Friday, August 19, 2011

APA ADA PADA NAMA?

hai, nama saya cimot.
nama awak apa?

pentingkah nama ni?
eh! siapa cakap tak penting sila berhenti membaca. sebab jawapannya nama itu sangat penting. kalau tak macam mana wujudnya pepatah Melayu "harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan NAMA". see! nama sangat penting kepada semua sebagai pengenalan diri. dan kita sendiri pun tahu semua objek dan ciptaan di atas muka bumi ini mempunyai nama tersendiri. misalnya langit, awan, bukit, air dan sebagainya punya nama mereka sendiri. cuba pula kita bayangkan semua benda anonymous? tanpa nama yang khas? atau mempunyai nama yang serupa? oh! aku rasa macam kucar-kacir sahaja dunia ni. boleh berperang gamaknya. makanya, memang Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Allahuakbar!

tapi susah jugak nak ingat nama ni. memang penyakit aku laa tu. sindrom susah nak ingat nama tapi lebih senang nak ingat rupa. nama saintifiknya barbosa jojoba. ok aku hantam saja tu. tak ada istilah khusus untuk penyakit seperti itu. ada sesape yang geng? tak payah mengaku sebab memang ramai yang di luar sana mengalami sindrom ala-ala bakal nyanyuk ni. aku pon tak tahu apakah sebab-musababnya. kepala aku memang susah betol nak lekat dengan nama-nama stok kenalan baru especially kalo pertama kali jumpa. mungkin gam gajah kat otak ni dah expired kena tukaq yang baru kot. takpon, rongga kat otak tu dah penuh ngan segala kerabat semut; semut hitam, semut merah, semut gatal dab semut queen. AKAN TETAPI aku jenis yang boleh recognise muka. tapi masalah jugak sebab bila nak panggil orang tu terpaksa la guna cara "HOI HOI" atau "WEYHH WEYHH". tak sopan langsung! tak pon aku pi depan muka dia dan lambai tangan kat depan muka dia jugak.

dah kata nama itu penting, maka ingat nama seseorang itu jugak penting. mengingat nama seseorang itu bukan sahaja penting untuk sekadar berkomunikasi tapi lebih kepada menjaga silaturrahim. bahkan dapat menimbulkan kemesraan kerana orang itu terasa seperti dihargai dan diingati. so, aku nak la share sikit ilmu di mana kita sama-sama dapat praktikkannya.

tips cara mengingati nama
  1. dengar dengan betul>fokus apabila sesorang perkenalkan diri. minta diulang sekiranya kurang jelas.
  2. sebut berulang kali>sebut nama orang itu beberpa kali di dalam perbualan.
  3. lihat kad nama>jangan terus simpan. sebaliknya belek dan amati dengan jelas.
  4. tuliskan nama>tulis nama ikut susunan ketika dalam perjumpaan misalannya.
  5. ulangi ejaan>ada nama yang pelik tu cuba dieja dalam fikiran berulang-ulang.
  6. kaitkan dengan sesuatu>kaitkan dengan nama artis atau tokoh tertentu yang kita sedia kenal.
mudah-mudahan kita boleh ingat nama sesorang itu dengan lebih mudah hendaknya lepas ni. semoga sama-sama kita aku dapat atasi sindrom barbosa jojoba. hihihi




p/s: ok apa nama saya?
masih ingat?

6 comments:

chiLleD...!! said...

owh..yeahh..ada geng rupanya..hehe..ingat muka senang tapi susah nk ingat nama..sesetngah orang lak berbalik..hehe

NAZ said...

cimot u kenal i tak? haha ingat taww

adrinaqamarina said...

hye cimot, nama saya qamarina :)


kte akan mudah ingat orang tu kalau dye banyak sangat benda yang ada kena mengena dengan kte.

cimöt said...

@chiLleD...!!
yeayeahhh..tp bahaya!
kena atasi jugak..

cimöt said...

@naz
ofkos la kenal..u member paling lama kat sini tau!!

cimöt said...

@adrinaqamarina
wahhh..awak ingat kite laaa..
yuppp..something related easily remembered..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...