Thursday, October 27, 2011

murahnya air mata


lately, mudah saja air mata ni nak menitis. bangun pagi-pagi je menitis. lepas solat pon menitis. tengah dengar lecture dalam kelas pon menitis. aku cuba sedaya upaya untuk cover segala resah gelisah, gundah gulana dan sedih duka lara hati ini. aku sendiri pon buntu bilamana kesedihan yang melampau tu datang bertandang.

aku sebenarnya sedih mengenangkan mak aku. mak aku di rumah yang sarat menanggung bebanan perasaan dek fitnah oleh adik-beradik kandungnya sendiri. aku lagi sedih bila memikirkan aku tidak berada di sampingnya untuk mengharunginya bersama-sama. berat sungguh hati aku untuk pulang ke kampus mengenangkan semua ini. tapi perjuangan ku harus diteruskan.

bila perkara macam ni berlaku, memang benar ada orang cakap:

"there are times when strangers are like family, family are like strangers."

betul bebenor le tu. kali ni aku tak nafikan. keluarga sendiri yang tikam belakang.

aku hanya mohon semoga mak tetap terus tabah dan sabar. aku tahu mak sangat kuat! ya! mak sangat kuat! mak selalu pesan, bersabarlah walau dalam apa jua ujian kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan benar.

aku jauh. aku nak peluk mak nak mak rasa tenteram. aku tanya orang tertentu, dan mereka banyak yang nasihat doa lah banyak-banyak. so, aku rasa tak salah kiranya aku mohon kalian tolong aku berdoa bersama-sama. wahai member-member aku yang aku kasihi yang selalu sahaja bersama susah senang aku, aku mohon kalian doakan mak aku, keluarga aku senantiasa dilindungi dari angkara fitnah tu semua and the truth will reveal. doa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. dan mudah-mudahan Allah mengkabulkan doa kita semua.

yes, i believe DOA adalah senjata paling hebat.


p/s: terima kasih kalian semua.


14 comments:

Unknown said...

tuhan sedang berbicara dgn mu

Memori Kekasih said...

banyak2 kan bersabar...cube cari hikmah disebalik setiap musibah itu..insyaallah hati mu akan lebih tenang dan redha...

Paradise Gal said...

air mata bukan petanda lemah. fungsinya untuk mengumpul kekuatan buat anda.

misscoffee said...

shimaaa....
cm lme gile xjumpe ko..
Allah sentiasa bersama org2 yg sabar..

jules said...

ujian yg maha hebat dari ALLAH..
moga hikmahnya juga hebat..InsyaAllah
ASSOBRU MINAL IMAN!!

cimöt said...

@JIJI YU
ya..betol tu..menguji hamba-Nya sama ada kuat atau pun tidak..

cimöt said...

@Memori Kekasih
yaaa..itulah yg aku cuba lakukan..bersabar dan terus bersabar..

cimöt said...

@Paradise Gal
kekuatan yang paling dalam untuk digenggam..

cimöt said...

@ Nolie
yaaa..thanx nolie..

mai laaa bilik aq..

cimöt said...

@Julie Suhana
insyaAllah..sama-sama kita bersabar dan terus berdoa..

ctk said...

sabar ye..teruskan dOa....sush nk tutup mulut org, bia tuhan yg tutupkan..huhu

cimöt said...

@ctk
yes!!
tunggu je laa..kalo tak dibalas di dunia, di akhirat kelak..

Anonymous said...

entry ni simple n pendek..
fuh!
naseb baek sb gegelang mata aku ni dh rasa panas2..
kalo pnjang lg xtau r cane..
orang kuat,dugaan pom mstilah bukan yg biasa2..
so btuahlah sb mu lah orangnya yg DIA pilih utk jd kuat

cimöt said...

@poketkanan
alhamdulillah Dia sayang aku..aku harap diri ini diberi kekuatan dan kesabaran..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...