleh nak beli experience tu semua. kita yang kena carik sendiri. dalam pada masa yang sama, aku suka nak sibukkan diri supaya aku tak fikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

damn! tetibe nak feeling ala-ala awan nano mendung berarak. ok full stop. ritu  i just joining 1 motivational talk program under MRC. aku telah dilamar tuk menjayakan program tersebut sebagai committee prep & tech. tepat plak tarikh yang diberitahu tu aku memang free je laaa. tanpa ragu-ragu aku pon reply sms kat akak tu "setuju". muktamad.

cop lupa nak habaq nama akak tu Syafiqah. then, kak Syafiqah mintak aku jumpa dia bila free sebab nak bagi tahu pasal my job scope. aku pon pegi la bilik dia malam tu seusai balik dari kelas. i keep wondering mana satu ye kak Syafiqah ni?

"assalamualaikum," aku bagi salam sambil ketuk pintu.

"kak Syafiqah ade?" tanye aku.

 "wa'alaikumussalam. shima ye? jemputlah masuk. ni la kak Syafiqah," katanya.

macam pernah ku lihat saja kak Syafiqah ni. tapi di mana ye? kat monolog dalaman aku. adoyaiiiii. banyak sangat semut kat kepala otak ni.

belum sempat aku tanya

"macam kenal or penah jumpe tapi di mana ye?" kak Syafiqah dah tanya dulu. damn! means we're really had met before. aku cuba gali memori lalu. YUPPPPP! i know!

"kawan kak Tikah ea? saya roomate dia dulu," yes! aku dah ingat.

"ha'ah. ye ye ye. masa pergi bilik awak dulu selalu nampak," sambil angguk kepala sebab dah ingat.

macam-macam la kami sembang. asalnya nak cerita pasal job scope je kan. pastu melalut laa ngan macam-macam. bla bla bla. almaklum saja laaa, aku kalo dapat orang yang klik boleh cerita itu ini memang aku boleh borak laa sampai 2-3 pagi pon takpe. hahaha. dan kak Syafiqah ni plak student law yang sememangnya style debate, banyak cakap memang best! agak dah setel semua aku pun balik dan plan tuk setel bende tu semua esok ngan member lain yang bakal bekerjasama dengan aku.

the next day, aku dah agihkan kerja kat member yang lain. nak buat sorang-sorang memang takkan sempat dengan kelas yang sangat pack hari tu. lega sikit rasanya. dan aku cuba setelkan aku punya kerja tu petang tu jugak sebab takut tak sempat.

tiba-tiba member aku kol sebab ade problem ngan venue. nasib baik aku dah habis kelas. boleh laa nak follow up problem tu sama-sama. decide nak jumpa kat mana and aku pon after isi perut sikit terus pergi jumpe member tu.

on the way nak jumpa tu, aku ternampak kak Syafiqah. terus aku grab tangan dia and nak cerita pasal problem tu. tapi aku hairan jugak apasal kak Syafiqah seperti no respons kat aku.

"awak salah orang ni. ni shima kan? shima bawah kak Syafiqah. ni kak Tiqah," dengan muka kehairanan.

"eh, ni kak Syafiqah kan? eh yelaaaa ni kak Syafiqah," kataku dengan yakin sekali.

geleng kepala and ulang ayat yang sama. aku blur sekejap.

"cuba call kak Syafiqah tanya dia. tapi dia ade kelas rasanya," sambungnya.

"oh, ok ok ok," sambil angguk macam belatuk. tak tahu nak cakap apa dah.

adoyaiiii. betul ke ni? tak lama lepas tu kak Syafiqah call and dia suruh hold dulu semua benda. malam karang baru discuss semula. and masa tu tak terfikir nak tanya pasal kak Tiqah tu sebab serabut pergi sana sini tapi semua tak boleh jalan.

malamnya,

aku pergi bilik kak Syafiqah sekali lagi. kali ni kena finalize semuanya sebab tinggal seminggu je lagi program tu. tengah discuss tu tetibe aku teringat peristiwa petang tadi. aku pon tanya laa kat kak Syafiqah.

"kak Syafiqah ada kembar ke kat sini?" perlahan saja aku tanya dia.

"ye, akak laaa kembar kak Syafiqah yang Shima jumpe petang tadi tu," sahut satu suara dari bilik sebelah. kak Syafiqah senyum je.

dan sekarang ni ada dua pasang kembar muka seiras kat depan mata aku. sama-sama pakai cermin mata. memang aku tak boleh nak bezakan. dua-dua gelakkan aku. huuuuuuuuu. malunya. mati-mati aku ingat petang tadi tu sekadar lakonan. rupanya memang betul belaka. bukan cobaan daaa. hahahaha.

itulah alkisahnya aku jumpa kembar tidak serentak pada waktunya. memang laaa aku tak tahu yang mereka ada kembar. pada kebiasaannya, kembar akan bersama. sebenarnya kak Syafiqah dan kak Tiqah ni selalu bersama je pergi mana-mana pun. cuma, tepat plak pada pertemuan aku yang pertama dengan kak Syafiqah tu, kak Tiqah tidak kelihatan. hehehehe.

selepas peristiwa tu, memang aku selalu laa jumpa mereka atau berselisih di jalan. dan setiap kali itu juga laaa aku akan tanya sama ada ini kak Syafiqah or kak Tiqah. sebab aku masih tak dapat nak membezakan mereka kalo mereka jalan seorang. kalau dah jumpa serentak tu boleh laa tahu based on dorang punya baju or tudung.

~the end~



p/s: aku pon ade kembar.
nanti aku cerita pasal kembar aku plak.



6 comments:

nasha sanza said...

tak sabar nak tahu siapa kembar dia..

A.I said...

tadi aku nampak kau naik basikal.
remember me? HAHHAAHA.

oranglidi said...

peh. xleh beza lngsung.

cimöt said...

tunggu je..nanti i reveal..hihihi

cimöt said...

@A.I
mesti laaa ingat..

cimöt said...

@oranglidi
tau takpe..aq slalu sebut je nama depa..kalo betol depa toleh laa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...