assalamualaikum dan salam sayang.
this entry had been written a year ago! taktau pa pasal tak post! hahahaha.
10 February 2013
dah nak abes bulan satu tahun baru. dan baru inilah gua nak menulis pasal wishlist. takpe. takde kaitan sangat pon ngan tahun baru. gua bukan laaa orang yang berada, punya banyak uwang tuk punya wishlist every year. nggak dong. jadah gua berdialek indon. hahaha. tapi serius gua ade wishlist tapi yang seumur hidup laaa. kalau setiap tahun, gua akan cakap target.
dalam hidup ni, banyak sekali angan-angan, impian, cita-cita dan kemahuan yang ingin kita penuhi. termasuk laaa jugak gua. macam-macam yang gua inginkan dalam hidup ni. sebelum merapu lebih jauh, ukhrawi laaa yang paling utama dalam apa jua cara sekali pun. tapi gua nak sebut pasal duniawi je sebab duniawi setiap kita berbeda. ukhrawi kita semua sama; ila jannah.
so, ape wishlist gua?
dalam tempoh Allah masih panjangkan usia, gua nak................
- nak amek lesen motor dan kereta guna duit sendiri.
; lesen motor mak support, tapi lesen kereta alhamdulillah tercapai. masa tu gua kerja gigih betul sebab nak kumpul duit. DONE!
; DONE! alhamdulillah dapat jugak akhirnya atas bantuan perkongsian adek gua. sangat puas hati dan berbaloi-baloi. memang rezeki gua sebab member tu jual bukan calang-calang DSLR dia; condition tiptop and i got almost 50% less from the call price. not just a body, but include all sorts of accessories. betol orang cakap "alang-alang terus amek yang bagus." bukan setakat bagus, tapi memang terbaek.
; DONE!
pergi Sabah tahun lepas. that was the first time i was boarding the flight. fuhhhhhh. not bad sebab gua tak laaa gayat and mabuk ke hape. but i did more interested travel by bus. hahaha.
; seems cannot happen. sebab mak abah macam tak berapa nak menggalakkan. awat gua gataiii sangat ni? bak kata mak gua; "kawen awal bukan sebab gatai, tapi jodoh.". so, kalau ade jodoh memang gua nak kawen mase belajar. sebab ape? next>>>>
- nak bawak hubby and baby mase konvo.
; sweet kan? ni gara-gara gua suke stalk gambar konvo senior. ade satu senior tu dia konvo sama-sama ngan hubby and anak dia dah umur 2 tahun. sangatlah sweet! time photo session, depa bergambor bertiga beranak. ahhhh comelnya! so, sebab tu laaa gua nak kawen mase belajar. hahaha. and again, seems angan-angan mat jenin je laaa.
- nak travel jadi backpacker.
; sumpah bapak best! alaaa macam dalam cerita novel Hlovate; Contengan Jalanan. it is such exploration of yourself.
; hamboihhhh ramainya! the more the merrier. hihihi. meramaikan umat itu kan kesayangan Rasulullah?
- nak guling-guling kat padang rumput dan di kelilingi kebun bunga macam dalam cerita hindustan.
; i'll search that place. then, i wanna go there with my hubby and take a lot of pictures. awesome!
- nak design my dream house sendiri.
; yes, i wanna design it by myself. i'll do all the interior design, landscape, view and what so ever.
- nak ade frameless border pictures.
; nak tangkap gambor cantek-cantek. pastu nak tempah frameless border tu besar punya! especially picture of me. gua nak letak kat dalam bilik tidur. gua pernah tengok macam dalam cerita drama korea. sangat nice!
- nak ade swimming pool dalam rumah.
; macam kayoooo sangat. but why not if i can do it? gelak besor! HAHAHA. kalau swimming pool kat luar tak berapa nak puas sebab aurat kena jaga. kalau dalam rumah, boleh bebas. bebas doesn't mean mandi telanjang plak. haishhhhh. kuning.
- nak cincin kawen yang ade ukir nama gua dan hubby.
; sangat unik. buleh cakap macam satu declaration. ecehhhh.
- nak bermastautin kat oversea 4-5 tahun.
; nak merasa negara yang ade 4 musim tu. autumn, summer, winter and spring. nak main snow. nak kutip daun mapple yang luruh. nak petik bunga. comel!
; kena laa duduk oversea dan beraya di sana. gua pernah buat yang saje-saje mase kat PJ dulu. hahaha.
- nak sponsor satu family pergi menunaikan haji.
; sama-sama menunaikan haji dan menyambut raya di Tanah Suci. Allah, ini yang aku nak sangat! murahkan rezeki ku.
- nak pakai baju serba putih.
; baju nikah laaaaa selain pakaian masa jadi jenazah. putih itu nampak sangat sucinya. ewahhhh.
- nak baju raya sama kaler satu family.
; DONE! almost every year gua dan family akan decide kaler mengikut pesetujuan ramai. tapi selalunya gua yang tentukan. kaler-kaler yang gua dah buat; purple, hijau, hitam, pink dan insyaAllah nak kaler kuning plak.
- teringin nak kerja oversea.
; sebab gua teringin nak belikan ole-ole untuk family gua. ole-ole dari jauh! sangat jauh!
; orang kata "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,". so, gua diketagorikan sebagai berani laaa ye dak? hahaha. ni gara-gara gua suka sangat tengok
sunset kat tepi pantai.
- nak ade buaian kat rumah.
; gua selalu cakap kat mak; "mak oo mak, soh laaa abah beli buaian letak kat umah,". tapi abah gua buat tak endah je. pada gua, rumah yang mempunyai buaian ni sangat bersifat ke-rumah-an nya.
; memandu kereta 4WD adalah sangat macho pada kaca mata gua.
; nak ride superbike by myself tersangat cool. tapi lagi tersangat cool kalau gua yang bonceng duduk belakang sambil peluk hubby gua. walaweyhhhh.
- nak buat bungee jumping and wall climbing.
; outdoor X-games memang feveret gua. yang lain gua dah pernah buat macam,
flying fox, leopard crawl, abseiling, mount climbing dan jungle trekking. yang ni je gua nak sangat try.
- nak jelajah bandar KL ni naik helikopter.
; such amazing view from the top i thought. sebenarnya gua pernah bercita-cita nak jadi pilot. tapi gua rabun. so, dapat naik heli tu pon dah kira cukup sangat.
; tak tau kenapa gua suka sangat lori besar. especially yang macam Optimus Prime. sangat macho!
sedar tak sedar jugak laaaa ade 25 wishlist gua dah tulih. fuhhhhhh. padan penatnya semacam. gua rasa, cukuplah 25 daripada entah berapa ratus lagi wishlist yang gua pon dah tak ingat. hahaha.
hamboihhhhh. banyak sungguh angan-angan gua.
p/s: papepon wishlist utama gua, nak praktik istiqamah dalam jalan-Nya!
2 comments:
hahaha. byknye checklist. ok la tu ade gak yg trcapai
gila banyak wishlist hang.
sama macam aku gak. hehe.
Post a Comment