dulu abah sangat garang!
takut sangat.
nak ape-ape tanya kat mak even bende tu sepatutnya kena tanya kat abah.
dan ade kalanya aku benci kat abah.
aku selalu bermonolog "kenapa abah aku tak macam abah orang lain?"
abah orang lain sempoi je.
abah orang lain tak garang pon.
abah orang lain boleh gurau2 lagi.
tu cerita dulu.
cerita zaman aku masih kecil.
cerita zaman abah aku pon masih muda.
orang muda jiwa membara.
hati pon cepat saja panas.
sekarang aku sedar.
semua tu telah mengajar aku.
terlalu banyak benda yang aku belajar dari abah.
ketegasan abah itu.
kegarangan abah itu.
semuanya telah menjadikan aku yang sekarang ni.
sekarang ni aku rasa abah macam sahabat pada aku.
bisa berbicara.
bisa borak apa saja cerita.
bisa tawa.
bisa gurau senda dan bercanda.
bisa peluk cium rindu.
lebih dari apa yang aku minta dulu.
sekarang ni masa aku agak terhad untuk bersamanya.
kejar cita-cita yang utama.
tetibe aku rindu setiap saat aku bersama abah.
ikut abah pergi menjala di tali air.
ikut abah memancing.
ikut abah pergi ke kebun.
tolong abah bertukang.
tolong dia bancuh simen.
tolong dia timbang air.
tolong dia mengecat rumah.
oh! aku rindu.
tapi ade satu perkara yang aku sangat rindu.
rindu akan ceritanya.
rindu akan kisahnya.
rindu akan tazkirahnya.
satu tazkirah yang aku pegang sampai sekarang,
"al-Quran itu gudang ilmu. baca lah iya umpama kamu belajar semua ilmu di dunia ini."
tetibe aku rindu kat abah.
semua gara-gara dengar talk kelmarin.
aduhaiiiii. sayu plak.
berbakti lah kepada kedua orang tua kita selagi masih ada.
dan doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.
cop2! aku tak malu peluk cium abah aku! sebab dia satu-satunya abah yang aku ada.
korang caner? sebab ada orang penah cakap, malu laaa nak peluk abah. sebab dia lelaki.
tapi aku nak komen sikit laaaa. oh pelisssss tolong lah jangan malu! sebab dia lah satu-satunya muhrim yang halal untuk kita peluk selain abang dan sebagainya. tolong lah kepada sesiapa yang tak pernah buat, cuba start buat. insyaAllah dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan bapa yang tersayang. ya aku pon malu juga dulu. tapi sekarang dah biasa. rasa macam tak sah kalau bersalam ngan abah tapi tak peluk cium. tak caye cube pasni.
~SELAMAT BERAMAL~
p/s: sok aku nak balik umah.
yeayyyy.
10 comments:
Dulu sy pon mcm kamoo jgak sgt takut dgn ayah. Tapi semakin besar, semakin rapat dgn ayah. Alhamdulillah
ayah aku dulu garang gak..bila ak dh dewasa ni..dia sporting giler ngn ank2 dia..hehe
satu perkara yang kita tak perasan.. waktu kecil, ayah mengharapkan kita manja kepadanya.. tapi kita wat tak endah je.... bila dah jadi ayah nanti baru kita sedar yang kita nak anak kita manja ngan kita...
@Liyana Rahim
alhamdulillah..
semoga ianya berkekalan dan bertambah baik..
@budak penjara
betol tu..mmg sporting abes..smpai 1 ketika aku terpikir..this the rainbow after the rain..
@syahirooAhmad
aku pon rasa mcm tu jugak..so, pasni kita akan laluinya..
betul2...skrg bila salam ngan abah, kalo x peluk cium dia, cam tak lengkap lak rasanya... Perasan tak, kekadang abah dulu yang tarik n peluk cium kita kan?
tak sabar nak jumpa ptg nanti...atas sbb yg x dpt dielakkan, last week blik tak dpt peluk cium abah...huhuhu!
huuuuuu..yes tak sabar nak balik!!
beruntung ada abah dan ada mak yg duduk sekali..aie dari kecil tak merasa kasigh syg dari seorang abah,abah duk kat sana mak kat sini...jumpanya hanya pada raya jer..:')
@aiEz
mungkin ade hikmahnya..tp kita sebagai anak, wajib doakan mereka..
Post a Comment