Tuesday, May 17, 2011

CUCUR KENTANG

aku giler cucur. atau orang panggil jemput-jemput. ada jugak orang cakap cekodok. semua tu sama je berasal dari tepung. macam sepupu-sepapat, sedara-mara gitu. dah jadi macam rutin kalo minum petang tu mesti ada something untuk dilantak. dan cucur memang one of feveret kitorang sekeluarga. aku suka cuba something new. boring la asyik-asyik jemput-jemput bilis je. alam Allah ni kan luas. macam-macam ada. so, why not kita try dengan hasil alam ni. hahaha. setakat ni aku dah cuba beberapa jenis cucur. korang boleh la cuba untuk merasakan kelainannya. serius memang sedap! i'd done it!!

  • Cucur kentang (yang akan dibincangkan hari ni)
  • Cucur durian
  • Cucur cendawan
  • Cucur carrot
  • Cucur tauhu
  • Cucur udang
  • Cucur kelapa

RESEPI CUCUR KENTANG

bahan-bahan dan cara penyediannya:



1) tepung gandum.
ikut bilangan si pemakan. kebiasaan aku guna 3/4kg untuk 5-6 orang.



2) ubi kentang.
2-3 biji sudah memadai. dipotong panjang seperti nak buat french fries tu. kalo boleh jangan tebal. takut kentang tak masak plak.

3) bawang merah
3-4 ulas. hiris halus atau dipotong dadu.

4) daun bawang + daun sup.
nak kasi ada warna hijau. but, actually both leaves good for removing toxic from body.

5) telur.
sebagai penyedap dan nampak lagi cantik.

6) garam.
secukup rasa.


pembantu chef hari ni, Ayee(anak buah aku). makan saja dia tau. so, why not tolong sekali sekala kan? hahaha.

setelah selesai digaul sebati kesemua bahan tadi. make sure bancuhan just nice ye. takut TERkeras atau TERlembik plak sesudah digorang.


seterusnya proses menggoreng. ada la lebih kurang 4-5 trip jugak. oh!



inilah hasilnya. cucur@cekodok@jemput-jemput kentang si cimot! acewahhhh.

selamat mencuba!


p/s: next cucur punye resepi coming soon okeyh.
hihihihi.
coming soon = entah bila nya plak.


24 comments:

Anisa Hang Tuah said...

makan time hujan mmg best & sedap

Drunbella Khoo said...

nostalgia sungguh.
i suka cucoQ jagung.
nyumnyum.
=)

cimöt said...

@Anisa Hang Tuah
yupppppp..betol tu.. tapi kena prepare double sebab time ujan perot lapar giler kottt

cimöt said...

@Drunbella Khoo
ohhh..cucur jagung?cam best!..yeayyynak try laaa..tq beb!

Nabiel said...

giler kentang!
sedapnye..bak sket..hehehe

Admiral Hafiz said...

1st time dgt cucur kentang


Entry Terkini: Akaun Facebook Heliza Helmi & Linda Onn Kena Hack

adrinaqamarina said...

ni pok teh kepada cucur pisang jugak tak? hehe


kte paling suka cucur bilis laa! sebab memang die hard fan ikan bilis.
ngee~

Irda Z. said...

blogwalking :D

kwn kte penah wat cucur udang campur jagung. mula2 rase pelik tapi bile da makan mmg rase xcukup. hehe. try la. best2!

kte pun suke wat cucur.klw ms lpg slalu buat cucur bwg, cucur udang, pisang, durian.pastu ad sorg kawan bagi 1 bekas cempedak sira dgn gula.die ckp sedap wat cucur.kte try mmg sedap pun. kwn2 kte pun suke. hihi :D

cimöt said...

@Nabiel
ye gila lah anda!!hahaha
amek la sendiri..

cimöt said...

@Admiral Hafiz
so,skarang da denga kan..hihihi

cimöt said...

@adrinaqamarina
hahaha..boleh laaa..moyang pon boleh..
cucur bilis tetap di hati ye x?

cimöt said...

@ ixy
ha'ah..cucur cempedak pon sodap..penah mkn tp xpnah buat sebab susah nk dpt cempedak..

yeayyy..nak try gak cucur udang n jagung tu..hihiihi

cu734ngel said...

post mai umah akak..malas nak wat sdiri...:p

red gitarputeh said...

nak resepi cekodok pisang :P

cimöt said...

@cu734ngel
akak la mai dtg umah..hihhi

cimöt said...

@Red
hohoho..later ye!

myzul said...

salam...cam best jer jemput2 ni..dahla lapar skrg ni..heee

Mario said...

suka cucur bawang je...goreng garing punya...perghhh

cimöt said...

@myzul
memang best pon...hihihihi

cimöt said...

@Mario
itu mmg legend la cucur bawang..hoishhh..ko mesti terer buat kan..?

jules said...

tingat lak kt si 'kentang'..hihihi

cimöt said...

@Julie Suhana
si kentang yang dah xbrapa nak kentang sangat tu..

yuliang photography blog said...

nice, thanks for sharing!

cimöt said...

@yuliang photography blog
sharing is caring dear..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...