assalamualaikum.
alahaiiiii. semua muka kepenatan nampaknya. almaklum sajalah makin tiba ke penghujungnya makin kuat dugaan perlu ditempuh. ayohhhhh. kuatkan semangat. hmmmm. setiap hari korang bukak pose ape? masak sendiri atau membeli di Bazaar Ramadhan? aku catat rekod la Ramadhan ni tak pernah lagi jejak bazaar. semua gara-gara
kaki sakit lagi dan makanya tak boleh nak bawak motor. perintah berkurung je laaa. dan secara tak langsung masak juadah berbuka puasa sendiri la. kadang-kadang je kalo teringin something soh
Ayee pi beli or
Abang Dino. huhuhu.
setiap hari macam-macam la aku ngan mak nak kena plan masak ape. kekadang tu sampai dah kering idea nak masak ape. boring jugak rupanya memasak ni. respek la ngan mak aku kerana menjadi perancang pemakanan keluarga yang sangan hebat. aku tak reti sangat masak-masak ni. cuma aku suka masak cucur sebab au hantu yang menggilai 1001 cucur. kali ni aku nak share pasal cucur kelapa + sambal ikan bilis. yummmm. aku gerenti sedap laaa. dan bukan setakat sedap tapi senang nak buat.
Cucur Kelapa
Bahan-bahan:
1. tepung gandum
2. bawang merah dimayang
3. kelapa parut
4. sedikit garam
5. air masak
Cara penyediaannya:
>>campurkan semua bahan-bahan tadi mengikut cita rasa masing-masing.
>>kemuadian gaul bersama air sehingga sebati dan sedia untuk digoreng.
>>tadaaaaa. siap untuk dimakan.
Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
1. ikan bilis
2. bawang besar, bawang putih dikisar
3. cili kisar
4. sos cili + sos tiram sebagai penyedap rasa
5. air asam jawa
6. sedikit garam dan gula
Cara penyediaannya:
>>goreng ikan bilis sehingga garing dan angkat.
>>kemudian tumis bawang-bawang yang dikisar sehingga naik bau.
>>masukkan pula cili kisar dan tumis shingga garing.
>>pastu masukkan sedikit sos cili, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
>>kacau-kacau dan akhir sekali masukkan air asam jawa.
>>last but not least, masukkan semula ikan bilis goreng tadi dan gaul sehingga sebati.
>>tadaaaaa. siap untuk dimakan bersama cucur kelapa.
haaaaaa. senang je kan? tak susah pon!
selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
FACT: masak sendiri sebenarnya lebih banyak penjimatan boleh kita dapat benbanding membeli di bazaar. tak percaya?? cuba anda buat calculation setiap hari.
resepi lalu boley cuba :
p/s: selamat berbuka puasa.