Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

tiada kata secantik bahasa. kaulah ibu kaulah bapa. ketika kami di sekolahh. kau ajarkan kami membaca dan mengira. kau curahkan segala ilmu tidak kira masa. bukan sekadar mengikut silibus KBSR dan KBSM semata malah, kau titipkan apa itu erti kehidupan. agar kami bersedia menghadapi masa depan yang tiada sempadan. ecewahhhhh. seperti mencurah ke ladang gandum perbendaharaan kata hari ni. tetiba saja jari jemari pantas menaip sederas air terjun Lata Kinjang plak. itulah berkat guru. berkat guru memang teramat penting. di kesempatan ini nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH DUNIA.

CIKGU! they are awesome! memang benar mereka ibarat lilin yang membakar diri menerangi kegelapan. dari buta terus celik. dari tak tahu tak pasal-pasal dah tahu. dari takut jadi berani dan berkeyakinan tinggi. kesimpulannya, dari segala yang negatif menjadi positif. yes! they do that for our best. then, we decide for the rest. good or bad.

ok, aku pick randomly je gambar cikgu-cikgu sekolah aku dulu ni. they all give me the colors.

Mualimah Salma
guru kelas form 4-5. garang oh. tapi sekarang dah jadi macam geng gosip plak kalo jumpa. hihihi.

Cikgu Halim, Cikgu Azlan, Cikgu Ramzi
antara cikgu yang paling sporting abes dan hensem. siap belanja makan lagi. Cikgu Halim terer masak oh! aku pernah ikut dia balik rumah. hihihi

Cikgu Idris
Penolong Kanan HEM dulu. sentiasa smart walau di mana jua.

Cikgu Yasin
almost 4 tahun belajar Sejarah dengan dia. dan almost cara dia sama macam abah aku. tegas!
aku pernah nangis depan dia sebab aku pelajar paling lemah Sejarah. huhu


Cikgu Azhar, Sir Wan Zul Azmi
dua-dua orang kelantan yang sangat happy go lucky. tak happening satu-satu event tu without both of them. Sir Wan ni pandai masak tau. especially pastry and kek. sedap sangat!


Cikgu Syikin
dua tahun je kenal mengajar subjek Kimia, tapi sempoi abes laa. paling aku tak sangka time pergi melawat sekolah hari tu dia boleh ingat nama aku CIMOT! hahaha. serius aku gelak.

Cikgu Rohaya
among the best Addmath teacher in Malaysia. memang the best la. undenied! aku yang macam berak batu nak lulus Addmath tapi bila Trial ngan SPM dapat A1. siap lantik aku jadi mentor lagi. oh! lagi sekali aku cakap memang the best!


Cikgu Masitah
awet muda sokmo cikgu ni. cuba teka dah berapa orang anak? tapi maintain selim melim. oh! my inspiration ni! hihihi


ada banyak lagi. tapi mereka lah antara warna-warni itu. oleh itu, aku tujukan khas sajak hasil nukilan Usman Awang ni untuk guru-guruku(serta pendidik) yang tercinta dari tadika sehingga sekarang. aku tak pandai bermadah pujangga apatah lagi bermain kata. ibaratkan saja aku yang bersajak. hehehe

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





terima kasih cikgu.

yang benar,
anak didikmu yang nakal ni. hihihi

p/s: tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru wanna be ye!

p/s: mak aku nak sangat aku jadi cikgu.
but that's not my passion.
insyallah jadi cikgu pada anak-anak saja nanti.


4 comments:

Nabiel said...

selamat hari guru cimot!hehehe

cimöt said...

@Nabiel
bile mase plak aku jadi cikgu..haishhh..ko ni mmg gedik sokmo ye biel..

jules said...

sama je mak ngan abah..
nak beno ada anak yg jd cikgu..
tp sorang pun x mau..
temasuk la aku..

serius aku x boleh jd cikgu..
garang..n x sabar..
ade je anak murid yg kene rotan nnt..
hihihi..

cimöt said...

@Julie Suhana
apa boley buat..kita semua tak minat..insyallah adek saje lah harapan tuk penuhi hasrat mak n abah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...