bismillahirrahmanirrahim
seribu kali aku kata ya, seribu kali juga aku katakan tidak.
seribu kali aku nafi, seribu kali juga aku sepi tidak pasti.
aku tidak tergamak untuk buat keputusan ini.
tapi kerana sayangkan kamu, cukuplah sampai di sini.
aku tidak mahu kita berdua terus berdosa dan berdosa.
apa kata kita cari berkat yang Maha Esa.
ya! aku bukanlah wanita yang baik apatah lagi sempurna.
tapi aku cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
mungkin kau kata aku cakap tak serupa bikin.
aku tak kisah laaaa selagi diri ini tetap yakin.
aku lagi kenal siapa diri aku sebenarnya.
keputusan yang terburu-buru?
tidak.
sudah sekian lama aku pertimbangkan.
tapi berkali-kali aku tangguhkan.
aku tidak pasti.
pelbagai persoalan menujah diri.
macam-macam yang aku lalui.
sedikit demi sedikit.
aku cari dan terus mencari.
akhirnya aku yakin dan pasti.
inilah jalan yang harus aku penuhi.
bukan jalan lain.
tapi jalan menuju redha-Nya.
aku tak kisah kau nak kata aku apa sekali pun.
aku lebih takut murka-Nya kelak tak dapat dibendung.
nampak macam silly and nonsense!
ya! kita bukan berzina.
ya! kita tak berjumpa.
ya! kita hanya berbalas bicara.
ya! kita tidak bersentuh bertepuk tampar muka.
tapi hati kita!
kita sudah nodai hati kita.
kita cemari hati kita dengan cinta yang sepatutnya tak ada.
pilu.
sayu.
speechless.
lost.
maafkan aku.
aku bukan milikmu dan begitu juga kamu bukan milikku.
kau sekarang bukan lagi nombor satu.
tapi kaulah antara yang seribu.
insyallah, jikalau ada jodoh tidak ke mana.
berpisah sekarang, kelak bertemu jua.
seperti aku selalu katakan setiap ketika.
maaf sekali lagi.
bukan cinta yang kau beri aku khianati.
kasih sayang mu melimpah ruah dari yang diberi.
tapi cinta Ilahi lagi hakiki.
tarikannya sungguh kuat sekali.
aku harap sangat kau doakan aku.
doakan aku menjadi muslimah sejati.
dan aku harap sangat kau tidak membenci diri ini.
cukuplah.
yang lalu biarkan berlalu.
ayoh di hadapan perlu dipandu.
kamu yang pernah bertakhta di hati,
kau terlalu tulus ikhlas menyayangi diriku.
kau sangat baik padaku.
terima kasih atas segalanya.
ianya satu kenangan manis yang aku tak akan lupa sampai bila-bila.
hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
maafkan segalanya.
terlalu banyak silap salah yang tak diduga.
aku harap semoga kamu baik-baik sahaja.
berdoalah agar dipertemukan jodoh yang baik.
walau macam mana sekalipun kita merancang, Allah yang menentukannya.
percayalah pada ketentuan-Nya.
p/s: selamat tinggal.
kita masih kawan.
ya! kawan saja.
andai kau masih sudi.
ya! keputusan ni boleh buat kau buang aku jauh-jauh.
aku pasrah.
bukan mudah untuk kau mengerti sebab kau bukan mahu aku yang seperti ini.
p/s: aku hanya mahu bercinta selepas kahwin.
biarlah Allah yang tentukan.
aku hanya berserah pada takdirnya.
16 comments:
saya tak kuat utk jadi seperti anda.
proud of you. even aku pon x jamin mampu sekuat kau. well easy said than done.
:)
Insyaallah, sentiasa akan ada yang terbaik buat diri hang:)
http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/hati-labuhan-lelaki-lain/
semoga awak bertemu jodoh yg baik2
@Anisa Hang Tuah
saya bukan laa kuat yang seperti anda sangka..terduduk jugak dibuatnya..tapi org dikeliling saya ada bersama saya..
@areniem_best
animmmmmm.thanx be my other half..
@idah: insyallah, dia yg terbaik. tp bukan sekarang..kalau ada jodoh, pisah mcm mana pon akn bertemu jua..aku serah padaNya..andai tidak, aku redha atas ketentuanNya.Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk diriku..
@JIJI YU
thanx beb!sgt membantu..dan buat jiwa aku tenang tika ini setelah membacanya..
@bobiedanbad
aminnnnn. terima kasih atas doa kalian..
nice one =')
aku tahu camne sakitnye rase nk tinggalkan bende yg kite sayang demi Tuhan. berada dijalan Allah ni bukan senang. susah. tapi aku suke ingat satu hadis ni, 'Syurga itu dipagari kesusahan' =') so nak masuk syurga, susah susah dulu takpeeeeee!
and trust me, cinta b4 kahwin ni takde ape yg indah pon. bukan nk ckp cm aku ni baik sgt, ko pon kenal aku kan? tak baik manepon kan. ha-ha. but skali aku pernah rase yg cinta yg tak halal tuh tak best mane. indahnye hanya sementara, kalau putus ditgh jalan, kita yg merana weh! aku nasihat sbg kawan yg pernah bercinta sekali (dan berjanji takkan bercinta slagi blom nikah) jangan laa kau hampiri cinta tuh. tak bermakna weh! aku ni kalau boleh reverse, aku nak delete semua memories yg ada. aku tak hingin nk kenal ape tuh cinta. malah kdg-kdg aku rase, buat ape aku sayang gile kat laki yg bukannye conferm jadi suami aku lagi. sia-sia, buang tenaga dan kesian kat suami aku nnt, kalau dia bukan lelaki yg aku sayang skrang ni. hati aku ni bukan sepenuhnye milik dia nnt... tak ke sedih tu? =')
sabar lah weh. tahu tak, the longer we wait, the better we get =') so, chill. and ye, aku ade bace satu solusi ni kan dia cakap camni and aku agree gile! maksiat ni, kebahagiannya sementara. dosanya selama-lamanya. betul sangat lah tu =')
aku ni takde lah baik mane, ko pon kenal kannnn. hee. tapi kalau dlm bab cinta memang aku sllu cuba buang sejauh-jauhnya! KITA BOLEH HARAHAP! KEMONN! WOMAN ARE STRONG! HEHEHE =)
p/s : sorry lah terpanjang comment. hihi. btw aku tgh emosi kucing aku tgh sakit. sobs..
@miraabaek
thanx a lot miraaaa..kalo ko nak tau..u really inspired me to go through all of these..
plis do support me..
Assalamualikum..
Saya pernah rasa apa yang awak rasa..amat perik bila kita diperli balik...tapi lama kemudian lepas itu,saya dah lupakan apa yang telah terjadi dekat saya. Alhamdulillah,rasa lebih tenang,aman :)
@Norhashimah H
wasalam..terima kasih awak..doakan saya kuat ye!!
betul sgt dah tindakan kau tu. xde yang lagi betul.syukurlah.kalau tuhan dah bagi hidayah dan kekuatan, terus la grab sementara kita masih kuat untuk bbuat demikian.itulah sebaik baik jalan keluar. ape nak jadi lepas tu, tawakal je. serahkan kat Allah...He knows best :) aku bangga ng kau babe! pheww :P
@wsymaa
thanx babe!! aku bersyukur sgt sebab Allah tunjukkan jalan itu..dan masih tak terlambat untuk aku kejar redha-Nya..bkn mudah..tp itulah yg indah..
alhamdulillah..
Post a Comment