yes! we do our best, but Allah decides the rest.
PERHATIAN! ATTENTION!
ini kisah benar seorang teman aku. bukan rekaan semata-mata. bukan cerita doktor cinta atau novel cinta yang aku cuba adaptasikan. oh tidak sama sekali. dan aku tak pernah terlintas peristiwa seperti ini akan terjadi pada orang di sekeliling aku.
**********************************************************************************
hati ini tiada siapa yang paksa. hati ini memang tidak boleh dipaksa-paksa. hati ini juga yang merasa. siapa tahu suatu hari nanti hati ini bisa kecapi nikmat cinta. tiada siapa juga yang sangka hati ini kecewa akhirnya. itulah hati. tiada sesiapa bisa menduga apa jua pengakhirannya. kita manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.
aku bukan lesbian kerana tiada hadirnya lelaki istimewa dalam kehidupan. dan bukan juga kerana lelaki yang tidak tampan aku masih bersendirian. tetapi aku belum bersedia untuk hidup berpasangan(couple). malahan, dalam sejuta kaum Adam di atas muka bumi ini tiada lagi yang bisa menggetarkan naluri keperempuananku. aku mahu mengejar sejauh mana impian yang bisa digapai. kalau boleh sehingga ke menara gading. aku nak mak dan abah tersenyum ke telinga melihat anak bongsunya berjaya di dunia insyaAllah di akhirat jua. aku redha dengan ketentuan Tuhan dan aku sangat yakin dengan jodoh yang sudah ditentukan. insyaAllah, tak ke mana.
itulah kuasa Allah yang tidak terjangkau dek akal fikiran. di saat aku bersendirian ini lah kau hadirkan seorang lelaki yang benar-benar menyayangi diri ini. dan dalam diam tanpa sedar rupa-rupanya lelaki ini sudah sekian lama mengenali diri ini. siap menyulam angan-angan untuk bersama. oh! orang dekat sahaja. tidak jauh rupanya. tapi yang mana satu ya? tak dapat aku bayangkan yang mana satu si dia. tidak pernah pula aku sangka diri hina ini ada yang sudi menghulurkan salam perkenalan. aku rasa tiada salahnya sekiranya aku sambut huluran salam si dia. tiada niat apa-apa. cukuplah sekadar bersahabat. tidak mahu menaruh sebarang harapan pada permulaan. orang kata biar kawan beribu, tapi kekasih hanya satu. so, kekasih yang satu itu datangnya dari kawan beribu. kenal hati budinya dahulu baru kita tahu. tak kenal maka tak cinta ye tak?
ta'aruf demi ta'aruf. tidak pernah jumpa tidak pernah berbicara. hanya kata-kata penghubung rasa. sebulan. masuk dua bulan. masuk tiga bulan. ya! dia lah yang tersemat di jiwa. di hati ini sentiasa bertakhta. aku tidak ragu lagi. kawan yang menjadi pengantara juga sudah memberi kata pasti. si dia bukan main-main dalam soal hati. tetapi serius mahu aku dijadikan isteri di sisi. cerita lalu benar-benar mengajarnya. kekasih hati bukan pada rupa secantik puteri, tetapi budi pekerti yang tulus suci, hati ikhlas tanpa rasa meninggi diri dan sopan santun hiasan peribadi yang sejati. aku pula terima dia seadanya walau indah khabar daripada rupa. kisah lama biarlah menjadi sempadan. tak perlu aku cerita di sini. hanya aku, dia dan Allah saja yang tahu. biarlah aku kenal kau yang versi baru.
dia lelaki yang kaya. bukan sekadar kaya harta, malah kaya budi bahasa. aku tak pandang harta itu semua, yang penting agama. bila mana dia lah yang bakal menjadi nakhoda. aku pula hanya perempuan biasa. tiada apa yang istimewa. cukuplah sekadar didikan agama yang diterapkan sejak kecil. pandai membawa diri walau ke mana jua. aku tak tahu apa yang menariknya aku pada matanya. itu lah cinta pandang pertama katanya. hahaha. sungguh kau memang pandai bermain kata. bisa bikin hati mana-mana wanita cair bak ketulan ais dipanah matahari.
hadirmu dalam hidupku benar-benar membuatkan hari-hari mendatang sungguh bermakna. terasa diri ini sungguh dihargai. aku sangat berharap kau lah yang pertama dan kau juga yang terakhir. tiada kedua mahupun ketiga. aku sayang kamu sangat-sangat. tapi aku pohon kemaafan kerana satu penantian. aku tidak bisa untuk melayar bahtera bersamamu tika ini. usia yang masih muda dan cita-cita masih di takuk lama. aku perlu lunas janji mak dan abah dulu. tiba masa dan saatnya kita pasti akan bersama.
ya. kau hormati keputusan aku. kau juga setia menanti. memandangkan niat aku yang suci. bukan untuk sesiapa. tetapi bakal mertua. arghhhhh. kau bercanda lagi. macam mana aku tak sayang kau? haishhhhh. kau bikin tidur malam aku tidak lena saja.
sedar tak sedar hampir setengah tahun juga kita menyulam rasa sayang. walau macam mana dugaan yang tiba, kita cuba tepis jauh-jauh dan selesaikan bersama. tiada masalah di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan. pokok pangkalnya kita perlu cari jalan penyelesaian.
ketika kasih bersemi. makin hari makin sayang. rindu padamu sering saja bertamu. tiba-tiba kau duga pula hubungan ini. ada satu perkara yang kau rahsiakan dari aku. kau tak jujur. alasan kerana kau takut aku akan tinggalkan kau kerana tidak dapat terima kelemahan diri kau. sama sekali aku tak boleh nak terima alasan kanak-kanak kau itu. sebab awal-awal lagi aku dah terima kau seadanya. sudah berkali-kali aku ingatkan kau betapa di dunia ni tiada manusia yang sempurna. hatta aku sekali pun.
aku tidak puas hati. aku desak dia agar beritahu perkara yang sebenar. sesudah itu dia mengalah jua.
"abang mengidap kanser tulang stage 3. dah lama. before kita kenal lagi"
apa? lidah kelu. hati beku. jasad kaku. kenapa aku begitu bodoh sekali? kenapa aku tak sedar dari awal lagi? maksud aku, kalo tahu lebih awal boleh aku sama-sama tolong untuk mencari ikhitiar. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan perasaan. setelah aku timbang-timbang dan flashback semua sms aku dan dia, baru aku perasan dia selalu cakap dia tak sihat, mc, pergi hospital. apabila ditanya katanya demam biasa sebab kena hujan selalu. walau hati rasa was-was, tapi aku perlu yakinkan diri. he's ok. but now, the fact he's not ok at all. Ya Allah. luluh sungguh hati aku saat dan tika itu. macam-macam yang aku bayangkan.
seusai itu, aku tak nafikan setiap masa aku akan fikirkan bagaimana aku tanpamu? mampukah aku? ya, aku tahu maut itu hanya Tuhan saja yang tahu. tapi bagaimana lagi harus aku tepis? sedangkan hakikatnya kau sememangnya sedang sakit.
setiap hari mendatang ku rasakan sangat perit. umpama aku menghitung hari untuk kehilangan akan dikau. ya maksudnya, terbit matahari hari ini umpama tiada lagi suasana itu esok hari. begitulah yang aku lalui tiap-tiap hari. ku teruskan tabah hati ini. aku cuba untuk berlagak biasa. aku cuba untuk kelihatan gembira di sebaliknya amat tersiksa.
untuk beberapa bulan. tiba-tiba kau katakan untuk mencuba satu ikhtiar. syukur alhamdulillah. lega sangat-sangat dan mudah-mudahan akan kembali normal semula. sebelum itu, kau meminta untuk berbicara dengan ku buat pertama kalinya. ya buat pertama kalinya. kerana sms saja penghubung bicara selama ini. tanpa sebarang penafian lantas aku terima. akan aku tunggu panggilan telefon daripada si dia.
pada 21 March 2010,
aku dikhabarkan,
itulah pengakhirannya. pengakhiran yang penuh penyesalan kerana panggilan telefon yang tak kesampaian. sungguh aku menyesal. aku telah silent mode telefon aku malam tu. entah kenapa. memang keesokan harinya aku lihat ada beberapa panggilan telefon antarabangsa. dan aku yakini itu adalah dia. dia sudah berjanji akan menelefon sebaik sahaja hendak memasuki dewan pembedahan. itulah sudah ketentuan yang aku tak berkesempatan untuk bersamamu.

"arwah sudah tiada"

kini,
segalanya tinggal kenangan manis buat aku. apa sahaja impian yang kita bina hanya mimpi yang tak kesampaian. adakalanya aku harap masa dapat diputarkan kembali. apa yang mungkin aku lakukan? aku nak minta yang perkenalan kita tak pernah terjadi atau wujud sama sekali. sebabnya sekarang ni aku tak dapat melupakanmu walau seribu yang datang serupa akan dirimu. cuma aku harap aku akan bertemu dengan lelaki sebaik mu. dan saat itu, aku akan cuba untuk melupakanmu. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu.

wahai teman, aku harap kau sentiasa tabah dan terus tabah. ya! aku tahu cakap senang, tapi nak melaksanakannya bukan senang.
p/s: tunggu sambungan seterusnya.
10 comments:
sabar..setiap kejadian ada hikmahya buat kita
serius sedaih aku baca.. mcm baca novel pulk pepagi ni..ni kisah benar kan.. Al-fatihah kepada arwah..
simpati kepada teman awk tu.. semoga dia dapat melupakan kisah manis dia dgn arwah, jika itu yg dia inginkan..
cam mana dah dia ok dah.. mcm tak puas hati la aku nak baca kisah dia seterunya..kot kot dia dah jumpa pengganti..
hurm mendoakan untuk dia.. semoga dia sentiasa tabah dan sabar.. moga Allah memberikan kasih sayang untuk dia
Bila sedih, menangislah...
kisah ini yang menyedihkan bukan part kekasihmu meninggalkan dunia ini, tapi pada part bila itulah buat kali pertama kau ingin mendengar suara dan itulah kali terakhir kau menerima panggilan telefon yang tidak kesampaian. itu kekecewaan yang dikesali.
hampir menitis air mata
ye takdir Allah kite tak boleh lawan
mati tu pasti
sedih
Tuhan pinjamkan bahagia yang sementara. Bertabahlah.
-------------- <<-- mulot ternganga . sebak pon ada . series , tak dapat nak bygkan cmane prasaan dy mase tu . hadoii :(
1 ID untuk semua Game
Newmember Bonus 10.000
Bonus Newmember 20%
Poker Freechips 5000 setiap hari
Bonus harian 20%
QQACE96 .COM
WA +62823-6229-3153
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui Lagi teratur perancanganNya...bersabarlah terhadap segala dugaan dariNya...moga ada hikmah yg tersembunyi atas segalanya.. Aamiinn
Post a Comment