Wednesday, March 30, 2011

A for apple B for ball. as easy as ABC.

assalamualaikum and good morning everyone. hahahaha. ok. hye everyone! i'm gonna be your teacher today. arghhhhh. jangan dengar cakap teacher tu. dengar cakap aku je. pe citer aku harini? seharian mengadap risalah-risalah di halaman sesawang memang memenatkan mata, jiwa dan raga serta bakul. harini life aku macam batman plak. malam baru aku keluar mencari makan. apa daaaaa cimot. seharian aku memerap di dalam bilik. tersangatlah malas nak turun pegi kafe. actually aku dah tak tahu nak makan apa. rambang mata. walau kafe berbeza lauk tetap sama. jadi rasa berbeza tapi tetap tidak membuka selera. akhirnya roti dan biskut menjadi santapan enak sepanjang hari. kalau nak tahu, aku memang pemakan roti. dari dulu sampai sekarang aku memang tak pernah jemu makan roti. terutamanya roti Uncle Slocumm. aku rasa buat masa ni Butterscotch lah yang terbaek.


haissshhh. sekian mukadimah ala-ala red carpet aku tu. sekarang kembali kepada tajuk teacher tu. story mory aku hari ni berkisar mudah, senang, cepat dan tangkas lagi efisyen. ewah-ewah-ewah heyyyyy. sejak 2 menjak 3 menjak ni, aku telah memerhatikan dan membuat hipotesis berdasarkan kajian bahawasanya shawl adalah lebih jimat dan mudah dalam apa jua situasi. mengapa aku berkata sedemikian?

1. jika dibandingkan dari segi matawang ringgit, shawl adalah jauh lebih murah berbanding dengan tudung bawal yang biasa2 tu. ada kalanya jauh lebih murah. shawl sekarang paling syok pon baru rm10 sehelai. tapi kalo beli dua, boleh dapat rm15-18. kira sendiri la bape harga sehelai. tetapi kalau tudung bawal selalunya yang chantek rm 15 +. kalau setakat yang rm 10 tu tudung dia biasa2 saja la dan selalunya sukar untuk dibentuk. so, memang muranh la kan?

2. shawl ni pada aku just nice sebab tak jarang. ok! memang ada shawl yang jarang and nipis, tapi banyak juga yang jenis tak jarang atau dalam istilah sains kita panggil legap or in english we called it opaque. tapi pada aku shawl ni lagi selesa la especially pashmina. selesa dan memang menepati untuk menutup aurat dari segi konteks tidak jarang. haaaaaaaaaa. one step closer to change.

3. seterusnya dari segi konteks pemakaiannya yang tersangatlah mudah dan cepat. dah boleh masuk kategori bas ekspres la. mula-mula memang agak janggal dan terkial-kial. almaklum sajalah budak baru belajar. mana ada orang terus pandai kan. tapi bila dah dapat!! OMG!! what the force is this? memang as easy as ABC laaa. belit lah macam mana sekalipun ikut cita rasa masing-masing. nak belit ala-ala ular sawa ka. nak separuh belih sahaja ka. nak macam tu macam ni suka hati hangpa. and kekadang tu aku sekali belit je dan tak payah guna pin or brooches langsung. satu pun tak payah ye! oh mudah bangat ni. sungguh amat teramat paling simple and senang. no wonder lah aku tengok almost semua foreigner kat sini duk pakai shawl. camtu rupanya. hehehehe.

4. ok. last skali shawl ni agak happening compared to tudung bawal. tudung bawal selalunya plain je. kalau nak nampak meriah sikit, ada lah bling-bling kat tepi or sulaman bunga-bungaan satu taman. kalau yang jenis corak-corak atau stripes atau polka dot atau sebagainya agak susah la kot. ade ke pon? ntah laaa. so, itulah keistimewaan shawl. tu diaaaaaaaaaaaaaa yang aku suka sangat tu. especially stripes and checkered. tapi walau macam mana pon plain always be my passion. hihihihi.

ok. enough. all of these are just my babbling for nothing. talking to myself. hahaha. i'm not good at fashion because it is not my passion. but i do love fashion since it really happened. as simple as usual but casual. can i?


hatta itu sebermula aku memakai shawl, aku kini yakin sama sekali memanggggggggg aku suka. nampak x aku senyum meleret tu? hahahaha. suka la tu. suka la tu.


p/s: lagi skali jangan tanya aku shawl tu ape.
pi google sendiri.

Monday, March 28, 2011

SADEK stands for SI ADEK



kau busy mengalahkan YB. tapi ko memang YB pon. Yang Beruang Besar. hahahaha. bile kita akan ketemu wahai SADEK ? ko dah lama start cuti tapi buat-buat ada aktiviti. cari aktiviti. penat kerna aktiviti. hati aku yang kau sakiti. ewahhhhhh. kalo tak boleh lah ko lepak ngan aku sat. gelak kuat-kuat. gosip-gosip terhangat. boleh gomol-gomol pat pat siku lipat. haishhhh. KAPAN sih?

ok! fine! aku memang rindu ko!

so?? what??








sebagai denda. hadiah besday gua mana ha?? ko jangan buat-buat lupa2 plak.





p/s: dekpukelek


Sunday, March 27, 2011

AKU TAK JIWANG !!




korang harus. eh2 no no no. tapi sunat percaya yang sememangnya aku tak jiwang langsung ok!

so, i wanna dedicate this Barney song to show how much i'm not jiwang at all. ewahhhh.

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

YES, i love you !!

(special sketch ok!)

lately gua rasa. arghhhhh. tak tahu. aku tak tahu nak explain rasa merasa dirasa terasa perasaan gua ni. yang pasti gua sayang sama lu. lu sayang gua tak?

mood : sindrom kegilaan


p/s: jangan sibuk2 nak tahu ye!

Thursday, March 24, 2011

AKU PERGI DULU SEBELUM MU




makkngaaiiihhhhh. tajuk macam nak kena lempang. gambor plak macam tak boleh blah je. papepon korang jangan tacing2 okeyh. cool je. aku ok. aku ok. cuma...
...
...
...
aku nak exam final ni. maka aku mintak undur diri sekejap. lalu depan mak mertua oppss lalu depan korang la sambil tunduk. "saya tumpang lalu ye" hihihi. doakan daku selamat berjuang. doakan juga aku berada dalam keadaan gagah perkasa, macho, hensem lagi bergaya! yeahhhh! terasa bersemangat proton waja. ok. aku nak pi mantapkan lagi preparation la. nak make sure bersiap sedia lengkap bersenjata bersama angkatan yang lain.

inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi
lalalala

lebih berkobar-kobar
lebih berdebar-debar
semua aku rasa dah bergegar
peace no war!

ok! see you soon.

kalau ada sumur di ladang,
boleh aku menumpang mandi,
kalau umur aku masih panjang,
insyallah aku sambung merepek lagi.

mood seperti ini harus/sunat/wajib untuk dijauhi ye!


p/s: gudlak to those who will sit for final exam.


Tuesday, March 22, 2011

KIDS ARE ADORABLE

anyone who hates kids? anyone who never wanna has a kid? anyone who even dunno what kids are? OMG! who are you guys? you are not homo sapiens even alien! because alien also love their kids. i guess based on movies.

aku suka budak
aku suka kanak-kanak
aku suka anak-anak
aku suka baby
aku suka dan sangat suka lah dengan mereka yang bergelar sama waktu dengannya.
i really love kids. damn!
apa pendapat korang pula?
don't you think so?

kenapa aku suka mereka?
mereka ada apa?
mereka ini siapa sebenarnya?
ce citer ce citer
ok ok ok. aku rasa laaaa. KIDS ARE ADORABLE. memang betul la. korang tak rasa ke apa yang aku rasa? serius aku cakap! bila tengok budak kecik ni rasa tenang dan aman je because of their naive way. for me they are such have a very extreme attractiveness. once you look at them, you would look at them twice, again and again. senakal-nakal mereka itulah yang memberi warna-warni hidup. kalau semua budak baik, senyap, sunyi alamat muram lah dunia. tiada jerit tawa mereka. tiada gegaran gegak gempita mereka berlarian. aku rasa seronok sangat kalau dapat jumpa bebudak kecik ni. even the way they are licking an ice cream makes my life is colorful. hahaha. tetibe pulak aku nak jadi budak kecik. kembali ke zaman air liur meleleh dan main hisap-hisap puting. hahaha. seronok kot. tak payah nak fikir masalah dunia yang menimbun. semua makan minum pakai berak tidur dijaga high class from our parents. oh! so wonderful!

and one more thing why i love kids so much because they will make me natural. why?
ok. aku ada satu cerita yang membuat aku berfikir betapa budak kecik ni terlalu jujur dan tulus. masa aku derma darah haritu, ada segerombolan budak sekolah rendah lingkungan darjah satu aku rasa. kecil comel lote ketot metot je. then, time nurse tu menjalankan tugasnya, depa ni duk asak aku ngan macam-macam soalan yang aku sendiri tak mampu nak beritahu mereka macam mana.

budak1: akak, sakit ke?
aku: sakit sikit je. mcam kena gigit semut.(ambik ayat doktor selalu cakap masa kecik-kecik dulu.hahaha.)
(padahal, sakit la jugak sebab aku ni penakut jarum la jugak.)
budak2: ishkk. mcam sakit je. muka akak tu berkerut tadi.
budak3: akak,berapa banyak dia nak ambik darah akak ni?
aku: banyak ni je(sambil tunjuk plastik bekas darah tu)
budak1: oooooo.
budak2: kalau dia ambil semua darah akak macam mana? habis lah akak kurus tinggal tulang.
aku: tak ada lah.
budak3: tak apa kak. nanti kitorang ambik darah nurse tu plak.

macam-macam lah budak ketot ni.
then, diorang blah.
pastu datang balik. kacau daun betul.

budak1: tak penuh lagi ke akak? dah banyak tu.
aku: belum lagi ni. sikit lagi.
budak2: boleh ke kalau kami pun nak derma darah?
aku: oh, korang tak boleh lagi. berat korang tak cukup. tunggu lah dah besar nanti baru lah derma.
budak1: oooooo.
budak3: kalau kami derma jugak, nanti mati lah ya?
budak2: alamak mati la plak. ishk. tak nak lah aku derma darah nanti.
aku: (geleng kepala aku dengan spekulasi diorang. aduyaiiii)
budak1: akak jangan mati plak ye!
aku:.............................



so, budak kecik ni suci sangat. bak kata orang umpama kain putih. pemikiran mereka terlalu tulus dan suci. sedikit pun tidak tercemar. sebab itulah kita sebagai yang lebih tua atau yang lebih dewasa terutamanya ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. mereka umpama botol kosong dahaga air yang perlu diisi. maka setiap perbuatan, percakapan dan sebagainya amat mudah diterima oleh mereka. maka pokok pangkalnya adalah kita, sama ada mahu mereka menjadi seorang anak yang baik atau sebaliknya.


sayangilah mereka kerana ada sebuah hadith Rasulullah yang menyatakan:


"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."
-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s: anyway, i wanna have 10 kids!
can i ?
LOL

Sunday, March 20, 2011

PETANDA TSUNAMI


sudah sekian lama juga Jepun dilanda tsunami. salam takziah kepada mereka. walau bagaimana pun, aku nak berkongsi sedikit info dari seorang sahabat blogger ni. terima kasih ye.

Mexico-kelihatan sejumlah besar ikan muncul berhampiran pantai di resort Acapulco, Mexico. ikan-ikan seperti sarden, tongkol dan sebagainya semuanya menuju ke tepian pantai tersebut. para Nelayan tempatan berpendapat hal ini mungkin disebabkan oleh tsunami raksasa yang berlaku di Jepun. US Geological Survey ahli geologi berpendapat bahawa tsunami mampu mengubah aliran air, tetapi tidak dapat pula mengaitkan apakah kesinambungan di antara dua kejadian ini.

subhanallah


ikan-ikan ini juga tahu takut akan bencana Allah. mereka seolah-olah cuba membisikkan atau memberitahu manusia akan kehadiran bencana. kuasa Allah. ikan-ikan ni terlebih dahulu tahu bencana alam yang akan tiba.













CREDIT TO: FARISAZMI


p/s: sedangkan haiwan takut akan bala yang diturunkan Allah.
bagaimana pula kita yang juga hambaNya?


Saturday, March 19, 2011

KERABU ASAM BELIMBING

dah lama tak main masak-masak atau pondok-pondok atau aku lebih suka panggil main mak-mak. iyelah. masak-memasak ni kan tugas mak di rumah. itulah persepsi aku masa kecik-kecik comel lote(perasan). tambahan pula, aku ni pelajar yang wajib tinggal di asrama. maka, al-sedia maklum saja lah, makan aci tapau(bungkus) atau makan dulu di kafe sebelum pulang ke bilik. bila masa pula aku memasak? dapur wujud pon tidak. tunggu balik ke rumah baru merasa pegang sudip, senduk, kuali, periuk, belanga bagai tu.

last weekend, aku balik rumah abang aku. akak ipar aku ni sangat suka dan terrer bab masak2 ni tau. aku paling suka kek, ayam goreng dan kari dia. fuhhhhhlamak. kecur air liur aku. tapi kali ni aku nak share satu resepi yang simple dan sangat mudah untuk disediakan.

KERABU ASAM BELIMBING

bahan-bahan:
1. asam belimbing(ikut kemahuan)
2. timun(dipotong memanjang)
3. cili merah(tambah cili padi pon boleh kalau nak pedas)
4. bawang merah besar(dihiris halus)
5. belacan sudah dibakar
6. sedikit santan kelapa
7. garam dan gula secukup rasa
8. serbuk lada hitam




ini adalah antara ramuannya. potong dan hiris mengikut cita rasa. nak kasar nak halus pun boleh.


ini pula belacan yang dilarutkan dengan santan.


gaul hingga sebati semua ramuan tadi. dan tadaaaaaa. inilah hasilnya.
selamat mencuba.


credit to my KAK SU for the recipe.


p/s: any recipes request??
tanya je aku jawab.
bajet chef wan~~


Friday, March 18, 2011

LOON THE RAPPER CONVERT TO ISLAM



masyallah. kalau dah Allah nak kasi hidayah tidak kira bila dan mengapa dia. tadi aku baru saja pegi join this event. aku tak tahu kalau korang kenal ke tak LOON ni. aku pon baru-baru ni je tahu. dia artis Bad Boy, rapper, hip hop bagai tu. ni serba ringkas latar belakang dia.

Chauncey Lamont Hawkins, June 20, 1975 in Harlem, New York better known by his stage name Loon, is an African-American rapper that was formerly part of P. Diddy's Bad Boy Records, where he released his self-titled debut album, Loon. He has also made many guest appearances on songs of the R&B and hip-hop genres. He is best known for his role in P. Diddy's 2001 Hits "I Need A Girl Pt. 1" In 2004, Loon left Bad Boy to start his own label, Boss Up Entertainment. Loon started his music career as a member ofMase's rap collective Harlem World. Along with his music Loon has also been featured in two movies directed by Damon Dash, State Property 2 and Death of a Dynasty. Loon has recently converted to Islam.


but now he's a Muslim. nama dia sekarang Amir Junaid Muhadith. aku kagum sangat dengar dia cerita pasal life dia. kata-kata dia bikin meremang bulu roma laaa. dia punya penghayatan terhadap Islam benar-benar mencuit hati aku. apa tidaknya. aku yang sedia lahir dalam Islam, dibesarkan denga cara hidup sepenuhnya Islam, keluarga semua Islam, rukun tetangga 100% adalah orang Islam pun tidak seperti dia. tulus sungguh hati dia menerima Islam dan bukan sewenang-wenangnya. he's really mean it. bermacam-macam halangan yang ditempuh. memang bukan senang untuk menuju ke arah kebenaran. macam- macam tohmahan diterima. korang boleh tengok sini.

but from his inspiring speech, there is a phrase does make sense. and he keeps repeating this phrase for three time:

if you are given, be grateful.
if you are tested, be patient.
if you are sinful, seek for forgiveness.

inilah rupa saudara Amir ni. personaliti dia sebelum dan selepas terlalu jauh berbeza. but the way he's speaking nothing change. well, you know how the rapper style. can all of you imagine, delivering dakwah with his rapper hands and his rapper accents. hahaha. sempoi je. aku suka sangat tengok dia pakai jubah putih tadi. ada gaya macam Osama Laden! masyallah. aku terpegun dengan kuasa Allah Maha Besar.


Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar


p/s: aku harap sangat dia tidak diapa-apakan seperti MJ.


Thursday, March 17, 2011

SILA MEROKOK KALAU NAK MAMPOS !



ambik kau duhai si perokok. ang cakap elok-elok tak mau dengaq. tak habis-habis dok ketegaq habaq mai rokok tu sedap la. tak boleh nak elak la. susah nak berhenti la. suka hati angpa la. oppppssssss. isu sensitif! mesti ramai giler terasa hati ngan aku. jarang sekali nak jumpa lelaki sejati yang tak merokok. muka hensem macam mana pon mesti merokok la. mereka kata merokok itu cool dan lambang kejantanan. haktuihhhh. cool pekejadahnya?? sori la der. aku tak mau mati sebab angpa. kalau dah tiba masa tak apa.



ok2! jangan panas-panas jangan ribut-ribut jangan taufan-taufan ye! kali ni kita cool. tapi bukan cool dengan merokok yang angpa dok pi canang tu. kita cool macam 'doctor on duty' ni. baiklah. harini aku nak tukar profession kejap. nak merasa jadik doktor tapi tak bertauliah je la. ok harini doktor nak kasi angpa terbeliak sikit mata yang asyik terkatup atau kenyit2 je selama ni. baca betul-betul dan kasi faham.


1. apa yang sedap sangat dengan rokok ni? rasa strawberri ke? ferraro roche a.k.a. ferrari ke? or ais krim cornetto? or durian? mahsyuk je aku tengok si perokok ni layan sebatang habis hisap lagi sebatang. yang professional satu kotak terus habis. aku pon tak faham. setahu dan seingat aku masa belajar sains waktu form 3 dulu kalau tak salah aku, kandungan rokok itu sendiri pon aku tak minat nak hisap. minyak itu minyak ini dan macam2 lagi jenis bahan kimia dicampur dan diadun untuk menghasilkan rokok itu sendiri. errrrrrkk. tak berselera aku. lagi sekali aku tak faham dengan depa ni.


2. aku rasa hampir semua kotak rokok ada tulis amaran merokok. macam-macam gambar yang mengerikan pada aku diletak pada kotak rokok. gambar kanser gigi. kanser paru-paru. baby cacat. eh2. janin yang masih merah lagi tapi gugur kerana rokok. kasihan tau! dan sekali lagi aku tidak faham mengapa mereka masih betah untuk merokok? tiadakah keinsafan mereka akan melihat gambar-gambar seperti itu? walau macam mana pentingkan diri sekali pun, tak akan lah tiada sedikit atau sekelumit rasa sayang pada diri sendiri. bukankah menyeksa diri namanya. tak ada penyakit, cari penyakit.

3. MEMBAZIR !!! abah aku memang pantang orang yang merokok ni sebab ianya membazir. MEMBAZIR YE ! MEMBAZIR ! M.E.M.B.A.Z.I.R. memang betol gambar ni dok habaq. merokok umpama membakar duit! penat kerja tiap-tiap hari semata-mata nak beli rokok. haishhhhh. nonsense betul pada aku. lebih baik simpan duit tu. sikit-sikit lama-lama penuh la bank. nak buat apa? emmmmmm. macam-macam boleh buat. bukanlah nak menuju ke arah materialistik. tetapi dengan dunia masa kini, segalanya memerlukan duit untuk hidup. nak masuk toilet pon kena ada duit. ingat free ke? jadi apa kata duit tu digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. dan setahu aku rokok mahal kan? aku pernah nampak kat kaunter kedai haritu sekotak RM10! perghhhhh. lepas belanja makan aku sehari tau! cuba calculate berapa kos si perokok ni.

katakan sehari sekotak:
sehari=RM10
sebulan=RM10x30=RM300
setahun=RM300x12=RM3600xbertahun-tahun

kalau dua kotak sehari?
sehari=RM20
sebulan=RM20x30=RM600
setahun=RM600x12=RM7200xbertahun-tahun

banyak tu weyhhhhh!!! boleh buat duit hantaran. pergi menunaikan haji siap bawak satu family pon boleh. bertapa ruginya merokok. sekali lagi aku tak faham kenapa merokok kalau ianya membazir.

4. merokok ni bukan sahaja membahayakan si perokok sahaja. malahan, sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya juga turut terancam. menurut kajian, asap rokok yang dikeluarkan oleh seorang perokokmengandungi lebih 4 ribu jenis bahan kimia dimana 200 darinya adalah beracun dan 43 jenis lainnya adalah penyebab kanser. dan setahu aku juga orang yang terhidu asap rokok adalah lebih berisiko berbanding si perokok 4 kali ganda. dan sebab itu aku benci orang yang merokok. sebab depa life kita pulak yang lagi terancam. bukan setakat itu sahaja. kasihan lah orang yang tersayang yang berada di sekeliling. mereka bukan sahaja masih memerlukan tetapi bergantung harapan pada anda wahai si perokok! aku merayu bagi pihak mereka. terutamanya yang sudah beristeri dan anak, sanggupkah anda merisikokan nyawa mereka semata-mata kerana hobi tak berfaedah itu? tepuk dada fikirlah selagi ada.


percayalah, tak ada satu faedah pon dapat dari merokok ni. malahan, menyusahkan lagi ada. i think a few weeks ago, aku ada pegi melawat one patient kat IJN yang baru lepas operation. jantung dia rosak sebab rokok la. kasihan sangat. bukan kasihan kat dia saja, tapi wife dia. siang malam berjaga. tak balik rumah langsung. makan, tidur, mandi semua dekat hospital semata-mata jaga husband dia kat ICU. see! smoking is not good at all. it's not just ruin your life, but your entire life; family as well. think it.


akhir kata, do you want your life end just because of this shit??



p/s: siapa yang ada keinginan nak mencuba,
jangan sekali-kali nak try rasa!

Wednesday, March 16, 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL


selalunya aku yang jadi peserta kontes. kali ni aku nak memeriahkan lagi suasana dengan adanya kehadiran my meow meow cat. nama kucing teman ni KOKO anak kepada STOKIN. bulan 6 ni genap lah umur dia yang ke-3 tahun. status masih single but not available ye! tettttttttttt. KOKO banyak skandal. kah kah kah. stokin dah selalu masuk kontes. kali ni aku nak latih si koko pulak. amatur lagi si koko ni. tapi boleh tahan hensem dia. ala-ala Rain si pelakon korea gitu. hihihi. hensem tak si KOKO ni?


bajet kiut la tu..

sangat sopan dan pemalu.

aksi comel di batu-batuan.agak layu-layuan.hahaha.


with his mum..stokin.

keeps nenen ngan mama dia si stokin.


lastly, tertidur. zzzzzzz.


nak tag mereka yang sayang kucing sama macam saya:

sapa-sapa yang berminat juga boleh join. jangan malu jangan segan. untuk keterangan lanjut about this contest, boleh rujuk sini CONTEST KUCING PALING COMEL. thanx la encik Apis.



p/s: nak join contest!!
cepat tag aku!!


JUMPING HIGH PHOTO CONTEST



hoyeaaaahhhh. aku join contest lagi. naik muak korang tengok muka aku join kontes sokmo. ewahhhhh. perasan plak aku. saje seronok dan suka-suka. ada rezeki menang. tak ada rezeki cuba lah lagi. betol tak?

baiklah. kali ini kontes anjuran Tyratyra a Sophomore. tak susah pon JUMPING HIGH PHOTO CONTEST ni. letak je gambor melompat ala-ala si katak lompat, lompat lah tinggi-tinggi. then, story mory about the photo. senang je kan? hihihihi. nak ketahui lebih lanjut di sini. jom2 ramai2 bagi meriah.

this is during the last semester in foundation engineering. tinggal lagi satu paper je lagi. tak hengat pakai baju kurung time ni. tapi hantam saja lah labu asalkan happy. aku lah orang paling tinggi yang lompat tu! cuba teka cuba teka. hahaha. tak sabar nak habiskan foundation yang kami rasakan berzaman lamanya. huhuhu. then, tak sabar juga nak masuk life baru! campus life. yeahhhh. this is the best moment ever!

nak tag mereka ni plak agar mereka melompat lebih tinggi lagi:


p/s: any more contest to be joined??


CONTEST : JOM COVER MULUT!


sempena ulang tahun blog beliau yang pertama, Nordiyana anjurkan CONTEST: JOM COVER MULUT! it's awesome! the others come and join this really simple contest. as easy as ABC. the more the merrier. support member. why not? hadiah pon best.


no H1N1!!
langkah berjaga-jaga. prevention is better than cure.
aku siap dok cover mata lagi ye.!


nak tag mereka ini:
yang lain pon jangan segan silu pula nak join.

p/s: nak gelak pon kena cover mulut juga ye!



Tuesday, March 15, 2011

JANGAN pandang camera!!!



pandang depan. pandang tepi. pandang belakang. pandang bawah. pandang atas. pandang lah mana sekali pun. tapi JANGAN PANDANG CAMERA !!! itu lah tuan empunya kontes mahu. harap-haarap masih diterima. last minit join. hihihii.
DYANZJHA, here is my picture.


tak pandang camera kan? kan?

nak tag mereka ni:
dan sesiapa saja

ada lagi 15 minit..wowwww







Sunday, March 13, 2011

SELAMAT MENYAMBUT KELAYAKAN MENGUNDI



jenuh aku rotate tapi tak mahu. maap kasi kepala korang senget kejap dan tak dapat rasa plak tu.hahahaha.



anak-anak terchenta yang teramatlah excited. pencinta coklat kek l katakan.






13 MARCH 199_
11.20AM
HOSPITAL
ANAK MAK AND ABAH YG KE-5



Thursday, March 10, 2011

HARI MEREKA

OH!! hari ini 10 Mac 2011. hari ini hari mereka. hari istimewa bagi mereka yang menyambut hari kelahiran mahupun ulangtahun dan sebagainya. happy birthday. happy anniversary. and happy always to those celebrating their day. di kesempatan ini aku nak wish happy birthday kepada blogger femes ni incik Aizul Marcello. hahahaha. hang dah bertambah tua la der. papepon gambar lu tetap muda ok!


hari ini birthday my cat-cat si CIKABOO dan si COMOT jugak. happy 1st birthday. eh muda lagi budak dua ekor ni.



ok! tengok gambar ni elok2 ye! tak nampak? ok kasi pakai kanta pembesar dan bukak mata tu kasi luas-luas sikit ye. tak mau la cakap banyak. saya tengah menanti (counting down) ni.










=P





Tuesday, March 8, 2011

MARAH DAN NIAT

pernah kalian mendengar cerita tentang kehebatan Saidina Ali Karamullahu wajhah?aku ada satu cerita perihal satu sifat beliau yang sangat terpuji dan aku sendiri tidak mampu untuk melakukannya. mudah-mudahan ia menjadi iktibar dan inspirasi kepada semua untuk memiliki akhlak semulia Saidina Ali. aminnnnn

baiklah. alkisahnya begini ketika Saidina Ali hendak membunuh musuhnya, tiba-tiba mukanya diludah oleh musuhnya. akibatnya, Saidina Ali tidak jadi membunuh musuhnya itu. ini menimbulkan rasa hairan di hati musuh yang hendak dibunuhnya, walhal ketika itu Saidina Ali telah menghayunkan pedangnya. orang itu bertanya kepada Saidina Ali mengapa dia membatalkan hasrat hendak membunuhnya? Saidina Ali menegaskan bahawa pada awalnya dia berniat hendak membunuh semata-mata kerana Allah SWT. tetapi apabila wajahnya diludah oleh musuhnya, hatinya menjadi terlaluu marah. sedangkan agama Islam tidak membenarkan umatnya melakukan sesuatu kerana dorongan nafsu marah. justeru itu dia membatalkan hasrat hendak membunuh, kerana ketika itu muncul pengaruh lain yang bukan lagi ikhlas kerana Allah SWT.

masyallah. aku terkesima dan ter.........segala ter aku rasa. mampukah kita melakukannya? insyallah.


p/s: bukan senang hendak berubah.
apa pun niat mesti ada.


Monday, March 7, 2011

SHAWL=BLOGGER??


dalam pemerhatian aku setakat ini aku rasa dah jadi satu fenomena blogger wanita pakai shawl. apa itu shawl? kaum lelaki kalau cakap pasal shawl haram jadah la dia tak tahu. ok bukan semua. tapi mostly mamat-mamat ni tak tahu pon. betol tak? kekadang orang panggil shawl ni selendang juga. tambahan pula, selendang ni dah berevolusi dari satu kerabat ke satu kerabat. sehingga kini, macam-macam selendang ada di pasaran. yang kosong, yang belang, yang bulat, yang petak, yang berpusar, yang berbatu, yang berkayu, yang bermacam-macam la ada. cakap saja semua ada.

ok2. kita berbalik kepada topik yang sebenar. dah tergelincir rupanya kita. nak cerita pasal blogger dan shawl, tertiber aku bukak cerita salasilah shawl plak. lalalalala. baiklah. aku rasa perkara ni bukan aku seorang sahaja yang perasan. aku rasa la. kalo korang tak rasa tak apa la. cuba kita perhatikan blogger2 terkemuka hot meletop memang the bomb, mostly mereka ni adalah pemakai shawl tegar. dan mereka semua cantik2. tak percaya? ini buktinya:


akak gigi besi dan bakal doktor persis model.



awek pak cik Vel Oliver.


satu uni dengan aku tapi tak pernah face to face.




peminat setia merah macam aku.


tiada siapa boleh lawan kegilaan keshawlan cik kak ni.



akak bakal peguam yang cantik.


aku suka cara dia pakai. longgar dan berangin.



akak manis~~



paling banyak jumpa artis. cakap sapa dia tak pernah jumpa?




aku rasa dia macam model la.

see! mereka sangat cantik! sesiapa pun akan tertarik.


actually, ini semua fesyen. tak ada kena mengena dengan blogger pon. mungkin kerana ia memberi keselesaan kepada si pemakai, maka shawl menjadi kegemaran. aku juga tidak terkecuali. sesuai ketika sudah lewat dan tiada tudung yang sudah bergosok. memang shawl menjadi pilihan aku la. so, tadaaaaaaaa. aku pon pakai shawl. tapi tak lah secantik mereka. sebab aku tak reti. main hentam saja lah labu. hihihihi.


p/s: aku masih setia dengan tudung bawal.
kadang-kadang je shawl.
huhuhuhu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...