assalamualaikum dan salam sayang.
There are certain people who change you for the better, and who help you achieve what you never thought was possible.
Tak dinafikan, dalam setiap langkah ada laaaa pemacu yang jadi driving force. Tak dinafikan, perubahan yang berlaku dalam diri aku sedikit sebanyak dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling. Tak kira orang tu rapat ka, tak kenal ka, secret admirer ka atau sesiapa sekalipun selayaknya diucapkan terima kasih. Kalau tidak, memang di takuk yang lama saja laaaaa. Bila dikeji, terasa diri untuk menjadi lebih baik. Bila ditegur, terasa diri untuk berusaha agar disenangi kelak. Bila dipuji, terasa diri dihargai dan tetap berjaga-jaga untuk lupa diri.
Ya, aku merasakan perubahan itu. Sedikit sebanyak aku akui niat asal aku berubah adalah kerana seseorang, mungkin tidak lagi sekarang ni. Aku sedar perubahan yang aku patut buat tu sememangnya perkara yang dituntut oleh Islam. Sepatutnya aku bersyukur atas teguran hamba Allah tu. Terima kasih kamu!
Sebenarnya, aku tak tahu bagaimana mahu buang perasaan tu jauh-jauh. Kerana rasa yang telah ku curahkan tu adalah yang paling berharga buat diri aku. Aduhhhh sakitnya!
p/s: serius aku rindu laaa!
4 comments:
manusia berubah kerana pelbagai sebab. setiap teguran adalah kasih sayang sebenarnya...hehe. kalau tak sayang tak tegur kan kan. positif!!
tidak dinafikan.
i never thought either.. ;D
aku pun rindu laaa . hahaha
Post a Comment