Saturday, June 30, 2012

REZEKI DOYAN BAK DURIAN RUNTUH


assalamualaikum dan salam sayang.

situasi: sejuk ala-ala salji lepas turun.
mood: tak tahu nak buat apa jadi layan movie je laaa. pastu dapat plak berborak dengan Dayang dan Wani.

tetibe,

hamzah ian: cimot, nak doyan x?
gua: siyes? nak! nak!
hamzah ian: wokes. aku anta skrg.
gua: okeh!

haishhhhhhh. lately, rezeki doyan aku tak tahu nak cakap laaaa, umpama durian runtuh bersama daun-daun dan ranting-ranting. hahaha. minggu lepas, Kak Ani ofis bawak kuah doyan. 2 kali Kak Ani bawak mai kuah doyan kat ofis. dan 2 kali jugak laaaa aku bantai sehingga menjilat tupperware. ok. tipu je. ececeh malu nak ngaku plak. om nom nom. sedap gilakkk. pastu Kak Asma ofis bawak doyan comel. pon sedap jugak. then, mai plak geng doyan gua roger mau doyan ke tak. ofkos laaaa gua tak tolak segala perihal berkaitan doyan. hihihihi. bak kata orang tua, rezeki jangan ditolak, musuh usah dicari. eh takyah nak membebel macam mak nenek. layan saja operasi doyan gua ni.

isi dia! gumok-gumok belaka weyhhhhh.

jangan lupa minum air kulit doyan.

takde parang. so pakai sudu ngan pisau laaaa. huhu.

kuning sekuning kuningnya.

memang terbayekkkk!

mengancam betoi doyans ni.


ni pon geng doyan gua jugak. see! habis licin.

credit to Wani for pictures.



sekalung penghargaan diucapkan sekali lagi kepada geng doyan gua; hamzah ian.





p/s: aku rasa nak tubuhkan kelab pencinta doyan IIUM.
hihihihi.


Thursday, June 28, 2012

takde tajuk laaaa


assalamualaikum dan salam sayang.

actually, i love this part of supermarket! colorful and fresh!









p/s: taktaw nak post ape.
hahaha.


Wednesday, June 27, 2012

Monday, June 25, 2012

sebiji epal menjauhkan doktor


assalamualaikum dan salam sayang.


dop penoh jupo plop bunyi gini hok meroh pom ijo. selalunya 'an apple a day, keeps the doctor away'




p/s:  ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku.
new semester just begin!



Saturday, June 23, 2012

life is about problem


assalamualaikum dan salam sayang.

gambar takde kaitan.

kita selalu cakap kita susah sana, susah sini, ada problem sana, ada problem sini. tapi pernah tak kita fikir apa pula situasi orang lain? then, tolong laaaa bersyukur walau apa sekalipun yang kita ada pada tika dan saat ini sebab ada lagi yang lebih susah dan banyak problem sampai serabut hidup. hakikatnya, hidup kita masih lagi bernasib baik jika dibandingkan dengan mereka. itu lah sifat semulajadi manusia; mudah lupa dan sering merasa tidak cukup. walau bagaimanapun, manusia juga laaa yang kena ingat-mengingati antara satu sama lain.

dalam life macam-macam rasa ada. dan segala jenis rasa itu laa yang akan mewarnai life kita. pahit, manis, masam, masin semua dirasa. yang indah semestinya berbunga bahagia. yang pahit sedikit terseksa menderita. sebenarnya problem tu laaa yang membuatkan kita lebih matang tentang apa itu life. how to handle and how to solve. THINK, THINK AND THINK! 

takde sape yang pernah mintak problem hadir dalam life sebab problem sesuatu yang tidak menyenangkan. tapi dapatkah kita menduganya? takkan. dan oleh hal yang demikian, think rationally and face it! tak mampu nak face sensorang, cuba mintak tolong or share to somebody yang ko rasa selesa and trusted.

cakap pasal share to somebody, i just wanna share something that i think it is very useful. hmmmmmmm. not so useful, but it can be useful. just in my point of view, i think i love stranger. sebab stranger ni lagi memahami in about your sharing. even you just know him/her in a short time, but the relationship seems to be for along time ago. kita boleh share apa saje. kita rase selesa. kita rase lega. pastu, stranger ni lagi care selalunya. yuppppp. not denying that, it is harm to expose anything to stranger. so, just follow your heart. you can feel either you feel safe and comfort or otherwise.

enough with my nonsense babbling. take it or leave it.



................... i just need my friend last night. but no one to be with me. a little bit sad. out of blue, come a stranger from nowhere lending ears, 'lepak'ing and 'borak'ing with me till morning. thanx beb! i never thought to talk and laugh with you within my critical time. yeaaaahhh thanx a lot. and roger me if you need my ears in return.




p/s: stranger is homo sapiens too.






Friday, June 22, 2012

sayang Rasulullah, jaga sunnah Rasul

assalamualaikum dan salam sayang.


tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


alahaiiiii rindunya ruangan tazkirah. dah lama ter'miss'. sedih dengan diri sendiri. takpe. pasni kena ingat ye!(monolog dalaman kat diri sendiri)


Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.




credit to: Islamituindah


p/s: jom sama-sama beramal~~



Thursday, June 21, 2012

rindu nak main masak-masak...


assalamualaikum dan salam sayang.

boring boring. buntu taktau nak buat pe haritu. lastly, gua ngan hanim kuar pi carik perkakas bahan-bahan nak masak. shopping kat kedai ala-ala mak-mak pergi pasar. hahaha. maka, terjadi laaa aksi masak-memasak. boleh laaaaa setakat nak kalahkan master chef selebriti tu. haktuiiiihhhhh. berlagak nooooo.

cekodoq pisang on the way to masak.

maggi tomyam + telur mata

cendawan goreng tepung.

sup cendawan om nom nom

oppppssss. terbawak dapur laaaa. caner ni? hahaha.






p/s: kat rumah malas plak nak masak.
sbab nak makan masakan mak.
hihihihi.


Wednesday, June 20, 2012

Friday, June 15, 2012

gempar UIA ! : seorang lelaki negro cuba menceroboh masuk bilik gua!


 assalamualaikum dan salam sayang.


hari kejadian: Rabu, 13 Jun 2012
tempat: bilik gua; Mahallah Ruqayyah bilik D2.4

balik dari pasar malam, gua terus pi mandi and bersiap-siap sebab kejap lagi nak makan hasil tangkapan dari pasar malam. mula-mula plan nak pi makan kat cafe sambil tengok tv. tetapi memandangkan seperti formal dan tak dapat nak bersenang lenang, maka gua tukar plan B. gua ajak Kak Fatin makan kat bilik gua. boleh borak kencang sambil makan. lagi satu kitorang nak melantak buah nenas beli kat pasar malam tadi. kalo makan kat cafe caner? susah laaa nak mengadap kat situ. so, memang plan baik makan kat bilik gua.

makan-makan, kenyang-kenyang, kemas-kemas, kitorang pon buat lah hal masing-masing. gua nak pi bilik Hanim sebab memang rutin gua pi tido bilik dia. Kak Fatin pon nak balik bilik dia. gua pon takde laaaa nak gegas pi bilik Hanim. almaklum saja lah perut baru lepas kebuntangan kekenyangan. then, gua pon lepak-lepak jap sambil pekena facebook sebarang 3-4-5 like status orang. hahaha. pastu, kemas barang apa yang patut nak bawak. masa ni, memang gua tinggal sensorang. dua akak bilik aku dah kuar sebelum tu. pi kuar makan laaa tu. gua pon beraksi seperti kebiasaan di dalam bilik. tiada yang luar biasa.

dah siap, gua pon blah laaaa pi bilik Hanim. duk sana layan movie laaaaa. takkan nak study pulak masa cuti gini? study apekejadahnya kan? hahaha. tetibe tergerak hati nak pi usha fon dalam beg tadi. lupa nak kuar kan plak. tengok-tengok ada banyak miskol dari Kak Fatin. pastu ade mesej dari Kak Nurul dan Kak Fatin; "tanya gua ok ke tak? gua katne?" gua dah pelik. apasal plak ni? siap suruh kol lagi tu. adessssss. saspens gua! hoiii saspen laaa weyhhhh! mana tak saspens nya.

gua tanpa lengah, terus kol Kak Fatin. suara dia usah cakap laaa risau tahap memggegarkan sanubari gua.

kak fatin: cimot, katne?
gua: kat Asiah laaa. nape?
kak fatin: tau tak ade negro datang bilik ko?
gua: haaaa? bila? buat ape?

gua dah tak keruan. macam-macam persoalan yang ada sebahagiannya tak mampu nak luahkan.

kak fatin: tadi kak tiqah cuba nak kol ko. tapi dia takde no ko. dia nak soh ko jangan keluar bilik. lelaki negro tu macam gila.
gua: biar betul ni kak!! betul ke bilik saya?
kak fatin: ye betul. kak tiqah yang tengok. siap makcik security naik atas. tapi negro tu takmo turun. lastly, pakcik security terpaksa heret dia turun. itu pon, macam dah nak gaduh. pape cuba ko tanya kak tiqah. akak pon tak berapa nak jelas
gua: ya Allah! saya baru je kuar ni.

gua dah nangis sebab takut punya pasal. mana taknya. gua punya bilik kottttt!

gua: so, akak duduk ngan sape kat bilik?
kak fatin: sensorang laaaa.
gua: akak siap-siap. satgi saya amek akak. tido kat bilik member saya.

gua dah kalut. sarung je apa yang sempat.

sampai je. gua terus serbu bilik kak tiqah dulu. takde laaaa nak terus masuk bilik. nak tau cerita sebenar dulu. takut pon satu jugak sebenarnya. huuuuuuu.

maka ceritanya bermula gini laaaa.......

kak tiqah tengah iron baju. pintu bilik biar je terbukak. out of sudden tetibe je ade seorang lelaki negro muncul dan menuju ke arah bilik gua. kak tiqah cepat-cepat laaa tutup pintu. takut. pastu dengar laaaa negro tu ketuk pintu bilik gua dengan begitu kuat dan kencang. macam orang gila saja gayanya. seperti sedia maklum tiada sesiapa laaa kat dalam bilik gua tu. semua sudah keluar. lama-kelamaan, sabar sudah melebihi batasan setelah tiada sebarang respon. negro tu tendang pintu bilik gua sekuat hatinya. kuat tak kuat, gegarnya sampai ke bilik kak tiqah. then, kak tiqah and roomates bagi tahu dia yang tak boleh masuk kawasan sisters. masa ini laaa mereka cuba untuk hubungi aku, tapi tak dapat. dia tak peduli. pastu, kak tiqah report laaaa kat security. makcik guard naik atas soh dia turun, dia takmau. dia habaq mai yang itu bilik dia tahun 2008 yang lalu dan kedatangannya adalah untuk mengambil barangnya yang tertinggal. jadahnya barang tertinggal tahun 2008, baru nak ambil? gila ka hape? agak barang sem lepas pon, kalau tertinggal cleaner akan clear out semuanya. adehhhhhh. negro tu ketegaq jugak taknak blah dari situ. terpaksa laaaaa panggil pakcik guard naik atas. dia masih tidak hiraukan arahan daripada pakcik guard. akhirnya, terpaksa laaaa pakcik guard heret dia turun.

begitu laaa alkisahnya. masa gua on the way balik Mahallah Ruqayyah, memang ramai laaa security berkumpul dekat depan post guard. gua syak ni kes bilik gua tu laaaa. setelah dapat cerita tu pon, gua terus laaa pi bilik. sesampai bilik gua tengok Kak Ajun ade kat bilik duduk relax buat FYP. gua pon tanya laaa dia dengar kaaa? pastu beria laaa dia cerita pasal negro kena heret kat bawah tu. adehhhhhh. gua menjerit kat dia. "KAK AJUN, NEGRO TU MAI BILIK KITA!!" terkejut beruk Kak Ajun.sebab dia siap rakam aksi negro dan pakcik guard tu. aduhaiiii. Kak Ajun ooo Kak Ajun. pastu gua cakap laa tadi gua nak masuk rasa saspens je sebab kunci susah nak bukak. pastu kitorang berdua cek pintu and tengok daun pintu tu retak dan kunci tu macam berpusing sikit dan longgar. macam dalam gambar bawah ni.

habis pintu bilik gua.

ape lagi! rasa insecured laaa. kunci tak berapa nak sihat. gua pon pergi laaaa report kat post guard depan tu ngan Kak Fatin. pastu, tak pasal-pasal laaaa pulak kena pergi buat report kat main security kat main gate. aduhaiiiiii. katanya dah jadi kes polis pulak. memang ye laaa pon sebab masa gua samapai situ, ade dua buah kereta polis. dan masa gua nak cari tempat buat report ramai gila security guard kat situ. gua baru je nak tanya, pastu semua security tu dah tembak gua "dari Mahallah Ruqayyah ye?". gua ape lagi."ha'ah. bilik tu bilik saye". ahhhhhhhh sudah kecoh satu security tu. semua nak tau cerita. sepuluh orang tanya gua, sepuluh kali jugak laaaaaa gua terpaksa explain ape yang jadi. adehhhhhhh. macam-macam laaaa depa cakap.

"nasib baik laaa kamu takde dalam bilik tu. kalo tak tak tahu laaaaa."

"kamu ade affair apa-apa ke dengan negro tu?"

"mana kamu kenal negro tu?"

gua naik lemas daaaaa. ada laaa jugak gua balas macam ni. "masalahnya pakcik, tahun 2008 pon saya tak masuk UIA ni lagi. aduhaiiiii." geleng-geleng pakcik-pakcik dan makcik-makcik security tu. gua pon tulis laaa report. tapi report tak cukup strong sebab gua just the owner of the room. tapi diorang nak saksi kejadian. walau aku dah cerita apa yang berlaku, tapi report dari saksi itu penting. so, tunggu laaa akak jiran bilik gua tu mai tuk buat report.

lama jugak gua dan akak-akak tu menunggu keputusan kes tu. dekat pukul 12 malam jugak laaaa. lastly, diorang kata biarlah polis yang uruskan dulu macam mana. diorang suruh kitorang balik dulu. if anything diorang akan hubungi untuk tindakan lanjut. negro tu pon dah kena heret ke balai polis. katanya teruk jugak laa negro tu meroyan. sampai cam separuh mati jugak katanya. pakcik security cakap dia tu dari Mahallah Ali dan ade rekod mencuri laptop sebelum ni. 

alhamdulillah sehingga kini tiada apa-apa berita yang tidak senang sampai ke telinga. maksudnya semua sudah setel. harap sangat perkara macam ni tak berlaku lagi. dan cukup laaaa ianya terjadi pada bilik gua. jangan laaa orang lain pulak yang kena lepas ni. dan harapnya pihak security lebih peka dan melaksanakan pengawalan yang lebih ketat. dan sekali lagi syukur alhamdulillah kami semua selamat. tiada apa-apa yang berlaku ke atas kami dan tiada sebarang kerugian.


akhir kata,
memang bilik gua ye! bukan tipu ok! ada plak yang tak percaya plak kan.
buat apa gua nak tipu kan?



p/s:  entry ni memang khas untuk pengetahuan kalian.
sebab gua tak sanggup nak cerita banyak kali.


Tuesday, June 12, 2012

HAPPY 21st BIRTHDAY SADEK


assalamualaikum dan salam sayang.


you're my only lil sister!
we're really know each other.
each day with you makes me become stronger.
even sometimes we just like with stranger,
but we just can't be separated further.




may Allah bless you always sadek.
i really  you!
mmmmmmuahzzzzzzzz.



sonok laaaa kau dah dapat macam-macam hadiah.
gua lagi dah kasi hadiah  a few months in advance. kih kih kih.


p/s: sorry sadek for not being with you right now.
next raya kita gomol puas-puas naaaa.



Monday, June 11, 2012

it's mine; neither you nor you


assalamualaikum dan salam sayang.



"I don't ever like those who sell their daily story added with picture to impress others..... does your life is so common that you let others to know everything... so bloggers and netizens, give people information, not your life info." 


wowwwwwwwwww. memang gua sentap laaaa bila terbaca this statement. yeahhhh. You’re not specifically appointed to me. But I’m as a part of the bloggers would say "WHAT???" I’m never expecting that you would say it. Sigh. 

My advice is; just leave it, when you seems don't agree. I never ask you to read my story pon. And I never write on my blog for those who don't wanna read it. And actually, at first point of view I write it for myself. Just like Mira said, "aku ada public diary ni untuk ingatkan aku balik tentang semua ni in future nnt. Heheee.

And everyone has their own interests and tastes. so, why you have to condemn? I just love to write. She just loves to write. He just loves to write too. But you don't. Never mind. I even respect, since you have your own desires. hmmmmmmm. 



My last words, I never expect 'you' to read my babbling stories. 






p/s: thanks to my beloved readers. 
who're supporting my ups and downs. 



Sunday, June 10, 2012

cukup-cukup sudah, biar sampai di sini saja...

assalamualaikum dan salam sayang


ya. masa sepertinya tidak kenal siapa. berlalu tanpa tahu. tu laaaa. pejam celik pejam celik, berakhir lagi satu semester. sekejap saja kan. mudah-mudahan semestar baru kelak menyusul dengan result yang baik. hmmmmm. "4 tahun kat UIA???" semedang saja aku merungut. mak and abah pon tak habes-habes tanya perkara yang sama. itu laa dulu aku katakan 4 tahun itu sangat lama. sekarang almost 2 tahun pengajian aku di UIA ni kian selesai tanpa disedari. just wait another 2 years. tak sangka plak. tak lama dah nak habis. pastu grad, pastu kerja dan kahwin beranak-pinak. sekejap saja kan?

pada masa yang sama, kawan juga ada yang datang dan ada yang pergi sepanjang semester-semester lalu. dan begitu juga liku-liku, onak dan duri yang yang dilalui. setiap satu ada kisah dan pengajarannya yang mengajar aku untuk lebih matang.


dan tidak lupa juga. alhamdulillah rezeki aku sem ni macam-macam dapat. terima kasih tak terhingga kepada mereka yang senantiasa sayang akan daku.

1. thanks Kak Long. ni semua gara-gara dompet merah aku yang koyak rabak tu. huhuhu.
my new purse! tak dapat yang merah. huhuhu. btw, alhamdulillah.
2. thanks kawan. walau baru je berkawan, tapi dah macam 10 tahun berkawan. i do really love it.
a gift from friend of mine. comel kan? pandai dia pilih macam muka aku. comel.
3. thanks abah and anjang for realizing my wish to have a motor! seronok sangat. ye i'll work hard for everything. semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki ke atas kalian.
kawan pink panther. hehehe.


i'll miss my window!! the best shot of view here.


sampai di sini saja. berjumpa lagi pada semester yang akan datang. dan tak sabar nak masuk semester yang akan datang sebab nak cepat habiskan my study. hehehe.







pssssssssssttt..
lastly, dapat jugak jumpa KILA after entah bape tahun entah. namanya duk Perak sama-sama. tapi tak pernah berkesempatan nak jumpa. so, memang nice pi kenduri dia ngan Hamzah Ian, Li and Hanim.



p/s:  sedih tak dapat cuti.
ade kerja.



Saturday, June 9, 2012

lagaknya haruslah seperti pelajar yang tamat menduduki peperiksaan! hoooooooorayyy

assalamualaikum dan salam sayang



hamboihhhhhhhhhhhhhhhhhh. tajuk taknak kalah. panjang nak mapuih. koh koh koh.





p/s: boleh laaaa nak tido sampai lebam pasni.



Tuesday, June 5, 2012

insomnia

assalamualaikum dan salam sayang.



almost a month. yeahhhhhh. almost a month i'm being like a zombie crawling to get bed. unfortunately, rarely success. bila dah feeling je, mata pon dah steam, bantal pelok dah lemas kena pelok tapi selalu je laaaa end up ngan tidur lambat jugak laaaaa. sebab hari-hari sebelumnya pon lambat tidur. it such my biological clock being disturbed or in disorder condition.

seksa laaaa jugak. bila siang hari nak membuta saja kerjanya. dah macam batman pulak rasanya. semua gara-gara tak dapat tidur malam. bukan sengaja taknak tidur. tapi dengan assignment, quiz dan sebagainya yang berderet-deret macam semut meniti sebelum start exam haritu, memang sah-sah laaaaa aku membakar minyak di tengah malam (burn the midnight oil). adessssss. ni dah masuk medan peperangan lagi laaaaa aku kena membakar minyak dengan lebih gigih dan sakannya. usah cakap laaaa tahap sakannya. katil aku tu dah tak gaya katil. macam perpustakaan mini. penuh segala macam buku. so, ade feeling ke nak tidur ngan katil serupa gitu?

dan aku harap sangat laaa habis je exam 9 Jun ni aku boleh perbetulkan semula jam biologi aku ni. rasa diri ni dah tak normal sangat. malam berjaga siang membuta. tak elok kotttt anak dara membuta siang hari. aduhaiiiiii. sori laaa mak. anak mak ni tak senonoh betul. hehehehe.

okeh. walau papepon, strive for the last two papers!
  • Manufacturing Process 2 - 6 Jun 2012, 9:00 am
  • Math 4 (Probability & Statistics) - 9 Jun 2012, 9:00am

kepada member Engineering UIA yang masih berperang sama ngan aku, ayuhhhhhh! sikit je lagi ni!





p/s: okeh tinggal dua payyyper je lagi!


Monday, June 4, 2012

cerita bangang abang gua #4

assalamualaikum dan salam sayang.


mengantuk dohhhhhh. ye mengantuk sebab membaca. subjek membaca memang boring dan mengantuk-kan mata. sempat laaaa gua berangan dan tetibe terimbau kisah zaman muda-muda dedolu. arghhhh. macam laaa sekarang ni gua dah tua kerepot. perasan veteren kunonnya. cerita 2 tahun lalu mungkin. i'm not sure the exact time and date. yang pastinya kisah ini berlaku dalam kereta on the way nak balik rumah akak. dalam kereta tu ada akak, abang, adek, gua dan 2 orang anak buah gua; Deena and Dhani. jalan punya jalan dah penat maka menjadi fitrah pandai-pandai laaa pulang ke rumah. dan tanpa disangka-sangka kitorang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. memang tak sangka laaaa. dah laaa dalam bulatan plak tu. dekat satu jam sangkut dalm bulatan je! haishhhhh. geram betol. dah laaa kitorang sehelai sepinggang. takde bawak pape nak kunyah-kunyah nak minum-minum. sungguh stress dan boring. end up kitorang nyanyi sambil dengar radio. oh kitorang tu anak-anak buah gua yang nyanyi. yang gua dewasa ni borak-borak laaa macam-macam. dari satu topik ke satu topik habes diborak.

tengah borak-borak tu, macam-macam laaaa intonasi dan emosi yang terjadi. gelak laaaa. pastu terjerit sebab excited. dan dah menjadi kebiasaan akak or abang gua panggil gua Mot je in short. walau nama Cimot tu dah cukup pendek, tapi nak lagi pendek. entahpapenye laaa abang and akak gua ni. tapi gua tak kisah sangat pon. yang penting gua happy. keh keh. so, sambung balik cerita dalam kereta tu. maka, secara tidak langsung memang ade saja laaa dalam sesi conversation yang depa akan panggil gua for response sometimes.

"Mot, ingat tak ritu kita.... bla bla bla dab bla bla...?" 
"kan Mot? memang camtu bla bla bla bla...." 
"sama laaaa. tak caye ce tanye Mot.. bla bla bla bla...."

Mot Mot Mot again and again



tetibe je Deena...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"eh eh eh apasal ko ni Deena?" kata gua tak puas hati.


abang gua plak, "huh padan laaa muka korang. kah kah." cam ape jer abang gua ni kan. mentang-mentang yang cakap tu anak dia. adehhhhh.



and last sekali, nak terharu laaa sikit sebab ade orang tu suke sebut nama gua. nama cimot ni comel katenye! huh! sedap plak menambah maggi secukup rasa. hahaha.

thanx laaa awak!



p/s: can call me MOT in short.. hahaha.


Saturday, June 2, 2012

rezeki ALLAH itu luas; ada di mana-mana sahaja.


assalamualaikum dan salam sayang.

step by step ahead
masih memburu masa. masih kesuntukan masa juga. namun, tak dapat aku hindari daripada terus mencoret di dada ini sebagai luahan gelora perasaan. acewahhhhh. sudah! persetankan madah-madah yang tak seindah. ini cerita hari ni. serius aku sangat geram dan ketidakpuasan hati.

sister A: awak amek course ape?

me: ohh. saya amek engin (short form for engineering in UIA).

sister A: engin bukan susah ke?

me: nothing is easy in this world. walau ada yang senang, but you still need work on it.

sister B: nanti nak kerja jadi ape?

me: kerja ape? off course laaa engineer insyaAllah. and could be any kind of jobs.

sister A: eh, tak susah ke pompuan engin nak kerja nanti? bukan lelaki ke yang banyak.?

gua dah kurang senang dengan soalan-soalan bom nuklear dua orang sister ni. adehhhhh. gila macam racist pon ade. so, memang mengundang angin aurora laaa.(ade ke angin aurora? hantam saja maaaa.)

takkan nak mengalah begitu saja? adoyaiiiii. geram kotttt gua kena tindas macam tu. maka gua dengan yakinnya membidas...

me: hmmmmm.. tak kisah laaa engin ke ape. bila kerja nanti ikut laa rezeki masing-masing. ade setengah orang cgpa teruk nak mampos, tapi tup tup kuar je dari uni, pi interview terus dapat kerja. ade jugak yang dean list, best student and so on bagai, tapi menganggur tak tau nak buat ape. depends laaaa. how we are? good enough? well communication skill? confident? pandai-pandai laaa bawak diri masing-masing. dan lagi satu. rezeki Allah tu luas. ada di mana-mana saja. yang penting kita yang carik. and ada lagi satu. even, i'm taking engineering, doesn't mean i end up being an engineer. maybe i could be a designer, a writer or even a teacher? who knows? semua tu sebab rezeki yang sudah ditentukan. 

then, tetibe teringat plak one of alumni UIA kat Sabah pernah cakap;
"just keep your well known identity"

dari sekolah aku tak pernah menyesal dengan jalan yang aku pilih. mengambil jurusan kejuruteraan bukan lah satu kesilapan pada aku; tapi cabaran untuk aku. walau susah tetap aku tempuh. tak kurang juga senang jadikan pemangkin terus mara ke hadapan. so, kenapa harus takut dengan jalan yang dipilih? akhir sekali, nak cakap yang Allah dah menjanjikan ganjaran kepada hambaNya yang berusaha.




p/s: just believe in Allah.


Friday, June 1, 2012

MAR'AH SOLEHAH; ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki

assalamualaikum dan salam sayang

tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


really want to share something that really attracts me. yes! to my beloved sisters especially. this fact makes me keep thinking again and again. how am i? read again and again. then, i feel shame! 

"ya Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kehilangan nikmat-Mu, dari luputnya kesihatan yang Engkau kurniakan, dari pembalasan-Mu yang mendadak dan dari semua kemurkaan-Mu."

inilah yang ingin ku kongsikan dengan kalian; wahai wanita-bakal-bergelar-isteri-suatu-hari-nanti:

Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu
--------------------------------------------------------
1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.
2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.
3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.
4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.
5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.
6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.
7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.
8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.
9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.
10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.
11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.
12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.
13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.
14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.
15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.
16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.
17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.
18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.
19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.
20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.
21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.
22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.
23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.
24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.
25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.
26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.
27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.
28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)
29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.
30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.

Originally by : Syabab Musafir Kasih



renung-renungkan dan selamat beramal.




p/s: hey shima, teruskan kayuhan tu!
never stop!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...