ini cerita dulu-dulu. cerita minggu dulu. bukan tahun lalu. masih baru. cuma sudah berlalu beberapa hari yang lalu. setelah beberapa minggu aku bertempur, maka berakhir sudah satu demi satu kertas aku lunasi. genap hari Sabtu lepas, aku pon merdeka ! merdeka ! merdeka !(kena laung cukup 3 kali.hahaha). tidak dapat dibayang dengan kata-kata. seronok yang teramat sangat. sebab aku rasa semester ni teramat la heavy dan tough. ni belom majoring lagi. adoyaiiiii.
first paper hari tu ialah Halaqah. ok laaa. soalan more to common sense je aku rasa. di samping tu kena lah tau serba sedikit hukum-hakam dalam agama especially pasai pengurusan jenazah. ini adalah ilmu fardhu kifayah. berdosa satu2 masyarakat kalau tiada seorang pon yang tahu mengenai cara menguruskan jenazah. tak semestinya aku belajar engineering, benda lain tak payah ambil tahu. ilmu Allah sangat luas ye!
second paper aku ialah workshop. paper yang teramatlah wasting my time. paper tu setengah jam je. tapi masalah teknikal yg oh macam shit tu, masa menunggu aku lagi lama dari masa exam. cessssssss.
next paper, bahasa melayu for engineeering. ohlalalala. seharian aku bermadah indah berpujangga ala-ala a. samad said versi tak ada janggut. subjek baca membaca ni memang tak secocok ngan kitorang. asal start je nak bace, mula lah mulut menguap nganga besar dan mata tetibe je kuyu layu. lumrah budak pemalas. hahaha.
the next weeknyer, straight core course paper. wowwwwwwwwww. memang haru-biru la. programming, dynamics and electronics. perghhhhhh. mahsyuk tu. firstly, programming memang subjek yang aku tak bape berminat. bab2 coding ni usah cakap la. aku memang fail bile mengoding. tapi 1 sebab je aku boleh faham dan still boleh carry subjek ni sebab tutor programming hensem oh. hahahaha. gatal nooo. serius aku cakap dia hensem.!
paper dynamics, aku harap paper final ni boleh mengatasi carry marks aku. sir aku bagus giler. dia cakap kalo paper final gempak, carry marks dia dah tak pandang. so, hopefully sangat la aku punyer paper gempak walau time jawab hari tu cam haram je. sekurang-kurangnya aku masih masih berharap.
paper electronics memang best. soalan last skali kacang giler. 20markah sudah pasti dalam tangan. arghhhhhh. giler yakin aku ni. tapi 80markah lagi ko tak yakin plak cimot ? hehehehe. yang tu aku tawakkal. aku dah buat yang terhabis baik.
three days straight macam zomba zombi life aku. apa lagi abes je electronics aku bantai tido macam tak cukup jam nak berputar. bile bukak mata je, aku rasa cam baru seminit tidor. tapi dah setengah hari aku bantai tido. haishhhhhh. tapi tak boleh jadi sebab ada satu lagi paper. killer paper pada aku. calculus. paper yang wajib fail every mid term. hahaha. mula2 dulu ye aku nanges giler sedih. tapi sekarang, bukan setakat tak nanges tapi sedih pon tak ada. dasar hati batu betul aku ni. no feeling da weyhhhh. lali.
CALCULUS! ohhhhhh. macam kena repeat je aku rasa. damn! tunggu je la result kuar nanti. malas aku nak citer pasai calculus. sangat menyakitkan hati dan menyeksa jiwa. then, abes je exam calculus mak aku dah sampai. apa lagi, aku blah dulu la. barang esok2 pon boleh ambil.
memang hari ahad baru pegi amik barang. sampai dua kereta penuh barang aku sorang je. itupon aku dah bawak sikit after exam sabtu tu. hahaha. almaklum sajalah cuti panjang, semua barang la kena angkut balik. nak letak dekat stor rasa macam tak yakin. basikal pink panther aku pon turut dibawa pulang. akak aku kata nanti dia nak cycling kat area apartment dia. hahahaha. elok sangat lah tu.
segala khazanah aku. nampak tak pink panther aku terselit kat bawah. kasihan dia.
ini semua baju aku. hahaha
p/s: xtaw cuti nak buat apa lagi.
resume dah anta.
pe cer?
tunggu je laaa.