a picture give me a lot of meanings. even a picture tell me a story. neither words nor sounds not needed. abah aku dulu seorang photographer askar wataniah dulu. banyak sangat album gambar hasil tangan dia sendiri. tangkap gambar sendiri dan cuci sendiri. pemandangan. potret. ragam manusia. macam-macam ada. aku rasa darah keGAMBARan itu memang sudah sedia mengalir dalam tubuh badan kami adik-beradik. jadi kami semua memang minat dan suka gambar termasuklah aku. aku memang seorang pencinta gambar. kalau boleh setiap detik manis masam pahit akan cuba aku rakam melalui kamera telefon cikai aku ni. tidak sah ke mana-mana tanpa telefon. bukan sebab nak SMS atau calling tapi kerna kamera! aku tidak punya kamera digital yang mahal-mahal tu apakan lagi DSLR. oleh itu, kamera telefon lah yang menjadi teman aku yang paling setia. aku bukan photographer professional. cukuplah sekadar memuaskan hati aku yang suka dan gila gambar. mungkin tidak cantik pada mata korang, tapi biarlah cantik kat mata aku sorang. inilah antara hasil jari si cimot!!
tadaaaaaaaaaaaaaaaa..
ini gambar dekat pantai Kuala Linggi, Melaka. it was sunset!! dalam banyak-banyak gambar, inilah gambar yang paling aku sayang. i called it a magical picture! how? why? sebab gambar ni diambil dari dalam kereta dan ketika kereta bergerak. i just click click and click. and this is one of those pictures. macam tak percaya.
aku sangat tak sangka ada tempat sedemikian rupa di Malaysia. pada pandangan mataku, ia sangat cantik! aku suka sangat dengan warna-warna coklat tanah. nampak tua, lusuh dan buruk tapi sangat antik pada mataku.
dari celahan rimbunan padi. waktu ni padi belum terbit masak lagi. masih hijau. sehijau daun.
bayangan padi pada permukaan air.
dari pandangan bawah warna bilah-bilah daun padi nampak berbeza sedikit. itulah keunikan gambar. satu objek boleh dapat lebih daripada satu gambar yang berbeza dari arah yang berbeza.
on the way balik hostel. first time aku tengok jalan kosong. dan first time juga aku tengok lampu jalan tu nampak cantik tersusun walau sudah beribu langkah aku menyusuri jalan tu. hahahaha.
awan komulonimbus yang ala-ala gula-gula kapas. sedap! aku sangat suka dengan warna langit. cantik! warna langit tidak akan pernah serupa dan kebiruannya sungguh luar biasa. setiap mata yang memandangnya pasti akan merasa tenang walau hari tika itu berbahang.
air terjun kontot di Sungai Pisang. best sangat berkelah kat sini. tapi kena pergi awal pagi sebab memang ramai orang ohhh.
pemandangan waktu subuh gajah orang-orang tua cakap. gambar ni aku tangkap 2 hari yang lalu dari jendela bilik aku di tingkat empat. aku suka sangat pemandangan jendela pengubat jiwa di kala berduka lara. =P
p/s: teringin nak ada DSLR.
mimpi saja laaa.
18 comments:
eceeeeh jadi photographer aku weh.
jom wat photoshoot sekitar taman metropolitan kepong. hehe
anyway nice pic beb ^_^
CANTIK WEHH +)
tqa: aq tak layaklah weyh nak wat photoshoot..
aq sonok2 je..tp nak pi kepong ok!!joging weekend!!
neon: buruk kottttt!!
cantik pic nya walaupun guna hp kamera jea.
cun giler pic 2.. pandangan 2 cam sejuk jer..
hp apa ni??????
gmbr air tu..bukan senang aw nk dpt solid mcm tu..huhu..boleh tak gtau hp apa ^__^
cantik....
nik: yg penting hati...acewahhhh
darkbatman: sejuk perut ibu mengandung ye tak??=P
nenek: hp biasa ja..gambar air tu gne my fon yg lme SE w810i..gambor dia mmg cantik la..tp kena ada gaye dia..lalalala
wow.. pic ko sume smart la.. :)
heidi: biasa ja la weyh kalo setakat kamera fon..
w810i bape mgpx ek?seyez mcm guna kamera ar..hehe...hebat2
2.0 only...awesome annnn!!!
xpe shima...
camera xpnting...
org yg pegang camera tu penting...
huhu...
noli: ye!!org yg pegang kamera itu comel sgt kan!!
pic kedua tu best. kat mana tempat tu?
sasa: pantai morib.ko nak pegi shoot ajak aku skali okeyh!!ko ader dslr best la..
Post a Comment