Wednesday, April 17, 2013

dia dan air-freshener


assalamualaikum dan salam sayang.


Hamboihhhhhh. Kemengantukan yang sebentar tadi automatik segar-bugar jadinya. Apa tidaknya jika disogok plak dengan goreng pisang panas. Fuhhhhhhhh. Pastu pekena keropok lekor cicah kicap pedas. Memang mencotok wa cakap sama lu.

Sambil-sambil tu gebang pung pang pung pang macam sudip berlaga kuali. Dari satu alkisah ke satu alkisah. Memang takkan habis.

Tup tup ade sorang minah ni lalu. Segala cerita-ceriti terbantut serta-merta. Ahhhhhh sudah siap bau wangi air-freshener kereta. Bau lemon segar. Hamboihhhhh. Biaq betoi minah ni pakai perfume air-freshener? Terdesak sangat dah ke takde perfume lain nak pakai. Kitorang ni punye laaa kutuk giler-giler kat minah tu.

Abaikan saja laaa. Pastu sambung gebang lagi. Goreng pisang dengan keropok lekor semua dah abes. Pi order yong tau fu semangkuk plak dengan air teh ais. Bertambah rancak sesi sembang petang kami berempat. Nak balik bilik hujan turun lebat tetiba. Tak dapekkk nak nolong laaaa. 

Sekali lagi bau lemon segar. Ehhhh biaq betoi!!!! Tengok sekeliling bukan minah tadi. Pastu tak dapat nak agak sape yang pakai sebab ramai yang lalu lalang sekali gus masa tu. Aduhaiiiii. Sumpah saspens yek. Sampai kitorang cakap jangan tegur laaaa bau ape pon. Padahal di siang hari insiden ni berlaku.

Hujan pon dah berhenti. Maka kami pon berkira-kira mahu pulang ke bilik masing-masing. Dan masa aku nak bangun tu, aku terperasan sesuatu. Kat depan aku tu ade satu tiang dan dekat sebelah atasnya tu ade AMBI PUR AUTOMATIC AIR-FRESHENER!!


Sekian, terima kasih.







p/s: kesian minah yang kena kutuk tu.





2 comments:

johan adam said...

salam
harap ko sehat
blog aku dah lama deactive n url tu xtau sapa ntah yg guna skrg.
take care

akarcommunity@gmail.com

Sunah Sakura said...

tah korang ni...jahat betul kutuk dia...hahahaha...aku da agak dah, mesti air freshener yang auto punya tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...