alhamdulillah selesai sudah final exam semester ni. terlerai laaa segala kusut masai aku for three weeks already. hanya Allah yang tahu bagaimana resah jiwa ni setiap kali ada paper. dan setiap kali itu juga laaa aku akan call mak. setiap kali itu juga laaa aku mintak mak doakan aku supaya aku dapat jawab dengan tenang. setiap kali itu juga aku akan nangis after mak letak telefon. sebab aku sedikit sebanyak aku dah membebankan perasaan mak pulak rasanya. tapi itu laaa, aku nak mengadu pada siapa pulak? pada Allah sudah pasti, but i need someone and no one can challenge her. she is always the best comforter of mine. cukup laaa dapat dengar suara mak, aku dah rasa cukup-cukup lega. alahaiiiiii. aku rindu kat mak.
~THE END~
sebelum kejadian |
enough my sad sad story. cerita sebenarnya ialah WHAT A SMALL WORLD? coincidence. kebetulan. tak sangka pula. thats are the exact words could describe my entire story.
kisah bermula....
entah ke mana laaa si Hanim ni. aku mula resah tak tahu nak buat apa. nampak orang jual kebab agak menyelerakan jugak. tapi baru je melantak nasi. memang perut dah kibar bendera putih tanda surrender tak mahu diisi lagi. tak tahu nak buat ape, layan laaa jap langit blues. subhanallah memang chantek sangat. mendamaikan.
tetiba je, datang seorang wanita Arab tumpang sekaki duduk sebelah aku. salam nya ku sambut saja dengan mesra. kemudian dia pelawa plak aku makan roti kaya yang baru dibeli di kiosk barangkali. tapi aku tolak saja dengan sopan tak nak mengecilkan hatinya sebab aku benar-benar kenyang. dia pun, terus makan sendiri sambil merungut dekat aku yang dia tak suka kaya. dia ingat roti kosong je tadi. lalu diasingkan kaya daripada roti itu. aku anggukkan saja dengan perbuatannya.
lepas tu, bermula laaa sesi aku seperti ditemu ramah oleh wartawan. aku pon, taknak kalah jadi wartawan jugak. hehehehe. dan boleh plak dia cakap Arab dengan aku kerana disangkanya aku ni orang Arab species dia. padahal dah terang lagikan bersuluh muka aku ni macam orang Jawa pon ade. semuanya gara-gara aku berselendang dan berjubah hitam. tapi ye laaa plak, jubah dan selendang hitam kan pakaian rasmi mereka. begitulah tafsiran setiap orang terhadap diri anda adalah berbeza.
kitorang borak punya borak, hanim pon datang. doesn't mean our conversation ends. nope. bertambah rancak plak kami bertiga bersembang. dapat plak hanim paham laa sikit cakap Arab memang bertambah laaa dia dok kecek Arab pekat. yang mana paham ok laaa. datang part tak paham, kami berdua gelak-gelak.
oh lupa plak perkenalkan nama auntie tu Zahirah from Lebanon. dia bukan pelajar mahupun lecturer, tapi dia datang melawat Malaysia. lebih senang dia datang melawat anaknya yang merupakan seorang lecturer UIA. pastu kami pon tanya laaa apa nama anak dia. mengajar apa?then,
Sheikh Omar Muhammad (Lecturer of IRK)
eh macam pernah dengar. hmmmm. pikir punya pikir.....YES! dah ingat! aku pernah pergi Talaqi ustaz tu. beliau sangat bagus. and both of hanim and me memang adore ustaz tu. terkaku aku dan hanim seketika. tak sangka WHAT A SMALL WORLD? she is a mother to our ustaz Sheikh Omar. seronok sungguh dia tatkala kami katakan kami kenal dan pernah join Talaqi anak dia. dan lebih terharu apabila dia siap ambil nombor telefon kami berdua supaya boleh keep in touch next Talaqi on the next semester.
ya Allah, inilah yang dikatakan saudara sesama Islam. padahal kami baru saja berkenalan antara satu sama lain tak sampai pon setengah jam. tapi kami boleh berborak dan gelak-gelak macam jumpa member lama plak. terharu sangat! tatkala memeluknya sebagai tanda perpisahan aku dapat rasakan dia seorang ibu yang sangat baik. and no wonder how great her son is. gembira sungguh dia tatkala aku melambaikan tangan padanya. paling comel, siap layangkan flying kiss sepemergian kami. hahaha. hope to meet you again insyaAllah.
WHAT A SMALL WORLD?
geleng-geleng kepala.
p/s: rindu kat mak.
tu yang bertambah kuat terharu time peluk auntie tu tadi.
10 comments:
rindu bonda juga. ;)
kalau dpt kenal pak arab tokey minyak...
aku rasa lagi best....
huhuhuhuhu....
adakah ini jodoh?woahhh.*eh aku pulak yg feeling lebih.
samalah,rindu mak juga
seronokkan.. bila jumpa saudara islam sebegitu..
berbeza dengan orang islam bangsa kita..
bukan nak mengata.. tapi itu hakikatnya..
kadang2 duduk sebelah menyebelah pun tak ingin nak bertegur..
adusss.. peringatan buat diri sendiri..
Alhamdulillah.. pasti untie tu pun gembira tak terkata.. ^^,
*boleh ajar ceq bahasa arab lepas ni.. ;P
@hanaahmad
sama laaaa kita kan..
@Abang Jonni
ko nak minah arab ka??sini banyak yg cantik2..takut ko rambang mata je...
@ascil.punye.lah
jodoh plak..haha..ko ni ape daaa..
@si robot comel
call laaa dia..cakap kat ur mum u missed her..
@Faaein Talip Roy
yupppp..aku setuju ngan ko..banagsa kita ni kebanyakannya sombong..
bahasa arab aku pon fail..hahaha
Post a Comment