Tarikh tutup penyertaan: 11 malam, 12 November, 2011 (Sabtu)
interpretasi bukan definisi
pendapat peribadi atau mungkin tafsiran sendiri
secara terperinci mahupun secara konklusi
jom laaaa join contest contengconteng
bismillahirrahmanirrahim
pejam celik pejam celik sambil jari-jari membilang
seribu kali aku kata ya, seribu kali juga aku katakan tidak.
seribu kali aku kata ya, seribu kali juga aku katakan tidak.
seribu kali aku nafi, seribu kali juga aku sepi tidak pasti.
aku tidak tergamak untuk buat keputusan ini.
tapi kerana sayangkan kamu, cukuplah sampai di sini.
aku tidak mahu kita berdua terus berdosa dan berdosa.
apa kata kita cari berkat yang Maha Esa.
ya! aku bukanlah wanita yang baik apatah lagi sempurna.
tapi aku cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
mungkin kau kata aku cakap tak serupa bikin.
aku tak kisah laaaa selagi diri ini tetap yakin.
aku lagi kenal siapa diri aku sebenarnya.
keputusan yang terburu-buru?
tidak.
sudah sekian lama aku pertimbangkan.
tapi berkali-kali aku tangguhkan.
aku tidak pasti.
pelbagai persoalan menujah diri.
macam-macam yang aku lalui.
sedikit demi sedikit.
aku cari dan terus mencari.
akhirnya aku yakin dan pasti.
inilah jalan yang harus aku penuhi.
bukan jalan lain.
tapi jalan menuju redha-Nya.
aku tak kisah kau nak kata aku apa sekali pun.
aku lebih takut murka-Nya kelak tak dapat dibendung.
nampak macam silly and nonsense!
ya! kita bukan berzina.
ya! kita tak berjumpa.
ya! kita hanya berbalas bicara.
ya! kita tidak bersentuh bertepuk tampar muka.
tapi hati kita!
kita sudah nodai hati kita.
kita cemari hati kita dengan cinta yang sepatutnya tak ada.
pilu.
sayu.
speechless.
lost.
maafkan aku.
aku bukan milikmu dan begitu juga kamu bukan milikku.
kau sekarang bukan lagi nombor satu.
tapi kaulah antara yang seribu.
insyallah, jikalau ada jodoh tidak ke mana.
berpisah sekarang, kelak bertemu jua.
seperti aku selalu katakan setiap ketika.
maaf sekali lagi.
bukan cinta yang kau beri aku khianati.
kasih sayang mu melimpah ruah dari yang diberi.
tapi cinta Ilahi lagi hakiki.
tarikannya sungguh kuat sekali.
aku harap sangat kau doakan aku.
doakan aku menjadi muslimah sejati.
dan aku harap sangat kau tidak membenci diri ini.
cukuplah.
yang lalu biarkan berlalu.
ayoh di hadapan perlu dipandu.
kamu yang pernah bertakhta di hati,
kau terlalu tulus ikhlas menyayangi diriku.
kau sangat baik padaku.
terima kasih atas segalanya.
ianya satu kenangan manis yang aku tak akan lupa sampai bila-bila.
hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
maafkan segalanya.
terlalu banyak silap salah yang tak diduga.
aku harap semoga kamu baik-baik sahaja.
berdoalah agar dipertemukan jodoh yang baik.
walau macam mana sekalipun kita merancang, Allah yang menentukannya.
percayalah pada ketentuan-Nya.
selamat tinggal.
ku sangka kan hari cerah hingga ke petang, tak sangka pula hujan menjelang tengah hari.
tapi percayalah kerana Allah nak bagi pelangi sebagai pengganti.
tapi percayalah kerana Allah nak bagi pelangi sebagai pengganti.
aku hanya mahu bercinta selepas kahwin.
biarlah Allah yang tentukan siapakah dia.
aku hanya berserah pada takdirnya.
"anda pasti?"
ya, aku pasti ini! satu kepuasan, satu kelegaan dan satu ketenangan yang hanya Allah saja yang tahu bagaimana.
dan kepuasan yang dikecapi saat dan tika ini umpama sedang terbang bersama belon-belon warna-warni itu.
aku tinggalkan segala kesedihan, kegusaran, kegundahan, dan kebimbangan aku di situ.
terbang tinggi-tinggi.
tak mahu toleh lagi.
teruskan dengan yang baru.
jalan menuju-MU.
^_^*
4 comments:
nice la..
@jurutaip
thanks beb~~just a piece of my life..
Salam. Terima kasih sebab sertai peraduan '10 000 Interpretasi'. Nanti hantarkan butiran berikut ke contengconteng@yahoo.com:-
URL Blog:
Nama Penerima:
Alamat Pos:
Saya akan poskan hadiah penanda buku Kucing the Cat secepat yang mungkin. Terima kasih! =)
-Fadhli Hamdan
www.contengconteng.com
@contengconteng
waaaaahhhh..sonoknya..tak sabar plak nak dapat bookmark tu!!mesti awesome!!
thanks conteng2..
Post a Comment