aku rasa dah lama tak bermimpi ketika tidor. yelahhhhh. lama giler kotttt. tapi lately aku selalu sangat mimpi. mimpi orang yang diluar kehidupan seharian aku. aku pon feliks bin ajaib je rasanya. tapi tak berapa nak amek kisah sangat la. biasa je pon. mimpi itu kan mainan tidor. buat masa ni aku dah ada 4 cerita mimpi. tak sangka plak aku still ingat. jarang sekali aku tuk ingat cerita dalam mimpi aku. selalunya bangun dari mimpi aku ingat-ingat lupa dan selalunya aku tak ingat pon. tapi aku tahu aku tadi adalah bermimpi. haissssshhh. poning kepala aku ni.
mimpi 1:
tetibe aku turun dari jeti sambil berpegangan tangan. aku tak tahu kat mana. then, aku toleh orang yang pegang tangan aku tu. huhhhhh? si dia? oh! aku sudah kawen ngan dia. ohlalalala. apa jadah ni? then, jalan2 kat pantai. picnic gitu. tetibe je ada makanan. mimpi la katakan. tak pulak nampak aku masak. hahaha. pastu teros je skip masuk keesokan harinya dia bawak aku pergi satu tempat banyak giler coklat. aku rasa nak duduk bertapa kat situ mengadap coklat sebukit. then, baru la aku tahu we're at Langkawi. dunia tanpa cukai. puas la aku borong dan makan coklat. segala macam jenis coklat ada. tapi paling aku suka coklat tetek. arghhhhhh. buruknya nama. alaaaaa. Hershey's chocolate kisses tu. masa sekolah dolu aku tak tahu nama dia apa. tapi sebab bentuk dia tu. so, aku panggil la coklat tetek. hahahaha. ok stop ! aku tahu korang kalo bab2 ni terus celik mata bila baca. next, kitorang berdua terus berjalan-jalan. dan paling aku eksaited skali. aku dah ada dslr. my dream dslr plak tu. mimpi la katakan. si dia yang bawak. apa lagi? berfotogedik la jawabnya. dah siap set up nak amek gambar kat helang gergasi
tu dan dah set timer, tinggal nak posing maut je. tetibe mak aku kejut ! adussssss. tak sempat nak snap gambor tu. potong stim la mak aku ni. hahaha
mimpi 2:
aku asyik terdengar orang sebut "zaujah". sapa plak yang kawen ni? apa itu "zaujah"? ok. "zaujah" ni perkataan arab yang bermaksud pengantin perempuan or in English we called bride. jangan keliru plak ea. zaujah tu bukan aku ye ! tapi member aku, Idah yang dah bertunang ngan classmate aku, Nazrul. boleh pulak aku mimpi pergi kenduri kawen dorang. dorang pakai serba putih. seyess both of them look very very sweet. Idah yang putih melepak tu dah macam snow white je aku tengok. time ni memang ramai la yang datang. dah macam reunion plak. hahaha. tak sempat nak berfotogediks, mak aku lagi skali potong stim kejutkan aku. adoyaiiiiii mak oiiiiii.
mimpi 3:
yang ni macam haram. aku pon tak tahu apasal la mamat 2 ekor ni boleh menerjah masuk dalam mimpi aku. tapi aku rasa sebab diorang last member skul yang aku jumpe aritu. masa ngah gathering macam tu, tetiber si Uje ngan Put telah pedajal aku. macam mana? malas aku nak citer. buat saket hati je. dah la macam siot je. aku memang hangin la jugak. bukan setakat skali. tapi banyak kali. tapi nasib baek aku terjaga cepat. lepas aku bangun, boleh plak aku bertekad tak nak kawan ngan depa dua orang ni. apa daaaaa cimot. mimpi je kottt. itulah penangan mimpi. rasa macam real je.
mimpi 4:
ni mimpi yang paling ngeri aku rasa. tetibe jer aku berada kat satu building bersejarah yang aku sendiri pon tak tahu kat mana lokasi sebenarnya. tapi macam kat oversea la. then, aku pon meninjau la kawasan sekitar tempat ala-ala berbata-bata tanpa plaster simen tu.
sedang aku berjalan-jalan tu, tetibe orang ramai bertempiaran lari. menjerit-jerit suruh lari dan selamatkan diri masing-masing. aku blurr. sebab aku still new kat tempat tu dan macam baru bangun tidur. aku masih terpinga-pinga. terus berjalan mencari haluan. nak lari pon macam tak ada mood plak. huhuhu. orang lain semua bertempiaran lari.
BOOOM!!! tetibe je satu letupan yang amat kuat. oh ya Allah! nak kiamat kah dunia? tapi tidak plak aku dengar tiupan sangka kala. masa tu baru aku rasa takut. korang boleh bayangkan mimpi aku ni macam ala-ala cerita Transformers laaa. aku pon berlari la sebab dah takut sangat. tapi apakan daya, larian ku telah dikesan oleh si Megatron durjana tu. menggeletar lutut aku. tak terkata dah rasa takut masa tu. aku pon bersembunyi di sebalik dinding yang belum runtuh. main hide and seek. tapi dia dapat jugak kesan lokasi aku. macam mana ni? nyawa aku memang kat hujung tanduk je. berserah saja lah nampaknya. tapi kali ini aku berterima kasih sangat kat mak aku. fuhhhhhhhh. mak kejut aku on the right time. aku selamat! basah lenjun baju aku dengan peluh. serius macam baru habis lari marathon. tapi malangnya aku tak sempat jumpa Bumblebee dan Optimus Prime. tak lupa juga Shia LaBeouf. alahaiiiii.
p/s: ada sesapa yang pernah mengalami mimpi yang sama macam aku?
4 comments:
hahaha. mcm2 la kau cimot.
suka mimpi no 4! :D
hehe..baru je tgk transformer 2 last wk..ko rupenye dlm cite tu ye??? :-p
@geeds
hahaha..aku pon suka mimpi no 4..cam belakon filem plak..hahaha
@Julie Suhana
ha'ah.. i lew tu yg jd heroin tu..ekekeke
Post a Comment