Monday, February 14, 2011

SIAPA YANG RASA DIA LELAKI SILA JAWAB SOALAN NI!


tetiba gua ingat!!

SEMUA LELAKI LONELY SOLDIER BOY!!
aku tak cakap NOH yang cakap ok!

aku hanya mengharapkan cinta yang disemai membuahkan hasilnya. bukan hasil perut yang membulat menunggu 9 bulan. tak sabar gugurkan saja. tidak sama sekali. nauzubillah. aku harap perempuan2 di luar sana juga begitu. kalau benar-benar sayang jaga elok-elok. dah cukup syarat semua suruh mak bapak dia masuk pinang angpa. jalinkan kasih sayang itu dengan cara yang halal. indah bukan. bukan sekadar indah di mata, insyallah hingga ke syurga jika kena gayanya. sepertimana yang kita tahu, berkahwin mengikut cara yang betul umpama mendirikan masjid. masyallah. apa tunggu lagi! mari kita berkahwin ramai-ramai. siapa nak kahwin ngan aku sila angkat tangan. ahahah.

aku yakin lelaki yang benar-benar baik itu ada. cuma segelintir dan sangat rare untuk jumpa pada masa kini. aku harap kalian lelaki yang membaca ini semua yang baik-baik belaka. dan aku sentiasa mendoakan kalian antara orang-orang yang baik. aminnn. aku musykil. adakah lelaki memang begitu? begitu yang bagaimana? kata-kata cinta itu perlu diluahkan. lebih advance kalau dengan perbuatan. AKU SAYANG KAMU. AKU CINTA KAMU. I LOVE YOU. seberibu kali kalau boleh. kalau sudah aku katakan sayang aku tiada sempadan, bagaimana lagi harus aku buktikan? kes-kes yang macam ni lah yang selalu membuahkan hasil perpisahan atau pembuktian seperti serahkan segala-galanya. tunggu je lah 9 bulan lagi. dada surat khabar dah rasa sebak dengan berita anak-anak tak berdosa menjadi mangsa manusia yang bernafsu serakah ini. kasihan. si bapa awal-awal lagi sudah tidak mengaku anak. si ibu pula macam binatang tak ada otak dok pi buang anak. haishhhhh.

aku juga tidak salahkan lelaki sepenuhnya. keadaan ini tidak akan jadi dengan sendirinya. pokok tak akan bergoyang kalau tiada anginnya. umpama magnet, tiada kutub utara macam mana nak ada kutub selatannya. si perempuan pon sama-samalah jaga diri sendiri. jangan mudah terjebak dengan hubungan yang tidak sihat. masa depan negara di tangan kita. masa depan ummah di tangan kita juga. kerana apa? kerana kita lah bakal ibu-ibu yang akan melahirkan anak-anak bangsa hadapan. anak yang baik datangnya dari ibubapa yang baik juga. insyallah.

say no to valentine day! lets celebrate maulidurrasul tomorrow. bukan celebrate makan kek ye! at least salawat upon him; Prophet Muhammad PBUH:

allahumma sollia'la saidina muhammad wa a'ala alihi wa sahbihin wassallim.
allahumma sollia'la saidina muhammad wa a'ala alihi wa sahbihin wassallim.
allahumma sollia'la saidina muhammad wa a'ala alihi wa sahbihin wassallim.



p/s: aku sayang orang yang sayang aku.
sekian.



4 comments:

penaberkala said...

yes, say NO to VALENTINE
ak pun lelaki, klu ak romantik sekalipun, ak takkan sambut valentine

salam amulidur rasul

xazryx said...

aku benci valentine .da la bazir duit beli itu ini .pastu dpt dosa .package .

cimöt said...

@penaberkala
good boy!!
salam maulidurrasul juge..

cimöt said...

@xazryx
haaaaa tau pon..so, toksah laaa..byk lagi cara lain nak berkasih sayang!

paling afdal KAHWIN!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...