baiklah. alkisahnya begini ketika Saidina Ali hendak membunuh musuhnya, tiba-tiba mukanya diludah oleh musuhnya. akibatnya, Saidina Ali tidak jadi membunuh musuhnya itu. ini menimbulkan rasa hairan di hati musuh yang hendak dibunuhnya, walhal ketika itu Saidina Ali telah menghayunkan pedangnya. orang itu bertanya kepada Saidina Ali mengapa dia membatalkan hasrat hendak membunuhnya? Saidina Ali menegaskan bahawa pada awalnya dia berniat hendak membunuh semata-mata kerana Allah SWT. tetapi apabila wajahnya diludah oleh musuhnya, hatinya menjadi terlaluu marah. sedangkan agama Islam tidak membenarkan umatnya melakukan sesuatu kerana dorongan nafsu marah. justeru itu dia membatalkan hasrat hendak membunuh, kerana ketika itu muncul pengaruh lain yang bukan lagi ikhlas kerana Allah SWT.
masyallah. aku terkesima dan ter.........segala ter aku rasa. mampukah kita melakukannya? insyallah.
p/s: bukan senang hendak berubah.
apa pun niat mesti ada.
3 comments:
@Rozuan Ismail
thanx..
pelanpelan kayuh..
@green
yes..
Post a Comment