Friday, May 3, 2013

cikgu oo cikgu


assalamulaikum dan salam sayang.


Location: Teratak Riverview, Tanjung Malim
Date: 26-28 April 2013

Kekangan masa yang melampau menghadkan kadar metabolisme penaipan gua semenjak dua menjak ni. Apa boleh buat, sudah tiba masanya. Ecehhhhhh. Dahtu memang banyak benda nak corat-coret. Terlampau banyak. Tapi gua nak mencoret pengalaman gua baru-baru ni jadi Assistant Trainer.

Baiklah. Bersiap-siaga kalian semua sebab gua nak mencoret panjang-panjang sebagai galang ganti lewat titipan khabar berita. Ecehhhhhh. Agak meremang bulu roma jugak menulis puitis dan dramatis bak A. Samad Said ni. Puihhhhhh. Sungguh gua ni perasan terlebih. Eh, gua nak praktis laaa.

Alkisahnya bermula begini,

Malam tu semalaman gua ngan Hanimbest lepak bilik Watde. Borak-borak, makan-makan dan main game dari satu game ke satu game. Lagha sungguh. Takpelaaaaa. Dah lama kottt tak buat benda macam tu. Lepak yang teramat sangat tahap ke-lepak-an nya! Tetibe, ade satu pesanan ringkas menerjah masuk ke ruang kotak. Pelik. Jarang yang mesej lewat-lewat gitu. Tengok-tengok daripada Cikgu Nazry??? Emmmmm. musykil sebentar.

Cikgu Nazry: Salam. Shima available x 26-28 April ni? kalau U free nak ajak U jadi Asst Trainer Practical Recreation 1 kat Tg Malim.
Gua: Wasalam. Boleh je InsyaAllah. Tapi siapa lagi?
Cikgu Nazry: Kawan awak yang flying fox sama-sama masa student carnival hari tu. 

Pikir punye pikir, gua pon setuju je. Lagipon, semua program gua dah habis. Syanana pon ikut. Dan yang paling penting gua dapat menimba ilmu dan pengalaman yang takde jual kat mane-mane. Lagi pon dulu gua pergi sebagai peserta, apa kata kali ni gua merasa jadi trainer. Maka, gua dan Syanana pon secara rasminya jadi Assistant Trainer(AT) kepada Cikgu Nazry.

Apakah tugas sebagai AT? Ok actually Cikgu dah cakap yang kami berdua akan assist cikgu in any matter kat camp site nanti. Sebelum tu, kitorang diminta assist Kak Ros dan Kak Imah untuk prepare barang-barang and distribute to students. Tapi apakan daya kami ada kelas dan beberapa kekangan masa. Ada laa satu petang tu je gua turun tolong Kak Ros dan Kak Imah prepare dapur dan khemah sikit-sikit. Next malam pon gua tak dapat tolong sebab ade kelas. Samapaikan gua siap bawak beg camping pergi kelas dan straight dari kelas terus pergi gather kat Main Staircase.

Macam biasa, perjalanan akan bermula around 11-12 malam. Tempat yang sama macam dulu. Not a big deal for me and Syanana. Semuanya mcam biasa. Cuma kali ni agak relax laaa sebab kitorang tak perlu laa nak rushing sangat. heeeeeeee. Memang best laaa pada gua.

Situasi: Gua borak-borak ngan Syanana sambil perhatikan adik-adik ni kemas-kemas. Tiba-tiba, ketua depa datang mai.

Budak 1: Sis, group berapa?
Gua: Oh, takde group laa sis.
Budak 1: Hah? macam mana tu?
Gua: Oh, kitorang AT.
Budak 1: Laaaa yeke. Sori sori. Eh, mudanya.

Gua ngan Syanana dah gelak mengekek. Tak sangka plak itu yang dia komen. Pastu semua panggil kitorang akak. Jadinya, akak oooo akak. Ade jugak yang dah kenal kitorang memang panggil akak laaa. Sebabnya ramai yang pergi camping ni bebudak Kuliyyah Engin sama ngan gua. Sama kelas ngan gua pon ade. So, no hal laaaaa. Senang nak interact each other.

suker bebenor dorang mase ni. kalo boleh nak seploh shot. hahaha.

Situasi: Bila mana kitorang melawat kawasan.

Budak 2: Kak, bak mari nescafe se. Kaotim laa kak.
Budak 3: Kak, bla bla bla.
Budak 4: Kak, bla bla bla.

Ade saje laaaaa budak-budak ni setiap kali kitorang ade berhampirang ngan dorang. Kekadang tu geram jugak sebab mengalahkan budak kecik perangai merengek-rengek depa ni. Paling tak boleh blah panggil kitorang 'Akak Vom'. Sebabnya kitorang satu kelas Vom. Memang hampessss.

Situasi: Beratur.

Budak 4: Kak, tak tukar baju pon. Tak mandi ye?

Panggil kitorang sambil menjerit kuat-kuat. Dahtu budak-budak lain semua tengok ke arah kitorang. Grrrrrrr. Memang gua geram.

Situasi: Datang Team Manager ni kat gua terus pegang tangan gua. Ah sudahhhhh. Apesal plak ni.

Budak: Cikgu, saya stress ni.
Gua: Kenapa plak ni?
Budak: Saya stress laaa cikgu. Saya rase dorang macam annoying dengan saya. Saya ni tak habes-habes bising itu ini laaaa.
Gua: Eh, awak buat tak tahu je. Awak kan ketua. Dah-dah jangan nangis. Bla bla bla.

Pandai kan gua bagi nasihat kat adik-adik. Padahal diri sendiri pon hidup terkontang-kanting cam hape je. Dahtu. takkan laaa gua nak biarkan saja budak tu nangis. Kesian kat dia. Pada masa yang sama banyak yang gua belajar. Selain tu, gua terus terbayang macam mana gua dulu-dulu go through benda ni. Memang macam tu laaa atau silap gayanya lagi teruk rupenya. HAHAHAHA.

cimot dan syanana twee
By the way, enjoy sangat!

There's no substitute for experience.
and
If we could sell our experiences for what they cost us, we'd all be millionaires.

Peace yawwwww!!



p/s: Thanks Cikgu!




1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...