Monday, May 14, 2012

ais krim pak ayob


assalamualaikum dan salam sayang


dok pi jalan-jalan makan angin tadi jumpa laaa gambar ais kerim oldskul ni kat encik JJ. tak pasal-pasal terimbau kenangan lalu ketika diri ini masih lagi budak hingusan. ye masa tu aku budak kecik betul. tak sekolah pon lagi. kuar umah pon pakai spender je. hahaha. pastu memang suka sangat laaa kalo petang-petang tu main aci kejar laaa, main aci nyorok laaa dan macam-macam lagi laaa. dan time macam tu laaa akan ade seorang atuk akan lalu naik basikal bawak tong ais krim.

"pak ayob! pak ayob! pak ayob!"

dari jauh dah dengar suara dia melaung. pak ayob tu nama atuk tu laaa. semua budak-budak situ panggil ais krim pak ayob. pada aku ais krim pak ayob adalah ais krim paling sedap di seantero dunia masa tu. kalau ada keling atau bangla yang bawak motor tu dok hon hon jual ais krim jugak, memang harapan tak ade orang nak beli. ais krim pak ayob sedap dan banyak! tu yang bestnya. kalo beli roti ais krim, ais krim dia usah cakap, melimpah ruah ke ladang gandum punya tak kedekut!

aku dari aki kecik samapai besor layan ais krim pak ayob tu. pastu, kalo abang-abang dan kakak-kakak aku semua ada, kitorang suka laaa beli ais krim pak ayob tu satu tupperware besar. nak buat makan-makan berkelah kat rumah. memang puas laaaa. beli roti gardenia bungkus besar tu dan pekena ais krim pak ayaob. fuhhhhhhh. tersangat puas! boleh cuti makan ais krim setahun. hahaha.

innalillah hiwainnailaihi raji'un.
sebenarnya pak ayob dah lama meninggal dunia. kalau tak silap aku masa aku sekolah menengah. itu pon, pak ayob sihat je. dan mak cakap umur pak ayob tu dah 90 tahun masa dia meninggal tanpa sebarang penyakit. no kencing manis, no darah tinggi, no sakit jantung dan sebagainya.

sekarang tinggal kenagan saja. dan sehingga kini tiada sesiapa yang boleh challenge ais krim pak ayob. walaupon aku suka CRUNCH, TROPHY, DRUMSTIK dan sebagainya, tapi tak boleh challenge laa ais krim homemade pak ayob tu. huhuhu


p/s: ais krim malaysia pon sedap jugak.
especially milo and asam boi.


10 comments:

khairul said...

Al Fatihah buat Pak Ayob

YOUsoF said...

Waah.. Aku dapat bayangkan keenakan dan kemewahan tiap kali kau beli askrim Pak Ayob. Bila kita buat dengan ikhlas insyaAllah benda tu menjadi kan.. ;)


Al Fatihah buat Pak Ayob semoga arwah tenang di sana..

MamaErra said...

weii.. bukan pak yob ke? what eva...al-fatihah buatnya

pe2 pun, sampai sekarang masih terngiang-ngiang laungan pak yob tu... especially laungan dia part yg akhir tu ~ "pak yob indo laku!" dengan slanga minangnya...ko ingat lagi tak?

jules said...

betul la pak yob..
ingat tak ade sorang lagi selain pak yob..? aiskrim pak mat..
yg tu pon slalu gak lalu kan..

cimöt said...

@khairul
al fatihah jugak..
terima kasih..

cimöt said...

@YOUsoF
kan..aku setuju tu..

alahai aku rindu nak mkn ais krim tu..

cimöt said...

@MamaErra
alamak silap ea..
ha'ah laaa pak yob..
indo laku tu taktau laa plak..kecik betul masa tu..

cimöt said...

@jules
ye ye pak yob..

pak mat mana plak ni? pak mat kool??

jules said...

pak mat tu rasanya ko xde lagi kot cimot..betol tak mamaerra?

pak yob indo laku..bila sebut indo laku terus teringat muka pak yob..

cimöt said...

@jules
iyelaaaa kottt..xterlintas pon siapakah gerangan pak mat tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...