Saturday, December 10, 2011

pencuri tertinggal selipar



lokasi: rumah manis rumah
masa: malam Maal Hijrah 1433

hari tu. ye hari tu aku balik rumah. alaaaa. yang aku cerita makan doyan tu. mak abah abang and adek semua terkejut aku ngan kak long sampai. hahaha. saje nak buat SURPRISE!!! memang aku seronok sangat dapat jumpe mereka. makan-makan, borak-borak, gelak-gelak dan macam biasa laaa dengan lawak bodoh masing-masing.

ohhhh. malam tu boleh plak kitorang keluar makan dekat midnight. tetibe je perut ni lapar. pergi dapur semua dah licin kitorang baham. so, aku, kak long, kak julie, abang dino and abah kuar pi makan kat TI. aku order kueyteow kung fu!!! perghhhh.. memang terbaek laaaa. lepas makan rasa nak ber-kung fu oh!! pekena plak dengan air tembikai laici! makaiiihhhhh. ini tak boleh nak panggil supper, tapi a complete whole day-breakfast-lunch-and-dinner for tomorrow. hahaha.

alhamdulillah dah kenyang. but still tak boleh nak tidur lagi. sambung plak ngan main PSP. sampai pukul bape entah aku lawan race kereta. kah kah kah. dah kong bateri PSP tu baru aku tido. GILER betol aku! zzzzzzzzzzzzzzzzzz.

around pukul 5 pagi. gempar satu rumah! PENCURI! PENCURI! PENCURI! adoyaiiii. terpisat-pisat aku bangun. almaklum baru saje nak lelap. tapi gelabah jugak la aku. tetibe je mak aku tanye tingkap ade terbukak ke? ade pape ke?

rupa-rupanya abang ipar aku terdengar bunyi something kat tingkap. bila dia selak langsir tu tingkap dah terbukak dan ade satu lembaga manusia yang seperti melekat kat tingkap. bertubuh besar dan berambut panjang paras bahu. tak sempat pape dia terkejut lalu cuba melarikan diri.

abang ipar aku masih terkejut lalu kaget untuk berbuat apa-apa. hanya cepat bagitahu yang lain. tapi apakan daya, pencuri tu berjaya melarikan diri.

apa lagi, tak boleh nak tidur lagi. masing-masing terkejut.

esok paginya, kitorang semua menjadi penyiasat ala-ala Gerak Khas. pergi tempat kejadian dan mencari bukti-bukti untuk dijadikan petunjuk. didapati ada sebuah kerusi yang diletakkan di tingkap lokasi. maka, kerusi itu merupakan modus operandi untuk pecah masuk ke rumah. dan paling memberansangkan ialah PENCURI ITU TELAH TERTINGGAL SELIPAR  jenama Slipper di atas tanah. tak sempat nak sarung semula time melarikan diri. namun, dukacita, tiada nama hak pemilik. so, nothing can help. huuuuuuuu.

syukur sangat dia tak sempat mencuri. kalo tak memang kaya laaaaa dia. almaklum saja bile semua balik, macam-macam gajet ada. cuba bayangkan apa yang si pencuri ni bakal dapat?
  • 1 ipad
  • 1 iPhone 4
  • 10 mobile phones
  • 3 laptops
  • 1 PSP
memang kayo laaaa kan? tapi Allah masih tak izinkan. maksudnya Dia sedang beri peringatan kepada kita supaya sentiasa berjaga-jaga. jangan leka walau seketika.



p/s: sentiasa berjaga-jaga pasni ye!

2 comments:

Nabiel said...

nti cube g satu2 umah..try selipar tu mcm cite cinderella..hahahaha.then bru dpt tgkp..tkpn jual selipar tu tgk sape yg "eh,cm selipar aku?"hahaha..kantoii

cimOt said...

@Nabiel
hahaha..sape yg kena kite gelar dia, cinder loklak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...