Friday, December 31, 2010

YEAR END SALE

arghhhhh. tak perrlu aku explain panjang2. korang kan dah besar panjang. dah nak masuk tahun baru dah pon. so, lu pikir la sendiri.

p/s: aku tak shopping papepon tuk YES.
nonsense la.

CUTI BERMAKSUD LEPAK

apa lagi yang nak dibuat kalo sudah cuti. tidur, makan, guling-guling or gulung-gulung, bermalasan kerna cuaca yang agak dingin, lepak dan sebagainya. terima kasih kepada team bola sepak Malaysia kerna menang Suzuki Cup!! kerana anda semua kami semua cuti. kerana anda semua juga saya bisa pulang seketika merehatkan minda.


SELAMAT AKHIR TAHUN SEMUA


gambar akhir tahun dari gua




p/s: tahun baru sila bersamaku.
tahun lalu biarkan berlalu.

jom join ; BLOGLIST SHARA 2011


saper ni weyh?adek saper ni weyh?
oh, ni la adek angkat sebelah bapak ipar menantu mak mentua aku. ok takda kaitan. apasal korang cakap dia adek? adus. memang dasar baby face betul si shara ni au. hahahaha. dear shara sayang. arghhhh. hilang macho aku panggil sayang2 ni. abes tu dah dia sayang aku takkan aku balas dengan tuba plak kan. ok stop membebel. aku nak join bloglist 'adek' shara ni sebab tiada sebab. bak kata en blog awak "cinta tak perlukan sebab". hahahaha. jadi kesimpulannya tiada sebab. cuma seronok dapat kenal dan berkawan ngan ramai orang. and i'm really happy to know u. and i'm more happier if i'm in ur bloglist. thanks dear.

kategori: gadis idaman

p/s: shara sayang ni awek....
korang da tau kan..
tak perlu aku omong lagi.


Monday, December 27, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


bukan Y.E.S.! bukan Y.E.S.!
senang je. simple as easy as ABC. jom! terjah contest abang macho ni!


nak tag member lama ni MOHD NOOR QUIYYUM !

PERHATIAN!


Tarikh Tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:
1.1.11 jam 11.11 pagi

p/s: sesape yg berminat pon boleh join..



Sunday, December 26, 2010

HANYA UNTUKMU DINDA


kanda: dinda2, nak tak dengar kanda nyanyi??
dinda: serius ni kanda? khas untuk dinda?
kanda: iyalah. khas kanda tujukan tuk dinda. dengar ya wahai dinda ku sayang. dengar tau!


Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu di hatiku
Semua yang kau mahu

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa



p/s: ada tak mana-mana kekanda yang nak nyanyi tuk dinda??
dinda tunggu ni.
giler siottttt gedik ohh.



credit to LAH AHMAD for DINDA.

Saturday, December 25, 2010

AKU PERLU SENTIASA BESEMANGAT

kerja memang takkan pernah habis. hari ni punya dah selesai. lega sekejap. esok hari masih ada yang menanti. benda yang sama sahaja perlu dihadap. pokok pangkalnya diri sendiri sama ada hendak atau tidak, suka atau tidak suka. itulah yang dikatakan LIFE GOES ON.

macam aku ni belajar je la. belajar belajar dan belajar. lepas tu exam exam dan exam. habis sudah satu semester. enjoy kejap. tapi, masuk semester baru plak. kena la belajar dan exam lagi. so, buat dan jangan banyak cakap atau merungut. itu tugas ko!

ok! nak amek mood untuk buat assignment dan study!! next week banyak test and quiz!!

sediakan beberapa perisai seperti nescafe, 100plus dan yang paling penting ialah OREO!

then, khatam paling kurang 10 movie dan beberapa selingan karaoke.

daaaa penat. dan ngantuk.

bila nak study nyer. adoyaiiiiiii.

esok masih ada ye tak??

p/s: jangan aku rasa nyesal plak.



MACAM MANA MANDI WAJIB?


***Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.***

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


p/s: jangan cakap tak tahu lagi lepas baca ni.


Thursday, December 23, 2010

WORKSHOP OH WORKSHOP!!


ATTIRES:
  1. the students must wear attire with proper covering of 'aurah according to the IIUM dress code
  2. the students must wear safety green jacket and safety shoes
  3. do's and don'ts
  4. NO ONE IS ALLOWED TO WORK IN THE WORKSHOP IF THEY DO NOT ABIDE THE SAFETY GUIDELINES
and that's why i must to have have it! and now i'm having it!



first of all, thank to my bro Jimy sebab belikan my safety shoes! CEPAT PANTAS DAN TANGKAS! semalam aku order, hari ni dah sampai. hihihi. tak sabar da nak pegi workshop next week. yeayyyyyy. best nyer. macam-macam yang bakal ditempuhi. all those basic works in Engineering. turning, drilling, foundry, welding, lathing, wood working, milling and etc. kalau dulu setakat tengok buku, baca penerangan macam mana nak buat itu dan ini.so, time ni la pon nak aplikasi apa yang dah dipelajari kat sekolah dulu. experience sendiri pegang machines dan buat. pasti seronok. who wanna join me can come next Wednesday 8:30 am at workshop ok! hihihi

for your information, korang kena hafal semua selok belok dalam workshop ni supaya memudahkan kerja disiapkan dengan cepat. iyelah, satu projek kena siapkan dalam 2.5hours only ok. it is very short period. not enough at all if you are not mastering the place. ok here are some of the parts in the workshop.


ni tempat nak buat kerja kayu. any about kayu kena operate kat sini la.

ni plak foundry and heat treatment section. kat sini la nak buat acuan bagai tu. cairkan aluminium or any type of metals. then, macam2 bentuk boleh buat.


yang ade langsir merah ni plak tempat welding. sape yang nak selalu dapat main bunga api boleh la selalu datang sini. tapi serius aku cakap welding ni buat lu orang punye mata merah ohhh. aku selalu tengok abang aku buat kat rumah dulu.

p/s: nak bukak workshop sendiri la.
cewahhhhh.

Contest Di Mana Sahabat Baik Anda?


aku tengah giler contest sekarang. jadi sedia maklum je la. hal ini bermaksud aku tengah kekeringan idea dan otak tengah blank. so, ape kata fill in the blank with this such wonderful contest from a such wonderful adek Aisyah ni. baek korang join ok! contest ni bersempena birthday adek ni yg ke-16. baik hati sungguh dia nak kasi hadiah kat orang lain sempena Hari Jadi dia sendiri. terbalik pulak kan? anyway, anyone who interested to join can go here for details.

before that, i wanna wish you HAPPY BIRTHDAY AISYAH in advance!!


i'd made a lot of friends. but, the only two special star i could see among of them. nolie and hanim. they are shining my up and down brightly in no matter what. until now, i can't find any other friends such both of them. even a house of diamonds can't replace them. i love you so much ok! and my bff ever and ever.

ok! stop mumbling! gambar ni telah diambil lebih kurang setahun yang lalu. waktu ni tengah kecoh wabak H1N1 sedang menular dengan hebat sekali. then, kerana kami saling sayang-menyayangi, masing-masing nak hidup lagi, masing-masing nak kahwin dan masing-masing nak kumpul anak banyak, jadi kenalah mengikut saranan kerajaan tuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai cover mulut tu wherever and whenever. see! inilah yang dikatakan sahabat! sama-sama jaga kesihatan untuk masa depan! hahahaha.

"A friend is one who walks in when others walk out"
-Walter Winchell



p/s: korang pon sahabat aku juga..



Wednesday, December 22, 2010

Contest Cari Ayam



contest lepas aku dah miss. so, this time punye kontes aku tak nak miss lagi. bak kata pepatah. aku tak lah pisang berbuah dua kali. hahahaha. ekceli aku sekadar nak memeriahkan pak cik nih punye kontes sebagai tanda support. plus, rindu plak nak join kontes-kontes ni. tak ada niat menang pon(tipu la ko!)hihihi. ok papehal pon terima kasih sayang la Ayeem for this lazat kontes yawww. anyone who interested to join and wanna know the details you all can ambush here. ayohhhhhh sebelum tahun depan tiba ok!


aku cuba tembak kebabom ok!

kelabu:J
ungu:K
oren:I
hijau:M

Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana cuti sekolah sudah hampir tamat, so takut kena sunat.

sekarang aku nak cabar 3 pemakan ayam tegar:

p/s Ayeem: siotttttt arrrr ko!! kontes ko tak susah pon! tapi........




SUSAH GILER YANG MANA GILER PON TAK SUSAH.HAHAHAHA


p/s: join la korang.nanti dapat makan ayam.
serius aku tipu.


Tuesday, December 21, 2010

AKU MEMANG PENCINTA.........

a picture give me a lot of meanings. even a picture tell me a story. neither words nor sounds not needed. abah aku dulu seorang photographer askar wataniah dulu. banyak sangat album gambar hasil tangan dia sendiri. tangkap gambar sendiri dan cuci sendiri. pemandangan. potret. ragam manusia. macam-macam ada. aku rasa darah keGAMBARan itu memang sudah sedia mengalir dalam tubuh badan kami adik-beradik. jadi kami semua memang minat dan suka gambar termasuklah aku. aku memang seorang pencinta gambar. kalau boleh setiap detik manis masam pahit akan cuba aku rakam melalui kamera telefon cikai aku ni. tidak sah ke mana-mana tanpa telefon. bukan sebab nak SMS atau calling tapi kerna kamera! aku tidak punya kamera digital yang mahal-mahal tu apakan lagi DSLR. oleh itu, kamera telefon lah yang menjadi teman aku yang paling setia. aku bukan photographer professional. cukuplah sekadar memuaskan hati aku yang suka dan gila gambar. mungkin tidak cantik pada mata korang, tapi biarlah cantik kat mata aku sorang. inilah antara hasil jari si cimot!!

tadaaaaaaaaaaaaaaaa..



ini gambar dekat pantai Kuala Linggi, Melaka. it was sunset!! dalam banyak-banyak gambar, inilah gambar yang paling aku sayang. i called it a magical picture! how? why? sebab gambar ni diambil dari dalam kereta dan ketika kereta bergerak. i just click click and click. and this is one of those pictures. macam tak percaya.


aku sangat tak sangka ada tempat sedemikian rupa di Malaysia. pada pandangan mataku, ia sangat cantik! aku suka sangat dengan warna-warna coklat tanah. nampak tua, lusuh dan buruk tapi sangat antik pada mataku.



dari celahan rimbunan padi. waktu ni padi belum terbit masak lagi. masih hijau. sehijau daun.



bayangan padi pada permukaan air.



dari pandangan bawah warna bilah-bilah daun padi nampak berbeza sedikit. itulah keunikan gambar. satu objek boleh dapat lebih daripada satu gambar yang berbeza dari arah yang berbeza.



on the way balik hostel. first time aku tengok jalan kosong. dan first time juga aku tengok lampu jalan tu nampak cantik tersusun walau sudah beribu langkah aku menyusuri jalan tu. hahahaha.



awan komulonimbus yang ala-ala gula-gula kapas. sedap! aku sangat suka dengan warna langit. cantik! warna langit tidak akan pernah serupa dan kebiruannya sungguh luar biasa. setiap mata yang memandangnya pasti akan merasa tenang walau hari tika itu berbahang.



air terjun kontot di Sungai Pisang. best sangat berkelah kat sini. tapi kena pergi awal pagi sebab memang ramai orang ohhh.



pemandangan waktu subuh gajah orang-orang tua cakap. gambar ni aku tangkap 2 hari yang lalu dari jendela bilik aku di tingkat empat. aku suka sangat pemandangan jendela pengubat jiwa di kala berduka lara. =P


p/s: teringin nak ada DSLR.
mimpi saja laaa.


Monday, December 20, 2010

PUDING ROTI MARBLE

sudah sekian lama aku ingin mencuba buat puding roti ni. sebab ada orang tanya aku dan siap suruh belajar buat lagi. tapi sampai la ni tak kesampaian lagi. dan baru la ni aku berkesempatan nak google resepinya. google resepi je ok! buat entah bile. tunggu aku balik rumah la. tapi suruh mak yang buat. hahaha. tapi kali ni aku nak buat sendiri sebab resepi dia simple and small the pieces la. jom! kita try buat sama-sama. arghhhhh. tak sabar aku nak balik rumah.

ok! inilah dia resepinya. korang boleh lah jenguk kat http://www.myresipi.com ni. banyak resepi yang menarik boleh korang tahu dan cuba buat. tapi aku tidak betah duk kat situ lama-lama. bikin gua punya perut lapar tak tentu pasal. hahahaha.

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!


p/s: selamat mencuba kepada aku!!
tapi korang yang anak dara tu pon mesti cuba!

Saturday, December 18, 2010

GUA SUDAH DAPAT BASIKAL



OK!!ini bukan basikal aku. abaikan saja anak buah aku si Deena bersama skuter dia tu. apa pasal aku seronok sangat dapat basikal? oh! memang sudah sekian lama aku nantikan kehadirannya di sisi ku. huhuhuhu. akhirnya impian aku sudah terlaksana. petang tadi abang aku hantar basikal tu. tak sabar rasanya nak pergi ke kelas naik basikal. hihihihi. semester 1 aku masih boleh bertahan pergi ke kelas yang amatlah jauh tu naek car(ka)ki. fuhhhhh memang tak sempat langsung lemak nak bertempek di tempat-tempat sulit selulit. itu lah rahsia slim melim aku. jalan berbatu-batu setiap hari. kalau bernasib baik dapatlah naek shutter bus. huhuhuu

dengan kehadiran sayang aku si pink panther petang tadi dapatlah meringankan sedikit sebanyak kesulitan aku. antaranya:

  • sebelum ni kalo nak ke kelas kena bersiap setengah jam awal. tapi dengan adanya sayang aku si pink panther, 10 minit pon sompat untuk bersiap. penambahan waktu tidur di situ ya! ha ha ha
  • sebelum ni kalo sampai kelas tercungap-cungap macam nyawa-nyawa ikan ja kerana rushing lambat bangun. tapi dengan adanya sayang aku si pink panther, samapai di kelas boleh la bernafas kelegaan sikit sambil tersenyum ala-ala kambeng.
  • sebelum ni belum sampai kelas baju aku dah nak basah lenjun dengan ketiak dah nak hangit mucuk-mucuk masyum gitu. yewwwwww. tapi dengan adanya sayang aku si pink panther, aku masih merasakan diri ku seperti baru keluar dari bilik air sesegar berbau Lifebouy.
  • sebelum ni aku tersangat yang amat malas hendak pergi ke kelas malam. tapi dengan adanya sayang aku si pink panther, aku pasti rajin dan bersemangat nak pergi kelas malam. kalau tiap-tiap malam ada kelas pon takpe. (terlebih rajin la pulak)
  • sebelum ni life aku sangat lah boring di kal hujung minggu kalau tak balik rumah. buntu tak tahu nak buat apa. tapi dengan adanya sayang aku si pink panther, macam-macam aku dah plan nak buat di kala weekend. perkara pertama aku nak buat ialah aku nak jadi spy. aku nak selidik semua selok belok jalan dalam UIA ni. yang paling penting aku nak discover jalan short cut kalo kelas aku jauh-jauh belaka.
kesimpulannya, banyak lah advantages yang aku dapat dengan basikal ni nanti. oleh itu, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih sayang yang tidak terhingga kepada my brother. love you bro for that really nice pinky bicycle. i love it so much ohhh..

soooooooooooo pink yawwww..

p/s: ada sesape yang nak tumpang?


Thursday, December 16, 2010

TEMPEK MENEMPEK


"adoyaiiiii. hujan la pulak."

"fuhhhhhhhhhhh. panas giler hari ini."

hujan salah. panas pon salah. jadi yang mana betulnya? astaghfirullah. berdosanya menyalahkan kejadian alam ciptaan Allah. cubalah bersyukur. aku lah tu yang tak henti-henti merungut. Allah tu kan Maha Adil. memang semua yang ada di dunia ni sudah dipasang-pasangkan. ada lelaki adalah perempuan. ada siang adalah malam. ada tinggi adalah rendah. ada besar adalah kecil. begitu juga sejuk pasti adanya panas. tetapi manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki. malah meminta-minta agar dilebihkan lagi. benarlah seperti hadis riwayat Ahmad yang berbunyi begini:

'siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.'

hendak dikatakan manusia tidak berakal, namun itulah hakikatnya yang manusia adalah satu-satunya makhluk Allah yang diciptakan paling istimewa dengan kurniaan akal fikiran. akal fikiran yang bisa bedakan yang mana baik atau buruk. akal fikiran yang digunakan hanya padaNya. tetapi kerana akal bertakhtakan nafsu, hilang semua arah yang dipandu, entah ke mana hilang arah tuju.

tidak malukah kita sebagai manusia yang punya akal fikiran tapi bodoh bangangnya mengalahkan binatang? ayam, lembu, kambing, itik, kucing dan sebagainya sudah memang sedia maklum yang mereka adalah binatang yang punya otak tapi bukan fikiran. walau macam mana buruk sekali pun perangai atau tingkah laku mereka itu adalah kerana memang mereka tidak berfikir.

tapi satu benda saja yang menyebabkan aku rasa malu dengan binatang ni. binatang tidak pernah memberontak atau merungut.bila masa aku dengar binatang merungut ea? contoh binatang depan mata aku ialah kucing-kucing busuk aku niha. hujan ke panas ke ribut ke banjir ke tak pernah sesekali mereka kecoh macam aku. kalau panas, mereka berteduh di pohon yang sejuk atau tidur dalam rumah dan melepek atas lantai yang sejuk tu. kalau hujan, pandailah membawa diri masing-masing mencari mana-mana kain atau tuala buruk kat luar rumah sebagai selimut memanaskan badan. kalau tak ada tempek menempek lah kerja mereka untuk mendapatkan haba(macam dalam gambar depa kat atas tu).

kesimpulan yang boleh aku simpulkan hari ni ialah segala yang diciptakan Allah itu ada hikmahnya. hujan itu pembawa rezeki. matahari itu penyinar bumi. oleh itu, sama-sama kita bersyukur padaNya Tuhan sekalian alam.

p/s: tetiba saja terdetik.



REMPIT PART 2


gambar jalanan yang tiada sangkut-paut dengan my story-telling okeyh.
hailaaaaa.dorang lepak2 kat pondok tu plak ker??sambil lambai-lambai tangan.oh damn!omaigod!lepak kepala hotak kau.Jamat (bukan nama sebenar) la kau.tu kat depan yang kuar dari pokok Marry Krismas tu.adoyaiiii.dalam sekolah pon ada roadblock jugak.aku ingat JPJ dengan polis je yang suka buat sekatan jalan.habeslah kena OPSIKAP or wateva OPS.

"ha!turun!turun!hei, siap naik bertiga lagi!tongkat motor tu.mari sini!"

adus muka dah panas macam ekzos motor dah time tu.member aku yang dah cukup balun hentam keromo motor tadi terselamat lah mereka.apalah nasib kitorang.memang betul lah perumpamaan malang tak berbau.kalau tak dah lama cabut awal-awal.

motor 1=2 budak
motor 2=2 budak
motor 3=3 budak iaitu aku
total=7 budak

7 wonders!!chantek laaaa.lebih chantek kalo tak dapat amek SPM!padan muka kau!mula-mula geram jugak.apalah yang nak kecoh sangat kalau setakat ronda-ronda naek motor kawasan sekolah.bukan ada orang laen pon.only us, the SPM candidates.adoyaiiiii.terima je la padahnya.Mr Kamaluddin pon ade jugak time tu.Jamat pulak dah menyinga dengan perangai kitorang.arghhhhhhh.nak enjoy tukar jadi stress plak.pom pang pom pang kena sembur kena bebel and lastly mintak nombor telefon rumah setiap sorang.apasal plak nih?tup tup Jamat kata dia nak hantar kitorang balik rumah.WAT THE FOOD?ohhhh.ridiculous okeyh.

pada mulanya semua buat muka stone je kena lecture.then, secara automatik menangis meroyan tak tentu pasal memujuk merayu minta diberi belas kasihan. kitorang sangup buat apa saja janji tak balik rumah. mak aku tak kisah sangat sebab rumah aku dekat je. tapi kesian dekat member yang duduk jauh la. kesian dekat mak bapak diorang.

rayu punye rayu punye rayu.pujuk punye pujuk punye pujuk.lastly, tak payah balik umah. horaaaaaaaay. akan tetapi sebagai galang gantinya kitorang kena denda la. adusss. parah jugak la. tahu kitorang kena kawad jepun dari pondok jaga sampai balik ke asrama. kawad jepun betol2. don't play at all.perghhhhh. klakar giler rupa serta gaya kitorang yang lepas nangis dan kawad!sampai depan asrama tengok diorang tengah sedap melantak BBQ.damn!!Cekgu Azhar dia gelak-gelak tengok kitorang. oh! sakitnya hati. dia plak bley plak nak sedapkan hati aku cakap air asam cicah aku tu sedap la. ntah apa-apa lagi la. tapi sori la cekgu. pujian anda tidak berbekas di hati ini tika ini.

mana plak Jamat ni?dah lama terpacak depan asrama ni.dia plak tak muncul-muncul. adusss. then, tak tahan da kitorang pon dihidang minum and makan kat situ oleh member2 yang lain.tapi tak berapa nak masuk kat tekak time tu. paling tak boleh blah sampai ke sudah Jamat tak ingat pon kitorang. Cekgu Azhar yang suruh kitorang masuk asrama sebab dah lewat malam. macam tu je??

memang asbestos la kena kawad jepun tu.lalalalala.gua takkan lupa moment paling indah ni.

p/s: i miss u ol my dear members 7 wonders!!


Tuesday, December 14, 2010

BERSENANG-SENANG DAHULU


well, the new semester just begin.there is no class starting already.introduction and some 'motivational talk' during first class.hahahaha.so so so boring.

nampaknya pepatah
"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
tak boleh pakai buat masa ini.sekarang memang boleh relax, makan2, ronggeng2 and gosip2.tunggu la kelas dah mula nanti menggelabah tak tentu pasal.rasakan tak cukup tanah untuk dijelajah.tak cukup segala bukit nak didaki.tak cukup langit untuk memayungi diri.ohhhhh.

walau bagaimanapun, aku bersemangat sangat nak belajar dengan lebih gigih untuk semester yang baru ni.harap-harap bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam la hendaknya.come on babe!!let bygone be bygone.


p/s: nak carik 2nd hand book.
anyone?

Tuesday, December 7, 2010

KISAH MEREMPIT HAMPIR MERAGUT SPM AKU


aku dah buat keputusan nak merempit je la.merempit secara berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.kalau bosan aku naik lah basikal sambil menikmati udara segar.punya bersemangat waja la aku ni waktu form 4 aku dah ada lesen motor.tapi sebulan sekali je aku dapat merempit.almaklumlah orang duduk asrama lah katakan.sebulan or dua bulan baru dapat terjengul muka balik rumah.hahahaha.

cakap pasal merempit ni.mmmmmmemang bahaya la bunyi kedengaran di telinga.so, aku nak nasihat kat adek-adek sekalian yang belum kenal apa itu erti rempit tok sah la sibuk-sibuk nak
tahu.BAHAYA.INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.kepada yang sudah akil baligh tak
payah la aku nak membebel habaq mai "jangan merempit" berkali-kali kerana anda sudah sedia maklum boleh membezakan yang mana buruk dan yang mana baik.lu pikir la sendiri.

merempit bahaya!memang bahaya!nasib baik SPM aku tak lingkup.aku memang tak boleh lupa la kisah merempit ni.arghhhhhhh.bittersweet memory la tuk aku dan member-member.baiklah.kisahnya bermula begini....

once upon a time, ketika zaman muda mudi aku dulu.saat-saat getir menghadapi sisa-sisa saki-baki perjuangan alam sekolah menengah.bak kata orang dulu-dulu "peperiksaan besar".jiwa penuh semangat berkobar-kobar.keterujaan tamat zaman persekolahan.oh!!aku yakin korang semua rasa apa yang aku rasa.

semuanya 10 subjek.kepala aku memang saja yang kebal sebab tak botak.lalalala.8 kertas sudah aku lunasi dendam kesumatnya.tinggal lagi 2 kertas bakal ditempuh minggu berikutnya.oh!hujung minggu mesti diguna sehabis dan sebaik mungkin.jom party la!!!aku dan segerombolan buat bbq malam weekend tu sebagai jamuan perpisahan.ntah bila dapat jumpa lagi after SPM.macam biasa Pak Abu jadi mastermind.tak grand pon party nyer.buat depan aspuri je.bayar ntah berapa hengget aku pon tak ingat dah.segala rencah dan bahan Mak Cik Ita yang setelkan.aku plak tolong buatkan air asam tuk cicah dan makan.

nak tunggu ayam-ayam tu terbakar bukannya sekejap.buat air asam plak small the pieces je.keletang-keletung aku dah siap.tadaaaaaaaaa.so, kerja aku dah setel.arghhhh.nampak motor Pak Abu dah kena rembat.aku pon dah tak ada kerja.then, tunggu turn la.bagai orang disorongkan bantal.tak lama lepas tu datang sorang lagi pak cik guard dan Cekgu Azhar yang join party kitorang.secara automatik motor dah bertambah jadi tiga.yahooooooooooo!apa lagi peluang keemasan di depan mata.aku naik bertiga sebab masing-masing kecik molek.Pipah tukang bawak, aku duduk kat tengah and blakang sekali Intan.vrooooooooooooooooooooooommm.ronda-ronda pusing sekolah la.

vroom sana vroom sini.dewan.flat guru.rumah pengetua.lalalalala.memang tak ingat dunia la.siap nyanyi-nyanyi sambil diiringi lagu dari handphone.alamak!kantoi di situ membawa barang larangan.shhhhhhhuuhhhh.pusing sekali.pusing kali kedua.pusing lagi.dan tengah-tengah syiok seronok mahsyuk hendak membelok agak2 macam nak cecah lutut konon di selekoh tajam depan pondok jaga hendak ke dewan besar tetibe muncul.....opocottt!!

adoyaiiiii..penat laaa..esok la aku sambung..


Monday, December 6, 2010

I DON'T LIKE PEOPLE TALKING ABOUT DRIVING CAR



aku ni namanya ada lesen kereta tapi jarang yang amat jarang la nak sentuh stereng kereta tu.aku rasa dalam tempoh 2 tahun ni baru lima kali aku drive kereta.punya tulus suci niat aku mula-mula amek lesen kereta dulu konon nak tolong pada waktu kesusahan atau terdesak kena drive.namun, angan-angan mat jenin je la.

"pi la bawak keta tu"

nak bawak apa kejadahnya kalau dah lama tak bawak.ishk3.buat aniaya diri sendiri je.kalau aku sorang je mati takpe.kalo orang lain yang mati??haru.itu yang aku tak nak!!

"suruh ar cimot drive"

suruh drive. suruh drive. tapi tak pernah kasi drive pon.mana nak kasi, takut jahanam plak.almaklumlah dah lama tak bawak.

"biasa-biasakanlah bawak takut lupa terus"

macam mana nak biasa kalau tak pernah beri kesempatan.lagi pun bukan kereta aku sendiri nak memandai-mandai je bawak sesuka hati.

so, alternative way yang aku ada merempit je la.itu je yang aku pass.and aku memang agak menyampah dan sensitif sikit bila orang cakap pasal dialog-dialog seperti di atas.tak nak drive kereta dah and aku rasa macam memang dah tak ada mood nak bawak kereta.kecewa.harap maklum.

p/s: aku merempit secara berhemah ok!!


HAPPY BESDAY YOM!!


tak tahu nak merepek kerepek merapu kerapu apa hari ni.nak heboh pasal results aku kuar hari ni tak ada mood plak.beribu-riban kali aku try check tak boleh bukak juga.busy giler server UIA nampaknya.nak masuk daftar next sem nanti baru aku check.hahahaha.
so, apa kata aku promote member aku sorang ni la.Mohd Nor Quiyyum bin Mt Jamil nama bapak dia beri.ok siapa dia yang sebenarnya?aku tak berapa kenal sangat pon member aku ni.cuma kitorang satu kelas time form 4-5.sama-sama amek aliran sains teknikal.sama-sama tak suka biologi la kot.tapi serius aku cakap mula2 aku tak berapa nak kawan dengan budak ni because orang cakap dia budak jahat dan banyak masalah.itu la. ini la.arghhhhh.malas aku nak amek kisah sangat.tapi 2 tahun aku satu kelas dengan pak cik ni aku rasa dia ok jer cuma nakal budak membesor.hahahaha.jangan marah aaaa.sepatutnya kitorang sama-sama masuk UIA.tapi dia dapat offer pegi Germany pula.so, dia bye bye ja la kat aku sorang-sorang pi masuk UIA.namun kehidupan ibarat roda.ada kalanya berada di atas tiba masanya di bawah pula.rezeki dia kurang baik untuk sambung belajar ke German tak kesampaian kerana tak lepas sikit je.memang Malaysia nak ko duk kat sini la rasanya.tapi Allah dah tulis semua tu.sekarang member aku ni kat UNITEN meneruskan perjuangan ENGINEERING sama macam aku.dah lama tak contact budak ni sebenarnya.tapi tak sangka member aku ni pon minat blog.pegi la usha belog dia ILUSTRASI DARIPADA QUIYYUM yang ramai peminat gitu.

sebenarnya HAPPY BELATED BIRTHDAY QUIYYUM!!!mudah-mudahan penambahan umur lebih mematangkan diri ko.not just a year older but a year better.semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam mengejar cita-cita di dunia dan akhirat dan aku nak mulut aku ni masin cakap semoga ko jadi ehem ehem dengan kawan pompuan ko tu.hihihihi.nasi minyak pleasssssse.


p/s: quiyyum: birthday aku jangan lupa weyh!!

p/s: arghhhhhh
results aku macam mana ni??

Saturday, December 4, 2010

BERTUAHNYA AKU

aku ada banyak mother and father.aku ada mak dan abah.they are my biological parents.dalam masa yang sama aku ada ayahanda dan mak.mereka pula adalah ibubapa angkat aku.

seronoknya aku rasa.bertuahnya aku rasa.aku sepatutnya hargai semua nikmat yang Allah kasi kat aku.tak semua orang ada apa yang aku ada.dan tak semua yang orang lain ada aku pon ada.oleh itu, hargailah orang yang tersayang.berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada.dan sayangilah mereka sepenuh hati.

sempena ini aku nak ucap
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-40
kepada mak dan abah.


sedap kek carrot and almond ni..yum yum yum.


aku pon tak faham kenapa abah buat muka lagu tu.


p/s: pasni bila plak nak dapat mak and ayah mertua ea..
hehehehehe..


Tuesday, November 30, 2010

THE ONLY EXCEPTION-PARAMORE



lain dari yang lain.aku rase ni la lagu PARAMORE yang bernada melankolik jer bila dengar.selaloo nyer menjerit tak sudah.i like laa The Only Exception ni.jom layannnnnnnnn.

When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it


And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love
If it does not exist



But darling,
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception



Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways
To make it alone
Keep a straight face



And I've always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now
I had sworn to myself that I'm
Content with loneliness



Because none of it was ever worth the risk



Well, You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception



I've got a tight grip on reality
But I can't
Let go of what's in front of me here
I know you're leaving
In the morning, when you wake up
Leave me with some kind of proof it's not a dream



Ohh---



You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception



And I'm on my way to believing
Oh, And I'm on my way to believing


p/s: this song dedicates to those love PARAMORE.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...