Saturday, February 11, 2012

Mahabbah Visit (MAVIS) to Sabah: Tanjung Aru

assalamualaikum dan salam bahagia semua.

sebagai permulaannya, ingin ku garapkan detik-detik berharga di Sabah dengan sesi Tanjung Aru dulu laaaa. sebab apa? sebab setibanya aku di Sabah dan masih dalam flight lagi ketika itu, aku sudah terpandang akan kecantikan lautnya. maksudnya, Tanjung Aru merupakan 'nikmat' Sabah yang pertama sekali aku kecapi sebelum nikmat-nikmat yang lain. ya! kaki belum lagi menjejak ke tanah, tapi nikmat-Nya sudah ku rasa. subhanallah! memang cantek. bayangkan kapal terbang yang aku naiki itu melintasi betul-betul di atas laut biru itu sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. kagum aku seketika dengan ciptaan-Nya.

terbaek kelapa sejuk.
ni kelapa bakar. macam mana rasanya? ofkos laaa panas.
satu pemandangan yang berbeza. ya! pemandangan pantai yang berbeza. sebelum ni pernah la jugak pergi pantai dekat Semenanjung tu macam Teluk Batik, Lumut, Port Dickson, Kuala Linggi, Pulau Pinang, Rantau Abang, Morib dan itu saja laaa kot. tapi Tanjung Aru ni berbeza sebab pantai dia nampak sangat luas. mungkin sebab ianya menghadap Laut China Selatan. dan ketika aku duduk sambil menikmati pemandangan, aku ternampak banyak kapal terbang yang baru berlepas dan tiba mendarat di suatu sudut dan aku mengagak di situ laa airport. pada waktu itu juga aku imbas kembali saat pertama kali tiba. sekali lagi aku kagum. subhanallah! sebelum itu aku di udara, aku nampak laut ni dan sekarang aku betul-betul sudak jejak ke bumi dan aku masih nampak laut ini. laut yang sama.
sapa dapat teka aku yang mana satu???
kakak-kakak yang sangat sporting~~
thanx sisters!
macam team Harimau Malaya plak rasanya.
lepak punya lepak akhirnya, sunset pon mula melabuhkan tirainya menandakan malam bakal beranjak.

excited laaa jugak bila ditawarkan pi visit Sabah. rezeki yang Allah dah tetapkan. aku pon ambil opportunity ni untuk belajar dan mengenal perkara-perkara baru. secara tidak langsung, aku memang gemar bila berjalan ke tempat orang ni aku memang suka laaa kalau bawak kamera. dah kata hantu kamera. almaklum, mesti lah nak rakam saat-saat manis tu. unfortunately, kamera rosak. alahaiiiiii. usah cakap laaa sedihnya hati aku ni. kalau setakat pergi Melaka or Cameron takdak kamera ok laaaa lagi. tapi pergi SABAH beb! entah bila aku dapat jejakkan kaki ke sana lagi. jangan-jangan inilah yang pertama dan terakhir? siapa tahu? so, tak dapat laaa eden nak nolongnya. aku hanya bergantung pada peserta lain yang membawa kamera. kekadang tu aku snap laaa jugak guna kamera fon. not bad laaa jugak sebab fon ade kamera. dan makanya, inilah satu-satunya hasil dari kamera fon aku tu. selain daripada ini adalah gambar ciplak daripada kamera-kamera besar Kak Tiqah dan Hafiz. hehehe.



yes! i do love sunset!
tapi tak sempat tunggu matahari cecah laut dah bertolak pulang ke tempat penginapan.

saja testing sephia.

apa yang aku boleh simpulkan di sini ialah. alam Allah ni luas sangat untuk kita terokai. dan amatlah digalakkan untuk kita menikmatinya kerana daripada sudut pandangan aku, keindahan alam ni jika kita lihat dengan mata hati, insyaAllah akan membuat kita rasa bertambah kuat dan yakin terhadap-Nya.

jikalau diizinkan-Nya, aku nak sangat untuk ke sini lagi.



nak tahu lebih lanjut mengenai Tanjung aru ni boleh laaa terjah SINI.




again, will be continued.....
about UNIVERSITY MALAYSIA SABAH(UMS) maybe..




p/s: teringin nak berumah di tepi pantai.
bukan sebab nak mandi laut.
tapi terhibur dengan suasananya.
pasir pantai memutih.
angin laut yang dingin.
and sunset especially!


15 comments:

Sarah Mohd Saleh said...

indah pemandagan sunset ;)

oranglidi said...

peh. gmbr 4last tu smat.

H.J said...

UMs..?jauhnya...hehe

Iffah Afeefah said...

penah gak teringin

ala2 ombak rindu gituu eh

cimöt said...

@Sarah Mohd Saleh
sunset cantek sgt...

cimöt said...

@oranglidi
oh sephia...

cimöt said...

@H.J
dh sampai sana,,kena laa pi..

cimöt said...

@Iffah Afeefah
tempat ombak rindu tu..hmmm..mmg cantek..

H.J said...

selamat belajar cimot..kah3

cimöt said...

@H.J
ok!kah3

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

subahanllah! cantik.. kalau ada kamera canggih ni, boleh rakam lg cantik kan :D

cimöt said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik
masalahnya kamera canggih tu takde..hmmmmm

syakey said...

cantik,masyaAllah!

cimöt said...

@syakey
cantik kan kan kan

ABU said...

entry lamaaa.. apesal aku baru tengok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...