Sunday, July 31, 2011

ISLAMIC PRACTICAL TEACHING FOR ORANG ASLI (IPTA) - Part 4

ANAK-ANAK KESAYANGAN HAMBA


Subhanallah! aku sungguh terpesona dengan kehidupan anak-anak masyarakat asli di sini. kesusahan dan kepayahan hidup tidak menjadi satu penghalang buat mereka untuk terus mengecapi nikmat Islam dan Iman. pada mereka, tiada erti susah dalam apa jua perkara. aku kagum dengan ibu bapa mereka kerana berjaya mendidik anak-anak mereka sedikit sebanyak apa itu Islam. alhamdulillah.


"sahaja aku mengambil wuduk kerana Allah Taala"
"sahaja aku menunaikan solat fardhu maghrib 3 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala"

syukur ya Allah! dari yang kecik sehingga yang besar, mereka boleh melafazkan niat-niat yang asas seperti itu. rasa seronok sangat waktu aku mendengar di saat mereka melafazkan niat wuduk dan mengambil wuduk dengan baik sekali di depan mata aku sendiri. kemudian mereka berpusu-pusu untuk turut serta solat secara berjemaah. alhamdulillah. tapi ada part yang aku agak terharu bila aku tegur budak ni kenapa tak solat? rupa-rupanya dia tak ada telekung macam kawan dia. alahaiiii. kasihan sangat. then, kitorang  sama-sama carikkan tudung dan pakaikan. maka, setiap kali solat mana-mana adik yang tak ada telekung tu mesti bawak tudung tu. aku kagum! sekurang-kurangnya mereka ada kemahuan untuk bersolat walau hanya berseluar pendek dan ber-t-shirt.


speechless ketika menaip entry ni. sebenarnya tak tahu nak start tang mana. macam-macam perasaan dan semuanya bercampur-baur. sebak, pilu, sayu, hiba, rindu. aku tersenyum. Ya! aku rindukan mereka. 10 hari bersama mereka, sememangnya memberi kesan yang mendalam. kemesraan yang terjalin takkan putus sampai bila-bila.


inilah WADIYA! my favourite kid yang aku cakap kat sini!
Wadiya ni one of adik-beradik angkat aku. anak amek Pia.

bersama maharaja kanak-kanak; Haziq si budak kecik!

mereka happy senantiasa. tidak pernah ada duka hanya ada suka. 


inilah Cinton!

Jerry, muka legend tapi hati kiut. adoyaiiiii.

Aiman, budak yang benar-benar menjadi tarikan kami semua. teramat sangatlah comel dek sebab rambut dia yang sejambul kat depan tu!

Wadiya, come to kakak!

adik nama ape?
hehehe
ohhh. nama adik hehehe ye?
hehehe
Fazura Fazura. aku tak boleh lupa first moment tu.

memang seronok main dengan budak-budak ni. adakalanya tak menang tangan dan tak cukup udara nak bernafas dek melayan keletah mereka. dalam semput-semput tu masih sempat lagi nak tersenyum. gembiranya mereka umpama sinar matahari menyinari pagi. ingat tak aku ada mention pasal kaki kat sini?? haaaa. bawak besabaq naa. ni cek nak baq hanggg. 

once upon evening yang cerah, kami sekumpulan kakak main sepak-sepak bola di halaman depan yang berlekuk-lekuk tu. tetibe je diserbu oleh adik-adik. maka tercetuslah satu permainan bola beracun. kakak-kakak vs adik-adik. yeahhhh. macam boleh menang je kan. first round kakak-kakak yang mengebom adik-adik. bertempiaran mereka lari sambil terpekik terlolong takut kena bom. hahahaha. sungguh comel. tapi diorang tersangat lah ganas dan hebat. jaguh kampung la katakan. dan akhirnya semua habis kakak-kakak bom. yeayyyy. then, tibalah masa kakak-kakak yang jadi mangsa dan adik-adik jadi pengebom berani mati. tengok muka Jerry memang gerun la kan. haishhhh. tak boleh jadi ni. game masih diteruskan. dan tak mahu kalah kena pandai mengelak, mencilok, menyelit sana sini. dan tetibe saja, aku tak dapat mengawal keseimbangan badan akibat terkena bom lalu termasuk dalam lekuk dan terjatuh dan aku terdengar kaki aku seperti meletup dan dilanggar oleh adik mana entah dan dilontar bom sekali lagi. fuhhhhh. macam juruhebah sukan plak aku rasa. aku cuba bangun untuk keluar dari zone bahaya. tapi aku rasa something wrong ngan kaki aku. ku gagahi bangun dan seret kaki ke tepi. bergenang air mata. sakit yang teramat sangat. kaki aku injured. TERSELIUH. buku lali dah start bengkak dan segala urat membiru kehijauan. "welfare! welfare!" Ecah pon datang dengan bantuan. dia cuba urut. damn! aku tak mampu nak tahan. nangis semahunya. waaaaaaaaaaaaa. sakit gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. hanya Allah yang tahu macam mana aku melalui kesakitan itu.

cian kaki kakak sakit.

begitulah alkisahnya nasib kaki aku. memang betul orang cakap malang tak berbau. kalau tak, confirm laaa aku tak main bola beracun tu. tapi hidup masih perlu diteruskan. berjalan tetap kena berjalan. ke mana arah tujuan ke situ kaki ini akan melangkah biarpun perlahan. sakit memang la sakit. tapi biaq pi laaa. toksah dok pi pikiaq sangat. semua aku redah. even, air terjun yang jauh tu pon aku redah kasi sampai. tak mahu kempunan di kemudian hari. sebagai akibatnya, memang sampai balik umah kaki aku still sakit lagi. tapi aku tak kisah itu semua. janji adik-adik aku still happy. ada advantage jugak sebenarnya. adik-adik ni memang prihatin la ngan aku. pegi mana-mana je, mesti diorang cakap "kakak, yang kaki sakit tu", "kaki kakak sakit lagi ke?" alahaiiii. sweet bebenor adik-adik kakak ni. kakak takkan lupa korang semua.

ok babai adek-adek kakak!
ohhhhhhh! bila la agaknya dapat jumpa adek-adek ku sayang?
Fizi, Jerry, Shahidan, Shuib, Latip, Fazura, Mia, Ucha, Nana, Aiman, Mazlan, Syuhada, Noli, Julian, Mila, Wadiya, Baya, Atikah, Rosmaria, Cinton, Mustaqim dan ramai lagi. akak tak mampu nak tulih semua nama korang. walao macam mana pon, korang semua sentiasa di hati kakak!

sapa yang tak tahu pokok pangkal boleh la bace
PART 1 kat sini
PART 2 kat sini
PART 3 kat sini



p/s: masih terngiang-ngiang lagi gelak tawa mereka.
OK, next part nak habaq rutin kitorang kat sana.

4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

salam ramadhan!!

NAZ said...

pengalaman sesuatu yang tidak ternilai :) goodjob cimot

cimöt said...

@Anisa Hang Tuah
salam ramadhan..semangat kak nis wish sampai 2kali..hihihi

cimöt said...

@naz
yupppp..pengalaman mengajar aku apa itu hidup..thanx naz..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...