Monday, December 9, 2013

Love in return


assalamualaikum dan salam sayang.


"Loving someone and having them love you back is the most precious thing in the world".





emmmm. seems impossible! sebab dirahsiakan. ahhhhh poyo!








p/s: mood study haruslah jiwang. 

Sunday, December 1, 2013

Project Babysitter Gua

assalamualaikum dan salam sayang

yuhooooooooooooooooooooooooooooooOOOO

Amboi tak cukup panjang lagi tu. kwang3x. Baiklah. Ni cerita bulan lepas 11 November 2013; gua sebenarnya kena paksa dengan Deena. Dia soh gua update belog citer pasai dia buat besday kad untuk mama dia. Tepat plak masa gua jaga depa tu hari jadi mama depa. Gua tanya depa dah buat kad ka belom? Pastu depa kata takda. Dah memalam baru laaa gelabah nak buat sebab satgi mama depa balik dari opis. Memula Adek takmo buat. Sibuk nak maen je kerja dia. Tapi pastu nampak kad kakak dia cantek, dia pon merengek nak satu yanga kaler hijau; kaler feveret dia tu! Gua plak malas sebenarnya. Gua tolong gugel and lepas tu gua soh depa buat sendiri. Main ideanya adelah bertemakan ais krim. Inilah hasilnya....


Boleh tahan jugak tulisan ko ni Deena oiiii.

Adek memang feveret kaler dia hijau!

Original by Ian Dhani

Original by Deena

Balik-balik, mama depa terharu dapat kad besday paling comey daripada dua orang anak tersayang. heeeeeeeeeeeeeee. So suwiiiiitttttt kan? kan? kan?





OK! Deena kena belanja Maateh!!!





p/s: budak final year memang laa bizi!




Wednesday, November 20, 2013

Si Penembak

assalamualaikum dan salam sayang.


errrrrrrrrrrrrr
macam somel je macam somel je


errrrrrrrrrrrrr
macam santek je macam santek je


ce teka ni sape?



terharu gua! tenkiu awwww Lee!


sila laaaaa terjah



Wednesday, October 30, 2013

Kemalasan melanda!

assalamualaikum dan salam sayang


Gua sebijik macam si Oyen atas ni! Alamak alamak alamak. Memang pemalas tahap tak hengat gua cakap. Tolong tampar pipi gua! Tampar dengan sopan.









Apa nak jadi dengan diri sendiri?
Sendiri mau ingat laaaa.





p/s: Oyen is oren.



Thursday, October 24, 2013

Cinta Monyet

assalamualaikum dan salam sayang.


Unfortunately, gua tak pernah merasa cinta monyet. Fortunately, gua akan cinta selepas kahwin. hahahaha. Ok, siapa yang pernah sangka kalau member sekolah kita tu laa yang akan jadi soul mate kita forever. Takde sape yang pernah sangka kannnnn. Memang ade yang berjaya berkawan dari sekolah dan diakhiri dengan perkahwinan. Alhamdulillah. Itulah yang dikatakan jodoh. Tidak kurang juga yang terkandas di hujung jalan setelah lebih sepuluh tahun lamanya menjalin hubungan sebagai kekasih. Kasihan kannn. 

Sepanjang aku hidup ni, aku nampak laaaa mostly member, senior, junior yang dah pon berkahwin adalah daripada kalangan mereka juga. Kawan satu kelas. Kawan satu kelab. Kawan kepada kawan. Macam-macam. Sangat comel pada aku. hahahaha. Satu kes yang paling aku tak sangka, junior aku muda setahun kawin dengan senior aku tua 2 tahun. Oh sangat tak disangka-sangka. Tapi back to nature, semua itu jodoh dan ketentuan.

Aku pernah jugak terpikir andai kata aku ditemukan jodoh dengan budak kelas aku dulu. Siapa? Itu aku tak tahu laaaa. Tapi andai kata laaaa terjadi, aku rase aku kena pikir seribu kali jugak. Sebabnya, aku dari dulu kalau boleh takmo ngan budak sekolah aku dulu. hahahaha. Demand sungguh aku ni kannn. Kenapa? Entah. Segan. Malu barangkali. hahahaha. Malu dengan cerita-cerita kat sekolah nanti encik suami akan korek satu persatu. Apakah imaginasi aku ni kannn. Tapi itu laa yang aku bayangkan. hahahaha.

Kesimpulannya, aku tunggu je sape yang Allah dah tentukan jadi peneman hidup aku ni. Buat masa ni aku tak mencari lagi. Biarlah aku fokus dulu untuk baki semester tahun akhir yang tinggal lagi satu ni. Sesudah itu, kalau ade yang sudi masuk meminang dan mak abah setuju, aku ON je. InsyaAllah pilihan mak abah pasti yang terbaik. Aku percaya tu.





p/s: amacam gua punye ulasan?
hahahaha



Monday, October 21, 2013

OK or not, still OK


assalamualaikum dan salam sayang



"Biarlah orang nak poyo ke emo ke. Kita pun sesekali poyo & emo jugak. Kata manusia kan? Anda terkecuali x pernah poyo atau emo kalau anda alien!"  
Wardina Safiyyah

 Semuanya ada limitasi.


Just smile!

Saturday, October 12, 2013

Mood Cuti

assalamualaikum dan salam sayang.

cool yawwww!!
kau hado?
nan hado!!


sekian sesi riak takabbur. ish ish ish



tunggu gua update sampai lebam. ni teaser je. ye teaser haruslah ayat kontot-kontot. hehhh





p/s: gua always hensem. hiksss




Friday, October 11, 2013

Kanan di kiri, kiri di kanan

Assalamualaikum dan salam sayang


sejujurnya...ku tak bisa...hidup tanpa ada kamu,aku gila...
seandainya...kamu bisa...mengulang kembali lagi,cinta kita...
takkan ku sia-siakan kamu lagi...
Layan laaaa lagu Firman tu. Saja kasi lentok sikit. Bukan aku tak sudi lagi untuk keletak-keletuk keyboard khas untuk melakar cereta-ceriti di dada kamu wahai blog. Tapi kekangan masa yang begitu terhad membuat aku abaikan kamu. Maafkan aku. Jangan kamu risau selagi aku diberi lagi nafas.

Tahu tak, aku tak suka jatuh suka! Pencerahan; jatuh SUKA adalah sama sekali berbeza dengan jatuh CINTA. Tetapi dua-dua nya saling berkaitan antara satu sama lain. Setelah jatuh suka menjadi kebiasaan atau lumrahnya memang akan jatuh cinta. Dan sebab itu laaa aku tak suka pabila jatuh suka! Aku khuatir kerana kelak jatuh cinta. Sudah tu aku yang meragan. Jiwa kacau. Tak tentu arah. Tak semena-mena asyik teringat terbayang termimpi. Parok! Parok! Tu yang jadi AKU GILA KAN KAU. Oh, please!

Kanan di kiri, kiri di kanan.

Apa makna di sebalik? Sebenarnya, ini adalah situasi di mana bila jatuh suka pada salah orang! Jatuh suka tu dah dikategori sebagai parah. Jatuh suka plak pada yang salah?? Double parah mungkin? Sekarang ni, situasi ni dah pernah terjadi pada aku. Sucks!

Memang aku rasa........ Eh! Tak tau laa nak terangkan macam mana. Tapi bila dapat tahu, terus rasa nak sekeh bertubi-tubi si malaun tu! Ko belai jiwa sebaik habis. Ko layan segala gila. Tup tup tup ko dah ade yang punye! Bodoh!

DONE!

Laaa ni ade lagi yang datang mengetuk! Takut nak cuba. Tapi dah mula suka. Ahhhhh persetankan.







Lagi senang menyendiri.
Biarlah masa yang tentukan bila tiba saatnya nanti.
Aku pasti.







p/s: aku tak kisah siapa dia nanti hatta tak setaraf,
tapi indah peribadi.






Friday, October 4, 2013

memang begitu barangkali

assalamualaikum dan salam sayang.

asal hensem je ustaz
asal ustaz je hensem
apekan daya gua rasa gua tak layak laaa dengan ustaz.






cube tengok ni LINK hensem pon malang jugak.






p/s: salam jumaat!

Wednesday, September 11, 2013

Roger roger over!

assalamualaikum dan salam sayang.


Pertama sekali, cantek tak header baru gua tu? Gua rasa awesome! Perasan habes gua nyahh!

Kedua, gua nak cakap gua memang malas!

Ketiga, gua bakal bizi tahap lebih giler sebabnya gua sekarang sudah bergelar senior tua; PELAJAR TAHUN AKHIR! InsyaAllah! Doakan laaa ye. ^^,

Keempat, gua happy lagi sebab ade lagi member gua iaitu si Mejah bakal mendirikan rumah bertangga tak lama lagi. Tahniah Hamzah Ian dan pasangannya Yuyu!



Sekian, laporan dari Seri Pentas.































p/s: ape dah jadi ngan belog ni?



kasihannnn : (

Wednesday, August 7, 2013

RAYA

Assalamualaikum dan salam sayang.

Official projek kad raya gua tahun ni.
Menjelangnya Syawal menandakan Ramadhan bakal mengundur pergi.Semoga jumpa lagi. Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum

Rindu gua tak??? Soalan spesis ape ni? Eh, nevermind beb. Ni kire spesis 'boleh je kalau taknak jawab'. I'm fine. Sekian lama gua menyepi. Tu pasal gua tanya rindu gua ke tak. pastu, sedikit sebanyak rasa terkedek-kedek jugak gua nak menekan kekunci keyboard ni. Apepon semoga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya. Okeh gua takde masa nak merapu banyak. Banyak kije yang perlu disetelkan ni. Almaklum raya oiiiiii. Cliche,


SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua yang mengenali diri ini tak kira di dalam dan luar Malaysia.
(dah gaye salam perantauan. hihihihi)












p/s: eh, sape pembaca bertuah yang dapat kad raya daripada gua tu jangan lupe share yep.









p/s: belom buleh tulih "daripada cimot dan suami".
ekekekeke.




Monday, June 24, 2013

Gua dan internship


assalamualaikum dan salam sayang.
tiap-tiap hari merempit.

FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.
Panjang gua mengeluh! Usah tanya kenapa. Sebab gua nampak banyak sawang dah kat belog comot gua ni. Bapak punye lama gua tak menulih merepek-repek sini. Entah! Rasanya dah malas nak menulih. Tapi semua gara-gara gua bizi yang teramat sangat.

Ape cerita ter-latest gua? See tajuk gua hape? Cuba scroll tengok balik. Okeh. Gua sekarang ni tengah menjalani fasa internship. Itu laaa cerita kenapa gua bizi.

This is the real cimot comot ye dak? hahaha
Dekat mana ye? Oh itu terpaksa gua rahsiakan demi keselamatan gua. Ecehhhhh. Giler perasan ade orang nak carik gua kan. Takde maknanya. puihhhhh. Tapi yang pasti gua happy dengan tempat intern gua! Sebab gua dikelilingi ngan lori besar-besar giler. Lori yang sangat macho! YE! Macho macam Optimus Prime! I loike! Feeling ala-ala super woman. Just imagine the small petite girl walk through the big lorries. Dramatic! Fantastic! Entah dapat imagine ke idak korang ni. HAHAHA. Ape je  yang boleh gua nak kabor pasal intern gua ni ye? hmmmmmm. Yang pastinya, gua tak perlu nak melaram. Sempoi je tiap-tiap hari pakai jeans and t-shirt with safety shoes. Kerja? Macam-macam laaa except fix the lorries because we are not the professional yet.

Me and lori transformers oren! Ni member Optimus Prime!


Sekian, laporan daripada gua untuk kalian yang merindui gua dalam tempoh kehilangan gua.
Eh, berapa banyak gua daaaa.
Dah dah jangan rindu gua lagi! Sian bakal laki gua nanti. Eh!

Until we meet again! Mmmmmmuahz.




p/s: tetibe gua rindu ngan pak tam lori!
gua rasa semua gara-gara lu gua bertambah suka lori.




Thursday, May 23, 2013

In Love With You - Noh Salleh ft Aizat Amdan

assalamualaikum dan salam sayang.


Lain padang, lain burung. Lain orang, lain cenderung. Tak terkecuali dek minat gua yang satu ni. Gua memang dari dulu lagi minat band Hujan. Masa tu Hujan tak keluar radio apatah lagi tv. Masa tu zaman kegemilangan Myspace. Band-band indie macam Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet and so on mase tu popular melalui Myspace laaa. Gua laa salah seorang yang suka layan indie mase tu. Tapi after diorang ni dah discover by media, gua dah kurang follow. Password akaun myspace pon gua dah tak ingat. Silap gaya myspace dah buang akaun gua. Sampai laaa ni Lan Meet Uncle Hussein pon dah wujudkan band lain. Tu semua zaman muda-mudi gua dulu. Tapi tu laaa gua tak lepas jugak dek yang satu ni; Hujan. Baru-baru ni gua terdengar plak lagu baru single by Noh duet ngan Aizat. Nice! Kind of satu nafas baru. Jom layannnnnnnss.



Aaa..ku lebih tampan dari dia
Aaa..ku lebih segak dari dia
Kau inspirasi ku oh wanita
Ku akan pastikan kau bahagia


Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you


Aaa..pa pun -- yang ku berikan
Aaa..patah lagi intan berlian
Kecantikanmu membakar segala
Membara kita sampai ke syurga


Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you
I'm so in love with you
Ku amat mencintaimu
Uuu...


Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you
I'm so in love with you
Ku amat mencintaimu
Uuu...


Iii..'m so in love with you
Iii..'m so in love with you
Iii..'m so in love with you
Iii..'m so in love with you





p/s:  inilah akibat dah lama tak menulih.
sekali menulih sepuluh entry pon boleh ni.
daebak!





Wednesday, May 22, 2013

Fenomena Anak Muda Yang Bernama ADAM ADLI

assalamualaikum dan salam sayang.

this is Adam Adli for those do not know him yet.


5.5.2013 tarikh keramat buat diri gua kerana buat pertama kali gua pergi mengundi PRU13. Semangat dia bukan alang-alang. Memang semangat habis. Gua siap balik kampung cuti seminggu. Tudiaaaaa. Ini kali lah katakan. opsssss. Undi itu adalah rahsia. cehhhhh

Dah sekian berapa minggu gua tak sempat nak ulas pape pon pasal PRU13 baru-baru ni. Bukan laaa nak ulas sebagai pakar politik pon, just my two cent. Dan gua pon tak minat laaa nak ulas pape sebab too many yang dah ulas benda yang gua rasa sama ngan thinking gua. Nonsense to keep the same thing aite. Just forget it. Now is Penangan Adam Adli. Dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi hatta seluruh Malaysia pon sekarang ni memang tengah HOT dengan aktivis mahasiswa ni. Gua memang salute laaa dengan keberanian dia. OK takyah nak kondem gua. This is freedom to express what you think. Laaaa ni gua takde kondem lu orang. And, ni ruang gua suka hati gua.

From the bad side lu orang cakap Adam Adli ni dah serupa nak buat rusuhan, huru-hara sini sana serupa meruntuhkan negara. But from the bright side, cuba lu orang telek balik dia suarakan almost benda yang betul. 'Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.' Its are all about the injustice of our last election. Apa lagi? Memang betulkan? Cukup lah tengok dengan tv saje. That tv stations supposedly equally giving right to both parties to promote their manifestos. Tapi sebaliknya! Newspapers, radios and so on semuanya berat sebelah. Paling tak patut main kutuk-kutuk secara terang-terangan dan sebenarnya salah dalam akta penyiaran umum yang sepatutnya tidak memihak pada mana-mana pihak. So, I don't think to call 'KERAJAAN KOTOR' is not right.

Itu baru pasal media. Pastu pasal kejadian mengundi. Firstly, gua sebenarnya kompius Najib ni Perdana Menteri negara mana ye? I am not joking. But this is reality where Najib is Bangladeshi!  HUH??? Tak percaya? HAHAHAHA. Tak caya tanya laa Bangla kat mana-mana. Malu laaa nak ngaku Najib as my PM right now. Sebab dia dah buat taraf warganegara kita murah sangat. Senang-senang je dia bagi kat Bangla-Bangla tu semua status warganegara. Bagi IC bagi duit as easy as ABC. Ape ni?

Eh meluat gua nak sebut pasal Najib ni. Sekarang ni back to the topic, kenapa korang gelabah sangat nak tangkap Adam Adli ni? Dia buat ape je pon? Menghasut orang ramai?  Lantak pi laaa dia nak hasut ka hape ka. Tapi kalau korang tak salah, PRU hari tu telus, and so on bakpe nak takut kan? Rilex sudah laaaa kan. Sendiri terasa pedas laaaa kan? Or memang korang salah ke? hahahaha.

"semakin lama Adam diperam, semakin gema jerit melawan".A. Samad Said







p/s: kalau seorang pemimpin dah tunjuk adab yang tak elok, apatah lagi gua?





Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah bergelar sebagai seorang isteri


assalamualaikum dan salam sayang.

amek laaaa tempias pengantin sikit!

Jumaat lepas, selamat seorang member gua melangsungkan perkahwinan. Yuppp member gua! Member gua laaaaa! Alamak ade plak yang dah tersalah faham ni. Maafn gua dah buat kalian ter-eksaited terlebih kannnn. Siapa yang takmo kawen kawan-kawan. Gua ni siap bercita-cita kalo boleh nak kawen before gua graduasi kalu boleh. Tapi apakan daya gua calon pon takde. Takpe laaa belom sampai lagi jodoh gua. Eh, apa pasal plak cerita pasal gua. Yang kawen ni member gua. Nama dia Wardah. I am really happy for you dear my friend! Serious! Tahniah laa beb! Ko laaa member pertama kitorang yang pecah rekod kawen dulu! perghhhhhhh. Harapnya, lepas ni ade ramai lagi yang bakal menyusul ikut jejak langkah ko. Gua bukan ape laaaa. Antara member kita ramai je yang sudah berpunya pasangan masing-masing. Tapi masih belum ade nampaknya yang hendak mendirikan masjid dalam tempoh terdekat ni. Tampak lebih selesa begitu. Tapi gua kurang seronok sebenarnya sebab tak manis macam apa yang Wardah buat ni. Belom sampai lagi laaaa kottt. Apa pon, gua doa kalian semua bahagia. Doakan gua jugak ye! Semoga gua jumpa jodoh yang baik-baik, comel-comel dan yang penting itam manis. ecehhhhh nak demand plak. HAHAHAHA.

flower girl. puihhhhh

CONGRATULATIONS JAMILAH WARDAH & AZIZ RASHID

Semoga bahagia sampai syurga ya beb!






p/s: seronoknya dah ade punching bag!
hahaha.


Friday, May 3, 2013

cikgu oo cikgu


assalamulaikum dan salam sayang.


Location: Teratak Riverview, Tanjung Malim
Date: 26-28 April 2013

Kekangan masa yang melampau menghadkan kadar metabolisme penaipan gua semenjak dua menjak ni. Apa boleh buat, sudah tiba masanya. Ecehhhhhh. Dahtu memang banyak benda nak corat-coret. Terlampau banyak. Tapi gua nak mencoret pengalaman gua baru-baru ni jadi Assistant Trainer.

Baiklah. Bersiap-siaga kalian semua sebab gua nak mencoret panjang-panjang sebagai galang ganti lewat titipan khabar berita. Ecehhhhhh. Agak meremang bulu roma jugak menulis puitis dan dramatis bak A. Samad Said ni. Puihhhhhh. Sungguh gua ni perasan terlebih. Eh, gua nak praktis laaa.

Alkisahnya bermula begini,

Malam tu semalaman gua ngan Hanimbest lepak bilik Watde. Borak-borak, makan-makan dan main game dari satu game ke satu game. Lagha sungguh. Takpelaaaaa. Dah lama kottt tak buat benda macam tu. Lepak yang teramat sangat tahap ke-lepak-an nya! Tetibe, ade satu pesanan ringkas menerjah masuk ke ruang kotak. Pelik. Jarang yang mesej lewat-lewat gitu. Tengok-tengok daripada Cikgu Nazry??? Emmmmm. musykil sebentar.

Cikgu Nazry: Salam. Shima available x 26-28 April ni? kalau U free nak ajak U jadi Asst Trainer Practical Recreation 1 kat Tg Malim.
Gua: Wasalam. Boleh je InsyaAllah. Tapi siapa lagi?
Cikgu Nazry: Kawan awak yang flying fox sama-sama masa student carnival hari tu. 

Pikir punye pikir, gua pon setuju je. Lagipon, semua program gua dah habis. Syanana pon ikut. Dan yang paling penting gua dapat menimba ilmu dan pengalaman yang takde jual kat mane-mane. Lagi pon dulu gua pergi sebagai peserta, apa kata kali ni gua merasa jadi trainer. Maka, gua dan Syanana pon secara rasminya jadi Assistant Trainer(AT) kepada Cikgu Nazry.

Apakah tugas sebagai AT? Ok actually Cikgu dah cakap yang kami berdua akan assist cikgu in any matter kat camp site nanti. Sebelum tu, kitorang diminta assist Kak Ros dan Kak Imah untuk prepare barang-barang and distribute to students. Tapi apakan daya kami ada kelas dan beberapa kekangan masa. Ada laa satu petang tu je gua turun tolong Kak Ros dan Kak Imah prepare dapur dan khemah sikit-sikit. Next malam pon gua tak dapat tolong sebab ade kelas. Samapaikan gua siap bawak beg camping pergi kelas dan straight dari kelas terus pergi gather kat Main Staircase.

Macam biasa, perjalanan akan bermula around 11-12 malam. Tempat yang sama macam dulu. Not a big deal for me and Syanana. Semuanya mcam biasa. Cuma kali ni agak relax laaa sebab kitorang tak perlu laa nak rushing sangat. heeeeeeee. Memang best laaa pada gua.

Situasi: Gua borak-borak ngan Syanana sambil perhatikan adik-adik ni kemas-kemas. Tiba-tiba, ketua depa datang mai.

Budak 1: Sis, group berapa?
Gua: Oh, takde group laa sis.
Budak 1: Hah? macam mana tu?
Gua: Oh, kitorang AT.
Budak 1: Laaaa yeke. Sori sori. Eh, mudanya.

Gua ngan Syanana dah gelak mengekek. Tak sangka plak itu yang dia komen. Pastu semua panggil kitorang akak. Jadinya, akak oooo akak. Ade jugak yang dah kenal kitorang memang panggil akak laaa. Sebabnya ramai yang pergi camping ni bebudak Kuliyyah Engin sama ngan gua. Sama kelas ngan gua pon ade. So, no hal laaaaa. Senang nak interact each other.

suker bebenor dorang mase ni. kalo boleh nak seploh shot. hahaha.

Situasi: Bila mana kitorang melawat kawasan.

Budak 2: Kak, bak mari nescafe se. Kaotim laa kak.
Budak 3: Kak, bla bla bla.
Budak 4: Kak, bla bla bla.

Ade saje laaaaa budak-budak ni setiap kali kitorang ade berhampirang ngan dorang. Kekadang tu geram jugak sebab mengalahkan budak kecik perangai merengek-rengek depa ni. Paling tak boleh blah panggil kitorang 'Akak Vom'. Sebabnya kitorang satu kelas Vom. Memang hampessss.

Situasi: Beratur.

Budak 4: Kak, tak tukar baju pon. Tak mandi ye?

Panggil kitorang sambil menjerit kuat-kuat. Dahtu budak-budak lain semua tengok ke arah kitorang. Grrrrrrr. Memang gua geram.

Situasi: Datang Team Manager ni kat gua terus pegang tangan gua. Ah sudahhhhh. Apesal plak ni.

Budak: Cikgu, saya stress ni.
Gua: Kenapa plak ni?
Budak: Saya stress laaa cikgu. Saya rase dorang macam annoying dengan saya. Saya ni tak habes-habes bising itu ini laaaa.
Gua: Eh, awak buat tak tahu je. Awak kan ketua. Dah-dah jangan nangis. Bla bla bla.

Pandai kan gua bagi nasihat kat adik-adik. Padahal diri sendiri pon hidup terkontang-kanting cam hape je. Dahtu. takkan laaa gua nak biarkan saja budak tu nangis. Kesian kat dia. Pada masa yang sama banyak yang gua belajar. Selain tu, gua terus terbayang macam mana gua dulu-dulu go through benda ni. Memang macam tu laaa atau silap gayanya lagi teruk rupenya. HAHAHAHA.

cimot dan syanana twee
By the way, enjoy sangat!

There's no substitute for experience.
and
If we could sell our experiences for what they cost us, we'd all be millionaires.

Peace yawwwww!!



p/s: Thanks Cikgu!




Monday, April 29, 2013

TEASER


assalamualaikum dan salam sayang.


jeng jeng jeng

laaa ni penat sangat. pahtu kije bertambun. terpaksa simpan dulu cerita ni.

HAHAHA. padan laa muka korang!



p/s: mood tido!
zzzzzzzzz






Wednesday, April 17, 2013

dia dan air-freshener


assalamualaikum dan salam sayang.


Hamboihhhhhh. Kemengantukan yang sebentar tadi automatik segar-bugar jadinya. Apa tidaknya jika disogok plak dengan goreng pisang panas. Fuhhhhhhhh. Pastu pekena keropok lekor cicah kicap pedas. Memang mencotok wa cakap sama lu.

Sambil-sambil tu gebang pung pang pung pang macam sudip berlaga kuali. Dari satu alkisah ke satu alkisah. Memang takkan habis.

Tup tup ade sorang minah ni lalu. Segala cerita-ceriti terbantut serta-merta. Ahhhhhh sudah siap bau wangi air-freshener kereta. Bau lemon segar. Hamboihhhhh. Biaq betoi minah ni pakai perfume air-freshener? Terdesak sangat dah ke takde perfume lain nak pakai. Kitorang ni punye laaa kutuk giler-giler kat minah tu.

Abaikan saja laaa. Pastu sambung gebang lagi. Goreng pisang dengan keropok lekor semua dah abes. Pi order yong tau fu semangkuk plak dengan air teh ais. Bertambah rancak sesi sembang petang kami berempat. Nak balik bilik hujan turun lebat tetiba. Tak dapekkk nak nolong laaaa. 

Sekali lagi bau lemon segar. Ehhhh biaq betoi!!!! Tengok sekeliling bukan minah tadi. Pastu tak dapat nak agak sape yang pakai sebab ramai yang lalu lalang sekali gus masa tu. Aduhaiiiii. Sumpah saspens yek. Sampai kitorang cakap jangan tegur laaaa bau ape pon. Padahal di siang hari insiden ni berlaku.

Hujan pon dah berhenti. Maka kami pon berkira-kira mahu pulang ke bilik masing-masing. Dan masa aku nak bangun tu, aku terperasan sesuatu. Kat depan aku tu ade satu tiang dan dekat sebelah atasnya tu ade AMBI PUR AUTOMATIC AIR-FRESHENER!!


Sekian, terima kasih.







p/s: kesian minah yang kena kutuk tu.





Tuesday, April 16, 2013

6 May 2013 is HOLIDAY!


assalamualaikum dan salam sayang.


kalo betoi-betoi jadi cuti, gua laaa orang yang paling gumbira di doniaaaa!
hamboihhhhhh.





sekian, terima kasih.






p/s: tak sabar mahu balik!




Tuesday, April 9, 2013

I never thought


assalamualaikum dan salam sayang.


There are certain people who change you for the better, and who help you achieve what you never thought was possible.

Tak dinafikan, dalam setiap langkah ada laaaa pemacu yang jadi driving force. Tak dinafikan, perubahan yang berlaku dalam diri aku sedikit sebanyak dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling. Tak kira orang tu rapat ka, tak kenal ka, secret admirer ka atau sesiapa sekalipun selayaknya diucapkan terima kasih. Kalau tidak, memang di takuk yang lama saja laaaaa. Bila dikeji, terasa diri untuk menjadi lebih baik. Bila ditegur, terasa diri untuk berusaha agar disenangi kelak. Bila dipuji, terasa diri dihargai dan tetap berjaga-jaga untuk lupa diri.

Ya, aku merasakan perubahan itu. Sedikit sebanyak aku akui niat asal aku berubah adalah kerana seseorang, mungkin tidak lagi sekarang ni. Aku sedar perubahan yang aku patut buat tu sememangnya perkara yang dituntut oleh Islam. Sepatutnya aku bersyukur atas teguran hamba Allah tu. Terima kasih kamu!



Sebenarnya, aku tak tahu bagaimana mahu buang perasaan tu jauh-jauh. Kerana rasa yang telah ku curahkan tu adalah yang paling berharga buat diri aku. Aduhhhh sakitnya!




p/s: serius aku rindu laaa!





sape cepat dia dapat!


assalamualaikum dan salam sayang.



apa bedanya kat dalm gambor atas ni? what is new?
sape teka betol gua kasi adiah! serius! gua tak tipu!







alahaiiiiiii. gua nak meronggeng laaa! nak release stress!
nak dating takde boyfriend. nak gathering semuanya busy belaka. hmmmmm.
dapat tengok wayang sedap jugak ni. makan-makan samapai lebam. amboiiii.







eh,
lu olang dapat teka ke idak ni? kalo tak gua tarik offer adiah special ni. lebih baek lu olang teka cepat!







p/s: gua baek hati hari ni!



Monday, April 8, 2013

transform with TRANSFORMERS


assalamualaikum dan salam sayang.



hahahahah. bercahaya dek sinaran bulan barang kali.
amboiiiii. macam-macam cerita-ceriti sempena PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi.







p/s: nak kena book date untuk balik mengundi ni.



Thursday, April 4, 2013

KEEP CALM and SURVIVE ENGINEERING


assalamualaikum dan salam sayang.


ade barang baek punye! ecehhhhh. profession for today is promoter. 

yang jauh mari rapat, yang rapat mari dekat! mari! mari! mari! ade beg tote special for ENGINEERING STUDENT! eh yang bukan engineering pon boleh. tak salah kan. takde kat tempat lain sebab gua je yang jual laaa ni. jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, nanti diambil orang. 

Caranya:
boleh laaa direct order dekat komen boleh, dekat Cimot punye blog Page pon boleh, atau pon emelkan saja ke cimotcute13@yahoo.com

sebelum terlupa details beg ni as follows:
saiz A4, design as in picture, price RM15 including postage.



Gua dah ade beg ni, anda bila lagi? ecehhhhhhh






p/s: jom! tunggu ape lagi!

Tuesday, April 2, 2013

School Holiday Attack

assalamulaikum dan salam sayang.


seminggu cuti. memang gamat rumah kali ni. mak dan abah tak menang mulut nak membebelkan gua, adek dan anak-anak buah-buahan gua. tepat plak mid semester break gua sama dengan cuti sekolah. ape lagi, kitorang anak-beranak macam orang giler bising. almaklum saje laaaa budak-budak ni memang ade je laaa nak buat kite orang yang lebih dewasa nak pot pet pot pet tak henti-henti. boleh laaa kalo nak lawan machine gun. too much to be told. next time i'll merepek-ing panjang-panjang. laaa ni gua stress sangat-sangat sebab naik je habis cuti, exam berlambak, assignment berlambak, quiz berlambak dan macam-macam lagi perkara remeh-temeh nak kena setel. huuuuuuu. dah nasib badan macam ni.




ohhhh miss my giler-giler lagi mereng team! hahahaha.





p/s: returning back to tons of papers!

Monday, April 1, 2013

siri STOKIN and babies #16: kak ciku, abang ciki dan adik kenit


assalamualaikum dan salam sayang.


lama giler tak bergomol-gomol ngan kucen tersayang gua ni! amboiiii. dah besaq noooooo.

tak padan kecik adik kenit tu. nak melawan je kerja dia!

budak tu nakal sungguh!

how sweet kak ciku n adik kenit.??

tido berbantalkan lengan sendiri je laaa. awek plak dah lari. melepassss.

tetibe kak ciku datang period nak marah-marah.

abang ciki menguap tak hengat.

abang ciki saje nak buat ai tergoda u!

adik kenit tak puas hati sebab kak ciku tido takmo layan dia main.



identiti stokin terpaksa dirahsiakan kerana anak masih menyusu. ecehhhhhh.
happy family sungguh ko Stokin.






p/s: puas hati dapat menembak bersama kucing gua.








Wednesday, March 27, 2013

perigi cari timba


assalamualaikum dan salam sayang.


If you love someone, be brave enough to tell them, otherwise, be brave enough to watch them be loved by someone else.
mungkin ini yang akan aku alami! maafkan aku wahai hati kerana bertindak kejam terhadap mu. bukan aku tak sayang, tapi aku tak cukup kuat untuk kabor ke dia. untuk memegang profession sebagai 'perigi cari timba' bukan calang-calang orang yang boleh sandang. dan aku laaa antara orang yang tak beraani menggalas profession tu. I AM NOT BRAVE ENOUGH!





p/s: gigit jari laaaa.




Tuesday, March 26, 2013

hello gentleman, don't give us hope!


assalamualaikum dan salam sayang.
ape tujuan kalian sebenarnya? apa? apa? apa? jangan laaaa gini. lu dah permainkan hati kerak nasi kami. cukuplah jadi nasi jangan jadi bubur. adoiiiiii. lemah kami. sudah sebaik mungkin kami jaga hati kami untuk kalian gerangan gentleman. tapi kalian tebak hati kami dan tinggal cebisan-cebisan kelukaan. tak perlu rasa simpati pada kami kalau tak pernah ada hati untuk kami. kerana pengakhirannya begini; kami ni rasa mahu mati.

adusssssss. bukan kau tidak arif. tapi sedia maklum bahawasanya kami ni cepat saja jatuh hati. tambahan pula kalian yang indah ciptaan berserta baik budi pekerti. cuba bilang siapa yang tak jatuh hati? aku sendiri angkat tangan serah diri. hamboihhhhhh. dahsyat sekali penangan kalian ye wahai lelaki budiman sekalian.

tapi apakan daya, setelah kau ragut segala kesetiaan dan kejujuran ku. selamat tinggal gentleman. takkan aku percaya kamu untuk kesekian kalinya melainkan atas tiket pernikahan.



awak,perkhabaran demi perkhabaran tentang awak, membuatkan hilang rasa untuk terus bersatu. setiap titipan doa ku selama ini untuk kita seperti sudah tidak bermakna lagi buat diriku. benar atau tidak, sepatutnya dari awal lagi awak tak pernah untuk memberi harapan palsu pada ku. sudahlah. hati aku sepertinya sudah tawar untuk menikmati manisnya jika semua ini jadi kenyataan. aku percaya Dia sudah tetapkan siapa yang terbaik. tak kisah laaa siapa hatta bukan awak. sekian.


p/s: benci aku dengan lelaki itu!


Friday, March 22, 2013

Semoga dia merasai rindu kita padanya


assalamulaikum dan salam sayang.


walau dekat di mata namun jauh di hati,
ingin ku ungkap kata rindu namun takut tak bersambut malu sekali,
begitulah hati yang melonjak keinginan agar dia tahu isi hati ini,
sudahnya aku simpan sendiri.

macam ni rupanya bila cinta bertepuk sebelah tangan. ouchhhhh!





p/s: masih tak boleh buang perasaan ni jauh-jauh.

Thursday, March 21, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN MAK!


assalamualaikum dan salam sayang.


adanya kamu, aku melihat dunia.
adanya kamu, aku kecap rasa selesa.
adanya kamu, aku senantiasa bahagia.
adanya kamu, aku tak pernah rasa kecewa.
adanya kamu, aku terus berusaha.
adanya kamu, aku yakin aku akan berjaya.
jika ditanya apa mahu ku pada hari istimewa ini?
hanya satu yang ku pinta pada-MU,
limpahkanlah rezeki, dikurniakan nikmat sihat serta senantiasa bahagia untukmu agar dapat terus berada di sisi ku tika susah dan senang ku.




she's my best friend ever!




p/s: i love you so much mak!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...