Thursday, December 16, 2010

TEMPEK MENEMPEK


"adoyaiiiii. hujan la pulak."

"fuhhhhhhhhhhh. panas giler hari ini."

hujan salah. panas pon salah. jadi yang mana betulnya? astaghfirullah. berdosanya menyalahkan kejadian alam ciptaan Allah. cubalah bersyukur. aku lah tu yang tak henti-henti merungut. Allah tu kan Maha Adil. memang semua yang ada di dunia ni sudah dipasang-pasangkan. ada lelaki adalah perempuan. ada siang adalah malam. ada tinggi adalah rendah. ada besar adalah kecil. begitu juga sejuk pasti adanya panas. tetapi manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki. malah meminta-minta agar dilebihkan lagi. benarlah seperti hadis riwayat Ahmad yang berbunyi begini:

'siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.'

hendak dikatakan manusia tidak berakal, namun itulah hakikatnya yang manusia adalah satu-satunya makhluk Allah yang diciptakan paling istimewa dengan kurniaan akal fikiran. akal fikiran yang bisa bedakan yang mana baik atau buruk. akal fikiran yang digunakan hanya padaNya. tetapi kerana akal bertakhtakan nafsu, hilang semua arah yang dipandu, entah ke mana hilang arah tuju.

tidak malukah kita sebagai manusia yang punya akal fikiran tapi bodoh bangangnya mengalahkan binatang? ayam, lembu, kambing, itik, kucing dan sebagainya sudah memang sedia maklum yang mereka adalah binatang yang punya otak tapi bukan fikiran. walau macam mana buruk sekali pun perangai atau tingkah laku mereka itu adalah kerana memang mereka tidak berfikir.

tapi satu benda saja yang menyebabkan aku rasa malu dengan binatang ni. binatang tidak pernah memberontak atau merungut.bila masa aku dengar binatang merungut ea? contoh binatang depan mata aku ialah kucing-kucing busuk aku niha. hujan ke panas ke ribut ke banjir ke tak pernah sesekali mereka kecoh macam aku. kalau panas, mereka berteduh di pohon yang sejuk atau tidur dalam rumah dan melepek atas lantai yang sejuk tu. kalau hujan, pandailah membawa diri masing-masing mencari mana-mana kain atau tuala buruk kat luar rumah sebagai selimut memanaskan badan. kalau tak ada tempek menempek lah kerja mereka untuk mendapatkan haba(macam dalam gambar depa kat atas tu).

kesimpulan yang boleh aku simpulkan hari ni ialah segala yang diciptakan Allah itu ada hikmahnya. hujan itu pembawa rezeki. matahari itu penyinar bumi. oleh itu, sama-sama kita bersyukur padaNya Tuhan sekalian alam.

p/s: tetiba saja terdetik.



20 comments:

Mrs Nurul said...

ALHAMDULILLAH., THANX FOR REMINDING..

MamaErra said...

yoo... cam berpakat lak ye kita bercerita pasal hewan ari ni?

Unknown said...

saling ingat mengingati .thnks dear!

geeds said...

nak bela kucing jugak~!

btw nice header cimot!

Mohd Nor Quiyyum said...

comel la kucing!

cimöt said...

neon: remind me too..

cimöt said...

mamaya: well,td an kte da send aura..

cimöt said...

echah: welcome dear..remind me too..

cimöt said...

geeds: aja aja..bley geng..

simple je geeds..

cimöt said...

quiyyum: mesti lorhhh..tuan dia kasi cukup kasih sayang..lalala

Robot | Sakti said...

hujan hujan, sedap tidor.

keh keh keh

aljambz said...

jangan letak gamba kucing boleh tak?

gua fobia doh.

miya said...

olololo comey weh!

alexayussida said...

n binatang slalu berzikir kepada pencipta..tak mcm kita,makhluk angkuh..:(

tenkiu remind me:D

cimOt said...

robot sakti: betol!!enak bangat deh..

cimOt said...

jambz: adoyaiii..pe yg si meow tu da buat kat ko sampe fobia ni..

cimOt said...

miya: hihihi..

cimOt said...

alexa: benar!!manusia sering alpa..

Zulfahmi Abidin said...

so ko jangn la memberontak mcm bintang tuh.^_^ senang bukan.bersyukur sudah.^_^

cimöt said...

zulfahmi: belajar untuk bersyukur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...