assalamualaikum dan salam sayang.
i just wanna be like you; mak and abah. |
abah gelak sangat kiut laaa.. |
ni lagi kiut! lebih kiut dari Haziq! |
since the time; quantity is limited, make quality is unlimited. alahaiiiii. orang laen cuti panjang-panjang. gua cuti serupa orang banting tulang. baru je balik dari Lebir, dah kena balik UIA semula sebab ade tanggungjawab yang perlu dilunaskan. apa boleh buat. dah rezeki gua macam tu.
ape yang terjadi? bagai sudah jatuh ditimpa tangga pula tuan hamba ni. dah laaa cuti sekejap. pahtu, balik je dari Lebir gua demam. teruk jugak laaaaa. demam+batuk+selesema+sakit perut. Allah Allah Allah. tak renti aku mengadu. biasalaaaaa. bila sakit baru laaa nak ingat Allah selalu. tapi syukurlah. sekurang-kurangnya satu peringatan untuk gua. dah demam teruk gitu ape saja laaa yang mampu gua lakukan. makan pon ikut laaaa bila rase selera. tidur? ni part yang paling payah. sebabnya hidung gua sumbat yang sangat kritikal. kalo tak buang, memang sesak nafas gua dibuatnya. susah nak tido oiiiii. pastu suhu badan tak menentu kejap panas kejap sejuk.
ade part yang paling suwittttt? haaaaaaaaaa. ade satu malam tu, gua rasa teruk sangat. gua rasa sakit sangat. gua pon pi laaa landing sebelah abah gua siap sarung comforter. lama-lama gua terus tertidur. tapi tidur-tidur ayam je laaa. orang demam bukan nya dapat nak tido lena selalunya. pahtu gua ade laaa terjaga bape kali.
mak: tengok simah tu.
abah: demam ke?
gua angguk-angguk je.
mak: cube pelok-pelok sikit dia tu. kot-kot cepat baek demam.
abah: meh-meh abah pelok. alahaiiii. tapi kejap je laaa. tangan abah ni lenguh.
gua senyum je walau sakit.
sampai ke subuh gua tidur situ. mak sanggup bentang tilam lain tidur bawah sebelah gua. gua terharu sangat. terus gua teringat cerita mak. katenye masa gua kecik-kecik mak kata bukan senang nak jaga gua. pernah mak tidur kat hospital buat beberapa malam sebab gua kena infection kulit. pahtu, kalo gua demam ke hape mak abah bergilir-gilir tak tidur malam. dan sekarang ni gua dah besar panjang pon mak abah masih jaga gua with their best!
Allah! tak mampu untuk aku membalas jasa mereka! hanya doa yang tak pernah putus untuk mereka insyaAllah.
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.
Thanks mak dan abah!
p/s: tak puas laaa cuti ni.
6 comments:
orang tua mana tak sayangkan anak. kalau ada kes tertentu yang melibatkan penderaan anak, tetap ada alasan dan situasi tertentu.
orang tua ada yang mampu memberi contoh terbaik dalam soal kasih sayang. bak kata orang setia ke hujung nyawa (macam tajuk drama lar plak)
manisnya la senyum ayah tu... :)
.
style lah abah kau.
kiut betei.
betul ophan kata, btw, sekarang ni scene kanak-kanak hilang tgh up. harap Malaysia jadi lebih aman dan selamat utk memori anak-anak kecil.
cimot, selamat start sem baru!
wak pon sukak tengok sweet gitu jugakks.,ahhKs
salam cikcimot, wak ada ole2 bandung tuk anda sbb ituari anda dh mintak kann? ehhhe, sila bg nama dan alamat kiriman pd emel wak ni sblm 5hb Jan 2013: wakgelas@yahoo.com
typo *5hb Feb 2013
Post a Comment