assalamualaikum.
sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T. begitu lah yang aku lalui malam tadi. sudah menjadi rutin ku setiap malam Isnin aku ada kelas tutor drawing CAD merangkap pembantu Bro Syarief. tiba-tiba kelas batal kerana Bro ade program. secara tak langsung bro turut mengajak aku ke Experimental Hall untuk turut serta. alang-alang aku sudah berada di kawasan kuliyyah why not just walk a few steps further to attend the program. dan bila difikirkan semula, aku rasa sudah agak lama tidak meng-reward rohani or my inner spirit.
masa tu jam baru je menginjak pukul 8.15 malam. masih awal jugak sebenarnya. tapi aku terkejut jugak sesampainya aku di situ, hall sudah padat dengan students. seats memang dah full sehingga ada segelintir yang berdiri. tapi memang rezeki aku laaa, sebaik masuk je ade satu kerusi di belakang kosong. aku pon rembat.
wahhhhhhhhhh. memang ramai ni! aku nampak laa beberapa students kelas tutor CAD aku dan bro ade kat depan. and as usual he as a moderator. i know it! sepanjang aku kat UIA, he's the best moderator i ever know in campus. ade laaa beberapa kali aku attend program yang di-moderate-kan oleh beliau. and.....thumbs up! and no wonder ramai! the speakers! Ustaz Zaharuddin and Ustaz Izhar. dua-dua mantop!
dari kiri: Ustaz Zaharuddin, Brother Syarief, Ustaz Izhar |
tajuk forum yang dikupas ialah penguasaan hati. menjaga hati itu tersangatlah penting demi menjaga iman kita serta tetapkan akidah kita hanya pada-Nya. aku agak tersentap juga sebenarnya. forum ni umpama satu jalan yang sudah dilorongkan pada aku. saat Bro Syarief introduce tajuk forum aku terus tersentap dan tak semena-mena aku rasa nak menangis. tapi aku tahan.
al-kisahnya, baru petang tadi aku call mak. sembang dan borak-borak dengan mak. lepas rindu sikit. hehehe. dan dalam borak-borak tu mak ada laaa cakap pasal menjaga hati. cuba jaga hati, cuba sucikan hati dengan memaafkan orang lain. ya! Kau Maha Mengetahui.
2 jam forum yang santai, terlalu banyak input yang aku peroleh. dan terlalu banyak jugak peringatan buat diri ini agar memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. tidak mampu untuk aku luahkan semuanya. ini antara isi-isinya:
- jauhi dari buruk sangka.
- hati yang bersih tidak bosan menerima kebaikan.
- bukan ikut nafsu.
- hati yang kosong tidak lagi bercahaya, maka sinarilah ia dengan bacaan al-quran.
------------------------------------------------------------------------------
salah satu sebab mengapa aku pilih UIA ialah kerana adanya program-program ilmiah seperti talaqqi, tazkirah, forum dan sebagainya. program plak banyak pilihan dan berterusan. insyaAllah hampir setiap malam ada saja program ilmiah sebegini. cuma kena rajin-rajinkan diri menoleh kiri kanan take note poster-poster atau sebagainya kat info board. nak lebih mudah selalu layari laman facebook IIUM yang sentiasa up-to-date.
p/s: aku bersyukur sangat duduk dalam UIA.
pakaian masih terpelihara.
itu faktor utama.
4 comments:
Aie pun suka dengar ceramah dari ustaz zaharuddin..memang seronok,cara penyampaiannya santai dan berisi...
baguih klu dpt dengar ni
@aiEz
betol! tu first time dengaq ustaz zaharuddin..selalu baca artikel je..
and.....he's awesome!!
@khairul
nanti kalo dia ade mai kat area rumah abang, pi laa dengaq..
Post a Comment