Wednesday, November 30, 2011

yeayyyyy kawen!!


hilang satu kawan bujang gua. dia dah nak kawen tak lama lagi.
barakallah my dear Norfa and future hubby!!

sesape yg dah di invite tu jom laaa pegi nanti~
oranglidi, hamzah ian, naz, hans dan sesiapa saja yang mengenali makcik ni.

akhir sekali untuk u norfa.



Marriage is more than sharing a life together; it’s building a life together. What you do now is for both, and what is said now is for both. What both of your purpose now is for Allah.

p/s: doakan i kawen plak pasni.
hahaha.

Tuesday, November 29, 2011

cimot ENGINEER to-be!!




why i choose engineering instead of female course such as medical, accountancy, nursing or what else?

1. sebab gua tak suke bio. banyak nak kena baca, dengan istilah saintifik tu semua. even gua suke membaca pon, but not that sort of things. hahaha
2. i love technical or practical appliances.
3. favourite subject gua dolu LKJ(Lukisan Kejuruteraan)
4. engineering is cool walaupon memang rasa macam giler jugak study benatang ni.
5. my passion!! that's it!!


YES! aku setuju sangat ngan talk ni!
sape kate pompuan tak boleh jadik ENGINEER??
sape kate ENGINEERING tak suit ngan pompuan??

BOLEH OK!!

so, jom member-member pompuan gua yang bakal menjadi ENGINEER, you must attend this talk!



p/s: boys are not allowed.
hehehe.
sorry guys..





CANDID TIME CONTEST

long time no see for contest. almost lost contact. fortunately, i'm not forgetting you my dear contest. ok, serius lama giler gua tak join kontes montes ni. almaklum, i'm the busiest prime minister of myself. hahaha. tetibe tadi terjumpa satu kontes yang di-join oleh budakampung. macam best je idea budak tu.

"update by joining contest is the best way after running out of ideas"
ABSOLUTELY RIGHT! hahaha.

setelah gua punggah-selongkar-kemas balik semula-godek-kemas semua album gambor, gua nak pertaruhkan one candid picture of mine! tak sangka ade candid picture diri sendiri! hehehe. layannnnn.

kenapa dengan gua?
gua takut bubbles?
bubbles tu monster?
BUKAN!
so, nape takut?
TAK!
habis tu?
nape gua takut?
saspens je tu.
saspens dengan bubbles?
ha'ah!
bubbles tu besar.
besar dari biasa.
macam-macam.
bubbles pon boleh saspens!
mesti laaa. gua taknak bubbles tu meletop!
mustahil.
mesti meletop!
then, sebab tu gua saspens!


damn! gua pening ngan bubbles gua.
enough.


for further details boleh laaa terjah belog Cik Muna ye!!
tarikh tutup : 13.12.2011
join laaaa! hadiah best kot!!



last and lastly, nak tag dua blogger awesome ni :

ok DONE!!!


p/s: candid always the best picture!!



Monday, November 28, 2011

DOYAN OH DOYAN! GILERRRRRRRRRRR DOYAN!

the best balik kampung! dapat makan doyan sepuas-puasnya! dua hari berturut-turut aku menghentam doyan dengan hebatnya. subhanallah nikmat doyan tu memang tiada tandingan dengan buah lain. raja buah-buahan la katakan. aku bukan nak kasi jeles ke hape. tapi korang layan je la gambar doyan aku ni. agak-agak ade yang dah terliur tu, pi la carik satgi ye! takut kempunan plak. hahahaha.

sweet couple~~

abah gua setia sebagai tukang bukak doyan. hahaha.

nampak tak bertapa banyaknya doyan yang bakal kami lantak?

doyan kuninggggggggg!

banyak nyerrrrr.

 adoyaiiii. dah tak larat dah.

ini bekalan doyan khas untuk geng doyan tegar UIA dan kembar doyan gua. hahaha.

OK DONE!!

p/s: sape lagi yang nak join geng doyan gua?


Saturday, November 26, 2011

Ayeem dan Tapit

dah tak ade koje petang-petang gini memang sesuai sangat lah dapat ber-high tea sesama. dimeriahkan lagi dengan angin sepo-sepoi language. terbayekkkk.


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


jadah kau lembu nak jadi mak kat kitorang.? NO NO NO NO NO


p/s: kalo lembu gua mesti ingat kat Tapit.
kalo ayam gua ingat kat Ayeem.


kau khianati aku

dulu,
masa muda-muda dulu,
masih malu-malu,
malu tapi mahu.
arghhhhh.
jadah gua merepek ni! damn!
forget it.

aku tetibe teringat kat sorang schoolmate merangkap classmate gua dan merangkap sifu gua jugak. gua panggil dia Kapan. sampai kapan gua pon nggak pasti dong. hahahaha. agak-agak dah kata sifu gua, mesti laaaa dia tersangat laa hebat dan super duper terror yang teramat sangat. amboiii melambung aku puji ko ye Kapan? OK aku tipu je. tapi serius dia memang superb pandai. result SPM belom kuar, dia dah further study kat UTP guna result trial SPM je. perghhhhhh. kira pangkat senior laaaa. member lain dan termasuk aku still melangut kat rumah tunggu result kuar. rezeki dia laaa kan. happy for you beb! but still sad. apa pasal? entahhhh.

after result SPM terkeluar on 13 of March,
a few weeks after register campus,
kapan: ramai member sekolah kita yang dapat further study kat overseas. masing-masing sibuk buat A-level bagai sekarang ni.
aku: tau takpe. jeles laaa jugak. agak budak kelas kite pon ramai.
kapan: ha'ah bape orang sangat laaa yang kat Malaysia ni.
aku: hmmmmmmm.
kapan: ko tak apply ke? comfirm dapat dohhh!
aku: NAK SANGATTTT! aku nak further Germany or France or UK kalo boleh. tapi parents aku tak kasi. so, what's for to apply?
kapan: takpe la weyhhhhh. kalo semua orang pergi oversea, sape yang nak duk kat Malysia ni kan? kita laaaa.
aku: hahaha. betol sangat laaa tu. kita laaa kan kan kan??




itu suatu ketika dulu.
itu la yang ko cakap kat aku.
sekarang kau dah kat oversea?
kau merantau di negara orang?
kat tempat hujan emas tu?
sobsssssss.
gua kecewa. kau khianati gua.
gua masih di sini.
di bumi nyata ini.
di bumi tumpahnya darahku.


kau siap ber-salam perantauan.
merasa berbaju kebangsaan pada hari lebaran.
oh sekali lagi aku terpempan.
kawan makan kawan.


ko dah sampai bergambor kat Eiffel tower tuuuuuu!
sebagai balasan, sila bawak ole-ole paling banyak untuk gua!
sebab ko dah langkah bendul ye!
jadah langkah bendul?
hahahaha.
mesti laaaaa. ko adek kottt.


untonglaaaaa dapat potong kek kat oversea!!

actually,
just wanna wish you 
HAPPY BELATED BIRTHDAY KAPAN!!



p/s: dulu pon kat sini jugak..
tahun ni wish kat sini jugak laaaa..


Friday, November 25, 2011

peluk cium Abah saya!!

tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


i love my abah so much! anyone do the same right??

dulu abah sangat garang!
takut sangat.
nak ape-ape tanya kat mak even bende tu sepatutnya kena tanya kat abah.
dan ade kalanya aku benci kat abah.
aku selalu bermonolog "kenapa abah aku tak macam abah orang lain?"
abah orang lain sempoi je.
abah orang lain tak garang pon.
abah orang lain boleh gurau2 lagi.

tu cerita dulu.
cerita zaman aku masih kecil.
cerita zaman abah aku pon masih muda.
orang muda jiwa membara.
hati pon cepat saja panas.

sekarang aku sedar.
semua tu telah mengajar aku.
terlalu banyak benda yang aku belajar dari abah.
ketegasan abah itu.
kegarangan abah itu.
semuanya telah menjadikan aku yang sekarang ni.

sekarang ni aku rasa abah macam sahabat pada aku.
bisa berbicara.
bisa borak apa saja cerita.
bisa tawa.
bisa gurau senda dan bercanda.
bisa peluk cium rindu.
lebih dari apa yang aku minta dulu.

sekarang ni masa aku agak terhad untuk bersamanya.
kejar cita-cita yang utama.

tetibe aku rindu setiap saat aku bersama abah.
ikut abah pergi menjala di tali air.
ikut abah memancing.
ikut abah pergi ke kebun.
tolong abah bertukang.
tolong dia bancuh simen.
tolong dia timbang air.
tolong dia mengecat rumah.
oh! aku rindu.

tapi ade satu perkara yang aku sangat rindu.
rindu akan ceritanya.
rindu akan kisahnya.
rindu akan tazkirahnya.

satu tazkirah yang aku pegang sampai sekarang,

"al-Quran itu gudang ilmu. baca lah iya umpama kamu belajar semua ilmu di dunia ini."

tetibe aku rindu kat abah.
semua gara-gara dengar talk kelmarin.
aduhaiiiii. sayu plak.

berbakti lah kepada kedua orang tua kita selagi masih ada.
dan doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.



cop2! aku tak malu peluk cium abah aku! sebab dia satu-satunya abah yang aku ada.
korang caner? sebab ada orang penah cakap, malu laaa nak peluk abah. sebab dia lelaki.
tapi aku nak komen sikit laaaa. oh pelisssss tolong lah jangan malu! sebab dia lah satu-satunya muhrim yang halal untuk kita peluk selain abang dan sebagainya. tolong lah kepada sesiapa yang tak pernah buat, cuba start buat. insyaAllah dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan bapa yang tersayang. ya aku pon malu juga dulu. tapi sekarang dah biasa. rasa macam tak sah kalau bersalam ngan abah tapi tak peluk cium. tak caye cube pasni.

~SELAMAT BERAMAL~


p/s: sok aku nak balik umah.
yeayyyy.

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

sorry Indonesia, loser.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!
dan 
TAHNIAH CIMOT!!
kerana anda berjaya nonton dua-dua match secara live. awesome dan berbaloi-baloi. hahaha.
memang seronok lagi-lagi nonton bersama-sama geng nonton bola ; Hanim, Tikah and Teha.






gua benci DIEGO!!
tetibe ade sorang brader penyokong Malaysia rambut dia sejibon macam DIEGO. damn!!













papepon, gua nak lu orang layan VIDEO DI SINI pasni.


  


never mind what is your perception.



p/s: pompuan sebenarnya lagi emo kalo nonton bola.

gua laaaa tu.

hik hik hik.

Monday, November 21, 2011

COMRADE SPORT DAY PLAK!!


just settled last Sunday.
and
and
and
laaa ni sakit kaki dok berlari sakan time explorace.
laaa ni sakit tangan sebab syok sangat berkayak.
almaklum sajalah. sudah lama tidak bersukan. lately, busy yang teramat.
cycling pon tak sempat dah. huhuhu. kasihan my pink panther.
anyway, enjoy sangat!
dapat jumpa balik geng2 COMRADE. macam2 cerita. gelak2. makan sama2.
BEST!




yang paling dahsyat nye habis pink panther gua kena lenjan. dorang kate rindu nak naek beskal. sampai je kat situ, tak sempat aku nak tongkat my PP dah kena rembat dek si John. pastu bergilir-gilir la depa buat tawaf kat tasik tu. hahaha. siyes kelakar tengok gelagat depa. terutamanya geng veteran tu.


ok! see u all next IPTA maybe??


selamanya!
selamanya!
selamanyaaaaa Comrade di hati!


p/s: kenapa Kak Eja tak datang?
hmmmm.
sobssss.


Menimba Ilmu Tanpa Sempadan di UIA

abah aku cakap: belajar tak semestinya 24 jam buku, tapi life sebagai pelajar. life sebagai pelajar ialah menimba ilmu. ilmu means anything benefits you. YES! books. but experiences too. experience of searching knowledge through these kind of medium: 

TALK, FORUM, DEBATE and etc.











jom ayohhh. di mana ade kesempatan kita kejar. ilmu tu tak akan datang bergolek inikan pula melayang. tapi dicari dan digali.




Knowledge talks, wisdom listens.



p/s: insyaAllah akan aku join sedikit sebanyak.
sekiranya tiada halangan. 

Sunday, November 20, 2011

IMAM MUDA ASYRAF DATANG UIA NANTI



SAJA JE KAN NAK HIGHLIGHT Imam Muda Asyraf je  kan. adoyaiii. abaikan cimot yang gemar merepek. sebenarnya ramai lagi yang akan turut memeriahkan majlis ilmu itu nanti insyaAllah. 

JOM!!!
sesiapa yang ada kelapangan masa dan tiada sebarang urusan pada tarikh tersebut, boleh laaa datang UIA nanti.

insyaAllah melabur dalam pelaburan akhirat membawa kebahagiaan yang berpanjangan.


p/s: sesape bebudak UIA,
boleh jugak kalo nak deal tiket ngan aku.
roger je aku.



Saturday, November 19, 2011

KAFE-KAFE DI UIA DISAHKAN KOTOR


aduhaiiiiii. sungguh memalukan ye kafe-kafe di UIA ni. nama je Universiti Islam, tapi kafe nye kotor. SERIOUSLY DAMN!! so, susah la nak makan camni kalau kafe sudah banyak yang ditutup.

Salam, for your information 10 of mahallah's cafeterias has been closed after the inspection made by Gombak's health inspectors under the Ministry of Health Malaysia.
The other SIX CAFETERIAS THAT ARE STILL OPENED are
1. Hafsah's cafeteria
2. Asma's cafeteria
3. Nusaibah's cafeteria
4. Halimah's cafeteria
5. Asiah's cafeteria
6. Safiyah's cafeteria
7. Centre's cafeteria
Those ten cafeterias failed to achieve 65% rating. the operators were asked to close those cafeterias immediately and were given two days to do cleaning operation for SECOND INSPECTION. they have to achieve 80% rating in order to pass the inspection. if they fail, those cafeterias will be permanently closed.
referring to the Act, they have to be closed for 14 days but FFSD had made an appeal to allow them to be opened by this Tuesday.
for the affected students, you can choose one of the following alternatives:
1. Eat at the sisters' cafe that are still operating
2. Eat at the centre
3. Eat outside of IIUM
thank you.



GUA NAK MAKAN APE??!!!




p/s: nak balik umah, tapi ade program laa plak.
adoyaiiiii.



love yourself before anyone else



wohooooooooooo. oksigen please!! sekarang ni baru aku perasan my schedule for this month sangat pack!! every weekend gonna be burnt. awesomme bebenorrr la kan. so, memang kena yakin kan diri sendiri untuk menjadi lebih kuat dari segi mental, fizikal dan spiritual. macam-macam yang akan berlaku dan dilalui sepanjang bulan ni. just wait my update for each of the events. yeyeahhhhh.


entah macam mana laaa aku boleh tak perasan semua event tu akan berlangsung bulan ni. adoyaiiii.


p/s: korang ape cer?



Friday, November 18, 2011

susah nak sebut



just think positive!

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


ade satu benda yang aku nak sangat buat saat ni.
nak biar diri ni ditimpa titisan hujan.
dongak muka ke langit.
sambil nganga mulut.
dan baju basah lenjun.
lepas tu rasa lega sangat.
boleh je buat kat dalam shower.
tapi shower tak sama macam hujan.
hujan yang berbumbungkan langit.
bukan shower berbumbungkan atap genting.



ok.
sambung kerja.


p/s: nak makan banyak-banyak la sekarang ni.
serius selera giant sekarang ni.

hadiah UPSR


anak buah gua
alaaaaa. anak buah gua yang dapat 5A tuu.
hahahaha.
bukan riak. tapi bangga!
mak aihhhhhh. dasar hidung tinggi.
bukan ape.
mesti laaa aku sebagai maateh yang sentiasa berada susah senangnya terasa teramat yang bangga dengan kejayaan yang dikecapi. hihihihi.



maateh takde bajet nak beli adiah.
guna kemahiran hidup saje laaa.

ayee: >(~..^)<
kedekut taik idung masing betoi laaa maateh ni.

asal? ko nak jugak?
haaaa. ang pi mintak kat opah or atuk laaaa. depa yang sara diri ni. cewahhhhh.



p/s: just for fun.


YEAYYYYYY DAPAT 5A UPSR!!

tunggu punye tunggu. ye saat yang dinantikan pun tiba. memang berdebor le jugak. tapi macam tak boleh blah je kan sebab tuan empunye badan lepak je. cesssss. 


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, anak buah gua dapat 5A!! 

kepada Ayee, 
jangan lupe belanja kitorang ye! hutang mcD tak langsai lagi. jangan lupe tu. hahaha.
tiada alasan lagi selepas ni. hahaha.

eh eh eh.
orang lain plak yang kena belanja.
nasib ko laaa Ayee oiiii.

p/s: gua dulu dapat 5A, sana sini dapat duit!
best!


Wednesday, November 16, 2011

design huduh je.

 lately, banyak benda kena setel. tapi gua masih boleh berfoya-foya ngan benatang-benatang ni. adoyyyyyy. ape boleh buat seh, jiwa gua ni ibarat carik-carik bulu ayam akhirnya bercamtum jua. huh. takyah laaa korang nak faham apekebendenye gua merepek. orang gila memag macam ni.

 my first attempt! simple je but still messy.

 final design yang aku submit. tak tau la pe cer. terima or tak.
alaaaa. tak kisah pon. just try and error je tu.

my first attempt buat header sendiri. tempah header punye laaaa berkurun tak siap2. dulu ade menang giveaway header awesome sampai laaa ni tak dapat jugak. adoyaiiiii. kalo korang perasan header aku simple je sebab tu laaaa. malas laaa gua nak mention sape blogger tu. sendiri mau ingat laaaa.
lastly, gua buat sendiri. dengan membanting tulang empat kerat ni haaaa. gua ni memang fail bab kalo nak buat yang hebat dan gerak-gerak tukar kaler bagai tu semua macam Ayeem and the others. ni je laaa yang gua mampu. yang penting gua puas hati. simple but still red. hahaha.


sekian saje laaaa buat masa ni. penat sudah. nanti gua sambung mendesign. macam AizulMarcello selalu cakap "tulis pakai hati, tangkap gambar pon pakai hati". tapi version aku lain laaa. "tulis pakai hati, design pon pakai hati". hehehehe.


p/s: merah jugak yang best pada aku.
merah membara.
acewahhhhh.

Tuesday, November 15, 2011

ACM - ICPC 2011 International Collegiate Programming Contest


assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
fuhhhhh. baru la ni dapat update my weekend yang awesome tu. YES! my weekend sangat awesome! ye ke?? mestilaaa!! korban cuti tersayang aku tu. hihihi. tak caye ce try check this schedule kat bawah ni.

Tentative Schedule
Day 1 (Saturday)
12th November 2011
Events
8.00 am
Arrival of guests, Registration & light breakfast
9.00 – 10.30 am
  • Opening Ceremony
  • Introduction of teams
  • Contest Briefing- Problem Solving Strategy, Rules and Regulation
10.30 – 12.00 pm
Practice Session
12.00 – 1.00 pm
Lunch
After 1.00 pm
Site visit & Free activity

Day 2 (Sunday)
 13th November 2011
Events
8:00 am
Arrival of contestants and guests
8:45 am
Preparation and Briefing
  • Checklist
  • Reminder
9:00 am
Programming Contest ( 5 hours )
2:00 pm
Lunch
3.00 pm – 4.00 pm
Break session for participants
5:00 pm – 6.00 pm
Closing Ceremony – High Tea & Award Giving


see! memang best kan? eh eh eh. korang jangan salah faham yang aku join contest ni. bukan bukan. sila dan jangan bersangka. tapi aku jadi committee tuk program ni je. be one of the ushers or known as runners as well. 
ade orang tanya aku, "macam mana boleh terjebak?" "siyes ko join? sacrifice your holiday?".
then??
memang agak pelik laaa kan. tapi ape salahnya kan kan kan?

Hanim, Cimot, Sufi, Kak Mizah
geng gosip bersandar kat dinding! hahaha. suka bebenor bergosip kan? tambah plak pasal makcik Z bukan nama sebenar. hahaha. ohhh lupe. Kak Mizah ni satu-satunya komiti dari UIA Kuantan. semangat sungguh dia. eh eh eh eh. sebenarnya dia duduk area Gombak je. cehhhhhh. Kak Mizah sangat best OK! sempoi je. gelak-gelak, gosip-gosip dan macam-macam laaaa kitorang mesti bersama-sama. sedih jugak masa dah nak balik tu. sebab agak susah la pasni nak jumpe lagi. dia dah balik Kuantan. huuuuuuuu.  

this is how the competition looks like.

macam mana sebenarnya contest ni?
ohhhhh. everything about programming ang coding something. macam C++. they have to solve a few problems given. the least trial, the less time taken and the highest number of problems accomplished consider as the winner. there will be three poeple per team. boleh bawak buku dan 150 pages printed notes yang berdaftar sehari sebelum hari pertandingan. tapi tak boleh bawak all kind of electronic gadgets macam laptop, handphone, mp2, mp4, tablet and even calculator. memang mencabar laaa. ni haaa rules and regulation dia klik DISINI.

for more information regarding this competition boleh terjah DISINI ataupun DISINI mahupun DISINI

my team; keledekz.
comel kan nama team dorang? aku first time dengar dah rasa kecomelan dan kegelian kelucuan. kah kah kah. ok dorang ni wakil Universiti Teknologi Mara Terengganu. about them: agak pemalu and pendiam. almost everything aku yg cakap ngan dorang. aku plak yang jadi segan. tapi nak taknak kena la cakap sebab my job to inform every single thing to them. hihihi. tak pasal-pasal kalo pape yg terjadi kat dorang aku kena bertanggungjawab. 

this is one of  IIUM team!! walau aku jaga team dari uni lain, tapi ofkos laaa IIUM team tetap di hati. cewahhhhhh.

the whole team of mine from Universiti Teknologi MARA Terengganu, Dungun.
thanks and sorry sangat for everything ye! kekurangan servis ke, kekasaran bahasa ke, ketidakselesaan ke dan ape-ape saje. papepon, korang sangat awesome!! tak menag takpe. yang penting gaining experience nowhere you can't find. cehhhh. macam laaa diorang bace blog picisan aku ni kan.

aku ngan Hanim sesuka hati syok sendiri je menggayakan certificate contestant tu. hahaha. takpe laa kan. tak dapat join competition, dapat memegang certificate orang lain pon oraittt. dapat merasa sikit tempiasnya. hahaha.

the best part always is makan time! hahahaha.
see! kuat melantak kitorang ni. tambahan plak makanan plak mmg best sangatttt sehingga menjilat 10 jari!!
actually dah penat, tu pasal la kuat makan. hahaha. makan nasi ngan kicap pon sodap kan?
(Dayah muke lapar giler.hahaha)

chicken chop tu!!

fruit punch!!

cendol pon ade ye!!

 roti jala plak!!

ok ok ok enough! melantak sampai tak larat rasanya nak berjalan. hahaha. terok betol kan??


ok done!! and it's awesome experience.


p/s: will be update with more pictures.
tunggu cameraman upload.
hahahahah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...