Monday, February 13, 2012

CAMERON HIGHLAND: Program Anak Angkat


assalamualaikum.

masihkah kau ingat?? ingat janji ku pada mu wahai kekasihku? ya janji ku INI. cettttt. tetiba dagu aku gatal-gatal seperti ada janggut. kononnya ala-ala A. Samad Said. ok laaaa. bukan janji ape pon. just last time tak sempat nak cerita pasai aku travel pi cameron join program luar dari UIA. 

aku tak sangka sebenarnya dapat join Program Anak Angkat ni sebab aku bukan budak Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). hari tu aku pon main-main saja cakap kat adek yang aku pon nak join jugak. then, rupa-rupanya depa kasi je. dan paling aku tak sangka, tarikh program tu dekat plak dengan tarikh program aku;  UIA ke Sabah. nasib baik tak clash je. fuhhhhhh. alhamdulillah. so, taknak laa merepek panjang. layannnnnn kan saja cerita dengan gambar.

our new home sweet home.
pembahagian keluarga angkat sudah ditetapkan oleh pihak homestay Kampung Taman Sedia itu sendiri. so, probability aku ngan adek untuk berpisah tu sememangnya ada laaaa. aku pada mulanya taknak jugak pisah ngan adek, tapi bila aku pikir-pikir tak kisah laaa dapat dengan sesapa pon sebab kalau tak macam tu pon aku sememangnya dah student luar kot.

bilik nya pon selesa.
tak ada air-cond pon, tapi sejuknya usah cakap laaa.

walau bagaimanapun, nasib menyebelahi aku dan adek sebab tidak dipisahkan. itu pon kelakar jugak sebab pakcik tu kata kitorang sepatutnya tak boleh bersama. hahaha. saje je kan pakcik oiiii. so, dapat laaa kami berdua dan dua lagi kawan dia satu bilik. memang senang cerita laaa kami. aku ngan adek pon, memang dah pakat share je barang2 mcm sabun dan sebagainya.

reka bentuk rumah yang pelbagai dan unik belaka.
yang ni sangat nice. nampak ciri-ciri ke-kampung-an nyaaaa. best kan?
merah mak kami!
and mak kami ni awet muda laaa jugak.
dah duduk skali macam ni nampak macam kawan kamceng je kan?
jom cerita pasal mak and abah plak. nama abah Zainun dan mak plak nama Salmah. mak dan abah tersangat laaa sporting pada aku. for the first time we met, we already can get along with both of them. malam pertama lagi mak dah jamu kami makan nasi dengan lauk yang bermacam-macam. serba-serbi ada. teluk dadar, udang, ikan pekasam, ikan masin, sayur tumis, ikan masak asam pedas, sotong dan macam-macam lagi laaa aku pon tak ingat. dan paling sweet abah sendiri tolong mak masak. kami tolong sikit-sikit je gitu sebab mak ngan abah tak kasi sangat. kami baru saja samapai, masih penat lagi. alahaiiii. mereka berdua terlalu baik pada kami.

abah je tak dapat join. dia tak berapa sihat.
sebenarnya mak dengan abah bukak gerai makan jual nasi campur kat bandar. tu pasal mak terer masak macam-macam. dan sebab tu laaa kitorang ni makan sokmo je. hahaha. ade saje mak nak jamu kami. apatah pula kami ni jenis "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".




GOTONG-ROYONG KEMAS RUMAH
the last day activity is housekeeping and housecleaning. sepatutnya aktiviti start pukul 8 gitu, tapi kitorang terlajak tidur after solat Subuh. semuanya gara-gara sengal-sengal badan dek penat mendaki gunung hari lepas. usah cakap laaa. kitorang berjalan pon dah gaya robot Transformers tu. haishhhh. mak pon biar je kami tidur. katanya tak sampai hati nak kejut. dia tahu kami cukup penat semalam. dah pukul 9 gitu baru mak datang jenguk kami dah bangun ke belum sebab suruh breakfirst. mak sangat-sangat memahami kami.

kemas-kemas.
dah siap makan, kami pon mula berkemas. pada mulanya, mak dan abah tak bagi kami buat apa-apa pon. katanya tak ada apa yang nak di-gotong-royong-kan. semua dah ok. dia suruh kami pergi berjalan bersiar-siar di sekeliling kampung. tapi kami ni tak sedap hati laaa plak. kawan-kawan lain semua gotong -royong di rumah keluarga angkat masing-masing. takkan kami tak buat apa-apa langsung??

main cak-cak ngan mak.
sudahnya, kami pi cari penyapu lidi dan plastik sampah. pastu apa lagi, kami pon sapu dan buang daun-daun kering dekat kolam ikan depan rumah tu. bising jugak mak dan abah masa nampak kami menyapu pada mulanya. tapi lama-kelamaan mak pon turun padang juga selaku tuan rumah. lepas tu, sempat aku dan adek berborak dengan mak cerita macam-macam. tatkala itu, aku rindu dekat mak kandung aku di rumah. balik dari Sabah hari tu tak sampai sehari pon aku dapat melekat dengan mak. tak sempat cerita papepon aku dah ke Cameron plak. bising mak aku dengan aku yang tak reti duduk diam. jauh aje langkah aku katanya.

anak kesayangan mak tauuuuuuu.
mana satu emak ea? hehehe. jangan marah ea dik oiiii.
mak kita comelkan? sebijik macam mak kandung aku.
mak dan cucunya; Aida tengak buat housekeeping bilik chalet.
dah kepenatan akhirnya.
dah setel semua baru laaa dapat nak bersiar-siar dengan tenang dan isi perut yang kian pudar kenyangnya. hehehe.





SAYUR BUAH YANG FRESH

kebun kubis kat belakang rumah mak.
belum boleh dituai. kalo tak merasa laaa kami makan berlauk sayur kubis fresh petik sendiri.
kebun tomato.
seronoknya boleh dapat makan tomato segar tiap-tiap hari. my feveret oh tomato.
ni betol-betol depan rumah mak.
rasa nak pindah duduk ngan mak je. tiap-tiap hari boleh makan strawberri.
sape yang taknak kalo dapat makan strawberi fresh?
ce habaq mai kat chek! memang nak kena penampaq.
yang ni kat sebelah YZ je. macam-macam ade.

jom laaa menjamu selera pula.
>
>
>
tak sah kalau tak makan strawberri coklat kalau pergi cameron ye dak?
homemade strawberry ice cream. yummy!!




DI MANA ADA PERTEMUAN DI SITU ADA PERPISAHAN

kalau lah ade strawberri sebesar tu.... amboi puas hati dapat melantaknya.
mereka adik-beradik betul dan angkat aku. hehehe.
abah dan mak yang sangat laaa sporting.
sudah menjadi adat pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan. diharapkan ukhwah yang terjalin walaupun singkat, semoga ianya berkekalan dan berterusan pada masa akan datang. telefon ada, masih boleh bertukar khabar berita walau jauh di mata. sedih sangat sebenarnya sebab tak dapat mengenali keluarga angkat dengan lebih dekat lagi. apa yang paling penting, semoga mak dan abah sihat walafiat senantiasa. terutamanaya abah, semoga cepat sembuh. abah sebenarnya mengidap kanser tulang. kasihan kat abah. dia tak boleh sejuk-sejuk sangat. ubat kena makan tepat masa. syafakallah abah.

sedihhhh. sob sob sob. baru je jumpa dah nak kena berpisah.


kalau ade sumur di ladang,
boleh anak menumpang mandi,
kalau ade umur yang panjang,
boleh lah kita berjumpa lagi.

insyaAllah kalau ade rezeki nak pergi dengan family pulak pasni or maybe ngan hubby ka? hahaha. gataiii naa. and mak siap pesan lagi kalau kahwin jangan lupa jemput dia ngan abah mai.




p/s: tunggu cerita daki gunung plak pasni.




4 comments:

addy syah said...

gugiyuiy

AddySyah Mike said...
This comment has been removed by the author.
AddySyah Mike said...

salam..sy nk tnye mcm mne nk dpt kn contct no pnduduk kg at cnie?sy bminat utk buat progm ank angkt skali ngn bteraskn keusahawanan..so i think dis is da be choice..bleyh tolg sy x?mcm mne sy nk link dgn owg at sne..thanks 4 ur help..emel sy please..
dekcha_cr@yahoo.com

AzzaAziz said...

salam.. sy dari UiTM Puncak Alam.. bole x bagi sy no tepon utk contact no penduduk di Cameron Highland. Planning nak buat program anak angkat.. ni email sy
aza_12my@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...