assalamualaikum and good morning everyone. hahahaha. ok. hye everyone! i'm gonna be your teacher today. arghhhhh. jangan dengar cakap teacher tu. dengar cakap aku je. pe citer aku harini? seharian mengadap risalah-risalah di halaman sesawang memang memenatkan mata, jiwa dan raga serta bakul. harini life aku macam batman plak. malam baru aku keluar mencari makan. apa daaaaa cimot. seharian aku memerap di dalam bilik. tersangatlah malas nak turun pegi kafe. actually aku dah tak tahu nak makan apa. rambang mata. walau kafe berbeza lauk tetap sama. jadi rasa berbeza tapi tetap tidak membuka selera. akhirnya roti dan biskut menjadi santapan enak sepanjang hari. kalau nak tahu, aku memang pemakan roti. dari dulu sampai sekarang aku memang tak pernah jemu makan roti. terutamanya roti Uncle Slocumm. aku rasa buat masa ni Butterscotch lah yang terbaek.
haissshhh. sekian mukadimah ala-ala red carpet aku tu. sekarang kembali kepada tajuk teacher tu. story mory aku hari ni berkisar mudah, senang, cepat dan tangkas lagi efisyen. ewah-ewah-ewah heyyyyy. sejak 2 menjak 3 menjak ni, aku telah memerhatikan dan membuat hipotesis berdasarkan kajian bahawasanya shawl adalah lebih jimat dan mudah dalam apa jua situasi. mengapa aku berkata sedemikian?
1. jika dibandingkan dari segi matawang ringgit, shawl adalah jauh lebih murah berbanding dengan tudung bawal yang biasa2 tu. ada kalanya jauh lebih murah. shawl sekarang paling syok pon baru rm10 sehelai. tapi kalo beli dua, boleh dapat rm15-18. kira sendiri la bape harga sehelai. tetapi kalau tudung bawal selalunya yang chantek rm 15 +. kalau setakat yang rm 10 tu tudung dia biasa2 saja la dan selalunya sukar untuk dibentuk. so, memang muranh la kan?
2. shawl ni pada aku just nice sebab tak jarang. ok! memang ada shawl yang jarang and nipis, tapi banyak juga yang jenis tak jarang atau dalam istilah sains kita panggil legap or in english we called it opaque. tapi pada aku shawl ni lagi selesa la especially pashmina. selesa dan memang menepati untuk menutup aurat dari segi konteks tidak jarang. haaaaaaaaaa. one step closer to change.
3. seterusnya dari segi konteks pemakaiannya yang tersangatlah mudah dan cepat. dah boleh masuk kategori bas ekspres la. mula-mula memang agak janggal dan terkial-kial. almaklum sajalah budak baru belajar. mana ada orang terus pandai kan. tapi bila dah dapat!! OMG!! what the force is this? memang as easy as ABC laaa. belit lah macam mana sekalipun ikut cita rasa masing-masing. nak belit ala-ala ular sawa ka. nak separuh belih sahaja ka. nak macam tu macam ni suka hati hangpa. and kekadang tu aku sekali belit je dan tak payah guna pin or brooches langsung. satu pun tak payah ye! oh mudah bangat ni. sungguh amat teramat paling simple and senang. no wonder lah aku tengok almost semua foreigner kat sini duk pakai shawl. camtu rupanya. hehehehe.
4. ok. last skali shawl ni agak happening compared to tudung bawal. tudung bawal selalunya plain je. kalau nak nampak meriah sikit, ada lah bling-bling kat tepi or sulaman bunga-bungaan satu taman. kalau yang jenis corak-corak atau stripes atau polka dot atau sebagainya agak susah la kot. ade ke pon? ntah laaa. so, itulah keistimewaan shawl. tu diaaaaaaaaaaaaaa yang aku suka sangat tu. especially stripes and checkered. tapi walau macam mana pon plain always be my passion. hihihihi.
ok. enough. all of these are just my babbling for nothing. talking to myself. hahaha. i'm not good at fashion because it is not my passion. but i do love fashion since it really happened. as simple as usual but casual. can i?
hatta itu sebermula aku memakai shawl, aku kini yakin sama sekali memanggggggggg aku suka. nampak x aku senyum meleret tu? hahahaha. suka la tu. suka la tu.
p/s: lagi skali jangan tanya aku shawl tu ape.
pi google sendiri.