Friday, April 27, 2012

Mahabbah Visit (MAVIS) to Sabah: Rumah Putera Harapan


assalamualaikum dan salam sayang.

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

begitulah perumpamaan untuk menyiapkan satu-satu entry terutamanya yang part-by-part. my prinsip, better late than never. walau sudah berzaman mavis ni berlalu, namun setiap detik dan saat masih segar dalam ingatan. dan setiap satunya bermakna buat diri ini.

pernahkah anda terfikir anda akan menjadi yatim piatu esok hari atau dalam tempoh yang terdekat ni? nauzubillah. bukan melawan takdir atau sebagainya. ya! mati itu pasti cuma bila dan di mana? wallahu'alam. cuma aku berdoa agar Allah panjangkan umur kedua mak dan abah aku agar aku dapat tunaikan tanggungjawab aku kepada mereka selagi ada hayat. banyak yang aku nak penuhi sementara mereka masih ada. aku mahu mereka melihat aku berjaya, aku mahu mereka lah mengapit aku tatkala menggenggam segulung ijazah, aku mahu mereka merasa duit gaji hasil usaha aku sendiri, aku mahu abah jadi wali nikah aku nanti, aku mahu mak ada ketika aku melahirkan cucunya dan aku mahu menjaga mereka di kala usia senja mereka. akan aku cuba untuk berbakti kerna tak termampu untuk aku balas jasa mereka. 

sabar abang Zul melayan keletah adik-adik.
begitulah kisahnya. aku pernah merasa hidup tanpa mak dan abah selama sebulan ketika umur baru 10 tahun. pada usia yang sangat muda aku tak mengerti lagi ketika itu. aku cuma tahu mak dan abah akan balik juga. mak dan abah nak pergi ke Mekah sebentar sahaja. mak pon dah cakap macam tu sebelum pergi.

namun, bagaimana dengan adik-adik di Rumah Putera Harapan ni? sememangnya mereka sudah ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. bukan untuk tempoh sebentar macam aku yang mak dan abah tiada untuk seketika, tapi sebaliknya mereka tiada lagi kesempatan untuk merasa nikmat beribu dan berbapa. ya untuk sepanjang hayat. dalam umur lingkungan 7-12 tahun mereka sudah hidup tanpa mak atau ayah. hidup bersama rakan-rakan di rumah yang asing dari sebelumnya. dan tidak dinafikan ada yang sudah menghuni rumah itu sejak usia masih belum bersekolah lagi. lihat sahaja wajah-wajah mereka dapat dilihat dengan jelas mereka perlukan perhatian.

part of their house.
sepetang bersama mereka, serba sedikit aku dapat selami hati mereka yang sangat cekal, tabah dan kuat. no wonder Allah uji mereka, seperti dalam firmannya:

Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman maksudnya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
dan aku masih ingat lagi ada seorang adik ni bertanya pada ku, "akak2 dan abang2 tidur sini ke?" lantas aku katakan tidak dan ku jelaskan perjalanan kami masih jauh. automatik adik tu cakap "alaaaaaa. nape tak tidur sini? sekejap sangat." sebak tatkala adik tu berkata begitu dengan nada sayu. aku sendiri berperang dengan perasaan. tak tahu nak encounter macam mana. they need attention and others care about them! control cuba untuk tidak menangis di hadapan mereka.

seusai bergambar dan bersalaman. mereka terus lesap ke dalam. tidak pula mereka menanti lama di luar untuk melambai pulang kepada kami. aku tahu mereka sedih. mereka tidak puas lagi. itulah perasaan mereka yang kita tidak selami sedalamnya.

nakal yang amat. tapi baik. macam mana tu?
so, i just want to remind all of you friends and my self too, take care of your parents as they are alive. i don't want you to regret some other time! kalau nasi sudah menjadi bubur, tak dapat nak tolong laaa. dan menangis air mata darah sekali pon, takkan dapat kembalikan mereka ke pangkuan kita.

sekian.

3 PARTs to go.
sabar ye cimot.


boleh jugak terjah the previous part:
Mahabbah Visit (MAVIS) to Sabah: Tanjung Aru
Mahabbah Visit (MAVIS) to Sabah: UMS


p/s: biar lambat asalkan memories still remain.


4 comments:

Unknown said...

rasa kesian tgk budak2 ni

Aien Not Alien said...

sedih meresap dijiwa bila cuba membayangkan....err cimot mak aku ada jaga anak yatim, budaknya nakal2 tapi baik memang buat geram tapi buat sayang juga :)

cimöt said...

@khairul
siyes memang sian sangat..

cimöt said...

@Aien Alien
kat rumah ko sendiri ke?
eh caner tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...