Friday, October 21, 2011

aku harap sangat kau mengerti

nampak aku kuat di SINI.
tapi aku lemah.
aku sangat lemah sebenarnya.
tidak seperti yang dijangka.
lain pula yang menduga.

aku harap sangat jalan yang ku pilih dapat dikongsi bersama.
namun sebaliknya.
aku sedar diri ini siapa.
manusia biasa yang turun naik imannya.

kau minta aku lupakan kau.
kau minta aku anggap kau sudah mati.
kau minta aku delete fb kamu dari friend list aku.
kau minta aku delete fb aku.
kau minta aku delete blog aku.
mengapa harus sampai begitu?

tak apa.
aku tak buang kamu.
tapi biarlah aku buang diri aku.
tapi maafkan aku, tidak sama sekali untuk delete blog aku.
inilah satu-satunya tempat luahan perasaan aku.
walau suatu ketika dulu pun, di sini juga tempat aku mengadu.
kerana adakalanya aku lebih selesa berbanding dengan mu.
kau tiada hak untuk itu.
sedangkan kau juga tiada hak atas diriku.
aku hanya milik-Nya.

kau tahu apa yang aku impikan?
aku impikan kau sokong dengan jalan yang aku pilih.
kau akan gembira untuk terima.
tapi aku silap jangka.
hati aku sendiri yang terluka.

diri ini,
jangan bersedih.
masih ada yang kasih.
kasih-Nya tidak pernah pudar.
sentiasa mekar terutamanya kepada hamba-Nya yang memohon.
ya. aku tidak sendirian.
aku masih ada keluarga dan teman.
yang sentiasa menyokong setiap langkah perjalanan.
cuma kekuatan
kesabaran
dan pegangan
aku jadikan sandaran.

cukuplah.
aku tidak mahu mengharapkan kau mengerti lagi.
mungkin kau masih belum mengerti.
mungkin juga ego menguasai diri.
semoga kau sentiasa dirahmati.

sekian.

Anas relates that, “We asked the Prophet ﷺ, ‘O Messenger of Allah ﷺ, shouldn’t we refrain from calling others to goodness if we don’t practice all good things ourselves, and shouldn’t we refrain from forbidding wrong things until we ourselves have abstained from all the bad?’ ‘No,’ he replied, ‘You should call others to goodness even if you don’t do all good, and you should forbid bad things even if you don’t abstain from all of them yourselves.’” (Al-Tabarani)

so, nak jadi baik tak semestinya terus jadi baik.
kayuh pelan-pelan.


p/s: bak kata kakak, i'm strong!
yes! i'm strong.

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

menjaga hati-yuvie dan nuno

chiLleD...!! said...

entry melekat ker...hehe

jules said...

yes you are!!

cimöt said...

@Anisa Hang Tuah
ye laaa kotttt..ade la sikit camtu..

cimöt said...

@chiLleD...!!
terpublish awal..huhuhu

cimöt said...

@Julie Suhana
yes! my sista!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...