Monday, January 30, 2012

cerita bangang abang gua #2

lokasi: warung lepak
masa: panas-panas gitu

lama tak lepak ngan member. ok jugak pekena secawan dua teh tarik ye dak. bukan selalu pon. tetibe datang sorang member. agak lama jugak tak jumpe. busy laaa tu. borak punye borak memang tak ingat dunia. almaklum banyak cerita yang nak dikongsi. dah jarang berjumpa, sekali jumpa kena laaa bertapa sebarang beberapa jam. tetibe,

member 1: weyhhhhh. korang tak minat ke G-string? alaaaa sekarang femes laaa budak-budak pon suke pakai.

semua ternganga. buang tabiat ke hape?

member 2: ko biar betol weyhhhh. jangan bende camtu ko nak tanye.

member 1: betoi laaa. ape plak nak main-main nya. memang banyak kot. warna-warni je. aku pon suke je tengok budak budak pakai.

member 3: jadahnya! kita laki kotttt.

member 1: apa salahnya. aku tengok budak laki pon pakai. smart je dia pakai. kaler striking macam hijau, kuning. memang cun laaaa.

member 2: ko cakap pasal ape sebenarnya ni?

member 1: laaaa pasal G-string jam tangan tu.

member 3: G-shock la bangang! adoyaiiiiiii.

member 1: oh oloh salah laaa ni. aku ingat G je pangkalnya. pastu hantam saja laaa. hahaha.

hahahahaha. habis pecah tawa mereka satu meja.



ni laaaa benatang yang dimaksudkan sebenarnya.


agak geli plak bila lelaki bincangkan isu g-string sesama mereka. euwwwwww.



p/s:  pikir dulu sebelum nak cakap.


CAMERON HIGHLAND laaa plak..


tak habis lagi satu Malaysia aku nak pusing. tak menang kaki. huh? bukan tak menang tangan ye. hahaha. belum lagi habis nak cerita fasal Sabah, dah masuk plak cerita Cameron. adoyaiii. actually, after balik dari Sabah aku terus straight pegi join program anak angkat dekat Cameron Highland. nanti laaa gua cerita. penat seh mendaki gunung. masih lagi kepenatan. baru je balik ni haaaaa. adoyaiiiii. nanti ye sayang-sayang gua sekalian.  ^_^


bersambung....





GILA BORING ASYIK BERSAMBUNG!!
DAMN!!


sori laaa beb. gua tulih bila gua free je. sikalang gua fenat + tak free lorhh.


p/s: mood menulih kian pudar laaa sikalang.
caner ni??


Friday, January 27, 2012

Anak Aset ke Syurga atau Neraka?


tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


menangis aku tatkala menonton video ustaz Don.
sebak mengenangkan diri ini bagaimana.
anak apakah aku ni?
mampukah aku membawa mak dan abah ke syurga?



Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 






p/s: love u mak and abah.




Thursday, January 26, 2012

Mahabbah Visit (MAVIS) to Sabah: INTRO


serba salah pula aku dibuatnya. kalian benar-benar buat aku serba tak kena. semua gara-gara ku katakan dengan indah. alahaiiiii. ramai pula yang salah sangka sepemergian aku ke Sabah minggu lepas bukanlah atas tiket percutian, holiday, vacation or what so ever.

actually semuanya bermula dek lamaran dari seorang kakak senior, Kak Shafi. orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. so, aku memang tak menolak rezeki yang diberi dan setelah direstui aku mempersetujui pelawaan kak Shafi tu. dan akhirnya aku pon join laaa program MAVIS ni; collaboration program between Mahallah Ruqayyah and Mahallah Ali.

ya, dalam pada masa yang sama aku dapat laaa juga feeling ala-ala melancong oversea gitu. but trip to Sabah ni more kepada process of learning for me as i am still and very new in this kind of program. by the way, brothers and sisters yang banyak membantu benar-benar mengajar aku. mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. dan benarlah pengalaman itu tidak boleh dibeli

seems this entry gonna be continued part by part as a lot of stories to be told. tak cukup kalau nak cerita dalam satu post entry je. jeng jeng jeng.




bersambung.....




p/s: kenapa Sabah di bawah bayu ekk?


Wednesday, January 25, 2012

duhai kekasihku, cintaku tertinggal di Sabah


assalamualaikum semua.
apa khabar semua? sihat walafiat hendaknya.
aduhaiiii. sekian lama aku menyepi nampaknya.
OK abaikan saja tajuk entry aku yang nak gempak sokmo tu.

baru sahaja pulang dari Sabah bah. seminggu di sana. macam-macam warna dan rasa. serius aku katakan Sabah membuat aku terpesona. keindahannya, kecantikannya dan segalanya subhanallah!! sesungguhnya ciptaan-Nya memang tiada tandingan.

tak terungkap dengan kata-kata.
tak mampu aku luahkan bagaimana rasa.
hanya aku sarankan kalian cuba la berkunjung ke sana pada satu masa.
dan rasai laa ianya sendiri.

alahaiiiii.
banyak pengalaman yang ingin aku kongsikan sepanjang aku berada di sana. tapi bukan laaa waktu yang terdekat ni. line internet yang slow ni tak mengizinkan aku untuk upload gambar-gambar memori terindah aku di sana. insyaAllah setelah line clean and clear, akan aku upload dan korang bley laaa nak jeles ke hape ekkkk. ecehhhhh. hihihi.


TUNGGUUUUUUUU YE!



p/s: enjoy the souvenir ye wahai family terchenta.
 itu je yang mampu nak beli.
kah kah kah.



Tuesday, January 17, 2012

SABAH, here i come...

bye bye you all. heeeheee. T__T




walaupun terasa berat hati ini
namun, terpaksa jua aku mengundurkan diri
hanya untuk seketika ini
tunggukan kepulangan ku nanti
akan aku hidangi khabar berita terkini
untuk tatapan kalian yang dikasihi.



i'm leaving you all for a week.
see you on next week insyaAllah.

anyone in UMS??
maybe we can meet there.




p/s: jangan rindukan gua ye.
habis bulu mata gua botak nanti.
hehehe.


Monday, January 16, 2012

but maateh will always love you

gua: adek sayang maateh or kakak?
ian dhani: kakak laaa.
gua: yeke? tadi maateh dah buatkan adek belon air.
ian dhani: ok maateh.
deena: adek nanti akak bla bla bla (berbisik)
ian dhani: adek sayang kakak laaa.


deena: sorry maateh. adek sayang kita laaa. hehehe.
gua: eleh. ko dah rasuah adek tadi.
deena: mana ade.T__T



ok tak kisah pon. because i will always love you no matter what.



p/s: ok see you again.


time to roll the movie

dah start cuti sem baru laaa berkesempatan nak layan cerita@movie@drama@tv. kalau tak cuti, harapan laaa aku nak  dapat layan. balik bilik just sempat nak online and then, terus laaa terbungkang tidor. alahaiiiii. sian gua. bukan gua tak ade stok cerita tapi dalam laptop ade belambak je cerita. ambik kat member sana ambik kat member sini. tapi tu laaa pasal nya. samapai berkulat baru dapat nak tengok. so, marathon tengok cerita laaa ni. cerita yang dah lama cerita baru. latest yang aku baru layan ni haaa


nak tengok lagi 10 kali! tak puas! memang terbaek!!

mula-mula ya seronok, pastu gua tak henti-henti kesat air mata ngan akak gua. 


not bad! even, gua kurang berkenan cerita korea, tapi sekali sekala nak jugak layan.



lengkap gua punya halwa tontonan. hahaha.

english+malay+korea
alamak
i miss hindustan laaa..
T_T



p/s: ade lagi cadangan cerita yang best untuk gua layan?



Friday, January 13, 2012

Iktibar: Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


Oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg



Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:


“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;


“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami;


“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Dipetik daripada: Mahkota Taqwa








p/s: teringin plak nak jumpa sister tu.
macam mana nak carik dalam UIA ni?
anyone UIAan knows?




Thursday, January 12, 2012

what a small world?


alhamdulillah selesai sudah final exam semester ni. terlerai laaa segala kusut masai aku for three weeks already. hanya Allah yang tahu bagaimana resah jiwa ni setiap kali ada paper. dan setiap kali itu juga laaa aku akan call mak. setiap kali itu juga laaa aku mintak mak doakan aku supaya aku dapat jawab dengan tenang. setiap kali itu juga aku akan nangis after mak letak telefon. sebab aku sedikit sebanyak aku dah membebankan perasaan mak pulak rasanya. tapi itu laaa, aku nak mengadu pada siapa pulak? pada Allah sudah pasti, but i need someone and no one can challenge her. she is always the best comforter of mine. cukup laaa dapat dengar suara mak, aku dah rasa cukup-cukup lega. alahaiiiiii. aku rindu kat mak.


~THE END~


sebelum kejadian


enough my sad sad story. cerita sebenarnya ialah WHAT A SMALL WORLD? coincidence. kebetulan. tak sangka pula. thats are the exact words could describe my entire story.


kisah bermula....


entah ke mana laaa si Hanim ni. aku mula resah tak tahu nak buat apa. nampak orang jual kebab agak menyelerakan jugak. tapi baru je melantak nasi. memang perut dah kibar bendera putih tanda surrender tak mahu diisi lagi. tak tahu nak buat ape, layan laaa jap langit blues. subhanallah memang chantek sangat. mendamaikan. 

tetiba je, datang seorang wanita Arab tumpang sekaki duduk sebelah aku. salam nya ku sambut saja dengan mesra. kemudian dia pelawa plak aku makan roti kaya yang baru dibeli di kiosk barangkali. tapi aku tolak saja dengan sopan tak nak mengecilkan hatinya sebab aku benar-benar kenyang. dia pun, terus makan sendiri sambil merungut dekat aku yang dia tak suka kaya. dia ingat roti kosong je tadi. lalu diasingkan kaya daripada roti itu. aku anggukkan saja dengan perbuatannya.

lepas tu, bermula laaa sesi aku seperti ditemu ramah oleh wartawan. aku pon, taknak kalah jadi wartawan jugak. hehehehe. dan boleh plak dia cakap Arab dengan aku kerana disangkanya aku ni orang Arab species dia. padahal dah terang lagikan bersuluh muka aku ni macam orang Jawa pon ade. semuanya gara-gara aku berselendang dan berjubah hitam. tapi ye laaa plak, jubah dan selendang hitam kan pakaian rasmi mereka. begitulah tafsiran setiap orang terhadap diri anda adalah berbeza.

kitorang borak punya borak, hanim pon datang. doesn't mean our conversation ends. nope. bertambah rancak plak kami bertiga bersembang. dapat plak hanim paham laa sikit cakap Arab memang bertambah laaa dia dok kecek Arab pekat. yang mana paham ok laaa. datang part tak paham, kami berdua gelak-gelak.

oh lupa plak perkenalkan nama auntie tu Zahirah from Lebanon. dia bukan pelajar mahupun lecturer, tapi dia datang melawat Malaysia. lebih senang dia datang melawat anaknya yang merupakan seorang lecturer UIA. pastu kami pon tanya laaa apa nama anak dia. mengajar apa?then,

Sheikh Omar Muhammad (Lecturer of IRK)

eh macam pernah dengar. hmmmm. pikir punya pikir.....YES! dah ingat! aku pernah pergi Talaqi ustaz tu. beliau sangat bagus. and both of hanim and me memang adore ustaz tu. terkaku aku dan hanim seketika. tak sangka WHAT A SMALL WORLD? she is a mother to our ustaz Sheikh Omar. seronok sungguh dia tatkala kami katakan kami kenal dan pernah join Talaqi anak dia. dan lebih terharu apabila dia siap ambil nombor telefon kami berdua supaya boleh keep in touch next Talaqi on the next semester. 

ya Allah, inilah yang dikatakan saudara sesama Islam. padahal kami baru saja berkenalan antara satu sama lain tak sampai pon setengah jam. tapi kami boleh berborak dan gelak-gelak macam jumpa member lama plak. terharu sangat! tatkala memeluknya sebagai tanda perpisahan aku dapat rasakan dia seorang ibu yang sangat baik. and no wonder how great her son is. gembira sungguh dia tatkala aku melambaikan tangan padanya. paling comel, siap layangkan flying kiss sepemergian kami. hahaha. hope to meet you again insyaAllah.


WHAT A SMALL WORLD?
geleng-geleng kepala.


p/s: rindu kat mak.
tu yang bertambah kuat terharu time peluk auntie tu tadi.


cerita suwitttt abang gua #1


ok sekarang ni layan laaa cerita suwittt abang gua plak. hehehe.

aku: mak, jam pink ni mampus lagi laaa. padahal tak sampai seminggu pon lagi lepas  tukar bateri baru ritu. nanti soh abah anta kedai laaa repair.

mak: beli je laa jam baru.

aku: alaaaa sayang laaaa. jam tu kan mak yang hadiahkan.

abang gua: ape plak yang si cimot merengek tu?

mak: jam dia mampus lagi. dia soh repair. soh beli baru sayang plak katanya.

abang gua: alaaa dah standard jam antik dah tu. silap gaya cina kedai jam tu taknak repair. beli je yang baru habis cerita.

aku: suka hati je. sayang laaa. dah 4 tahun pakai tak pernah pon meragam. mesti laaa sayang nak tukar baru. jangan-jangan rosak sikit je.

abang gua: kecoh je cimot!.

mak: yela yela. nanti mak try suruh abah.

aku: alaaaaa. suruh la abang yang beli. sibuk sangat suruh orang beli yang baru.

mak: elehhhh. macam laa dia tahu nak beli yang macam kamu suka. kang tak berkenan plak nanti.

aku: ape-ape je laaa. tapi kalau boleh nak jam pink tu repair jugak.


**************************

tup tup balik ritu, mak aku hulurkan satu beg kertas comel. aku tanya apa bendenya? tak plak dia nak jawab. aku pun tengok dalam beg tu ade kotak hitam. tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.
akan aku jaga jam ni!

serius aku main-main je haritu. tak serius langsung. sebab aku tahu abah selalunya akan hantar je repair jam tu cuma lambat laa. sebab tahap malas dia tu nak layan benda remeh-temeh cam jam tangan tu memang tinggi. almaklum jam tangan dengan batu-bata dia jauh berbeza sifat dan tahap kepentingannya. hahaha.

tapi lain plak yang jadi. abang aku betul-betul belikan jam tangan baru untuk aku. terharu betul aku dibuatnya. terima kasih abang ku sayang!! jam tu sangat bermakna pada aku. dan jam tu laaa yang aku pakai sekarang ni.


ok actually, hari ni merupakan birthday abang gua! alahaiiii. dah bertambah tua plak abang gua ni.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-37 MY ABANG CHO

semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat senantiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.
aminnnn

i love you abang damn much.



p/s: abang aku plak yang kasi hadiah kat aku kan.
takpa. aku kasi kasih sayang. hahaha.


Tuesday, January 10, 2012

bubur ayam, bubur ayam mcMOT

chef: anim
pembantu chef: cimot
mood: merealisasikan selera Sam yang demam
tetamu: Sam(VIP), Bas, Hasanah, Kakak senior bilik Hanim(lupa tanya nama)
achievement: success buktinya Sam makan tanpa mampu berkata apa-apa and rasa tak larat nak bangun


ni paling penting!

bahan-bahan asas.

dah macam asah mata pensel kayu plak. hahaha

on the way.

tadaaaaaaaaaaa. dah siap!!

seronok sangat makan-makan bersama-sama sambil mengumpat borak-borak. saja laaa nak release stress exam. lagi best pekena skali teh strawberry. memang ummmmmph. dan dapat plak sponsor dessert ferraro rocher. memang lengkap dinner lewat malam gini. haishhhhh. pastu lena dek kekenyangan. papepon, Alhamdulillah syukur ya Allah.




p/s: apasal nak melantak je rasanya lately?
selera gajah ke hape?
gajah pon tak makan nasi.



Saturday, January 7, 2012

chicken chop cafe ASIAH terbaekkk!!

berbaloi-baloi sangat dengan harga dia hanya RM5.50 je.

  1. bahagian drumstick boneless
  2. grilled chicken not like nugget covered by breadcrumbs only
  3. fine texture of coleslaw
  4. pure black pepper sauce
  5. very very nice of french fries

oooooo yummmmmy!
sehingga menjilat pinggan.




p/s: alahaiiiii. lapar laaa plak perut ni.


Bila lafaz cinta itu halal, memang lain rasanya.

assalamualikum...

mood: berjiwang karat
so, layankan saje ke-JIWANG-an ni jap.


Alia menunggu SMS daripada suaminya...

Ali:

My love for you is not of this earth, but of the Heavens

Yet I know it's not possible, because Heaven is greater

And the greatest of all Heavens, is the one with you in it

For Heaven will not feel heavenly without you, my love

Alia terduduk. Perlahan-lahan air matanya mengalir dan berhenti di bibirnya yang sedang mengukirkan senyuman.

Anis: Alia? Nape nangis ni?

Alia: Lain rasanya...

Anis: Apa yang lain?

Alia: Bila lafaz cinta itu halal, memang lain rasanya.






Friday, January 6, 2012

sampul merah; ingatkan surat cinta....


cerita lama ni. cerita tahun lepas. tahun 2000 sebelas. dah lama tak balik rumah. dan dah lama jugak tak jumpa mak dan abah. so, cuti extra sampai hari isnin memang best laaa dan lagi best bila dapat balik rumah. yeayyyyy. almaklum saja bila dah lama tak balik rumah, macam-macam yang aku missed. bukan missed call laaa. tapi missed banyak cerita. hehehe. well, aku dengan mak suka bebenor bergosip. hehehe. sedang bergosip sambil makan-makan tetibe je....

mak: ma, sebelum mak terlupa. nak kasi kasi kat kamu ni haaaa. (sambil tercarik sesuatu)

aku: apekebendenya mak oiii?

mak: ada laaaa. posmen ritu datang kasi satu surat sampul merah.

aku: sampul merah? surat ape tu?

mak: tapi mak dah bukak laaa. (sambil senyum-senyum)

aku: (berdebor)

mak: nah ni haaa surat tu.

aku: (cepat-cepat bukak sampul merah tu dan pada masa yang sama naik stress pikir apekah gerangan isinya)



rupa-rupanya kiriman dari contengconteng laaaa. hehehe. bikin saspens je mak aku ni kan. saje je tau! oh ya! baru teringat! ini laaa hadiah peraduan '10 000 Interpretasi'. memang comel sangat hadiahnya. bookmark ngan sticky notes kucing the cat.


kucing the cat mok mok (gemuk) senantiasa jadi model abang fadhli.

koleksi contengconteng cimot:


thanks a lot contengconteng.



ATTENTION! ATTENTION! ATTENTION!

sayang pulak rasanya kalo tak share. sekarang ni contengconteng ngah promosikan Buku Nota versi ContengConteng. sangat nice, sangat valuable and sangat berbaloi-baloi untuk memilikinya. and lagi nice kalo dapat dijadikan hadiah kepada orang tersayang especially budak kecik. confirm mereka suka! tak payah cakap pasal budak kecik laaa. ni aku yang budak besar pon suka!

macam buku latihan zaman sekolah dulu. old school kan? alahaiii tak sabarnya nak tunggu ianya sampai kat rumah.
further details, you all can check it out HERE.




abang fadhli,
nanti kalau buku hasil penulisan dah diterbitkan, jangan lupa bagitahu ea. hehehe




p/s: sape yang tak kenal lagi, sila terjah ya.





Thursday, January 5, 2012

Christina Perri - A Thousand Years VS Twilight Saga Breaking Dawn Part 1


this song really suit with this box office movie. the twilight saga breaking dawn part 1
nak tengok!
bile ea?



ok tunggu after abes exam laaa!
TAPI







kononnya laaa kan nak tunggu habis exam. tetibe je gua dapat plak ni




so, just done!
thanks my dear akak sayang.
hehehehe.





p/s: nak kena carik movie lain la plak kan.



Wednesday, January 4, 2012

agi idup agi ngelaban!!


satu persatu aku tumpaskan wahai raja sharifah tengku dayang exam paper.
tak kurang hebatnya kau punye super power.
sesak dada, senak perut, lemah batin dik gertakan rembesan aura mu yang super lagi duper.
takpe.
takkan aku menyerah sebelum berjuang untuk yang last two paper.

ya Allah, kau kuatkanlah hamba Mu ini
tetapkanlah pendiriannya
berikanlah ketenangan yang mampu menyejukkan sesiapa saja
untuk terus mengharungi exam seterusnya.


aminnnnnn.





p/s: tadi mak cakap, buat saja yang termampu.
walau hati sebenarnya pilu.




WORDLESS WEDNESDAY #11

AMARAN KERAS!
jangan makan sambil tengok.












~..O

serius meremang bulu roma gua.. euuuuuuuuuuuwwwww. nak muntah pon ade.


agak-agak nak muntah, ni penawarnya sila KLIK SINI.


p/s:  siyes gua muntah dah pon.



Sunday, January 1, 2012

cerita bangang abang gua #1


lokasi: bank
masa: pagi menjelang tengah hari

sambil belek-belek kertas tak tau buat ape. no giliran jauh lagi. then, ada dua orang sebelah abang gua. sorang cina sorang lagi india. kecoh bebenor depa dua orang tu. dorang gelak-gelak sambil borak macam-macam. member kamceng laa tu. ke jiran sebelah rumah. tetibe entah macam mana boleh plak tertangkap butir sembang kencang apek ngan macha tu.

apek: weyhhhh. wa nak tanya lu. kalau lu belak(berak) kan, selalunya keluar apa dulu? kincing(kencing) ka taik yang keluar dulu?

macha: dey tambi, kalau sudah mau berak mesti laaa taik keluar dulu maaa.

apek: eh talak jugak lorhhhhh. kekadang kincing yang pancut dulu. then, baru keluar taik. alitu(aritu) wa belak keluar kincing dulu. haaaaaa. how mae?

macha: aiyakkkk. apa macam? tak pernah plak aku perhatikan mana satu yang keluar dulu.

apek: haaaa. tu laaa lu tak penah pelatikan(perhatikan). ok ok. ni lu kalau balik nanti lu tebelak, lu ce pelatikan. hahaha.

apek+macha: DAMN!!

abang gua duduk sebelah giler nak termuntah sebab tahan gelak dengar depa borak pasal taik. jadah topik sebegitu jugak boleh dijadikan topik perbualan di kala menunggu giliran di bank. hahahaha.

tapi bila gua pikir balik, memang logik jugak soalan apek tu. aku pon baru laaa nak tergedek-gedek nak pikir.



yang mana keluar dulu ea?
DAMN!



korang rasa?
ce korang buat survey time berak nanti.




p/s: gua bukan reka cerita.
ini cerita benar.


tahun baru; baju putih jugak

putih itu suci kan

seperti nggak ada bedanya saja aku dok edit-edit kunonnya nak tampak lain sikit pada tahun baru. sigh. i'm failing at changing white to other color. hopefully this white makes my heart as pure as white color.


SELAMAT TAHUN BARU

azam dulu mana yang belum sempat dicapai boleh laaa sambung tahun ni pula.

azam aku?










nak menambahkan berat badan?
mungkin laaa.
give up jugak sebab tak pernah berjaya.

papepon finish my exam first, and i'll think about it later.



p/s: apa la agaknya memories yang bakal aku lalui tahun ni?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...